VotW : Tempered Mental - And Stay Out (Rehearsal)

Gua rasa video rehearsal dari Tempered Mental ni ni baru jek di upload.. Merupakan rakaman secara live yang dilakukan di ISeekStudio milik Mokhtar. Sebuah lagu bertajuk And Stay Out yang diambil dari album terbaru mereka bertajuk Pax Automata.

Tempered Mental - And Stay Out

Kenali Tempered Mental melalui link2 yang disediakan dibawah :

Official Hompage
Facebook

In Remembrance For Brain Dead (1999)

Gua terpanggil untuk menulis pasal sebuah kompilasi bertajuk In Remembrance For Brain Dead yang diterbitkan oleh Apokalip Releases pada 1999 dan Musictrax Sdn Bhd pada tahun seterusnya. Merupakan sebuah kompilasi berbentuk tribute kepada lagenda Death Metal tempatan iaitu Brain Dead yang mana pada ketika itu seakan berada dalam mode hibernate. Dihasilkan dalam format kaset, In Remembrance Of Brain Dead disertai oleh 9 buah band dan terdapat 2 buah lagu dibawa sendiri oleh Brain Dead. Antara band terlibat adalah Logam, Tandus, As Sahar, Kharabanazak, Medicine Death (Brazil), Necrotic Chaos, Vociferation Eternity, Endless Pain dan Global Chaos (Singapore).

 Illustrasi asal oleh Nen
Grafik oleh Acai

Tracklist :

Side A
1 - Logam - Rites of the Tyrant
2 - Tandus - The 7th Wind
3 - As Sahar - Spirit of Heloisa
4 - Kharabanazak - Twisted Soul
5 - Medicine Death - Impious Mortal

Side B
1 - Necrotic Chaos - Eternal War
2 -Vociferation Eternity - Sacred
3 - Endless Pain - From The Ecstacy
4 - Global Chaos - And The Angels Danced (Version of Twisted)
5 - Brain Dead - Unholy Sin
6 - Brain Dead - Twisted Soul

In Remembrance of Brain Dead menjalani sesi rakaman ditempat band2 terlibat bermastautin. Namun proses mastering dilakukan oleh Bob dan Panjang MOC.


Logam untuk rakaman ini sebenarnya hanya dibarisi 3 orang line up. Mengekalkan konsep band iaitu Heavy Metal Thrash, Logam tampak mampu memberi impak untuk mendengar track2 seterusnya. Rites of the Tyrant menjadi lagu yang dipilih dan track ini turut dimuatkan didalam EP mereka pada 2002 bertajuk Maximum Power Overdrive. Pada gua kualiti bunyi agak kureng sedikit namun masih ok untuk pendengar yang tidak cerewet. Kenali Logam disini -> LOGAM


Tandus band yang membawa konsep Thrash Metal pada sangat berjaya membawa lagu bertajuk The 7th Wind dengan baek sekali. Dari awal gua teliti dengar dan sememangnya band ini perlu diperhatikan. Padu permainan mereka. Ok, gua masih menunggu hasil terbaru mereka setelah lama sangat gua layan EP mereka bertajuk Logam Maut tahun 1997 dulu ni. Kenali Tandus di sini -> TANDUS


As Sahar tampil dengan penggunaan drum machine untuk lagu saduran bertajuk Spirit of Heloisa. Mungkin lebih power jika menggunakan drum original pada imaginasi gua. Kelainan yang ditunjukkan ternyata lari dari sound asal lagu ini dari segi tempo dan juga penambahan bunyian synth dan keyboard. Kenali As Sahar di sini -> AS SAHAR


Kharabanazak adalah band Black Metal dari selatan tanahair yang untuk tribute ini masih kekal dengan sound raw nya. antar pro dan kontra yang kedengaran sedikit mentah sound yang dihasilkan dan mereka Kharabanazak masih dapat mengekalkan sound raw yang menjadi identiti mereka sejak dari rakaman terdahulu lagi. Untuk tribute ini mereka membawakan lagu Twisted Soul. Kenali Kharabanazak disini -> KHARABANAZAK


Medicine Death merupakan band yang paling jauh dari Malaysia. Mereka merupakan band dari Brazil. Membawa lagu Impious Mortal dengan pengaruh Death Metal dan Doom. Ok, nampak kelainan dalam susunan lagu asal namun pada gua ini merupakan track paling "menangkap" untuk tribute album ini. Seperkara yang agak tak best nak sebut ialah Medicine Death sudah tiada lagi setelah menghasilkan dua buah album. Kenali Medicine Death di sini -> MEDICINE DEATH


Necrotic Chaos pada gua antara band tempatan yang paling hebat menjahanamkan lagu saduran mengikut konsep yang mereka bawa. Jahanam yang gua maksudkan itu bukan dari segi negatif kerana selaku pendokong genre Death Metal yang sangat tegar, gua tengok lagu2 yang Necrotic Chaos cover sangat berjaya. Termasuklah lagu Eternal War ini yang siap ada grind bagai..tak lupa tremolo gitar yang boleh tercabut dek teknik warmy bar! Kahkah.. Eh, gua masih teringat lagu Prophecy dari Cromok dan My Oath For Thee dari Langsuyr yang diorang ni cover. Gila babi! Kenali Necrotic Chaos disini -> NECROTIC CHAOS


Vociferation Eternity ni mungkin lebih tepat gua sebut Dark-E walaupun mengalami berbagai pertukaran line up. Merupakan mastermind dalam band ini dari awal penubuhan sehingga menghasilkan beberapa album. Sacred berjaya dimelodic kan walaupun kedengaran tidak berapa jauh dari versi asal. Ok, gua dapat tangkap beberapa part yang berjaya di kembangkan lagi dengan progression chord yang masih didalam chord asa lagu ini. Cantek juga lagu ni dengan konsep Vociferation Eternity sebenarnya. Kenali Vociferation Eternity disini -> VOCIFERATION ETERNITY


Endless Pain ni gua gagal nak dapat info lebih2. Cuma dapat sikit info band ni adalah band hardcore yang ditubuhkan pada 1995. From The Ecstacy yang merupakan tajuk album bagi Brain Dead dibawa dengan gaya tersendiri oleh Endless Pain. Kedengaran music nya penuh pengaruh old skool hardcore dengan stroke drum yg pelbagai.


Global Chaos agak pelik kerana mereka tidak membawa lagu dari Brain Dead sebaliknya menyumbangkan sebuah lagu bertajuk And The Angels Danced (Version of Twisted) yang merupakan sumbangan mereka sebagai sambungan kepada lagu Twisted Soul. Paling berlainan kerana konsep lagu yg dibawa penuh pengaruh modern ditambah dengan bunyian sampling dan loops sepanjang lagu. Ok, tetiba gua teringat kompilasi tribute to Silent Death dimana Viniir bawak lagu In Time. Haha.. Kenali Global Chaos disini -> GLOBAL CHAOS


Dua buah track dari Brain Dead iaitu Unholy Sin dan Twisted Soul mungkin adalah bonus kepada pembeli. Kedua2 track ini bukan diambil dari rakaman album penuh From The Ecstacy sebaliknya dari rakaman secara live.

Secara keseluruhan gua berpendapat album kompilasi ini merupakan antara khazanah music metal tanahair yang sudah susah nak dapat sekarang ni. Walaupun tiba2 Brain Dead muncul kembali dan gua rasa lain macam sebab selalunya tribute ni untuk band yang dah tak ada..haha.. Tapi mungkin tribute album ini juga antara usaha yang menyebabkan Brain Dead muncul kembali dan meranapkan pentas2 gig serata ceruk sehingga ke Thailand tahun lepas.

Untuk kompiasi ini gua memilih beberapa track yang pada gua memang ada sikit "tangkap" mungkin sebab catchy atau perkataan lain yang gua simpulkan sebagai power (sebab gua tak tau nak definisikan dengan kata2..haha) adalah dari Tandus dengan The 7th Wind, Medicine Death band dari Brazil yang berat sekali dengan Death Doom nya untuk lagu Impious Mortal dan tak lupa Necrotic Chaos yang pada gua memang sudah punya rencah tersendiri dalam membawa lagu2 cover mengikut trademark music ciptaan mereka.

Ok, nak rekemen untuk beli tape ni pun gua xtau ada lagi ke tak.. Label yang mengeluarkan tape ni pun dah x brapa nak aktif dan gua cuma boleh sarankan jika terjumpa depan mata atau ada orang nak tolak sila sebat sebelum anda dapat habuk. Ok chow!

Logam - Rite of the Tyrant

Kredit imej :
Faithcraft Production, Metal Archives, Flickr (Syagrasyiid), Google Image dan cover sleeve tape.

Deathevoker - Towards Nothingness (Demo 2013)

Deathevoker merupakan sebuah band yang datangnya dari Kota Kinabalu Sabah. Jika diamati Deathevoker boleh dikatakan antara pendukung genre old Skool Death Metal. Agak misteri bagi mereka yang sekadar mendengar tanpa melihat persembahan live band ini (gua pun xpernah tengok lagiband ni main live) kerana kurang didedahkan imej2 line up band ini.Menghasilkan 3 material setakat ini iaitu Eternally Rot (Demo 2012), Towards Nothingness (Demo 2013) dan terbaru split bersama sebuah band dari Indonesia iaitu Bangsat, juga pada 2013. Demo Towards Nothingness dikeluarkan oleh Envenometal Records.

Deathevoker dianggotai oleh Gard selaku vocalist, Untone dan Irwan di posisi gitarist, Andy selaku bassist dan Mann sebagai pemain drum.

Logo band oleh Mann/Irwan
Artwork oleh Ironworx Gravefix

Tracklist :

1 - Witch Hunt Hysteria
2 - Suicide Forest
3 - Towards Nothingnes

* Bonus track berupa 4 buah lagu dari demo Eternally Rot turut disertakan didalam CD ini.

Tidak dinyatakan secara terperinci dimana proses rakaman Towards Nothingness dilakukan. Hanya dinyatakan proses rakamaan berlangsung pada 13/11/2012 dan 18/11/2012. A.P Filthgrinder bertindak sebagai juruadun untuk rakaman ini.

Witch Hunt Hysteria boleh dikatakan berada diantara mid dan agresif tempo lagu nya. Gabungan yang menarik dan mengekalkan unsur2 Old Skool Death Metal yang kental dan tidak berteknikal tinggi. Juga solo gitar yang bersesuaian dengan mood lagu.

Suicide Forest masih mengekalkan mood seperti apa yang dilakukan pada track pertama. Walaupun bermula dengan agak meleret namun perubahan mood bertukar apabila verse pertama menyusul. Merupakan antara track berdurasi pendek sekitar 2 minit sahaja.

Towards Nothingness pada dasarnya juga merupakan track berdurasi pendek seperti track kedua tadi. Sedikit berlainan dari dua track terawal kerana punya mood dan tempo yang lebih agresif. juga solo gitar yang lebih menonjol dari track2 terawal.

Secara kesimpulannya, Towards Nothingness merupakan antara produk yang patut dimiliki oleh penggemar irama Old Skool Death Metal. Tidak punya elemen modern didalam lagu2 yang dicipta malah lebih gemar atau lebih tepat music mereka berpaksikan formula 4X4.

Dari sound produksi gua beranggapan Deathevoker patut menghasilkan mutu bunyi yang lebih berkualiti untuk produk akan datang. Towards Nothingness masih boleh diangkat sebagai antara produk yang punya mutu sound rakaman terbaek jika di banding pada produk yang dilabel sebagai demo. Kesemua instrument masih kedengaran seimbang dari segi mixing. Mungkin perlu sentuhan lebih power untuk proses mastering. Ok, gua harap EP atau album penuh Deathevoker selepas ini bakal membuatkan gegendang telinga gua dan anda pecah! Hahaha..

Opsss, sebelum terlupa gua perlu nyatakan packaging dan format demo ini adalah menarik. Pro-printed CD dan menggunakan brown paper sebagai cover sleeve. hah susah nak cari demo CD yang pro-printed brader...

Ok, sedikit pengenalan berkenaan Deathevoker telah kami sediakan melalui email dan link metal archives dibawah preview video dibawah ini. Dapatkan Towards Nothingness dengan harga RM20 sebelum kehabisan kerana ianya hanya dikeluarkan sebanyak 500 copies untuk pasaran worldwide.

Deathevoker - Towards Nothingness (Full Album)

Email
Metal Archives
Envenometal Records

Hellexist - Age of Death (2013)

Hellexist merupakan sebuah band yang melabelkan music bawaan mereka sebagai Neo Crusty. Berpengkalan di selatan tanahair, Hellexist telah wujud sekitar 2007. Pernah terlibat dalam beberapa split sebelum menghasilkan single bertajuk World Disaster dan disusuli album penuh bertajuk Age of Death yang dipasarkan pada pertengahan 2013 dibawah label Broken Noise.

 Monster Killer - Vocals, Night Evil - Guitar, Zam - Guitar, Chub - Bass, Ajen - Drum

Design dan layout oleh Broken Noise

Tracklist :

1 - Neraka Dunia
2 - Bloodbath Continues
3 -  To Live To Die
4 - World Disaster
5 - Age Of Death
6 - Chaos System 666
7 - World Disaster (Bonus)

Age of Death melalui proses rakaman di Noise Hell Studio Pasir Gudang, Johor. Segala proses rakaman diselenggara oleh Ajen dan Hellexist sendiri. Broken Noise (milik Jimbo) merupakan label yang bertanggungjawap meriliskan CD ini.

Sukar untuk meramal secara total pengaruh sebenar dalam pembawaan music Hellexist. Pada pendengaran gua, music ciptaan Hellexist adalah campuran kepada Metal + Hardcore + Punk + Crusty. Menamakan Bolt Thrower, Amebix, Sacrilege, Hellbastard, Disfear, Hellshock dan beberapa nama lain jelas memperlihatkan variasi dalam apa yang cuba dihasilkan Hellexist dalam penulisan lagu2 mereka.

Dari segi sound produksi boleh dikatakan ini antara produk yang hasil akhirnya agak clean walaupun seakan percubaan meng"raw"kan sound rakaman itu seakan ada dalam pertimbangan band ini. Mungkin boleh gua katakan Age Of Death punya sound organik yang agak bagus.

Akhir kata dari gua, Hellexist juga mungkin adalah sebagai pelepas rindu kepada apa yang telah dilakukan Jimbo bersama band lama beliau terdahulu iaitu Parkinson, satu nama besar dalam dunia grindcore tempatan.

Dapatkan Age of Death yang dikeluarkan dalam format CD dan kaset dimana harga CD ialah RM15 by hand dengan menghubungi email Broken Noise yang kami sediakan dibawah video ini.

Hellexist - To Live To Die (Live)

Facebook
Bandcamp
Broken Noise (Email)

VotW : Incries - Odd of Eternity (Official lyric video)

Terbaru apabila dikhabarkan Herriot bakal merakam album terbaru dan perancangan gig Gothenburg Sound yang akan diadakan awal 2014, gua rasa macam nak explore band2 local kita yang membawa genre sebegini selain Herriot sendiri, Nonserviam, Blind Terror dan kali ini gua selitkan 1 band baru dari Keramat yang jelas punya pengaruh Inflames, Soilwork, Dimension Zero dan seangkatannya.. Cuba layan dulu video berlirik ini.. Incries - Odd of Eternity.

Incries - Odd of Eternity

Kenali Incries melalui laman facebook mereka yang kami sediakan dibawah..

Facebook

Nekrad - Nekradvaganza (2013)

Berasal dari Ipoh, ditubuhkan sekitar 1999, Nekrad merupakan antara band yang muncul kembali memeriahkan scene music gelap tanahair. Menghasilkan sebuah demo tape bertajuk The Realm Of Darkness pada tahun penubuhan Nekrad kemudian seakan menghilang dari persada pentas2 gig tempatan untuk jangkamasa panjang sebelum kembali menggila sekitar 2-3 tahun kebelakangan ini. Muncul dengan sebuah Split CD bersama Vociferation Eternity bertajuk Dragonia Pegaso (klik SINI untuk review terdahulu) terkini Nekrad muncul dengan sebuah album penuh bertajuk Nekradvaganza yang rilis pada penghujung September baru2 ini.

Lufias NekraD - Voices, Belial NekraD - Guitars, Judas Nekrad - Bass, Raven Dragonia - Keyboards, Akhyenue Majestic - Drums

Artwork oleh Deq at Raventherius Lab
Layout oleh Lufias

Tracklist :

1 - When Master And Crow Arises
2 - Old Lucifer Had A Farm
3 - One Little Two Little Devil
4 - Raging War And Despair
5 - Twinkle Twinkle Little Scar
6 - Itchy Bitchy Demon
7 - Baba Black Goat
8 - The Gothic Freak!
9 - The "Scar"let Umbrella
10 - Absolute Gyaban (Bonus)
11 - Tranquility Beyond Disharmony (Bonus)

Nekradvaganza melalui proses rakaman di Necro-X Studio, Ipoh Perak. Amergeddon sekali lagi melakukan tugas dengan baek sebagai sound engineer untuk rakaman ini. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Dark-E di Fingersoul Work Suite, Puchong Selangor. 2 buah track terakhir merupakan rakaman secara live yang dilakukan juga di Necro-X Studio serta diselenggara sekali lagi oleh Dark-E.

Bermula dengan intro bertajuk When Master And Crow Arises yang bersifat instrument, Old Lucifer Had A Farm menjadi track bervocal pertama untuk diterjemahkan music sebenar Nekrad. Pertama kali mendengar track ini jelas sekali pengaruh Cradle Of Filth cukup kuat melekat pada cara penyampaian, struktur komposisi serta elemen seram yang dihasilkan dari pemain keyboard band ini. Vocal? Mungkin sedikit lagi nak capai tahap Dani jika berkemampuan dengan pitching tinggi dan panjang seperti apa dilakukan Dani.

Rasanya gua tidak perlu buat review untuk kesemua lagu kerana setiap lagu punya konsep yang sama. Begitu juga dengan mood yang berjaya ditimbulkan terutama mood seram dari synth/keyboard. Walaupun gua agak berulangkali memainkan track instrumental bertajuk The "Scar"let Umbrella yang kedengaran sungguh "fresh".

Gua dapat membuat kesimpulan bahawa Nekrad sudah punya trademark tersendiri walaupun bakal mengundang kemungkinan Nekrad adalah klon Cradle Of Filth. Pedulikan kerana dari segi positif nya mereka mampu menghasilkan music yang bagus seperti yang dilakukan band tersohor tersebut.

Nekrad - Absolute Gyaban

Seperkara menarik ialah bonus track bertajuk Absolute Gyaban yang merupakan lagu tema kepada siri pahlawan Jepun iaitu Gaban. Mungkin sedikit kelainan untuk bahagian vocalist dengan pembawaan scream pada lagu ini.

Secara teknikalnya, gua berpendapat Nekrad merupakan band yang nyata punya pengaruh kuat Cradle Of Filth. Juga dinyatakan dilaman facebook mereka bahawa Dimmu Borgir, Agathodaimon dan Old Man's Child turut termaktub antara band2 yang membawa pengaruh kepada music mereka. Gothic dan Melodic Black Metal adalah pegangan Nekrad. Jelas sekali konsep ini dapat diterjemah setelah mentelaah keseluruhan album ini.

Dari segi sound produksi, gua beranggapan Nekradvaganza punya mutu dan kualiti yang bagus. Kedengaran agak solid dan bersih permainan setiap instrument keseluruhannya. Tidak terlalu berat dan tidak keterlaluan tempo kelajuan yang dimainkan.

Seperkara yang harus dipuji adalah packaging CD yang menggunakan kepakaran grafik yang agak cemerlang untuk cover sleeve berbentuk booklet. Antara keluaran yang punya finishing cantek sama seperti Aradia dan Imperial.

Dapatkan Nekradvaganza dengan harga RM20 by hand dan RM28 by post melalui Xxul Neftaraka. Kenali Nekrad melalui beberapa link yang disediakan dibawah klip video dibawah ini.

Nekrad - One Little Two Little Devil (Teaser)

Official Homepage
Facebook

VotW : Nightwish - Ghost Love Score (Live)

Ok, ni band ramai kenal.. cuma nak jugak gua tau apa pandangan lu orang dengan vocalist baru Nightwish ni iaitu Floor Jansen. Minah ni juga merupakan vocalist untuk band ReVamp dan pernah menganggotai sebuah lagi band bau2 bacang dengan Nightwish iaitu After Forever yang sudah pun senyap..

Nightwish - Ghost Love Score (Live)

Gua cuma agak sedikit teruja bila tengok fans compare antara beliau (Floor Jansen) dengan ex-vocalist Nightwish terdahulu Anette dan Tarja.. Untuk gua, rasanya minah ni power jugak bila tengok di durasi 9:28 dan ikut tracklist lagu ni lagu nombor 13.. Hahaa.. Ok nantikan juga DVD Live bertajuk Showtime, Storytime yang akan berada dipasaran pada 29 November 2013.