Nekrad - Nekradvaganza (2013)

Berasal dari Ipoh, ditubuhkan sekitar 1999, Nekrad merupakan antara band yang muncul kembali memeriahkan scene music gelap tanahair. Menghasilkan sebuah demo tape bertajuk The Realm Of Darkness pada tahun penubuhan Nekrad kemudian seakan menghilang dari persada pentas2 gig tempatan untuk jangkamasa panjang sebelum kembali menggila sekitar 2-3 tahun kebelakangan ini. Muncul dengan sebuah Split CD bersama Vociferation Eternity bertajuk Dragonia Pegaso (klik SINI untuk review terdahulu) terkini Nekrad muncul dengan sebuah album penuh bertajuk Nekradvaganza yang rilis pada penghujung September baru2 ini.

Lufias NekraD - Voices, Belial NekraD - Guitars, Judas Nekrad - Bass, Raven Dragonia - Keyboards, Akhyenue Majestic - Drums

Artwork oleh Deq at Raventherius Lab
Layout oleh Lufias

Tracklist :

1 - When Master And Crow Arises
2 - Old Lucifer Had A Farm
3 - One Little Two Little Devil
4 - Raging War And Despair
5 - Twinkle Twinkle Little Scar
6 - Itchy Bitchy Demon
7 - Baba Black Goat
8 - The Gothic Freak!
9 - The "Scar"let Umbrella
10 - Absolute Gyaban (Bonus)
11 - Tranquility Beyond Disharmony (Bonus)

Nekradvaganza melalui proses rakaman di Necro-X Studio, Ipoh Perak. Amergeddon sekali lagi melakukan tugas dengan baek sebagai sound engineer untuk rakaman ini. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Dark-E di Fingersoul Work Suite, Puchong Selangor. 2 buah track terakhir merupakan rakaman secara live yang dilakukan juga di Necro-X Studio serta diselenggara sekali lagi oleh Dark-E.

Bermula dengan intro bertajuk When Master And Crow Arises yang bersifat instrument, Old Lucifer Had A Farm menjadi track bervocal pertama untuk diterjemahkan music sebenar Nekrad. Pertama kali mendengar track ini jelas sekali pengaruh Cradle Of Filth cukup kuat melekat pada cara penyampaian, struktur komposisi serta elemen seram yang dihasilkan dari pemain keyboard band ini. Vocal? Mungkin sedikit lagi nak capai tahap Dani jika berkemampuan dengan pitching tinggi dan panjang seperti apa dilakukan Dani.

Rasanya gua tidak perlu buat review untuk kesemua lagu kerana setiap lagu punya konsep yang sama. Begitu juga dengan mood yang berjaya ditimbulkan terutama mood seram dari synth/keyboard. Walaupun gua agak berulangkali memainkan track instrumental bertajuk The "Scar"let Umbrella yang kedengaran sungguh "fresh".

Gua dapat membuat kesimpulan bahawa Nekrad sudah punya trademark tersendiri walaupun bakal mengundang kemungkinan Nekrad adalah klon Cradle Of Filth. Pedulikan kerana dari segi positif nya mereka mampu menghasilkan music yang bagus seperti yang dilakukan band tersohor tersebut.

Nekrad - Absolute Gyaban

Seperkara menarik ialah bonus track bertajuk Absolute Gyaban yang merupakan lagu tema kepada siri pahlawan Jepun iaitu Gaban. Mungkin sedikit kelainan untuk bahagian vocalist dengan pembawaan scream pada lagu ini.

Secara teknikalnya, gua berpendapat Nekrad merupakan band yang nyata punya pengaruh kuat Cradle Of Filth. Juga dinyatakan dilaman facebook mereka bahawa Dimmu Borgir, Agathodaimon dan Old Man's Child turut termaktub antara band2 yang membawa pengaruh kepada music mereka. Gothic dan Melodic Black Metal adalah pegangan Nekrad. Jelas sekali konsep ini dapat diterjemah setelah mentelaah keseluruhan album ini.

Dari segi sound produksi, gua beranggapan Nekradvaganza punya mutu dan kualiti yang bagus. Kedengaran agak solid dan bersih permainan setiap instrument keseluruhannya. Tidak terlalu berat dan tidak keterlaluan tempo kelajuan yang dimainkan.

Seperkara yang harus dipuji adalah packaging CD yang menggunakan kepakaran grafik yang agak cemerlang untuk cover sleeve berbentuk booklet. Antara keluaran yang punya finishing cantek sama seperti Aradia dan Imperial.

Dapatkan Nekradvaganza dengan harga RM20 by hand dan RM28 by post melalui Xxul Neftaraka. Kenali Nekrad melalui beberapa link yang disediakan dibawah klip video dibawah ini.

Nekrad - One Little Two Little Devil (Teaser)

Official Homepage
Facebook

0 feedbacks: