VotW : Tuomas Holopainen - A Lifetime of Advanture (Official Video)

Kalau sebelum ni gua ada post video klip bertajuk "Lies" dari ex-vocalist Nightwish iaitu Anette Olzon yang akan muncul dengan album solo bertajuk "Shine", kali ni macam kena time pulak keyboardist Nightwish iaitu Tuomas Holopainen pula akan muncul dengan album solo nya bertajuk "The Life And Times Of Scrooge". Ok, ini video klip terbaru dari Tuomas Holopainen bertajuk "A Lifetime of Advanture". Ok, layan dulu..

Tuomas Holopainen - A Lifetime of Advanture (Official Video)

Official Website
Facebook

Cultristic - Awakening the Beast of As'Sadh (Promo Pack 2008)

Difahamkan Cultristic merupakan sebuah band yang membawa genre Death Metal. Bermastatutin di Ipoh Perak, band ini terdahulu telah diwujudkan sekitar 1999. Bersama sebuah demo awal bertajuk "Vanised Into Flames" pada tahun 2000, band ini menyepi seketika sebelum muncul dengan promo terbaru pada 2008 bertajuk "Awakening the Beast of As'Sadh". Ok, gua cuba review sedikit berkenaan demo berformat CDR ini.

 Darkoath (Guitars), Sheh (Bass), Halim (Drums), A.d (Vocals  )

 Cover/layout oleh Blessing Moment Zine

Tracklist :

1 - Aqsa
2 - Necroreplicant
3 - Prayer of Hatred (Morbid Angel Cover)

Awakening the Beast of As'Sadh melalui proses rakaman di Necro-X Studio. Hanya dinyatakan susunan dilakukan oleh Amer manakala lirik dihasilkan oleh Ajoy. Eastern Myth Records menjadi label yang bertanggungjawap diatas kelahiran promo pack ini.

Aqsa menjadi track pengenalan. Tak banyak yang boleh gua simpulkan dari track pertama ini selain dari ketepuan irama Death Metal nya. Secara peribadi gua x brapa nampak sangat lagi impak besar yang dihasilkan melalui lagu ini lantas buat gua sedikit x berasa teruja sangat. Ok fullstop.

Necroreplicant agak ribut pada permulaan lagu. Kental dan teknik whammy bar kedengaran di kiri kanan speaker. Agak berlainan jika di bandingkan dengan track pertama tadi dari segi mood dan komposisi lagu nya. Track pilihan gua yang mana pada gua paling kental dan memberi definisi sebenar apa itu Death Metal! Sini gua namapk "sesuatu" yang ada pada Cultristic iaitu "soul" Death Metal tu berjaya diterap dengan sungguh berjaya didalam lagu ini.

Prayer of Hatred merupakan lagu saduran dari Morbid Angel yang diambil dari album Formulas Fatal to the Flesh (1998). Satu percubaan yang bagus dan tidak nampak cacat cela nya.

Dari segi sound produksi mungkin kedengaran agak lemah namun ia nya gua kira ok sebab material ini berstatus "demo". Setelah mentelaah berkali2 gua beranggapan music garapan Cultristic ini cukup padu penangan Death Metal nya. Gua tak dapat gambarkan bagaimana hasil terakhirjika Cultristic menghasilkan rakaman yang bermutu profesional. Serius lagu2 ciptaan mereka bukan kosong. Gua boleh cakap permainan mereka mantap, riffing dan stroke drum yang keras serta tiada belas langsung dalam lagu ciptaan mereka. 2008 sehingga 2014 satu jangkamasa yang agak panjang dan gua harapkan Cultristic akan tampil dengan rakaman profesional pada masa terdekat kerana pada gua Malaysia memerlukan band2 seperti mereka ini.

Ok, gua xpasti demo CDR ni boleh dapat lagi ke x.. kalau nampak grab cepat.. Harga pada awal keluaran hanya RM3 tapi limited kepada 50 copies sahaja. Ok, untuk mengenal music dan juga band ini, boleh layari youtube dibawah dan juga sila layari beberapa laman sesawang Cultristic yang kami sediakan dibawah. Terima Kasih!

Cultristic - Necroreplicant

Email
Facebook
Myspace

VotW : Arch Enemy - War Eternal (Official Video)

Ok, saja gua kasi highlight pasal video klip terbaru Arch Enemy ni sebab terkini Angela Gossow telah menarik diri dan nampak gaya dah jadi manager band ni. Tempat beliau diganti oleh Alissa White-Gluz yang terdahulu menganggotai band bernama The Agonist dari Kanada. So layan jap video klip ni untuk anda cuba2 banding kemampuan antara kedua2 vocalist perempuan bersuara ganas ini.. Layannnn...

Arch Enemy - War Eternal (Official Video)

Ok, nak kenal si Alissa White-Gluz ni kami ada sediakan link ke laman facebook beliau untuk anda..

Alissa White-Gluz
Facebook

Arch Enemy
Official Website
Facebook

* Album terbaru Arch Enemy bertajuk War Eternal akan muncul sekitar Jun 2014.. Bersiap sedia!!!

Virginia On Duty - Curse (EP 2013)

Dari apa yang gua kaji band bernama Virginia On Duty ini telah ditubuhkan sekitar 2005. Terlibat didalam beberapa split selepas melahirkan 2 material pada 2007 dan 2009. Dengan membawa konsep emo-violence, gua terpanggil untuk membuat sedikit review pasal band ini setelah mentelaah material terbaru mereka iaitu Curse (EP 2013). Trio yang dianggotai oleh Saffiudin, Azedan dan Samsul ini pada gua agak bijak menghasilkan music yang sedih, suram dan meresahkan. Ok, ayuh baca sedikit review dari gua pasal EP ini.

Artwork dan layout oleh Syahir

Tracklist

1 - Curse
2 - Black Mountains
3 - Regret
4 - Cephalus
5 - Deception

Curse (EP 2013) melalui proses rakaman di Green House Studio oleh Tom Bollocks. Proses adunan dan mastering dilakukan oleh Shafeeq Jibin. EP ini dikeluarkan oleh dua buah label iaitu Quiet.Still.Dead Records dan Chronic Crony Collective.

Curse bermula dengan intro sample percakapan yang meleret sehingga seminit sebelum music menyerang. Apa yang boleh gua tafsirkan melalui track pertama ini jelas band ini bijak menghasilkan riffing yang punya emosi kacau bilau. Cukup pakej dengan cara nyanyian yang nyata sekali melepaskan segala kemarahannya.

Black Mountain pula tanpa sebarang tanda terus menerpa seakan penumbuk hinggap dimuka. Haha.. masih punya mood seperti track pertama.

Track paling pendek durasinya ini bertajuk Regret. Tanpa sebarang belas, namun gua rasa x puas pula sebab pendek sangat.

Cephalus gua rasa merupakan track pilihan gua. Starting yang punya hook menarik. Track ini juga gua rasa paling bermelodi kalau di bandingkan dengan track2 terdahulu. Mood yang dihasilkan betul2 buat gua rasa resah.. Hehe..

Track terakhir iaitu Deception ni gua nampak boleh tahan jugak. Idea pun banyak macam track ke 4 tadi.

Kesimpulan yang boleh gua katakan berkenaan Curse (EP 2013) ini ialah, Virginia On Duty merupakan sebuah band emo yang cukup bijak dalam menghasilkan karya (lagu) yang pada gua punya mood yang sangat tertekan, meresahkan seakan penuh dengan segala emosi berkecamuk. Gua juga cukup suka apabila mendengar karya yang lengkap pakejnya dari segi lirik dan komposisi lagu yang matching dan beremosi begini. Union of Uranus dan Orchid adalah antara band yang dinyatakan membawa pengaruh kepada music mereka.

Untuk sound production, mungkin untuk keluaran akan datang Virginia On Duty boleh mempertingkatkan lagi mutu bunyi yang dihasilkan. Bukan menidakkan mutu bunyi material ini, tetapi mungkin ianya boleh diupgradekan lagi untuk penghasilan mutu bunyi yang lebih power!

Ok, Curse hanya dihasilkan dalam format kaset dan boleh diperolehi dengan harga RM7 by hand. Untuk urusan pembelian anda boleh hubungi link2 yang disertakan dibawah preview song ini. Sekian.


Virginia On Duty
Email
Facebook
Bandcamp

Quiet.Still.Dead Records
Email
Facebook

ChronicCronyCollective
Email
Facebook 

VotW : Anette Olzon - Lies (Official MV)

Kalau sebelum ni gua ada pos VotW pasal Nightwish dan vocalist baru nya iaitu Floor Jansen, kali ni gua nak post plak pasal Anette Olzon yang merupakan vocalist yang mengganti Tarja Turunen bersuara saprano tu sebelum. Anette Olzon bakal tampil dengan album solo nya bertajuk Shine yang akan menembusi pasaran pada 28 Mac 2014 nanti.. Ok, layan dulu video klip bertajuk Lies ini..

Anette Olzon - Lies (Official MV)

Official Homepage
Facebook

Suffocation (Pre-Suffercation) - Nightmare In Red (Demo 1990) - Rereleased 2014

Terus terang ketika Suffercation menghasilkan ini, gua masih dibuai irama rock yang menujah setiap corong radio dan kaset2 yang dijual di toko2 music atau pun pasar malam. Haha. Band yang berpengkalan di Kelantan ini mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan cita2 bermain music. Merupakan antara band2 tempatan terawal menghasilkan demo tape. Ok, berbalik kepada penerbitan semula demo tape bertajuk Nightmare In Red ini oleh sebuah label bawahtanah tempatan iaitu Afterlife Productions. Sesuatu yang menarik diperkatakan ialah ini ialah demo tape yang menyaksikan 4 orang line up asal Suffercation ketika masih menggunakan nama Suffocation.

 Dee Sanadi - Lead, Rhythm, Vocals
Rob Razak - Lead, Rhythm
Tom Decibel - Bass
Ly Razak - Drum
* kredit imej kepada Afterlife Production

Tracklist :

1 - Nightmare In Red
2 - The Remains
3 - Posthumous
4 - Suffocation
5 - Through The Darkness

Nightmare In Red adalah rakaman demotape pertama berkonsep Death Metal di Malaysia. Menggunakan khidmat Mon dan bertempat di Amerah Studio, demotape ini berjaya dirakam dengan menggunakan kaedah live rekoding.

Ok, gua xmau nak review satu persatu lagu. Cuma gua nak nyatakan kepada mereka2 yang pernah mendengar karya2 Suffercation, didalam demotape ini terselit 2 buah lagu yang merupakan versi asal iaitu track bertajuk Suffocation (klik SINI untuk preview) yang dimuatkan didalam album In Sufferance (1996) serta Through the Darkness (klik SINI untuk preview) yang dimuatkan pula didalam album Cryptic Existence (1992).

Penghasilan semula demotape ini pada gua seakan mengimbau semula sejarah gemilang Suffercation pada era awal. Ini boleh gua katakan berdasarkan mutu bunyi yang masih dikekalkan walaupun agak sebu (mungkin tidak mengalami proses re-mastered) sama seperti demo2 tape yang dikeluarkan pada zaman itu. Walaupun tahap keseimbangan terpaksa diketepikan kerana pada gua vocal agak terkedepan (dah macam demo Rator - Evil Symphony) namun dinyatakan Nightmare In Red adalah rakaman secara live.

Seperkara lagi yang membuatkan demotape ini istimewa adalah pada cover sleeve nya yang dimuatkan temubual terbaru owner Afterlife Production bersama Rob Razak yang dilakukan pada 2014. Pelbagai soalan dan jawapan menarik terutama soalan yang menyentuh zaman demo tersebut dihasilkan. Juga tak lupa gambar nostalgia line up asal Suffercation di era Suffocation.

Ok, pengeluaran semula demotape ini hanya terhad kepada 300 unit sahaja. Sila hubungi Afterlife Productions (link disediakan dibawah) untuk proses pembelian. Grab cepat sebelum kehabisan!

Suffercation
Facebook

Afterlife Productions
Email
Website

* image of Suffercation old line up credit to Afterlife Productions