Tormentor - Thrash Assault (Demo 2013)

Ok, sori kerana agak lama DtE tanpa sebarang review atau ulasan. Kami editor2 agak sibuk hujung dan awal tahun. Haha. Kali ni gua baru jek tangkap satu CD demo dari band yang bermastautin di Tenom Sabah. Pada gua mereka masih lagi muda. Menamakan band mereka sebagai Tormentor dan konsep Thrash Metal yang lebih cenderung kearah Old Skool menjadi pilihan mereka. Thrash Assault merupakan tajuk demo yang dirilis penghujung 2013.

JJ (Vocals/Bass), Unyil (Lead Guitar), Reza (Guitar), Alen (Drums)

Logo dan layout oleh Adek Necro.I.AK (Inside)
Cover artwork diambil dari flyer suratkhabar lama.. haha

Tracklist :

1 - Behind The Uglier Faces
2 - Fight Or Die
3 - Thrash Assault
4 -  Rocking Metalkoholic Demon

Thrash Assault menjalani proses rakaman secara live di B.M.T Studio, Penampang Sabah pada 11/11/2013. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam proses engineering rakaman ini.

Behind The Uglier Faces merupakan track pertama sebagai pembukaan untuk menilai bagaimana hala tuju serta konsep music bawaan Tormentor. Ok, gua boleh kata Tormentor ni bawak style Thrash Metal yang agak old skool. Bagus nya solo gitar dari band ni bukan main2 atau sekadar solo bodoh2. memang Tormentor punya solo gitar bagus dan bukan main2. Vocal agak jahat pembawaannya namun masih berada dalam katogeri Thrash Metal yang sebenar. Drum juga bersesuaian dan x lari dari elemen2 yang biasa didengar dalam irama Thrash Metal. Solo gitar 2 kali beb.. haha

Fight Or Die starting aje gitarist dah start menggoreng sebelum verse pertama bersama nyanyian yang tidak memberi sebarang ruang. Pertengahan lagu sekali lagi solo gitar menjelma.

Thrash Assault yang merupakan title track untuk demo ini pada gua punya riffing menarik pada awalnya. Sesuai sekali dibawa ketika live. Boleh havoc stage dengan mood sebegini. Gerek! Ehh rasa macam dengar Kreator pun ada beb..

Rocking Metalkoholic Demon merupakan sebuah cover song dari Inside (sebuah band juga dari Sabah) menjadi track terakhir dimana dimulakan dengan ketukan drum sebelum instrument lain menyerang. Masih dengan mood pantas seperti 3 track awal. Untuk track ni gua rasa si vocalist band ni betul2 x bagi ruang dan gaya nyanyian beliau makin menggila.

Secara keseluruhan gua nampak band ni punya harapan untuk pergi jauh kedepan pertama sebab masih muda dan satu lagi pada gua Tormentor punya pemain gitar yang bagus permainannya. Kredit juga gua sebagai pengulas berikan kepada pemain gitar band ini selain dari line up2 yang lain.

Walaupun agak terlalu amatur sound produksi demo ini namun untuk sesebuah material berstatus demo gua boleh bagi pujian juga kerana kesemua instruments kedengaran jelas. Nak kata raw tidak jugak, mungkin gua boleh simpulkan keluaran ini punya feel yang agak organik bunyi nya. Bukan juga bermaksud mentah tetapi untuk mudah faham raw yang tersusun dan mudah difahami apabila mendengarnya.

Ok, dapatkan CD Demo Thrash Assault dengan harga hanya RM5 by hand atau RM6 pos biasa atau RM8 pos daftar atau RM10 pos laju. Untuk pembelian dari luar negara dengan nilai USD6.

Tormentor - Behind The Uglier Faces

Email
Facebook
Youtube

0 feedbacks: