Cakerawala - Cakerawala (EP 2014)

Cakerawala satu nama baru dalam scene music berat tanahair. Muncul sekitar 2013 dan aktif dalam siri2 gig dan terkini baru sahaja selesai membuat persembahan di Gombong Monster Fest #3, Bandung Indonesia. Disamping menggegarkan kota Bandung, Cakerawala juga menghadiahkan pendengar dengan sebuah EP selftitle yang dirakam pada penghujung 2013.

Teng Yi (Drums/Backing Vocals), Chu Xian CX (Bass), Az Wie (Vocals/Guitars), Vinoth (Guitars)

Konsep/Design oleh Cx dan Cakerawala

Tracklist :

1 - Ozawa
2 - Algorithm
3 - Resurrect Thy Nation
4 - Defeat The Purpose

EP selftitle Cakerawala ini menjalani proses rakaman, adunan dan mastering di Uprising Studio dan Dash Daud merupakan sound engineer yang bertanggungjawap dalam sesi rakaman ini. Proses rakaman berlangsung selama 2 hari dari 12-13 October 2013.



Track bertajuk Ozawa ini terlebih dahulu dijadikan single sebagai tatapan umum bagaimana music pembawaan Cakerawala. Dengan intro sample dari bintang porno Maria Ozawa dan sedikit ketawa gediknya, music Cakerawala menyerang tanpa memberi sebarang ruang. Ok, gua dapat hidu sedikit pengaruh Death di suku pertama lagu sebelum riffing gitar dan stroke drum yang teknikal dimainkan. Kena dengar banyak kali untuk tangkap format penulisan lagu ini. Ok, track ni memang solid.. sesolid Maria Ozawa. Haha

Algorithm ni agak berdengung jugak hentakan drum yang membedil gegendang telinga gua bila mendengarnya. Walaupun nampak sedikit simple riffing pada verse nya, namun sedap pula solo gitar nya. Sedikit clean vocal yang bermelodi dan ditamatkan riffing odd signature dipenghujung track.

Resurrect Thy Nation ni difahamkan menggunakan bahasa Jepun. Malangnya tidak disertakan lirik bersama cover sleeve (gua dok cuba tangkap jugak apabenda yang disebut). Agak sedikit lembap track ini hampir jatuh ke status Doom Metal pada part2 perlahan mood nya ini. Sebelum solo gitar menyerang, mood lagu bertukar sedikit laju sehingga tamat.

Defeat The Purpose merupakan track terpanjang untuk EP ini. Sedikit industrial bunyinya untuk permulaan lagu sebelum vocal menyerang. Riffing gitar dengar seperti simple tapi gua rasa kena guna calculator jugak untuk tempo sebegini. Track ni ada kepelbagaian rentak dari mula sehingga berakhir.

Untuk mengulas berkenaan sound produksi, gua rasa tidak ada cacat cela malah sound profesional berjaya ditampilkan pada keseluruhan lagu. Kredit kepada sound engineer yang peka pada tahap pendengaran terbaek untuk produk seperti ini tambahan dengan riffing dan paduan drum yang sukar untuk dijangka apa yang akan berlaku. Haha..

Azwi yang merupakan frontman Cakerawala sebelum ini gua kenal sebagai teraju utama Predicate Not Defined punya gaya yang berbeza pembawaannya untuk bahagian vocal. Lebih power ngauman untuk disesuaikan dengan music Cakerawala. Sound gitar Vinoth dan Azwi agak solid dan berat apabila dimainkan dengan teknik palm. Bass juga cukup menjadi latar yang mengikut setiap beat dari drummer. Untuk stroke drum ternyata ada kepelbagaian. Juga seperkara yang perlu dinyatakan tone drum agak kedengaran jelas. Pedal drum juga padu!

Gua sedikit gagal mengesan pengaruh music sebenar Cakerawala. Ada sedikit bunyi The Dillinger Escape Plan, Death untuk riffing gitar. Ok, gua rasa Cakerawala dah bawak konsep Progressive Metal jahat dengan berjaya!

EP Cakerawala boleh dibeli dengan harga RM10 by hand atau RM16 by postage dan untuk sebarang pembelian boleh menghubungi email atau beberapa link yang disertakan dibawah ini.

Cakerawala - Resurrect Thy Nation (Live)

Email
Facebook
Reverbnation