Kathgor - The Lord Of Infernal Blasphemy (Demo 2011)

Demo pertama mereka bertajuk Descendants from the Depth pernah gua review sebelum ini. Bila gua dengar demo kedua yang dikeluarkan sekitar 2011 ini gua rasa sekali lagi gua perlu buat sedikit review untuk expose band ini supaya sedikit dikenali bakat dan perjuangan music mereka. Kathgor sudah mula dikenali sekitar Asia apabila telah membuat beberapa persembahan sekitar Thailand dan terbaru di Bangladesh. The Lord Of Infernal Blasphemy merupakan demo tape kedua yang masih kekal dengan konsep Death Metal yang pada gua agak agresif. Ok, kasi chance gua review sikit..

Cover artwork oleh John Incrust

Line up untuk rakaman The Lord Of Infernal Blasphemy
 
Ratna - Vocal
A'it - Lead and Rhytm Guitars
Ayen - Bass
Ebi - Drums

Tracklist :

1 - Morbid Death
2 - The Lord of Infernal Blasphemy
3 - Beast War

The Lord of Infernal Blasphemy melalui proses rakaman di Iseekmusic Studio milik Mokhtar pada February 2011. Mokhtar turut terlibat dalam proses mix dan mastering. Rilis dalam format kaset/tape, ianya telah dikeluarkan oleh sebuah label dari Italy iaitu Terror from Hell Records dan diedar oleh Elektroplasmamusik.

Morbid Death mengingatkan gua kembali pada demo pertama mereka dahulu Descendant of the Depth. Ternyata Kathgor adalah sebuah unit yang brutal, agresif dan kental penangan Death Metal nya.

The Lord of Infernal Blasphemy merupakan self-title kepada demo kedua ini. Masih kental dengan tempo yang laju serta kekentalan yang sangat jitu, track ini perlu diberi perhatian.

Beast War (boleh cuba dengar melalui video youtube sebelum penghujung artikel ini) pada gua sebenarnya agak berlainan sedikit mood nya dari 2 track awal. Entah mengapa gua rasa ada sikit2 bau Pantera dalam riffing lagu ini. tetapi apa yg boleh disimpulkan track ini masih agresif dan brutal.

Secara kesimpulannya, setelah gua mentelaah kedua2 demo tape Kathgor gua berpendapat Kathgor sudah punya kekuatan tersendiri dari segi penciptaan music. Walaupun material (tape) ini bersifat demo tetapi ianya sudah boleh dibanggakan dengan kualiti bunyi yang baek. Gua berharap material akan datang dari Kathgor akan lebih menyerlah dengan sound yang lebih bagus kerana secara ikhlasnya, gua rasa band ini patut diberi ruang yang lebih untuk music mereka dikenali. Kepada organizer2 gig mungkin anda perlu kenali Kathgor untuk diselitkan dalam list band terutama untuk event berbau Death Metal. Seperkara lagi gua nak bagitau, gua cukop suka sound atau tone yang keluar dari snare pemain drum band ini. Hahaha..

Kathgor - Beast War

 
Buat sementara ini Kathgor hanya boleh dihubungi melalui email dibawah. Sekian.
 


0 feedbacks: