NonserviaM - A Spectral Ascension (2014)

Sekitar 2012 dahulu dunia metal utara tanahair dikejutkan dengan kemunculan sebuah band yang tampil dengan sebuah EP beserta sebuah video klip profesional. Dengan membawa konsep Melodic Death Metal, band yang bernama NonserviaM ini dilihat tidak berpaling kebelakang langsung untuk terus menggempur apa yang ada dihadapan. Sekitar penghujung 2013 sehingga awal 2014, ternyata album penuh bertajuk "A Spectral Ascension" ini benar2 dinantikan pendengar untuk menentukan keupayaan sebenar band ini.

Gary (Guitars), Valent (Drums), Payden (Keyboards), Leon (Vocal), Vinoth (Guitars), Zeon (Bass)

 Design oleh Payden dan Zeon

Tracklist :

1 -  A Spectral Ascension
2 - Portrait Of Despair
3 - I Am Eternal
4 - Martyrized
5 - Amongst The Scorned
6 - Shrouds Of Irreverence
7 - Faith Devoided
8 - Dreamscape : Desolation
9 - Dystopia
10 - Insidious Nihilistic Regimental Indoctrination

A Spectral Ascension melalui rakaman di dua buah studio iaitu Greenhouse Studio, Kuala Lumpur dan Soundmaker Studio, Pulau Pinang. Proses adunan dilakukan di Rob Caldwell Audio Sarasota, Florida USA oleh Rob Caldwell. Beliau turut terlibat dalam proses mastering album ini.

Intro menggunakan tajuk album iaitu A Spectral Ascension menjadi hidangan pertama sebelum sesi berdistortion dimulakan untuk track kedua bertajuk Portrait of Despair. Dengan deruan pedal drum di permulaan track sebelum verse bervocal muncul boleh dilihat elemen melodic diterapkan untuk track pertama ini. Genre yang kerap disangkut pautkan dengan band tersohor In Flames namun gua tidak berapa dapat menghidu bunyian ala2 band tersebut, cuma sound atmosfera keyboardist NonserviaM membuatkan gua sedikit teringat akan mood2 lagu ciptaan Dark Tranquility. Solo gitar disusuli solo dari keyboardist juga menarik. gua ulang 2 kali solo tersebut. Hahaha..

I Am Eternal garang sekali pada awalnya. Ada sedikit bau2 Gothenburg sound tapi tidak keseluruhannya. Dari track pertama sehingga track ini gua dapat tangkap kebijaksanaan keyboardist band ini mengembangkan idea bermainannya dari basic chord yang digunakan. Wow solo sangat menangkap, asyik dan sedap! Kudos to gitarist dan keyboardist! Bila dengar secara detail, kedua2 gitarist band ini cukup teliti dalam permainan diorang.

Martyrized mungkin berada dalam trademark tersendiri. Walaupun ada bau2 In Flames lama namun keseluruhan track tidak menggambarkan mereka meniru secara total apa yang dilakukan In Flames. Sebuah track yang solid dan punya pengaruh old skool dan modern.

Amongst The Scorned mengingatkan gua pada Monochromatic Stains dari Dark Tranquility. Hahaha.. Tapi hanya pada starting track sahaja lah. bukan ciplak tapi susunan tu ada bunyi nak sama. Mungkin persamaan idea. Tapi cuma untuk starting track aje lah. Keseluruhan track ni best! Ada flow tinggi rendah walaupun gua masih terhidu pengaruh Dark Tranquility. Hehehe..

Shrouds Of Irreverence ni starting terus garang, pantas dan laju. Dan bila verse pertama masuk mood jadi lain dari segi tempo. Pertengahan track yang cukup menarik permainan dari keyboardist sebelum solo gitar menambah untuk menyedapkan lagu. Ending yang kembali seperti permulaan lagu. Best!

Faith Devoided agak mendatar pada mulanya. Progression chord yang menarik pada minit pertama. Kreativiti keyboardist agak mendominasi dengan permainan yang agak catchy.

Dreamscape : Desolation merupakan instrumental yang hanya dimainkan pemain keyboard serta penggunaan loops sebagai latar.

Dystopia seawalnya sudah cukup kuat penangan melodic nya. Cukup teliti permainan gitar dari kedua2 gitarist (ni gua dengar kaw2 ni guna headphone). Hah menarik betol track ni sebenarnya walaupon progression chord nya biasa2 sahaja tetapi pengolahan tu yang bikin track ni jadi menarik. Ahh teringat Herriot la pulak bila layan track ni..hehe..

Insidious Nihilistic Regimental Indoctrination gua pilih antara track terbaek untuk album ini. Gua rasa segala gala nya ada didalam track terakhir ini. Cukup sesuai dijadikan track terakhir. Track ini ada part keras, moderate, modern, old skool dan melodic. tak mau komen lebih, sebelum tamat artikel bila preview dengar video track ni kat bawah nanti. A+++

Komen untuk sound produksi gua boleh simpulkan ianya adalah sangat bagus kerana selain keseimbangan bunyian untuk setiap instrument, tahap profesional sangat dititik beratkan. Nampak ketelitian hasil kerja sound engineer import dari USA ini. Gua still boleh tangkap bunyi2 keyboard yang terselit walau sedikit.

Secara keseluruhannya, walaupun A Spectral Ascension boleh dihidu pengaruh dari band2 melodic besar seperti In Flames, Soilwork, Dimension Zero, Passenger (band projek In Flames), Dark Tranquility namun gua rasa NonserviaM sudah berjaya untuk menangkis jika ada yang kata mereka klon kepada band2 tersebut. Gua bagi kredit kepada pemain keyboard band ini kerana sound2 yang di apply dalam setiap track lah (pada pendapat gua) yang banyak membezakan dari band2 yang disebut diatas. Walau ada part kedengaran seakan Dark Tranquility namun kombinasi bersama riffing gitar menjadikannya lain dan tidak nampak penyakit meniru disitu. Kedua2 gitarist cukup cermat dalam permainan mereka dengan permainan yang cukup bersih. Bass cukup2 puch untuk genre sebegini dan drummer juga berjaya membawa kesemua lagu dengan baek. Ok, gua harap band ini boleh pergi jauh dan ada label2 besar di luar sana yang nampak akan kemampuan band ini.

A Spectral Ascension boleh dibeli dengan harga RM30 by hand dan RM36 by postage. Sila hubungi band ini atau kunjungi gig2 yang disertai mereka atau juga melalui beberapa outlet yang menjual CD ini. Beri mereka peluang, mereka boleh pergi jauh!


Email
Facebook
Soundcloud
Bandcamp

0 feedbacks: