Succubus - Descend Unto Gehenna (EP 2013)

Succubus merupakan satu nama baru dalam pergerakan music berat tempatan. Mendokong genre Thrash / Death Metal yang berbentuk old skool, Succubus yang ditubuhkan sekitar 2011 tampil dengan demo pertama bertajuk Sadistic Rites of Evil pada 2012 sebelum demo tersebut dirilis dalam bentuk vinyl oleh Gempita Records dengan penambahan beberapa lagu lagi. Usaha tersebut mendapat perhatian sebuah label dari USA iaitu Slaughterhouse Records untuk meriliskan material terbaru Succubus iaitu sebuah EP bertajuk Descend Unto Gehenna dalam format digipak CD.

Nafkhatul 'Incubus' Faza - Vocals
 Jef Skullhunger - Guitars
Ali Blackwizard - Gutars
Arm Necroaggressor - Bass
Zakhyr - Drums


Tracklist :

1 - Panzer the Iron Grave
2 - Flame of 1000 Years
3 - Necrotic Rites
4 - Scourge of the Lecherous
5 - Reanimator's Mutilations (Incubus Cover)

Descend Unto Gehenna melalui proses rakaman di Kulaifornia Death Metal Militia Studio. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Erwan Atan. Kesemua lagu dihasilkan oleh Succubus dan beberapa lirik dihasilkan oleh Jill dari Deadbeat.

Panzer the Iron Grave merupakan track pertama yang pada awalnya menggunakan intro sound sample sebelum music bermula. Rata2 dari awal sudah jelas kedengaran Succubus mengganas tanpa belas kasihan dari riffing serta solo gitar dan dentuman drum. Susunan music yang agak old skool, bertempo pantas dan penyampaian vocal yang penuh kebengisan.

Succubus - Flame of 1000 Years

Flame of 1000 Years lebih awal dijadikan preview sebelum rilis nya EP ini. Masih punya mood yang sama seperti track pertama. Old skool dan sedikit lebih agresif rasanya dari track awal. Cara penyampaian nyanyian oleh Nafkhatul 'Incubus' Faza memang agak ngeri.. Haha..

Track ketiga bertajuk Necrotic Rites boleh kata bermula dengan susunan old skool Thrash Metal dari segi riffing dan susunan lagunya. Gua rasa macam track ni paling gila solo gitarnya.

Scourge of the Lecherous juga antara track menarik. Sedikit gerek dengan riffing yang boleh mngajak pendengar berheadbang terutama untuk persembahan live. Sedikit Rock 'N" Roll yang di"metal"kan apabila mendengar verse track ini. Best!

Reanimator's Mutilations merupakan sebuah lagu saduran yang diambil dari band USA bernama Incubus dari demo self-title pada tahun 1987. Merupakan track paling pendek dibawah durasi 2 minit. Straight forward dan masih boleh layan!

Pada pendengaran gua, Descened Unto Gehenna makin maju dari segi sound produksi jika dibandingkan dengan rilisan terdahulu. Gua juga beranggapan upgrading sound ini mungkin kerana EP ini dijual serata dunia melalui label yang berpengkalan di USA tersebut. Untuk mngenal pengaruh music band ini mungkin gua boleh letak beberapa nama besar dalam kontek Thrash Metal seperti Destruction, Kreator dan Sodom manakala untuk Death Metal gua rasa Merciless paling tepat barangkali dengan kesesuaian music ciptaan Succubus. Selain itu ada juga dinyatakan sound Succubus ada bau2 Exmortis (sorry gua x brapa kaji sangat sound band Exmortis ni..hehe..). Sebelum terlupa gua nak cakap bila dengar Succubus punya EP ni bikin gua teringat band utara nefarious Azarakh. Maybe ada buah tangan dari mereka 2014 nanti.

Difahamkan juga CD ini telah habis dijual ketika pertama kali sampai di Malaysia dan ianya hanya dijual oleh bandmate melalui pembelian atas tangan dan pos. Gua juga terpaksa menunggu edisi kedua sampai untuk kenikmati kegilaan EP ini kerana tidak sempat membelinya ketika penjualan pertama kali dahulu. So lu orang sila contact band ini (dengan harga RM20 by hand atau RM26 by postage) atau direct order dari Slaughterhouse Records untuk dapatkan Descened Unto Gehenna sebelum kehabisan sekali lagi.

Email
Facebook - Succubus
Slaughterhouse Records