Kuchalana - The Input For An Output (EP 2005)

Kuchalana, band dari negeri pantai timur semenanjung ini gua tau masa nampak tape nya dikedai2 kaset. Pernah memiliki dan hilang entah kemana dan terbaru gua dapat CD nya. Hahaha.. Ok, pada gua Kuchalana sebuah band yang unik dan perlu dikenali kerana music nya. The Input For An Output (EP 2005) merupakan antara material yang dihadiahkan kepada pendengar yang sebelum itu hanya sekadar menyaksikan sahaja persembahan band ini (gua pernah tengok sekali kat Bukit Bintang). Dinyatakan dilaman facebook, genre yang dibawa mereka ialah psychedublic. Untuk EP ini Kuchalana dianggotai oleh Yush (Rhytm guitar/vocals), Masrur (Lead guitar), Hazlan (Bass), Mahfuz (Drum/percussion) dan Azman (Vocalist).

 Artwork oleh Azman

Tracklist :

1 - Singin' Songs (Part 1)
2 - Brand Not Product (In Dub)
3 - Let's Live!
4 - Keroncong Bisu
5 - The Fall
6 - Silent Stare
7 - Singin' Songs (Part 2)

The Input For An Output (EP 2005) melalui proses rakaman di BMW Studio sekitar 2004 sehingga awal 2005. Bakri bertindak sebagai sound engineer bagi rakaman ini. Proses mixing dan mastering dilakukan oleh Bakri, Jadam dan Kuchalana. Hanya untuk track kedua, ianya melalui proses rakaman di Monkeyroom Studio dan Jijoe, Tam dan Kuchalana bertindak dalam hal engineering. Azmir Karim dan Bakri sebagai juruadun.

Singin' Songs (Part 1) ni bila gua dengar ada pulak mood nya macam Plague of Happiness. Hahaha.. Cuma ianya menggabungkan elemen reggae dan rentak ska yang rancak. Sesuai dibawa untuk persembahan live untuk crowd menari2. Haha..

Brand Not Product (In Dub) masih kuat pengaruh reggaenya pada awal lagu. Hanya cuma apabila riffing berdistortion dimainkan ianya kedengaran sedikit heavy.

Let's Live! pula agak rancak bermula dari awal lagi. Sebuah lagu yang rancak dan juga sesuai dimainkan ketika live.

Keroncong Bisu merupakan instrumental berentak reggae berdurasi 3 minit lebih. Mungkin menarik jika diselitkan vocal untuk track ini, tapi jika masuk vocal makan x jadilah Keroncong Bisu. Haha

Kuchalana - The Fall

The Fall mungkin antara track yang paling rancak untuk beronggeng jika dibawa secara live.Tapi gua ada sikit x puas hati sebab lagu ni pendek.

Kuchalana - Silent Stare

Silent Stare ni lagu yang paling santai. Dengan alunan irama lembap reggae nya memang rasa sikit2 macam tengah bercanda di pantai. Vocal nya pun penuh. Best!

Singin' Songs (Part 2) ni macam kesinambungan kepada track pertama. nama pun Part 2. Lebih panjang durasinya tapi kali ini tanpa gitar berdistortion. Agak meleret2 sedikit sehingga penghujung track.

Dari segi sound produksi mungkin sepatutnya EP ini boleh diupgrade lagi mutu bunyian yang dihasilkan. Gua perasan level bass gitar nya agak tinggi berbanding instrument lain. Sound gitar juga sedikit buzzing namun masih terkawal. Secara keseluruhannya, EP ini masih berada dalam tahapnya tersendiri dan selaku pendengar gua masih boleh memahami halatuju dan konsep Kuchalana menerusi EP ini.

Akhir kata, gua harap Kuchalana akan tampil semula dengan material terbaru (gua harap ada la line up Kuchalana yang terbaca apa gua tulis ni) dan mutu rakaman yang boleh di banggakan.  Sebab pada gua Kuchalana ni band yang bagus dan ramai lagi sepatutnya mereka2 diluar sana yang harus kenal dan mendengar Kuchalana.

Ok, gua x pasti lu orang boleh dapat lagi atau tidak kaset atau CD EP ini. So, kalau jumpa sila sebat sebelum orang lain tinggalkan habuk untuk lu. Hahaha.

Email
Blogspot
Facebook

Weot Skam - Six-Pack Tsunami Attack!!! (2013)

Weot Skam merupakan sebuah band yang gua sendiri tak berapa follow sejak bila mereka bermula. hahahah.. Gua mengenali Weot Skam melalui Split tape bersama Common Enemy pada 2006 dan juga Breaking EP pada 2009. Kemudian gua cuba dengar lagi 4 way split yang melibatkan mereka bersama band2 seperti Everybody's Enemy (JP), Snakepit (CAN) & Hateful Monday (Switzerland) menerusi sebuah CD bertajuk Rocky vs Rambo (Tribute to Sylvester Stallone) yang rilis pada 2011.
Mengambil tenaga dari nasi kandar, band yang melabelkan music mereka sebagai Skatepunk ini muncul dengan sebuah album penuh bertajuk Six-Pack Tsunami Attack!!! yang dipasarkan pada penghujung 2013 dahulu. Pada gua Weot Skam adalah sebuah band yang punya pengaruh Punk+Hardcore+Thrash+Fastcore didalam lagu2 mereka.

Dzul Scum (Vocal)
Edd13 (Guitar)
Don Monkey Motherfucker (Guitar)
XleonX (Bass)
Min Champloo / Azrul (Drum)
* Sam Ah Keat (Drummer - 2014)

Six-Pack Tsunami Attack!!! menjalani proses rakaman di Soundmaker Studio, Pulau Pinang. Proses adunan turut dilakukan disini oleh Cole Yew. Segala proses rakaman ini melalui fasa yang panjang iaitu setahun sekitar February 2012 sehingga February 2013. Album penuh ini dikeluarkan oleh Kandar Mosh Distro dan Pissed Off Records.

 Cover artwork oleh Adam Geyer
Booklet oleh Dzul Scum
Layout oleh Marco dan Dzul

Tracklist :

1 - What's The Cost of Happiness
2 - Masih Liar
3 - Ignorance Is Bliss
4 - Kawan Tetap Kawan
5 - Can't Tie This Down
6 - Leap of Faith
7 - Berhenti Bermimpi
8 - I Rather Watch Kung-Fu Movies Than Edisi Siasat
9 - Kamjat
10 - Liberal Conservatism
11 - Mat Rempit Hijack

Kali ini, gua hanya akan memilih 5 track terbaek yang betul2 menangkap telinga gua yang agak cerewet ini. Kahkahkah..

Kawan Tetap Kawan merupakan track yang pernah ada didalam Breaking EP 2009. Masih mengekalkan mood yang sama pada gua track ini agak catchy dengan riffing dan hook yang sempoi. Dzul nampak bersungguh2 dalam nyanyiannya dan lirik lagu ini memang best!

Berhenti Bermimpi walaupun bermula dengan sedikit rilek namun apabila bertukar tempo lebih pantas, gua pasti track ini boleh bikin runtuh stage jika dibawa secara live! haha.. Shout beramai2 jugak agak nice disitu!

I Rather Watch Kung-Fu Movies Than Edisi Siasat ni gua pernah dengar kalau x silap dalam split CD Rocky vs Rambo. Menggunakan intro sound sample sebelum serangan pantas diterjah terus oleh Weot Skam. Sebuah lagu menarik dan tak kurang juga liriknya. Hahaha..

Kamjat dimulakan dengan sample sound perbualan dari filem Rock, tanpa sebarang tanda tempo pantas dilagukan tanpa memberi sebarang ruang. Kamjat adalah bahasa utara yang lebih spesifik kepada Pulau Pinang lebih bermaksud orang yang tak boleh pakai. Hahaha.

Ok, Mat Rempit Hijack juga menarik diperkatakan. Fast song yang gua rasa paling gerek sekali dalam album ini. Sesuai sekali diletakkan sebagai track penutup. Memang gempak dan cukup padu!

Secara keseluruhan gua beranggapan Weot Skam adalah antara band yang berani menghasilkan produk dengan sound produksi yang profesional dan bersih. Six-Pack Tsunami Attack!!! adalah jawapan terbaek mereka setelah berusia 10 tahun dalam kancah hardcore punk tanahair. Pakej CD yang juga profesional, mutu bunyi yang baek adalah antara kekuatan album ini walaupun ada beberapa lagu lama yang dikitar semula dengan mutu bunyi yang lebih baek. Seperkara yang gua perasan sequence lagu yang disusun berselang seli antara berbahasa Melayu dan Inggeris adalah sesuatu yang membuatkan pendengar (gua lah, lu orang gua xtau lah..) akan menanti dan mendengar satu persatu track yang diputarkan.


Ok, Six-Pack Tsunami Attack!!! boleh diperolehi dengan pembelian pada harga RM10 by hand dan RM16 by postage. Hubungi Kandar Mosh Distro atau Pissed Off Record melalui link yang disediakan dibawah video live ini.

Weot Skam - Leap of Faith (Live Sungai Petani Kedah)

Weot Skam
Email
Facebook
Myspace
Bandcamp

Kandar Mosh Distro
Facebook

Pissed Off Records
Blogspot
Facebook

SlaughterSoul - Desolation of Fear (Promo 2008)

Band yang berasal dari Kota Bahru Kelantan ini gua ada dengar lagu diorang dari youtube asalnya. Kemudian gua cuba cari material diorang namun gagal sehingga baru2 ini ada kenalan jual promo CD diorang. Ditubuhkan sekitar 2007, SlaughterSoul merupakan antara band tempatan yang memperjuangkan irama Gothenburg yang turut diperjuangkan oleh band2 lain seperti Herriot, Blind Terror, Two Foot Candle dan terkini Nonserviam dan In Cries juga tidak kurang hebatnya. Ok, berbalik kepada Desolation of Fear (Promo 2008) yang mengandungi 3 buah lagu termasuk sebuah cover song dari Inflames. Promo CD ini dikeluarkan oleh Carnage Music.

Pesa (Vocal), Atif (Guitar), Ijat (Guitar), Ruhi (Bass), Jorn (Drums/Synth )

Cover artwork oleh Ironworx Gravefix

Tracklist :

1 - Hatred Between Us
2 - Insular Cortex
3 - My Sweet Shadow (In Flames Cover)

Dinyatakan Desolation of Fear melalui proses rakaman di 2 buah studio di Kelantan iaitu Gyroscope Sound Studio dan Analogig Studio. Mr Jon merupakan sound engineer yang bertugas dalam penghasilan Promo CD ini bertempat di Gyroscope Sound Studio manakala Abe Man melaksanakan penyelenggaraan untuk proses adunan vocal di Analogig Studio.

Hatred Between Us merupakan track pertama yang mana bermula sahaja sudah menampakkan kemantapan riffing yang bermelodi. Verse pertama agak bersahaja namun seperti kebiasaan chorus lagu bergenre sebegini sememangnya catchy. Gaya pembawaan vocal sangat bersesuaian dengan konsep dibawa. Mungkin pengaruh kuat In Flames, Dimension Zero paling menonjol untuk track ini. Solo gitar juga menarik malah kepelbagaian melodi jelas diperdengarkan dalam track ini.

Insular Cortex agak laju tempo permulaannya dan permainan berteknikal di persembahankan pada verse pertama. Pre-chorus yang catchy dari segi melodi dan riffing mampu membuatkan pendengar berada dalam keasyikan. Seperti track pertama solo gitar harus diberi perhatian. Gua memilih track ini sebagai track pilihan untuk promo ini. (* Preview song ini boleh dengar dari video youtube di penghujung review)

My Sweet Shadow merupakan sebuah track saduran dari In Flames menerusi album Soundtrack For Your Escape (2004). Sebuah lagu yang startingnya sahaja agak sukar dimainkan. hahaha.. Ok, gua xmau komen banyak, yang pasti SlaughterSoul dapat memainkan lagu ini dengan baek sekali.

Secara keseluruhan gua berpendapat SlaughterSoul merupakan antara band beraliran Gothenberg tempatan yang agak berjaya (berdasarkan komposisi lagu2 dalam promo ini) dengan mereka berjaya menjiwai apa yang patut ada dalam music yang mereka bawakan. Feel yang terhasil nampak berkesan yang mungkin hasil dari kajian mereka terhadap konsep yang dibawa.

Dari segi sound production, apa yang nyata Desolution of Fear memberikan kepuasan terutama kepada pendengar yang mempunyai gegendang telinga yang cerewet. Sound yang bersih dan sangat sesuai dengan konsep yang dibawa. Keseimbangan serta level yang sama cantek untuk setiap bunyi yang dihasilkan dari setiap instrument.

Nyata sekali SlaughterSoul terbukti sudah bersedia dalam mengharungi kancah music gelap tempatan. Juga gua akui music ciptaan SlaughterSoul punya kualiti namun sesuatu yang agak mengecewakan ialah status band ini yang sudah menyepi sejak sekian lama. Gua harap SlaughterSoul bakal menggegarkan kembali persada music berteraskan Melodeath ini. (Dulu gua gila Two Foot Candle, gua harap SlaughterSoul pun x hilang terus begitu sahaja jugak..)

Akhir sekali gua rasa Promo CD ni dah lama sound out sebab ianya hanya dikeluarkan dalam kuantiti 50 copies sahaja. So, untuk memahami intipati music SlaughterSoul, dibawah ni ada video dari youtube. Layan lah dan untuk menghubungi SlaughterSoul kami ada sediakan beberapa link nya sebelum tamat artikel.

SlaughterSoul - Insular Cortex

Email
Facebook
Myspace

Au Revoir - Mystikult (2014)

Kelahiran Mystikult pada awal 2014 adalah bersempena kewujudan Au Revoir pada usia 10 tahun penubuhannya. Band yang pada gua membawa konsep music Horror Rock (haha ni gua sendiri yang bagi terma ni tau) disamping pengaruh Avant Garde didalam elemen Heavy Rock yang paling tepat berlatar kepada music berat Old Skool! Tampil dengan gabungan frontman Raimi (Pemilik Faithcraft Productions) dan Zizie Row yang juga gitarist band Kherow (telah bersama dalam rakaman Au Revoir ketika single Ku Bunuh Mu sebelum ini).

 Au Revoir
Raimi - All Vocals, Drums, Bass, Guitar and Synth
Zizie Row - Lead Guitars

Artwork oleh Raimi

Tracklist :

1 - Ain
2 - Lovely Bones
3 - Khusyuk Kematian
4 - Ku Bunuh Mu
5 - Djinn : The Shadows Beside You
6 - Abused
7 - Fullmoon Rage
8 - The Dance of the Blackwidow
9 - Mona dan Musa

* Susunan tracklist adalah berlainan untuk versi kaset.

Mystikult melalui proses rakaman di Faithcraft Studio dan diselenggara oleh Raimi. Beberapa penambahan rakaman dilakukan di Adepp Studio, Borneo. Proses mixing turut dilakukan di studio Faithcraft Studio. Untuk Mystikult, Au Revoir telah mengambil pendekatan dengan melakukan proses mastering di Eyes and Ears Productions oleh Chris Pereira. Mystikult dikeluarkan oleh Faithcraft Productions.

Ain merupakan intro yang hanya menggunakan bunyian gitar serta petikan keyboard yang dari dulu gua dapat dengar sound horror ni serta ending sedikit ketukan drum. Itu sahaja sebagai intro.

Lovely Bones merupakan track bervocal pertama yang pada gua ianya sangat kental dengan pengaruh Scorpion (memang diakui sendiri Raimi bahawa Scorpions lama memang mempengaruhi "kehidupan" music beliau) namun boleh gua katakan ini mungkin sound Scorpion yang jahat. Tidak terlalu heavy dan tidak terlalu padat komposisi track ini namun solo gitar dari Zizie Row ternyata menambah hidupkan lagi track ini.

Khusyuk Kematian merupakan track pertama di "lepas"kan untuk preview awal album ini. (Sambil baca ni boleh klik "play" pada video berlirik di pengakhiran review ini) Merupakan sebuah lagu lama yang diberi nafas baru. Jika anda mengikuti perkembangan band ini pasti anda akan perasan sebuah lagu lama mereka bertajuk Dying Just As I. Cuma kali ini Kusyuk Kematian agak lebih berjiwa dan ada penambahan sedikit dan nampak rancak dari versi asal terdahulu. Ok, gua kasi kredit dekat Zizie Row sebab beliau punya fill-in gitar memang "masyuk" dan ternyata beliau berjaya menjiwai lagu ini.

Ku Bunuh Mu ni asalnya gua xmau review sebab gua pernah review sebelum ni tapi memandangkan gua ada perasan beberapa perubahan dalam beberapa part (banyak penambahan tapi sedikit2 feel-in dari guitar dan ketukan drum) so gua boleh kata track ini masih hebat seperti pertama kali gua dengar sebelum ni.

Au Revoir - Ku Bunuh Mu

Djinn : The Shadows Beside You. Starting track ni riffing nya gua rasa macam gua bukan mendengar Au Revoir. Hahaha. Agak berlainan mood nya. Antara track terberat dan fast song dalam album ini. Ok, perubahan mood yang ternyata menjadi didurasi 1:22 dan 1:48. Satu elemen yang jarang ada dalam lagu2 Au Revoir. Sekali lagi solo gitar dari Zizie Row memang cukup menggamatkan dan gua bleh kata cukup dramatik punya solo!

Abused sebuah track bertempo berlahan dan terasa sedikit terawang-awangan. Ada mood sedih pada permulaan track. Cara nyanyian juga ada part yang membawa mood suram dan ada ketika agak beremosi. Ok, lagu ni gua rasa cukup atmospheric!

Fullmoon Rage ada sikit unsur eksperimen barangkali pada intro lagu nya sebelum attack drum menyerang tanpa sebarang belas. Verse kedua agak menampakkan kembali trademark music Au Revoir seperti lagu2 lain. Ini sebuah lagi track yang agak heavy untuk album ini. Kalau gua kata riffing laju tu ada mood Darkthrone lama ok x? Hahaha..

The Dance of the Blackwidow walaupun masih punya trademark Au Revoir namun gua masih dapat rasa sikit kelainan dalam penciptaan lagu nya. Mungkin dengan riffing yang sedikit doom dan mood yang pelbagai membuatkan gua terasa sediit kelainan apabila mendengarnya.

Track terakhir bertajuk Mona dan Musa, antara track berbahasa Melayu terbaru dari Au Revoir. Jangan harapkan mood seperti 2 lagu berbahasa melayu terawal tadi kerana Mona dan Musa ternyata berlainan dan gua boleh cakap ini satu yang baru dalam music Au Revoir. 

Secara keseluruhan gua dapat simpulkan Mystikult agak sedikit berlainan dengan rilisan2 Au Revoir terdahulu dari segi musical nya. Agak advance dari segi penulisan lagu dengan penambahan pelbagai elemen terutama dalam penggunaan loops dan kadangkala bunyian synth seakan melampau (ni gua compare dengan komposisi lagu2 album lepas). Dari segi sound produksi gua boleh kata ini adalah produk paling bermutu dari Au Revoir jika dibandingkan dengan rilisan terdahulu. Mungkin penangan mastering dari Chris Periera. Juga untuk Mystikult gua dapat dengar perubahan sound gitar yang totally berlainan dari sound terdahulu. Selain dari itu gua nak puji Zizie Row yang pada gua seorang gitarist hebat kerana dapat menjiwai setiap lagu yang diberikan padanya untuk dimasukkan solo dan fill-in gitar. Kombinasi menarik dari 2 orang pemuzik.

Ok, masih panas.. Mystikult boleh diperolehi dalam format slimpack CD (limited hanya untuk 150 copies) dengan harga RM15 by hand dan RM20 by postage. Untuk format kaset boleh diperolehi juga dengan harga RM15 by hand dan RM20 by poslaju.

Au Revoir - Khusyuk Kematian

Au Revoir
Facebook
Reverbnation

Faithcraft Production
Email
Blogspot
Facebook

VotW: Kayden + Rain | Little Girl Experiences Her First Rainfall

Hai, minggu ni taknak letak MV ah. Kalau ada antara lu orang stress (ye gua stress!), take a step back and enjoy this video. Don't you miss your childhood? :)


Merenggah - Dogma Resurrection (EP 2014)

Bermula dengan nama Dogma Resurrection, band dari Perlis Indera Kayangan ini menukar nama kepada Merenggah apabila beralih dari Progressive Metal kepada genre yang lebih pening calculationnya iaitu Progressive/Djent/Math Metal. Namun untuk EP bertajuk Dogma Resurrection yang mengandungi 4 buah lagu ini ianya merupakan lagu2 lama yang diberi nafas baru dan mereka menjanjikan music yang lebih kearah Meshuggah, Animal As Leader untuk material akan datang.

 Mail Beruang - Vocal
Syakir - Guitar / Backing Vocal
Yusri- Bass
Bau - Drummer

Cover artwork/design oleh Syakir

Tracklist :

1 - The Lies That Make You Suffer
2 - Dogma
3 - Failure Redemption
4 - Falling Into Insanity

Dogma Resurrection menjalani proses rakaman di Trivia Studio Dataran Mentari Sunway, Petaling Jaya sekitar penghujung 2013.

The Lies That Make You Suffer menjadi taruhan pertama Merenggah dimana untuk permulaan sahaja sudah jelas kedengaran dominasi gitar dan drum yang agak menonjol diantara stroke dan riffing. Agak panjang menunggu sehingga hampir 2 minit untuk mendengar growl dari vocalist dan clean vocal di chorus lagu. Solo gitar memang mencabar kewibawaan sehingga gua seakan terhidu pengaruh riffing Pantera bercampur Dream Theater untuk riffing selepas solo gitar tersebut.

Dogma masih seakan mood track pertama namun perubahan tempo diantara riffing pertama dan kedua dapat juga gua hidu. Kombinasi pengaruh Pantera, Dream Theater dan Fear Factory dapat gua hidu sepanjang verse awal track ini. Pertengahan track boleh diteliti mood lagu dimainkan berselang seli antara perlahan dan laju mood nya. Solo gitar yang bermain arpeggio yang laju dimainkan sebelum verse asal menjelma untuk mengakhiri track ini dengan riffing yang sedikit odd signature.

Failure Redemption merupakan track paling panjang durasinya. Pada gua track ini punya flow paling cantek dengan susunan riffing yang menjadi. Masih kuat pengaruh Progressive Metal ala Dream Theater untuk riffing gitar dan percampuran grind dari drummer dalam mood yang berlainan (part ni gua susah nak explain, lu orang cuba lah dengar dari CD ni nanti). Selepas 2 minit lebih vocal muncul dengan sedikit clean vocal dan disusuli growl yang kental. Percubaan riffing bersahaja dan teknik grind dari drummer nampak seakan janggal namun masih teratur dari segi temponya. Part paling feel pada gua ialah solo gitar yang punya pengaruh jazz dan progressive yang boleh melalaikan jika anda benar2 menghayatinya. Hahaha gua rasa macam layan music dari kelab malam plak masa part solo lagu ni. Hahaha. Memang penuh jiwa!

Falling Into Insanity bermula dengan tempo yang mendatar sebelum bertukar tempo kepada lebih padat apabila vocalist mula meluahkan amarahnya. Ada sedikit pengaruh Fear Factory untuk riffing polyrhythm. Mungkin agak keras sedikit track ini pada verse nya. Solo gitar seperti biasa berjaya menambah perisa track ini.

Untuk sound produksi gua rasa Merenggah sudah menghasilkan sesuatu yang sudah cukup membanggakan. Sound overall terkawal dan seimbang. Walaupun kedengaran agak digital tapi masih kena dengan konsep band ini yang mempertaruhkan konsep teknikal yang bukan calang2 untuk dimainkan. Walaupun terkini Merenggah menyatakan mereka telah berkiblatkan music Meshuggah dan Animal As Leader, namun untuk EP ini gua lebih dapat menghidu pengaruh Dream Theater dan Fear Factory jika keduanya digabungkan. Sukar untuk menyatakan bagaimana sound EP ini kerana kadangkala terasa seakan mendengar Rob Zombie pun ada dibeberapa bahagian lagu namun ia bukan pengaruh besar untuk EP ini. Dan gua dengar banyak kali dan banyak benar unsur2 jazz diselitkan terutama dari solo2 gitar.

Untuk EP ini jelas sekali keempat2 line up memainkan peranan penting didalam permainan instrument masing2 termasuk growl power dari vocalist band. Gua memilih track ketiga bertajuk Failure Redemption sebagai track pilihan dan gua rasa sikit syahdu untuk part perlahan beserta solo gitar ala2 Dream Theater. Keseluruhan EP ini gua beranggapan Merenggah menampilkan apa itu music "berisi" yang didistortionkan. Mungkin untuk material akan datang Merenggah akan lebih mengganas lagi dalam penulisan lagu2 terbaru nanti. Itu yang gua harapkan.

Ok, dapatkan Dogma Resurrection (EP 2014) dengan harga RM10 by hand dan RM16 by postage dengan menghubungi laman facebook band ini melalui link dibawah preview video ini.

Merenggah - Failure Redemption

Facebook