Dysgusted - Stripped, Erected & Twisted (Promo 2014)

Dysgusted merupakan sebuah band yang boleh dikira lama berkecimpung didalam arena muzik berat tempatan. Wujud sekitar 2001, mengalami perubahan line up serta berada dalam tempoh hibernate dari 2006 sehingga muncul kembali pada 2010. Dengan konsep penuh kelucahan iaitu Porno Brutal Death Metal, Dysgusted pernah menghasilkan beberapa material pada era awal sebelum berehat pada 2006. Terkini, band yang berasal dari Kuala Terengganu ini nampak bersungguh2 menggegarkan pentas serta dengan usahasama Grundar Production, mereka telah menyertai sebuah kompilasi Death/Grind juga keluaran Grundar Productions sebelum menghasilkan Stripped, Erected & Twisted iaitu promo sempena 2014.

Awi (Guitar), Amir (Vocal), Ajim (Bass) Yoe (Drums)

Cover sleeve oleh Ah Fad Sickness
Konsep oleh Amir

Tracklist :

1- Eat Pussy Alive
2- Bloodcum Festal (Remastered)
3- Vomit Through Cunt (Remastered)

Stripped, Erected & Twisted (Promo 2014) melalui 2 sesi rakaman berlainan kerana 2 lagu terakhir adalah mastering dari rakaman promo 2003. Eat Pussy Alive pula merupakan rakaman terbaru yang dilakukan di Two Fingers Studio, Kuantan Pahang. Proses rakaman diselenggara oleh Epi. Manakala 2 track terakhir adalah track yang dirakam di Kuyie Jam Station, Kuala Terengganu untuk promo Raped From Mole Station Into Violence (Promo 2003) dahulu. Kedua2 track telah di re-mastered oleh Bob Agigi dari Damokis.

Ok, gua cuma akan review track pertama iaitu Eat Pussy Alive. Jika anda mengikuti perkembangan Dysgusted, sebenarnya track ini telah awal boleh di dengar kerana ia terkandung didalam kompilasi A Blasting Of Malaysian Death & Grind Companion (2013) keluaran Grundar Productions. Ok, Eat Pussy Alive gua boleh simpulkan sebagai sebuah track yang cukup keras, kental, berat dan memerlukan kemampuan yang tinggi kepada kemahiran pemain gitar dan drum. Riffing yang boleh dikatakan laju jugak pertukaran chords serta permainan drum yang sangat jitu blastbeat nya. Bassist jugak boleh dibanggakan melalui rakaman ini kerana tone dapat didengari sepanjang lagu. Vocal tetap power dan memang berada didalam radar muzik2 sebegini.

Kesimpulan yang boleh gua katakan, Dysgusted sebenarnya sudah berupaya untuk tampil dengan sebuah produk seperti EP atau album penuh. Gua mengukur dari apa yang keluar melalui track yang merupakan rakaman terbaru mereka iaitu Eat Pussy Alive. Sememangnya boleh nampak mereka sudah bersedia dengan apa yang diperjuangkan. Dysgusted sudah berada dilandasan tepat untuk genre muzik sebegini. Juga gua cuba relate kan hasil rakaman Eat Pussy Alive dengan 2 track dari Promo 2003 yang di remastered oleh Bob Agigi. Ya, untuk tempoh masa 10 tahun Dysgusted masih utuh dengan konsep yang sama. Cuma gua berani cakap Dysgusted sekarang lebih teknikal dari segi permainan dari apa yang mereka lakukan dahulu. Kerana gua pernah melihat sendiri Dysgusted beraksi didepan mata kepala gua.. Hahaha..

Gua x berani jamin Stripped, Erected & Twisted (Promo 2014) masih boleh diperolehi atau tidak kerana ianya hanya rilis secara limited untuk 30 copies sahaja. Sila berhubung dengan label management mereka iaitu Grundar Production atau direct melalui band sendiri melalui link yang disediakan dibawah video ini.

Dysgusted - Live at Ekspres Rock n Roll Dungun

Dysgusted
Email
Facebook
Reverbnation

Grundar Productions
Official Homepage

VotW : Arch Enemy - You Will Know My Name (Official Video)

Ok, ni satu lagi video rasmi dari Arch Enemy bertajuk You Will Know My Name. Mungkin boleh buat sedikit lagi perbandingan antara vocalist terbaru mereka ini iaitu Allisa dan ex-vocalist terdahulu Angela Gossow. Ok, layan dulu..

Arch Enemy - You Will Know My Name (Official Video)

Ataraxique - Ataraxique (EP 2014)

Band ini agak membuatkan gua teruja apabila pertama kali layan video dari youtube single mereka bertajuk "Pride'. So gua ambik inisiatif untuk mengenali band ini melalui laman facebook mereka. Ataraxique merupakan sebuah band yang membawa aliran Progressive Metal yang agak berat. Difahamkan mereka bermula sekitar pertengahan 2012 dengan nama Forsake Me Not. Kemudian berlaku perubahan line up seterusnya menuju kepada perubahan hala tuju atau music direction mereka seterusnya menukar nama kepada Ataraxique. Terkini 6 entiti yang memegang peranan masing2 didalam Ataraxique telah melahirkan sebuah EP self-title mengandungi 3 buah lagu yang mana ketika gua menulis ini ianya baru sahaja rilis tak sampai lagi seminggu. haha.. Sebelum terlupa Ataraxique merupakan band dibawah label TFHM.

 Prthiv "Pip"  (Vocalist), Gerard (Guitarist), Johan (Guitarist), Sharon (Keyboardist), Howe (Bassist), Christian (Drummer), *Ko'e (Vocalist - Session)

Ataraxique - Ataraxique (EP 2014)

Tracklist :

1 - Pride
2 - Gluttony
3 - Greed

EP ini melalui proses rakaman di Trivia Studio, Petaling Jaya Selangor. Gua berpendapat Affan bertindak sebagai sound engineer untuk proses rakaman ini (sekadar dinyatakan nama dan studio pada poket CD ini).

Pride yang terlebih dahulu rilis sebagai single melalui youtube. Sebuah track yang cukup bertenaga dengan gabungan scream dan growl dari vocalist band ini. Kedengaran pengaruh melodic metalcore melalui riffing gitar dan nyanyian bersahaja clean vocal. Gua cukup suka solo gitar track ini. Dua kali solo gitar yang cukup mencengkam jiwa.

Gluttony terus terang gua katakan adalah track pilihan gua. Komposisi yang cukup solid. Layer keyboard yang bijak kadangkala seakan mendengar Cradle of Filth. Hahaha.. Pre-chorus yang catchy dari riffing gitar yang membuatkan gua teringat akan riffing2 In Flames. Pertengahan track milik keyboardist dan pemain gitar utama. Solid benar track ini, ada flow turun naik dalam komposisi lagu nya. Solo gitar pada suku terakhir track cukup syahdu dan power!

Greed awalnya seakan mendengar Dark Tranquillity melalui mood yang dicipta sebelum verse bervocal muncul. Chorus yang catchy ditambah dengan nyanyian yang boleh jadi dari suara perempuan. Track ini agak beremosi didalam mood yang berat dan lembap. Seperti track kedua, pertengahan track ada tempo perlahan yang di dominasi sentuhan keyboardist dan solo feel in gitar dicelah2 sebutan lirik oleh vocalist. Solo gitar yang tidak terlalu bahaya namun punya feel tersendiri yang kena dengan progression chords lagu.

Dari segi sound produksi, EP self-title ini sudah boleh dikatakan mencapai tahap profesional album. Sound yang dihasilkan cukup cemerlang dan senang cakap boleh jual keluar negara. Cukup membanggakan dan antara produk tempatan yang gua suka setakat ini.

Secara peribadinya gua berpendapat Ataraxique sudah boleh berkira untuk langkah seterusnya sama ada tour, perancangan album penuh disamping mempromosi EP ini dalam masa terdekat ini. Mereka punya konsep tersendiri walaupun Progressive Metal yang dihasilkan mereka tidak terlalu teknikal sangat tetapi susunan atau komposisi lagu memang cukup solid dan bagus. Idea yang agak baru dan segar. Mungkin akan ada yang mengatakan mereka membawa aliran Metalcore namun pada gua ia nya bukanlah menyeluruh. Kredit kepada gitarist band ini yang menghasilkan beberapa riffing catchy, solo gitar yang shredder habis benar2 menghidupkan ketiga2 track. Gua juga cukup suka dengan tone drum untuk rakaman ini. Tidak terlalu digital dan gua rasa ia lebih kearah organik sound (gua percaya rakaman masih digital bukan analog). Bass juga bijak menuruti kemana haluan permainan drummer. Keyboardist walaupun sekali sekala mucul namun bijak menghasilkan sesuatu yang boleh menghidupkan mood lagu. Vocalist pada gua memang bagus cara jeritannya, cuma clean vocal kedengaran agak bersahaja dan tak berapa cukup rock! hahaha.

Ok, EP ini boleh didapati dengan harga RM10 by hand dan RM16 melalui pembelian secara pos. Gua sarankan kepada blogger2 lain untuk cuba membuat review untuk EP ini. Kepada pendengar di luar sana gua harap boleh support Ataraxique kerana mereka benar2 membuat kualiti. Ok, kenali Ataraxique melalui beberapa link yang kami sediakan dibawah preview video dibawah ini.

Ataraxique - Pride

* Kepada Ataraxique, gua tak puas layan 3 lagu sahaja.. full length please...

Facebook
Reverbnation
Youtube

North Dark - Dark Prophecy (Demo 2011)

North Dark merupakan satu lagi produk kelahiran dari Necro-X yang juga keluaran dari label paling gelap di Ipoh Perak iaitu Eastern Myth Records. Kemudian Morbid Invasion Records pula meriliskan demo ini dalam format kaset. Gua antara pembeli yang bertuah kerana memiliki copies terakhir CD dari band ini. Namun format kaset mungkin masih boleh dicari (tu pun kena usaha google la kalau ada label2 indiependent yg jual lagi..) jika anda ada luck! North Dark sebenarnya bukanlah band dari Ipoh kerana North Dark berasal dari Terengganu. Dengan membawa konsep Black Metal yang bertempo laju, gua agak teruja dengan demo ini dan gua beranggapan DtE adalah media untuk gua expose band yang ramai orang x kenal ini.. Dark Prophecy merupakan buah tangan pertama North Dark dan rilis pada 2011. Ok, gua cuba review demo ini.

 Terminus (Gitar/Vocal), Unknown H (Drums), X (Bass - session)


Tracklist :

1 - Dark Prophecy
2 -  Spells of the Stranger
3 - Southbright
4 - Blast in the Northern

Dark Prophecy (Demo 2011) melalui proses rakaman di Necro-X Studio. Seperti biasa Amergeddon merupakan jurutera bunyi yang bertanggungjawap untuk rakaman ini.

Dark Prophecy yang merupakan tajuk demo ini sekali imbas seakan mendengar band2 Black Metal yang mementingkan kelajuan tempo yang tinggi seperti Marduk, Legion dan seangkatan. Padat sekali track ini tiada sebarang ruang kosong ditinggalkan. Riffing walaupun masih tipikal Black Metal namun hentaman drum kedengaran cukup konsisten dari awal hingga durasi terakhir track. ok, ada kala gua perasan riffing guitar ada bau2 Emperor.

Spells of the Stranger seawal lagi sudah menderu hentakan pedal dari drummer. Kepantasan sebenar bermula pada suku pertama track. Adakah North Dark terpengaruh dengan Emperor? Satu persoalan yang bermain di fikiran gua sepanjang mendengar track ini. Sauts Alastor mungkin perlu take note akan kewujudan band ini. hahaha..

Southbright tanpa sebarang tanda terus melanyak gegendang telinga tanpa belas kasihan. Mereka ternyata menguasai kegelapan lantas diserap dalam intipati track ini. Penuh tekanan, kesengsaraan dan membuatkan emosi menjadi berkecamuk. Itu gambaran dari ekpresi gua untuk track ini.

Blast in the Northern masih mengekalkan apa yang dilakukan didalam 3 track awal. Sekali lagi gua kasi kredit kepada pemain drum North Dark diatas kegilaan beliau menghentak drumset terutama hentakan pedal yang cukup padu dan pantas. Riffing cukup merisaukan terutama pada suku terakhir track. Berpeluh gua cakap lu!!!

Untuk produk berstatus demo, gua boleh katakan sound produksi yang dihasilkan sungguh bagus dan membanggakan. Sound yang keluar seimbang walaupun tidak terlalu bright seperti rakaman profesional album2 antarabangsa. Namun untuk konsep sebegini, juga status band yang seakan tidak mahu dikenali, gua rasa apa yang menerjah gegendang telinga gua apabila mentelaah demo ini ia nya sudah boleh dikira terbaek. Ok, lagi sekali gua nampak sound engineer untuk rakaman di Necro-X iaitu encik Amergeddon berjaya menghayati kemahuan band dari segi penyampaian bunyi untuk menusuk telinga pendengar.

Untuk pengakhiran, gua boleh simpulkan North Dark adalah satu band yang mampu menggegarkan gegendang dan jantung anda. Menguasai setiap track dengan penuh kegelapan, tempo kepantasan memainkan instrument dan satu terma yang wajib gua sebut iaitu Old School! Ok, gua sediakan satu track untuk anda yang mengaku peminat irama besi hitam agar tidak terlepas pandang karya band bernama North Dark ini.

North Dark - Spells of the Stranger

Metal Archives
Eastern Myth Records

Unknown - Voice of Tragedy (Demo 2010)

Unknown, seperti juga nama band ini ianya sememangnya "unknown" dan tidak dikenali siapakah band ini. Merupakan antara band yang berpengkalan di Ipoh Perak, Unknown merupakan one men band yang mana beliau iaitu "Unknown H" pernah bersama band Black Metal Neftaraka dan Cultristic yang jitu dengan kekentalan Death Metal. Berpegang kepada konsep Black Death Metal, Unknown pada pendapat gua merupakan band yang seharusnya diberi perhatian dan diambil tahu oleh para pendokong irama Black Death Metal tempatan. Voice of Tragedy merupakan demo yang dirilis pada 2010 iaitu setahun selepas penubuhan band ini. Agak lewat sebenarnya gua mengenali band serta music bawaan Unknown. Dan apabila gua mengamati music garapan Unknown, ia nya agak membuatkan gua teruja kerana mereka punya trademark keatas lagu2 mereka dan "soul" yang kuat dalam apa yang mereka hasilkan. Ok, gua review demo ini.

Layout oleh Eastern Myth Records

Tracklist :

 1 - Mysterious
2 - Brain Door
3 - Psychotic World
4 - Ironic
5 - Remain ov Stvrmwall
6 - Voice of Tragedy

Voice of Tragedy melalui proses rakaman di Necro-X Studio, Ipoh Perak sekitar Januari sehingga Oktober 2010. Amirgeddon bertindak sebarang jurutera bunyi untuk rakaman ini. Voice of Tragedy dikeluarkan oleh Eastern Myth Records.

Mysterious bermula dengan sedikit sound sample sebelum terjahan distortion keras, melulu tanpa ruang kosong. Terkejut gua dengan track ini. Persepsi pertama, Death Metal plus Black Metal!!! Gila benar ada band tempatan main style begini. Rugi pulak gua baru tau band ini setelah 4 tahun demo ini rilis. Apa yang boleh disimpulkan berkenaan track ini ialah ia sebuah track yang punya kelajuan dari segi permainan drum, gitar yang separa bermelodi dan cukup keras, bass yang berdetum dan vocal yang 100% lepas geram!

Brain Door bermula sedikit perlahan tempo nya. Namun cukup keras sound gitar nya. Durasi 1:00 menyaksikan drum mula menggila dengan kelajuan pedal walaupon riffing masih dalam tempo asal. Juga solo menyelinap sepanjang verse.. Ada bunyian yang mungkin digarap dari sound sample yang membuatkan track ini menimbulkan atmosfera yang membuatkan gua rasa didunia asing.

Psychotic World punya bunyian sampling pada permulaan nya. Gua rasa ini dari bunyian loops. Gua menanti sekian lama. Rupanya ia hanya sebuah track instrumental menggunakan bunyian loops dan synth. Memang psycho seperti tajuknya. Haha..

Ironic masih punya mood keras, kental dan laju seperti 2 track awal. Drum memang gila babi punya kuasa yang boleh menjahanamkan drumset nya. Hahaha.. Vocal line sukar diduga.. walaupun banyak menyebut lirik tetapi ia bukan tumpuan utama. Feel dari riffing memang kejam ditambah dengan solo gitar yang berada didalam verse lagu. Ending agak pelik. gua rasa bunyi bass yang berdistortion tahap tinggi gainnya bermain berseorangan. Tamat!

Remain ov Stvrmwall seawalnya jelas vocalist mendominasi suasana lagu. Kali ini jelas cara penyampaian si vocalist. Cukup old skool!!! Gua perasan ada diselit bunyi ala2 piano secara tiba2 walau samar2. Satu idea berani yang agak rare! Solo gitar masih diselit sepanjang verse ketika vocalist sedang mengerang. Kental dan merbahaya track ini. Ketika track hampir suku untuk tamat, tempo diperlahankan, solo gitar menyelit diantara ini dan vocal menambah perisa menjadikan ianya cukup ngeri.

Voice of Tragedy yang merupakan title untuk demo ini lebih menterujakan. Adakah Behemoth menciplak track ini untuk lagu gila mereka Blow Your Trumpet Gabriel yang terhasil didalam album terbaru The Satanist?? Ya hampir sama! Riffing (sikit je beza) dan feel! Cuma arrangement lain. Ok, walaupon track ni lain sikit dari track2 kental terdahulu tapi track last ni cukup bertenaga dan keras.

Apa yang boleh gua katakan pasal demo ini pertama sekali sebagai pendengar music gelap dan keras, gua rasa sedikit rugi sebab gua lambat tau pasal demo ini. Juga lambat tau pasal band ni. Sesuai sungguh dengan nama band ni (Unknown) haha cukup matching. Kedua, Unknown ialah one men band. Hanya seorang line up. Idea dan yang main instrument semua beliau seorang. Gua difahamkan oleh crew Necro-X, mereka hanya sekadar godek2 pc sahaja masa rekoding. Ketiga, Unknown memang band yang ada "soul" terhadap apa yang dihasilkan. Hasilnya Unknown punya konsep!

Dari segi sound produksi, bukan nak puji tapi kalau dari standard demo gua boleh kata ia satu produk yang membanggakan. Walaupon kedengaran "penuh" dan boleh pecah gegendang telinga tapi Voice of Tragedy masih boleh dihadam.

Ok, gua difahamkan demo ini sudah sold out dan gua adalah manusia terakhir yang memiliki material ini (itu pun owner label terjumpa cd terakhir dari simpanan label beliau..haha memang "ong" gua..) Ok, untuk tidak membuatkan semua yang teringin dengar apa yg gua omongkan dalam review pasal demo Voice of Tragedy ni berasa sedih, so gua difahamkan 2nd demo Unknown dah rekoding tapi terbengkalai kerana kesuntukan waktu. Gua harap Unknown boleh sambung rekod dan siapkan. Gua memang terkejut dengan hasil manusia yang dah tahap mesin ni. Ok sebelum gua terlupa, dinyatakan juga demo ini diinspirasi oleh band Nile, Susperia dan Melechesh.

Unknown - Remain ov Sturm Wall

Metal Archives 
Eastern Myth Records

Claw - Summoning the Darkness (Demo 2009)

Claw merupakan sebuah band yang berteraskan Orthodox Black Metal yang bergerak di Kuala Lumpur. Walaupun telah mengeluarkan album penuh pada 2012 bertajuk Negativity Through Solitude namun gua masih terasa aura yang paling kuat menerusi Summoning the Darkness (Demo 2009). Dengan sound yang agak mentah gua dapat rasa 1 kekuatan dan kelainan yang agak berani ditampilkan Claw menerusi demo ini.

Silencer (Vocal), Nocturn (Guitar), Warlord (Bass), W (Drums)

Tracklist :

1 - Morbid Scream of Profanity
2 - My Failure, Discomfort Your Eternal Sleep
3 - Bearer of the Rotten Souls
4 - Summoning the Darkness
5 - Melancholy Path of a Dying Soul (Re-visited)
6 - Raise the Dead (Bathory Cover)

Summoning the Darkness (Demo 2009) agak bersifat misteri kerana tidak dinyatakan secara terperinci lokasi studio rakaman serta mereka2 yang secara teknikalnya terlibat didalam sesi rakaman. Claw menyatakan rakaman dilakukan beberapa kali dalam jangkamasa tertentu serta di tempat yang berlainan.

Gua tidak akan membuat review satu persatu lagu kerana genre sebegini punya konsep dan kesamaan dalam apa yg disampaikan dalam setiap lagu. Cuma perbezaan dari segi mood serta tempo laju dan perlahan dalam lagu2 tertentu. Walau bagaimana pun gua memilih track ketiga bertajuk Bearer of the Rotten Souls sebagai lagu pilihan untuk demo ini. Tidak ketinggalan sesuatu yang perlu di highlight ialah Claw membawa sebuah lagu saduran dari lagenda Bathory iaitu lagu bertajuk Raise the Dead.

Sound produksi yang dihasilkan kedengaran cukup mentah seakan ianya melalui proses rakaman secara live dan sengaja dihasilkan sebegini untuk mendapatkan sound raw dan tidak seprofesional yang mungkin. Mungkin akan ada ketidakpuasan apabila mendengar hentaman drum tanpa penonjolan bunyi pedal dan kelebihan pada cymbal dan hihat, juga sesekali permainan gitar yang sedikit out of tempo namun ianya seakan sengaja dilakukan sebegini untuk Claw menunjukkan beginilah sound yang mereka mahukan untuk memperlihatkan apa dan siapa itu Claw.

Gua tak pasti adakah demo ini masih boleh didapati atau sudah sold out. Ianya dikeluarkan dalam 2 format kaset dan CD (profesional printed CD beb walaupon hanya berstatus demo). Andaikata sudah kehabisan gua menyarankan sila dapatkan album penuh bertajuk Negativity Through Solitude yang telah dikeluarkan juga dalam 2 format kaset dan CD pada 2012 dahulu.

Ok, cuba kontek Morbid Invasion Records melalui link yang disedikan dibawah jika anda mahu bertanyakan demo ini. Hail!!!!

Claw - Bearer of the Rotten Souls

Morbid Invasion Records
Email
Facebook

VotW : Touch Mahal - Live

Ini kali pertama rasanya kami expose band kelab.. Disini gua compile beberapa video live band yang sedang rancak menghangatkan kelab2 sekitar Kuala Lumpur. Band ini nama nya Touch Mahal. Memang rancak dan profesional abesss!!!! Line up band ni terdiri dari Dean selaku lead guitar, Tam selaku rhythm guitar/vocalist, Azuan diposisi bass,  Epit sebagai drummer dan Shasha sebagai vocalist.. Ok, layan beberapa video yang gua share sini dan jangan lupa cekidaut laman facebook Touch Mahal di akhir entry ini..


Touch Mahal - Soldier of Fortune (Deep Purple)

Touch Mahal - Live on 17/10/2013

Touch Mahal - 2 Miniutes to Midnight (Iron Maiden)

Touch Mahal - Live at Waikiki Bar

Facebook