Au Revoir - Mystikult (2014)

Kelahiran Mystikult pada awal 2014 adalah bersempena kewujudan Au Revoir pada usia 10 tahun penubuhannya. Band yang pada gua membawa konsep music Horror Rock (haha ni gua sendiri yang bagi terma ni tau) disamping pengaruh Avant Garde didalam elemen Heavy Rock yang paling tepat berlatar kepada music berat Old Skool! Tampil dengan gabungan frontman Raimi (Pemilik Faithcraft Productions) dan Zizie Row yang juga gitarist band Kherow (telah bersama dalam rakaman Au Revoir ketika single Ku Bunuh Mu sebelum ini).

 Au Revoir
Raimi - All Vocals, Drums, Bass, Guitar and Synth
Zizie Row - Lead Guitars

Artwork oleh Raimi

Tracklist :

1 - Ain
2 - Lovely Bones
3 - Khusyuk Kematian
4 - Ku Bunuh Mu
5 - Djinn : The Shadows Beside You
6 - Abused
7 - Fullmoon Rage
8 - The Dance of the Blackwidow
9 - Mona dan Musa

* Susunan tracklist adalah berlainan untuk versi kaset.

Mystikult melalui proses rakaman di Faithcraft Studio dan diselenggara oleh Raimi. Beberapa penambahan rakaman dilakukan di Adepp Studio, Borneo. Proses mixing turut dilakukan di studio Faithcraft Studio. Untuk Mystikult, Au Revoir telah mengambil pendekatan dengan melakukan proses mastering di Eyes and Ears Productions oleh Chris Pereira. Mystikult dikeluarkan oleh Faithcraft Productions.

Ain merupakan intro yang hanya menggunakan bunyian gitar serta petikan keyboard yang dari dulu gua dapat dengar sound horror ni serta ending sedikit ketukan drum. Itu sahaja sebagai intro.

Lovely Bones merupakan track bervocal pertama yang pada gua ianya sangat kental dengan pengaruh Scorpion (memang diakui sendiri Raimi bahawa Scorpions lama memang mempengaruhi "kehidupan" music beliau) namun boleh gua katakan ini mungkin sound Scorpion yang jahat. Tidak terlalu heavy dan tidak terlalu padat komposisi track ini namun solo gitar dari Zizie Row ternyata menambah hidupkan lagi track ini.

Khusyuk Kematian merupakan track pertama di "lepas"kan untuk preview awal album ini. (Sambil baca ni boleh klik "play" pada video berlirik di pengakhiran review ini) Merupakan sebuah lagu lama yang diberi nafas baru. Jika anda mengikuti perkembangan band ini pasti anda akan perasan sebuah lagu lama mereka bertajuk Dying Just As I. Cuma kali ini Kusyuk Kematian agak lebih berjiwa dan ada penambahan sedikit dan nampak rancak dari versi asal terdahulu. Ok, gua kasi kredit dekat Zizie Row sebab beliau punya fill-in gitar memang "masyuk" dan ternyata beliau berjaya menjiwai lagu ini.

Ku Bunuh Mu ni asalnya gua xmau review sebab gua pernah review sebelum ni tapi memandangkan gua ada perasan beberapa perubahan dalam beberapa part (banyak penambahan tapi sedikit2 feel-in dari guitar dan ketukan drum) so gua boleh kata track ini masih hebat seperti pertama kali gua dengar sebelum ni.

Au Revoir - Ku Bunuh Mu

Djinn : The Shadows Beside You. Starting track ni riffing nya gua rasa macam gua bukan mendengar Au Revoir. Hahaha. Agak berlainan mood nya. Antara track terberat dan fast song dalam album ini. Ok, perubahan mood yang ternyata menjadi didurasi 1:22 dan 1:48. Satu elemen yang jarang ada dalam lagu2 Au Revoir. Sekali lagi solo gitar dari Zizie Row memang cukup menggamatkan dan gua bleh kata cukup dramatik punya solo!

Abused sebuah track bertempo berlahan dan terasa sedikit terawang-awangan. Ada mood sedih pada permulaan track. Cara nyanyian juga ada part yang membawa mood suram dan ada ketika agak beremosi. Ok, lagu ni gua rasa cukup atmospheric!

Fullmoon Rage ada sikit unsur eksperimen barangkali pada intro lagu nya sebelum attack drum menyerang tanpa sebarang belas. Verse kedua agak menampakkan kembali trademark music Au Revoir seperti lagu2 lain. Ini sebuah lagi track yang agak heavy untuk album ini. Kalau gua kata riffing laju tu ada mood Darkthrone lama ok x? Hahaha..

The Dance of the Blackwidow walaupun masih punya trademark Au Revoir namun gua masih dapat rasa sikit kelainan dalam penciptaan lagu nya. Mungkin dengan riffing yang sedikit doom dan mood yang pelbagai membuatkan gua terasa sediit kelainan apabila mendengarnya.

Track terakhir bertajuk Mona dan Musa, antara track berbahasa Melayu terbaru dari Au Revoir. Jangan harapkan mood seperti 2 lagu berbahasa melayu terawal tadi kerana Mona dan Musa ternyata berlainan dan gua boleh cakap ini satu yang baru dalam music Au Revoir. 

Secara keseluruhan gua dapat simpulkan Mystikult agak sedikit berlainan dengan rilisan2 Au Revoir terdahulu dari segi musical nya. Agak advance dari segi penulisan lagu dengan penambahan pelbagai elemen terutama dalam penggunaan loops dan kadangkala bunyian synth seakan melampau (ni gua compare dengan komposisi lagu2 album lepas). Dari segi sound produksi gua boleh kata ini adalah produk paling bermutu dari Au Revoir jika dibandingkan dengan rilisan terdahulu. Mungkin penangan mastering dari Chris Periera. Juga untuk Mystikult gua dapat dengar perubahan sound gitar yang totally berlainan dari sound terdahulu. Selain dari itu gua nak puji Zizie Row yang pada gua seorang gitarist hebat kerana dapat menjiwai setiap lagu yang diberikan padanya untuk dimasukkan solo dan fill-in gitar. Kombinasi menarik dari 2 orang pemuzik.

Ok, masih panas.. Mystikult boleh diperolehi dalam format slimpack CD (limited hanya untuk 150 copies) dengan harga RM15 by hand dan RM20 by postage. Untuk format kaset boleh diperolehi juga dengan harga RM15 by hand dan RM20 by poslaju.

Au Revoir - Khusyuk Kematian

Au Revoir
Facebook
Reverbnation

Faithcraft Production
Email
Blogspot
Facebook