NonserviaM - A Spectral Ascension (2014)

Sekitar 2012 dahulu dunia metal utara tanahair dikejutkan dengan kemunculan sebuah band yang tampil dengan sebuah EP beserta sebuah video klip profesional. Dengan membawa konsep Melodic Death Metal, band yang bernama NonserviaM ini dilihat tidak berpaling kebelakang langsung untuk terus menggempur apa yang ada dihadapan. Sekitar penghujung 2013 sehingga awal 2014, ternyata album penuh bertajuk "A Spectral Ascension" ini benar2 dinantikan pendengar untuk menentukan keupayaan sebenar band ini.

Gary (Guitars), Valent (Drums), Payden (Keyboards), Leon (Vocal), Vinoth (Guitars), Zeon (Bass)

 Design oleh Payden dan Zeon

Tracklist :

1 -  A Spectral Ascension
2 - Portrait Of Despair
3 - I Am Eternal
4 - Martyrized
5 - Amongst The Scorned
6 - Shrouds Of Irreverence
7 - Faith Devoided
8 - Dreamscape : Desolation
9 - Dystopia
10 - Insidious Nihilistic Regimental Indoctrination

A Spectral Ascension melalui rakaman di dua buah studio iaitu Greenhouse Studio, Kuala Lumpur dan Soundmaker Studio, Pulau Pinang. Proses adunan dilakukan di Rob Caldwell Audio Sarasota, Florida USA oleh Rob Caldwell. Beliau turut terlibat dalam proses mastering album ini.

Intro menggunakan tajuk album iaitu A Spectral Ascension menjadi hidangan pertama sebelum sesi berdistortion dimulakan untuk track kedua bertajuk Portrait of Despair. Dengan deruan pedal drum di permulaan track sebelum verse bervocal muncul boleh dilihat elemen melodic diterapkan untuk track pertama ini. Genre yang kerap disangkut pautkan dengan band tersohor In Flames namun gua tidak berapa dapat menghidu bunyian ala2 band tersebut, cuma sound atmosfera keyboardist NonserviaM membuatkan gua sedikit teringat akan mood2 lagu ciptaan Dark Tranquility. Solo gitar disusuli solo dari keyboardist juga menarik. gua ulang 2 kali solo tersebut. Hahaha..

I Am Eternal garang sekali pada awalnya. Ada sedikit bau2 Gothenburg sound tapi tidak keseluruhannya. Dari track pertama sehingga track ini gua dapat tangkap kebijaksanaan keyboardist band ini mengembangkan idea bermainannya dari basic chord yang digunakan. Wow solo sangat menangkap, asyik dan sedap! Kudos to gitarist dan keyboardist! Bila dengar secara detail, kedua2 gitarist band ini cukup teliti dalam permainan diorang.

Martyrized mungkin berada dalam trademark tersendiri. Walaupun ada bau2 In Flames lama namun keseluruhan track tidak menggambarkan mereka meniru secara total apa yang dilakukan In Flames. Sebuah track yang solid dan punya pengaruh old skool dan modern.

Amongst The Scorned mengingatkan gua pada Monochromatic Stains dari Dark Tranquility. Hahaha.. Tapi hanya pada starting track sahaja lah. bukan ciplak tapi susunan tu ada bunyi nak sama. Mungkin persamaan idea. Tapi cuma untuk starting track aje lah. Keseluruhan track ni best! Ada flow tinggi rendah walaupun gua masih terhidu pengaruh Dark Tranquility. Hehehe..

Shrouds Of Irreverence ni starting terus garang, pantas dan laju. Dan bila verse pertama masuk mood jadi lain dari segi tempo. Pertengahan track yang cukup menarik permainan dari keyboardist sebelum solo gitar menambah untuk menyedapkan lagu. Ending yang kembali seperti permulaan lagu. Best!

Faith Devoided agak mendatar pada mulanya. Progression chord yang menarik pada minit pertama. Kreativiti keyboardist agak mendominasi dengan permainan yang agak catchy.

Dreamscape : Desolation merupakan instrumental yang hanya dimainkan pemain keyboard serta penggunaan loops sebagai latar.

Dystopia seawalnya sudah cukup kuat penangan melodic nya. Cukup teliti permainan gitar dari kedua2 gitarist (ni gua dengar kaw2 ni guna headphone). Hah menarik betol track ni sebenarnya walaupon progression chord nya biasa2 sahaja tetapi pengolahan tu yang bikin track ni jadi menarik. Ahh teringat Herriot la pulak bila layan track ni..hehe..

Insidious Nihilistic Regimental Indoctrination gua pilih antara track terbaek untuk album ini. Gua rasa segala gala nya ada didalam track terakhir ini. Cukup sesuai dijadikan track terakhir. Track ini ada part keras, moderate, modern, old skool dan melodic. tak mau komen lebih, sebelum tamat artikel bila preview dengar video track ni kat bawah nanti. A+++

Komen untuk sound produksi gua boleh simpulkan ianya adalah sangat bagus kerana selain keseimbangan bunyian untuk setiap instrument, tahap profesional sangat dititik beratkan. Nampak ketelitian hasil kerja sound engineer import dari USA ini. Gua still boleh tangkap bunyi2 keyboard yang terselit walau sedikit.

Secara keseluruhannya, walaupun A Spectral Ascension boleh dihidu pengaruh dari band2 melodic besar seperti In Flames, Soilwork, Dimension Zero, Passenger (band projek In Flames), Dark Tranquility namun gua rasa NonserviaM sudah berjaya untuk menangkis jika ada yang kata mereka klon kepada band2 tersebut. Gua bagi kredit kepada pemain keyboard band ini kerana sound2 yang di apply dalam setiap track lah (pada pendapat gua) yang banyak membezakan dari band2 yang disebut diatas. Walau ada part kedengaran seakan Dark Tranquility namun kombinasi bersama riffing gitar menjadikannya lain dan tidak nampak penyakit meniru disitu. Kedua2 gitarist cukup cermat dalam permainan mereka dengan permainan yang cukup bersih. Bass cukup2 puch untuk genre sebegini dan drummer juga berjaya membawa kesemua lagu dengan baek. Ok, gua harap band ini boleh pergi jauh dan ada label2 besar di luar sana yang nampak akan kemampuan band ini.

A Spectral Ascension boleh dibeli dengan harga RM30 by hand dan RM36 by postage. Sila hubungi band ini atau kunjungi gig2 yang disertai mereka atau juga melalui beberapa outlet yang menjual CD ini. Beri mereka peluang, mereka boleh pergi jauh!


Email
Facebook
Soundcloud
Bandcamp

Video of the Week - dangerkids - Hostage

Gua turut tumpang bersedih di atas pembatalan konsert Kreator tempoh hari. Harapan gua, duit tiket dapat dipulangkan kepada peminat yang dah beli. Gua tak pasti apa sebenarnya jadi, tapi ni memang menconteng arang kepada pergerakan muzik Malaysia. Tapi, moga semuanya tetap kental ya!

Nah, VotW kali ni gua bawakan dangerkids. Kalau lu orang pernah minat Linkin Park tapi rasa nak lagi edgier dengan elemen Metalcore, mungkin band ni elok sebagai permulaan. Gua sukakan rapping dan elemen electronic gaya Linkin Park (rapping sebijik cam Shinoda!), screamer pulak mengingatkan gua kepada Matt Heafy (Trivium) dan sound gitarnya tipikal kepada jenis-jenis Risecore bands. Enjoy!


Misgive - Short Skirts, Shot Guns (EP 2014)

Band ni agak tiba2 muncul dan tiba2 juga tangkap gua punya telinga dengan irama catchy Punk Rock buatan mereka. 4 orang hot chicks dari Kota Kinabalu ini menamakan band mereka sebagai Misgive. Ekspresi pertama bila dengar preview lagu diorang kat youtube buat gua berkata "amboi catchy jugak diorang ni buat lagu.." Ok, mungkin time gua tengah tulis atau selepas publish entry ni Misgive sedang atau baru selesai dalam rangka mini tour Semenanjung menuju Singapura sebelum kembali ke Borneo untuk tour seterusnya untuk promosi EP pertama mereka bertajuk "Short Skirts, Shot Guns". Ok, gua mulakan review...

 Reen (Vocal/Guitars), Yen (Vocal/Bass), Brenda (Lead Guitar), PinPin (Drums)

Design oleh Aks Kwan

Tracklist :

1 - Don't Need No Words
2 - Short Skirts, Shot Guns
3 - Music Sucks
4 - Fluttered Flags
5 - Broken Society

Short Skirts, Shot Guns melalui proses rakaman di BMT Studio Kota Kinabalu Sabah. Mungkin insan bernama Chester Sinidol ada kena mengena dengan sesi rakaman di BMT Studio seperti dinyatakan didalam pocket CD ini. EP ini dikeluarkan dengan kerjasama Kenny Cleod Productions.

Don't Need No Words memang kena dijadikan sebagai track pembukaan. Dengan rentak yang rancak ia seakan mengajak anda untuk mendengar apa lagi yang mampu di sajikan oleh 4 gadis ini untuk track2 seterusnya. Ok, track ini mengingatkan gua pada Intoxicated dan Psycho Sonique. Durasi yang pendek tanpa sebarang solo gitar.

Short Skirts, Shot Guns terdahulu telah di rilis sebagai video klip (lihat dipenghujung artikel) masih dengan tenaga serta rentak yang rancak dari riffing dan stroke drum nya. Catchy juga melodi vocal yang dihasilkan. Jika dihafal liriknya mungkin crowd boleh sing-a-long ketika live.

Music Sucks gua rasa punya pengaruh kental dari Green Day dari album2 lama. Tetap rancak tempo dari komposisi nya. Ada sikit2 shout yang menyahut nyanyian si vocalist.

Fluttered Flags agak perlahan tempo permulaan lagu nya. Gaya nyanyian yang bersahaja dan ada sikit solo ringkas sebagai feel-in yang diselit diantara riffing. Ok, sekejap sahaja tempo berlahan ni sebelum Misgive kembali merancakkan track ini. Gua tak tengok lagi live band ni tapi gua dapat rasa track ni dinyanyikan oleh 2 vocalist untuk part sahut menyahut tu.

Broken Society kedengaran sedikit jiwang cara pembawaan vocal nya. Dengan permainan gitar yang tidak menggunakan distortion dan sekadar strumming masih lagi kedengaran tidak lari dari konsep yang dibawa Misgive. Mungkin sound gitar dihasilkan sebegini untuk menambah elemen retro dalam penghasilan lagu.

Dari aspek sound produksi gua boleh kata ini hasil Punk Rock yang agak profesional. Keseimbangan yang jelas kedengaran kesemua instrument yang dimainkan.Resepi Punk Rock yang mudah untuk penggunaan chord serta groove tipikal untuk track drum nya sudah cukup untuk produk Punk Rock sebegini.

Dalam gua dok dengar boleh disimpulkan pengaruh music Misgive ini lebih kepada Punk Rock yang rancak seperti Green Day (old) dan Rancid. Jika band2 local mungkin ada bau2 dewa Punk Rock kita iaitu Subculture. Jika dulu kita ada Intoxicated yang merupakan Punk Rock band yang terdiri dari all girls dan Singapura dengan Psycho Sonique nya, kini Misgive seakan kelahiran semula 2 band ini. Dengan music rancak dan catchy serta penampilan yang agak berani gua berpendapat Misgive boleh menjadi fenomena baru Punk Rock tempatan. Mungkin untuk airplay, Misgive perlu menghasilkan lagu menggunakan bahasa Melayu untuk tarik peminat mainstream ditambah dengan perlu nya mereka aktif dalam show2 untuk memudahkan lagi agar Misgive di kenali di Malaysia. Gua juga berharap band ini boleh bertahan lama dan tidak sekadar menghangatkan persada music tempatan dalam jangkamasa yang singkat. Cun jugak kiranya jika band ini berani melangkah keluar dari Malaysia jika benar2 ingin maju, dikenali dan berjaya dalam bidang yang diceburi. Misgive ada talent dan boleh pergi lebih jauh jika berani menyahut cabaran gua itu.

Short Skirts, Shot Guns (EP 2014) boleh dibeli dengan harga RM10 by hand dan untuk pembeli dari Semenanjung perlu membayar lebih RM10 untuk cas pos (ini memang rate poslaju dari Borneo ke Semenanjung dan juga sebaliknya). Mungkin juga akan ada label2 yang akan distro EP ini sikit masa lagi dan sila grab awal2 kerana difahamkan EP ini dikeluarkan dalam kuantiti yang limited.

Kenali Misgive menerusi laman sesawang yang kami sediakan dibawah video ini.

Misgive - Short Skirts, Shot Guns

Email
Facebook
Twitter
Reverbnation
Soundcloud

Rehearse - Chaos Reign (EP 2013)

Rehearse merupakan sebuah band yang membawakan konsep Death Metal pada amnya. Formasi dari Serdang Selangor yang lahir pada 2011 ini jika diteliti aliran music Death Metal nya tampak punya kepelbagaian elemen termasuk Gore, Slamming dan Brutal Death. Chaos Reign merupakan buah tangan berformat CD EP yang mempertaruhkan 4 buah lagu. Rehearse bernaung di bawah Uprising Music Society.

Uze (Vocal), Adli (Lead Guitar), Yusuff (2nd Guitars), Tariq (Bass), Fariq (Drummer)

Layout/Design oleh PixelDixelArt

Tracklist :

1 - Bloody Mess
2 - My Hammer, Your face
3 - I Am Genocide
4 - Beyond Vengeance

Chaos Reign melalui proses rakaman di Uprising Studio, Selangor. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam hal mix dan mastering bagi EP ini.

Bloody Mess bermula dengan garang sekali. Jelas kedengaran pada awalnya penangan Death Metal melalui serangan drum dan riffing. Namun pada verse pertama kedengaran seakan mendengar irama Gore sebelum riffing Death Metal kembali menyerang. Gua boleh kata riffing gitar mereka agak merbahaya. Vocalist band ini pada gua membawa gaya seakan vocalist band Gore/Slamming dengan suara pelbagainya dan x lupa pig squeal yang kental!

My Hammer, Your Face mula jek macam layan Cannibal Corpse plak gua rasa. Vocalist tak bagi ruang langsung ditambah dengan riffing laju dari gitarist dan hentakkan drum yang memang tak ada belas langsung. Ok, berhenti sekejap di tengah track. Ada sikit alunan keyboard bersahaja (kalau live macamana nak main ni? hahaha) sebelum verse seterusnya muncul bersama solo gitar yang sedikit menggigit. macam dengar Fleshgod Apocalypse lah pulak bro...

I Am Genocide ni gua rasa sedikit tertarik pada part tertentunya. Walaupun starting track ini agak tipikal Death Metal apa yang dipersembahkan sehingga ke riffing breakdown yang boleh buat crowd menumbuk lantai jika dipersembahkan di atas pentas. Ok, perkara yang menariknya dipertengahan track Reherase berani menyelitkan permainan selamba yang sedikit jazzy tanpa distortion. Agak gila juga apa yang dilakukan sebelum track kembali menjadi berat berdistortion sehingga tamat.

Beyond Vengeance pada gua sebuah track menarik dengan riffing menonjol yang banyak mendominasi keseluruhan track. Boleh jugak gua kata track ini ada flow tinggi rendah nada nya. Pengaruh Fleshgod Apocalypse paling mudah dihidu pada track ini. Tak keterlaluan jika gua katakan track ini paling bermelodi jika dibandingkan dengan track2 awal.

Secara teknikalnya, gua beranggapan sound produksi yang dihasilkan melalui Chaos Reign sudah cukup profesional dengan keseimbangan yang jelas dari kesemua instrument yang dimainkan. Cuma gua rasa sedikit ralat kerana gua rasa drum menggunakan programming kerana Rehearse punya pemain drum. Mungkin untuk keluaran akan datang Rehearse perlu menggunakkan original drum untuk sesi rakaman. Selain dari itu seperti yang gua nyatakan diawal perenggan diatas, Rehearse merupakan band Death Metal yang punya kepelbagaian dalam gaya penciptaan lagu2 mereka. Mungkin ada kala seakan mendengar Cannibal Corpse, Waking The Cadaver, Kranium dan band seangkatannya.

Ok, memandangkan Chaos Reign telah berada dipasaran sekitar pertengahan 2013 so gua x pasti jika ianya masih boleh didapati atau sudah sold-out. Oleh itu ada baeknya anda hubungi sendiri band ini melalui beberapa link yang kami sediakan dibawah ini untuk mendapatkan CD ini dengan harga RM15 sahaja.

Rehearse - Full EP

Email
Facebook
Twitter
Reverbnation
Bandcamp

Chelation Intoxication - Dismemberment (XVIII) (EP 2013)

Mungkin sedikit terlewat review ini memandangkan Chelation Intoxication bersama label aktif Grundar Productions telah meriliskan EP bertajuk Dismemberment (XVIII) ini pada penghujung 2013 yang lepas. Tidak terlalu lama dan tidak terlalu baru tarikh rilisnya EP ini, Chelation Intoxication dilihat sebagai satu nama baru dari Kedah Darul Aman yang tampil dengan genre berat sebegini yang mengingatkan gua pada Sardotical Scoundrel (RIP) dari negeri yang sama dan jaguh Goregrind KL iaitu Sick Society. Namun Chelation Intoxication pada gua lebih berat kearah genre Slamming Brutal Death Metal, sebuah genre yang agak gagah untuk band2 yang tumbuh rancak di Indonesia. Berbekalkan sebuah demo pada tahun penubuhan iaitu 2011, Chelation Intoxication sudah mula berani menjelajah pelusuk semenanjung untuk mempromosikan music mereka.

Rxth (Vocal), Fiq (Guitars), Shah (Bass), Ikram (Drums)
* terkini terdapat kekosongan diposisi drum

Artwork oleh Fadzee Tussock

Tracklist :

1 - Intro
2 - Erotophonophilia Disorder
3 - Dismemberment (XVIII)
4 - Kemustahilan Dalam Kekejaman
5 - Kisah Si Kannibal Penjual Sate
6 - The Sad Story About the Rotten Head in My Fridge (Encephalopathy Cover)

Dismemberment (XVIII) telah melalui proses rakaman di CxIx DIY Studio Jitra, Kedah darul Aman sekitar Mac sehingga Ogos 2013. Proses mixing dilakukan sendiri oleh Fiq, Rxth dan CxIx. Cover song dari Encephalopathy pula telah dirakam sekitar November 2012.

Pengenalan music Chelation Intoxication untuk EP ini dimulakan dengan Intro sample bunyian seakan mencari channel radio sebelum disambung dengan track kedua bertajuk Erotophonophilia Disorder yang mana bermula dengan alunan lagu pop 80an dan.... berakhir di durasi 0:39 dan bermula music berat beserta nyanyian (gua xpasti sesuai ke x disebut nyanyian..hahaha) pig squeal yang sukar sekali nak tangkap sebutannya walaupun gua memegang cover sleeve CD yang punya lirik nya. Haha..

Dismemberment (XVIII) merupakan selftitle track untuk EP ini. Bermula dengan riffing yang agak "mabok" beserta suara babi dialunkan sebelum hentakkan pedal drum seakan menguasai lagu. Menarik dipertengahan track diselit dialog bacaan berita berkisar pembunuhan kejam sebelum music kembali mengerang bersama erangan vocal.

Kemustahilan Dalam Kekejaman merupakan track yang turut diselitkan didalam kompilasi A Blasting Of Malaysian Death & Grind Companion yang dikeluarkan oleh Grundar Productions yang memuatkan 21 buah band tempatan. Masih dengan mood yang sama seperti 2 track awal, tampak Chelation Intoxication sudah punya trademark dan tatacara penciptaan lagu untuk music mereka tersendiri. Juga selingan sample dialog filem Allahyarham P Ramlee di pertengahan track.

Kisah Si Kannibal Penjual Sate merupakan satu2 nya track yang menggunakan Bahasa Melayu untuk keseluuhan lirik. Agak komedi tajuk track ini namun music nya tetap brutal dan tiada belas kasihan.

Track terakhir yang merupakan track saduran dari band Encephalopathy bertajuk The Sad Story About the Rotten Head in My Fridge. Ok, yang gua perasan sound produksi track ini agak sedikit berlainan dari track2 awal. Cara pembawaan lagu cover ini juga masih sama seperti track2 awal.

Pada gua Dismemberment (XVIII) merupakan antara keluaran tempatan yang agak ribut dan jarang sekali genre sebegini dibawa oleh local band. Mungkin gua boleh menyebut Sick Society sebagai antara band yang membawa genre sebegini dan masih kekal dengan Gore Grind nya. Ok, satu lagi band mungkin Butcher Busted dari Pulau Pinang. Gua juga beranggapan Chelation Intoxication berjaya dengan genre sebegini kerana dalam pemerhatian gua, kebanyakkan band2 baru berada dalam kekeliruan diantara Slamming dan Deathcore yang rata2 punya riffing breakdown yang melampau. haha..

Ok, kepada penggemar music yang liriknya sukar dihadam dan berkisar pasal mengisar daging (hahahaha), anda boleh dapatkan Dismemberment (XVIII) dengan harga RM15 melalui label Grundar Productions (link disediakan dibawah video ini). Beberapa link turut kami sertakan untuk anda mengenali band anak muda yang kejam dengan mimpi2 berdarah mereka. Gua rasa anak2 muda ini wajar diberi perhatian!

Chelation Intoxication - Code Injection (Pathology Cover - Live)

Chelation Intoxication
Email
Facebook
Reverbnation
Twitter
Youtube

Grundar Productions
Official Website

VotW : Misgive - Short Skirts, Shot Guns (Official Music Video)

Ok, gua pon xtau kewujudan band ni ntah bila.. gua terjumpa dan ok, ngam jugak music nya yang simple dan catchy.. Kasi gua teringat band lama all girl dulu Intoxicated.. By the way, Misgive on da way datang semenanjung untuk mini tour dalam masa terdekat dari tarikh gua pos entry ni.. So try check it out! Punk Rock!!!!

Misgive - Short Skirts, Shot Guns

Email
Facebook
Reverbnation
Twitter
Soundcloud

Catagaxian - Painless (EP 2014)

Catagaxian merupakan sebuah band yang telah tertubuh sekitar 1999 dibawah nama Rasian. Walaupun telah menghasilkan rakaman pada 2005 namun masalah pertukaran line up telah menyebabkan hasil rakaman tersebut terperap sekian lama dan tidak dapat dikeluarkan. Pada 2013, Catagaxian telah memulakan reformasi terbaru dengan kemasukan 2 orang line up untuk kembali menghangatkan scene bawah tanah tempatan. Satu fakta berkenaan band ini ialah mereka masih tidak punya pemain drum tetap. (drummer diluar sana jika berminat sila kontek band ini..haha). Painless (EP 2014) merupakan buah tangan terbaru dari Catagaxian dimana ia memuatkan 4 buah lagu yang menandakan mereka kini bersedia untuk perjuangan yang tertunggak sebelum ini.

 Besar (Bass), Yas Ilyassa (Gitar), Chipan (Vocal)

Design oleh Orange Munkee

Tracklist :

1 - Overtune 666
2 - D.I.E (Dust In Earth)
3 - Enemy
4 - Painless

Painless (EP 2014) dihasilkan melalui rakaman home studio manakala 2 buah track bertajuk Overtune 666 track drum nya dirakam di Retrax Studio, dimainkan oleh Azim (Herriot) dan Painless dimainkan oleh Azzrien Warmbeat. Rakaman vocal dilakukan di Josh Cafe. Proses adunan dilakukan oleh Yas Ilyassa manakala Dark-E bertanggungjawap untuk proses mastering.

Overtune 666 sebagai track pengenalan music Catagaxian pada gua didominasi oleh riffing gitar pelbagai dan hentakan drum yang padu. Ok, nampak unsur guitar-hero jelas kedengaran dari solo2 gitar yang boleh dibanggakan dari track ini. Elemen Thrash, Death Metal dan Technical diserapkan didalam track ini.

D.I.E (Dust In Earth) bermula dengan riffing menarik sebelum kesemua instrument menyerbu. Ok, ada percubaan bermain off-beat didalam susunan lagu. Sebuah track yang agak payah rasanya untuk dimainkan secara live kecuali dengan latihan yang kerap dan memerlukan penelitian yang penuh. Solo gitar ada jiwa dan kena dengan mood lagu.

Enemy punya starting ni macam agak familiar sikit riffingnya (pada telinga gua tapi gua lupa lagu apa yg gua dengan similiar dengan riffing ni) dan ada bau2 At The Gates untuk verse pertama. Memasukkan feel-in serta solo dalam certain part didalam track ini nampak agak "selamat" kerana pengulangan riffing (walaupun progression nya mencabar) turut boleh membosankan. Solo gitar masih dalam kadar terbaek dan pada gua Yas Ilyassa berjaya menjiwai setiap solo gitarnya dengan mood lagu dengan baek sekali. Ok, gua andaikan beliau mastermind dalam penghasilan lagu2 Catagaxian. Haha..

Painless ni gua boleh kata track ini agak "radio friendly" (haha gua rasa xsesuai kot istilah radio friendly untuk music sebegini) dan paling x kejam seperti track2 terdahulu.Walau bagaimana pun teknikal part dalam riffing masih menjadi intipati dalam penciptaan track ini. Mungkin ini track yang agak "ringan" kerana kedengaran ada pengaruh Speed dan Thrash Metal.

Untuk sound produksi mungkin belum mencapai tahap profesional album tambahan dengan beberapa track yang agak berlainan atmosfera bunyian rakamannya. Gua harap untuk next material Catagaxian akan cuba menghasilkan sound produksi yang paling berkualiti kerana music sebegini memerlukan penonjolan dalam sound produksi nya.

Keseluruhan gua boleh simpulkan Catagaxian adalah unit baru yang perlu diberi perhatian. Yas Ilyassa harus diberi kredit untuk permainan gitar yang padat dengan idea riffing dan solo gitar yang berjaya menjiwai mood keseluruhan lagu dan rhytm gtar nya. Vocal mungkin perlu lebih usaha untuk menonjol dengan cara nyanyian yang gua rasa boleh dipertingkatkan lagi. Bassist walaupun cuba menandingi progression chord dari gitarist namun perlu lebih usaha dalam penghasilan tone yang lebih baek untuk next rekoding. (ok, gua suka tone bass Putrefied Remains dan Morggorm untuk product tempatan.memang keluar tone bass 2 band ni..haha)

Painless (EP 2014) didatangkan dalam format pocket CD yang agak profesional, namun untuk album akan datang mungkin Catagaxian perlu menitikberatkan hal ehwal pressing CD kerana sebaiknya untuk lagu2 komposisi begini yang agak bagus bersesuaian sekali pakej yang disertakan adalah 100% profesional. Ok, Painless (EP 2014) boleh didapati dengan harga RM10. Hubungi Catagaxian melalui laman sesawang mereka yang kami sediakan dibawah ini.

Catagaxian - Painless (EP 2014)

Facebook
Reverbnation

VotW : Incarnation - My Majestic Homicide (feat Rithan Deja Voodoo Spell)

Ini mungkin pengenalan kepada album terbaru unit Melodic Death/Metalcore bernama Incarnation yang dah lama tak rilis fizikal copy setelah Stainless Perfect Murder muncul sekitar 2008 dahulu. Ok, video ni ada gitarist jemputan iaitu Rithan dari band Deja Voodoo Spell. Cuba tengok seround..

Incarnation - My Majestic Homicide (feat Rithan Deja Voodoo Spell)

Gua baca komen2 video klip ni banyak komen kata ada part bunyi macam lagu Pantera - 5 Minutes Alone.. Ok, layan dan jangan lupa komen..

Kenali Incarnation melalui beberapa link yang kami sediakan dibawah ini.

Facebook
Twitter
Youtube

Barbalans - Blood, Hate And War (2013)

Pada gua Barbalans merupakan antara band yang paling trve tahap Black Metal nya.. Dari awal penubuhan sehingga kini, Barbalans boleh dilabelkan antara band Black Metal yang tepu dari segi imej, lirik, lagu dan persembahan. Setelah sekian lama menghasilkan demo, EP dan split, pada penghujung 2013 Barbalans tampil dengan sebuah album penuh yang pada gua agak sedikit advance dari segi rakaman yang profesional jika dibandingkan dengan mutu bunyi material2 terdahulu. Blood, War And Hate merupakan buah tangan terakhir dari Barbalans (statement dari Barbalans melalui laman facebook mereka yang berbunyi "I would like to announce that BARBALANS will play our last show this 31st Mei 2014 in Kuala Lumpur, Malaysia. We appreciate any of your never ending support from 1995 until now. Barbalans will not dead Until The Light Take Us.") yang patut dimiliki oleh maniac2 yang mengagungkan Barbalans, band yang membenci Black Metal trendy!!!

Line up untuk rakaman Blood, Hate and War terdiri dari Lord Satan (All Guitars/Vocals) dan Dark Eiried (Drums)

Artwork oleh Nothing Sacred Artwork

Tracklist :

1 - Intronomiconian
2 - There Is No God To Be Worshipped Beside The Devil
3 - Your Pray
4 - The Goatfather
5 - Blood, Hate and War
6 - Hell is Here (Kill Your God)
7 - Satanik 
8 - Sacrifice (Bathory Cover)

Blood, Hate And War melalui proses rakaman di dua buah studio iaitu untuk track drums dan vocal di Eye and Ears Studio, manakala kesemua track gitar dirakam di Helvete Studio. Proses mix dan mastering dilakukan oleh K. Helvete di Helvete Studio. K. Helvete yang merupakan line up Crown ov Horns turut menyumbangkan solo gitar keatas kesemua lagu yang dirakam.

Intronomiconian adalah sebuah track instrumental yang merupakan track berinstrument yang hampir berdurasi 3 minit. MAsih belum dapat membaca apa yang cuba dilakukan Barbalans jika sekadar mendengar track ini. Ok, jom kita menuju track seterusnya...

There Is No God To Be Worshipped Beside The Devil adalah track bervocal pertama yang dipersembahkan. Sungguh blasphemy sekali tajuk track ini. Apa yang boleh gua katakan dari epresi pertama bila mendengar track ini, ia nya cukup kejam, profesional sound, black metal yang bukan trendy dan mengingatkan pada band2 Black metal besar seperti Marduk yang mengutamakan kelajuan.

Your Pray masih seperti mood track terdahulu. Dari awal sudah kental dan laju tempo tracknya. Riffing untuk verse cukup buat gua suka kerana music sebegini memang perlukan riffing yang meresahkan dan x perlu major chord yang akan potong stim bila menghayati music gelap sebegini.

The Goatfather juga track pantas dengan riffing menggila tanpa belas. Walaupun berdurasi 4 minit lebih namun gua rasa seperti x puas pulak mendengarnya.

Blood, Hate And War merupakan title track untuk album ini. Solo gitar yang memang kena dengan feel dan mood lagu yang kejam. Ini mungkin antara track terbaek yang gua pilih. Ada flow dan perubahan tempo ketika solo gitar dimainkan. Merupakan track paling panjang melebihi durasi 5 minit.

Hell Is Here (Kill Your God) ni gua dengar dari mula sampai habis memang maintain kental dan laju jek permainan instrument mereka. Vocalist juga gua rasa kemampuan sebenarnya ada pada track ini jika dibandingkan dengan track2 lain. Juga antara track terbaek pilihan gua..

Satanik memang bersesuaian dengan tajuk tracknya. Persamaan dengan track Hell Is Here adalah mood dan tempo kelajuan music yang dimainkan. Tiada belas, riffing yang kejam dan seakan menyeksa dan amarah vocalist yang bagus.

Sacrifice merupakan lagu saduran dari Bathory yang diambil dari album sulung yang turut menggunakan nama Bathory iaitu pada 1984. Memang kena pembawaan cover song ini dengan cara Barbalans. Gua berani kata 100% kelainan kerana tempo dan elemen kekejaman cara Barbalans berjaya bikin track ni makin mencengkam. Ok, Barbalans berjaya bawa lagu ni dengan baek sekali.

Secara teknikalnya Blood, Hate And War adalah rakaman paling profesional pada pendengaran gua selain dari previous released dari Barbalans. Mungkin ini untuk pasaran luar dan yang pasti gua ada perasan beberapa hasil tangan K. Helvete dari Crown Ov Horns ni memang gempak. Antara sound engineer yang perlu diberi perhatian pada pemuzik2 kepulauan Borneo jika anda mahukan sound rakaman profesional. Untuk album ini, memang kena dengan gaya sound produksi yang dihasilkan. Pemilihan sound yang bijak untuk rakaman gitar yang tidak orthodok dengan sound yang tajam dan tidak terlalu gemuk soundnya seperti apa yang kerap didengari hasil rakaman secara digital sekarang ini. Memang kesesuaian itu menampakkan pemilihan sound gitar yang bijak. Untuk sound drum gua x pasti adakah ada penggunaan trigger atau sekadar EQ pada sound pedal drum. Gua boleh katakan ia bukan sound organik drum namun pedulikan, kerana untuk penghasilan sound yang terbaek kita mesti menggunakan teknologi sehabis boleh atau memanipulasikannya.. Hahahaha..

Ok, Blood, Hate And War dihasilkan melalui 2 versi iaitu jewel case dan digipak. Gua tak pasti jika salah satu versi sudah habis atau tidak. So, untuk mendapatkan mana2 versi gua sarankan anda bertanyakan kepada pihak label iaitu Evil Dead Productions melalui email dan laman website yang kami sediakan dibawah. Harga yang gua dapat adalah RM30. So dapatkan album ini sebelum kehabisan. Walaupun extreme tapi gua rasa berbaloi kerana jika benar Barbalans akan berhenti bermuzik selepas ini maka ini adalah hadiah mereka untuk anda semua.

Barbalans - Your Pray

Barbalans
Email
Blogspot
Facebook

Evil Dead Production
Email
Official Website
Facebook