Razed - Forever Venus (EP 2013)

Pertama kali mengetahui akan band bernama Razed ini apabila rakan editor The Bullet Belt memperkenalkannya dan menyatakan music band ini agak bagus. Gua cuba selidik dan catch up beberapa lagu diorang dari youtube dan selidik laman facebook band ini. Setelah dengar beberapa round gua cuba dekatkan diri dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan fizikal copy mereka yang rilis pada Julai 2013 yang diberi tajuk Forever Venus. Merupakan sebuah EP yang mengandungi 7 buah lagu, adalah baek jika gua menyatakan ketika penulisan ini dilakukan Razed berada di Los Angeles USA. Sukar juga untuk mengklasifikasikan genre sebenar music bawaan Razed namun gua boleh menerangkan bahawa unsur2 Progressive, Teknikal, Melodic, Metalcore dan Death Metal adalah antara yang terkandung didalam music ciptaan mereka.

  Danial Iskandar - Bass, Gurdave Singh - Vocals, Aidil Azali - Drums, Raz Azraai - Guitars

 Artwork oleh razorimages.com

Tracklist :

1 - Dilecta Spíritum (Instrumental)
2 - Silver Kiss   
3 - Rise From Fear
4 - Fairytales Kill Elves
5 - Imagination's Pigmentation
6 - Project NOLS
7 - The Face Of Bliss

Forever Venus melalui proses rakaman di beberapa tempat. Track gitar, bass dan vocal dirakam di Razzack Studio. Track drum di Music Workshop Studio manakala terdapat 2 buah track iaitu Dilecta Spíritum (Instrumental) dan Project NOLS menggunakan khidmat sessionist iaitu Will Weiner (Los Angeles). Proses mix dan mastering dilakukan oleh George Lever dari G1 Productions.

Dilecta Spiritum merupakan sebuah instrumental berdurasi hampir 3 minit. Walaupun sekadar intro bersifat instrumental jelas kedengaran music garapan Razed agak kompleks. Groove dari drum dan rhythm serta solo gitar yang ternyata membuktikan mereka bukan calang2 pemuzik. Ok, ini intro nya ya...

Silver Kiss menjadi track bervocal pertama dihidangkan (boleh cekidaut video klip rasmi track ini dipenghujung artikel ini) dan apa yang boleh dikatakan sedikit permainan berteknikal dipamerkan dari setiap line up. Juga ngauman dari Gurdave Singh yang agak bertenaga dan punya nafas yang panjang. Kedengaran sedikit permainan odd signature dan perubahan mood secara mendadak. Solo gitar juga power!

Rise From Fear bermula dengan penuh kekejaman. Riffing agak teknikal dan kedengaran padat untuk setiap penjuru lagu. Idea dan flow yang menarik berjaya dihasilkan lantas membuatkan track ini punya emosi tersendiri  untuk di interprasi oleh pendengar. Solo gitar? Juga berada dalam kelas tersendiri.

Fairytales Kill Elves mungkin boleh gua katakan permulaannya ada sedikit bau2 Dream Theater sebelum tempo menjadi laju. Berat dan tiada ruang kosong ditinggalkan walaupun pada durasi 2:16-2:31 digabungkan permainan berdistortion serta grind dan bunyian synthetizer. Solo gitar tetap gua bagi A+++..

Imagination's Pigmentation menjadi track kelima dihidangkan. Walaupun pada verse pertama agak mendatar moodnya namun perubahan2 tempo berjaya menghilangkan sedikit keboringan apabila berturut2 menyeksa gegendang telinga menghadam irama sebegini. Ok gua perasaan untuk track ini ada sedikit permainan bass yang berbunga2 dimainkan. Solo gitar gua malas nak cakap..

Project NOLS agak gila membunuh seawal track bermula. Ok, gua puji idea gila untuk starting lagu ini. Haha.. Gua sukakan riffing pada suku pertama lagu ketika drum attack menggila. ok, ada flow turun rendah lagu dan memang Razed ni pandai arrange riffing dalam pembikinan lagu. Solo gitar?? dah boleh bikin album solo kot? haha..

Track terakhir bertajuk The Face Of Bliss. Mungkin sukar menghadam permulaan track ini. Kepelbagaian bunyian (gua rasa dari gitar) dan riffing yang disertakan hentakkan twin pedal memang boleh bikin gila kalau track ini dibawa untuk persembahan pentas. Solo fill in yang (gua pon dah xtau nak kata..memang gila) diselit patut dipuji. untuk outro lagu ini sekali lagi sessionist yang bermain bass di Los Angeles iaitu Will Weiner menyumbangkan suaranya.

Dari segi sound produksi, gua beranggapan Forever Venus merupakan antara produk yang sangat bagus. Mungkin melalui proses rakaman, adunan dan di mastaring oleh tenaga luar membuatkan hasil akhir yang boleh didengar adalh menakjubkan. Ok gua bukan nak tipu, anda boleh dengar sendiri nanti (bawah sekali ada link ke bandcamp EP ini, go there...)

Keseluruhan EP ini banyak menampakkan kecenderungan dan kelebihan pada gaya permainan gitar iaitu Raz Azraai. Mungkin tidak boleh disangkal kehebatannya kerana kesemua lagu yang terkandung didalam EP ini adalah ciptaan beliau. Juga kredit kepada pemain drum yang punya stroke menarik dan menghasilkan groove yang boleh bikin x senang duduk. Juga tidak ketinggalan pemain bass yang cuba menyaingi kehebatan gitarist dan drummer. Vocalist juga sebenarnya agak unik pembawaan nya dan yang paling gua perasan beliau punya nafas yang panjang. Cuba dengar jeritan2 beliau. Ok itu sahaja. Bagi gua EP ini punya "isi" nya tersendiri dan dimainkan oleh pemuzik yang bukan calang2 tahap permainan mereka. Perhatikan music mereka dan pasti anda akan bersetuju dengan apa yang gua bebelkan.

Ok, dapatkan EP Forever Venus dengan harga RM20 by post dengan menghubungi mereka melalui link yang kami sediakan di bawah preview song ini.

Razed - Silver Kiss (Official Music Video)

Press Contact
Booking Agent
Facebook
Youtube
Bandcamp