Claw - Summoning the Darkness (Demo 2009)

Claw merupakan sebuah band yang berteraskan Orthodox Black Metal yang bergerak di Kuala Lumpur. Walaupun telah mengeluarkan album penuh pada 2012 bertajuk Negativity Through Solitude namun gua masih terasa aura yang paling kuat menerusi Summoning the Darkness (Demo 2009). Dengan sound yang agak mentah gua dapat rasa 1 kekuatan dan kelainan yang agak berani ditampilkan Claw menerusi demo ini.

Silencer (Vocal), Nocturn (Guitar), Warlord (Bass), W (Drums)

Tracklist :

1 - Morbid Scream of Profanity
2 - My Failure, Discomfort Your Eternal Sleep
3 - Bearer of the Rotten Souls
4 - Summoning the Darkness
5 - Melancholy Path of a Dying Soul (Re-visited)
6 - Raise the Dead (Bathory Cover)

Summoning the Darkness (Demo 2009) agak bersifat misteri kerana tidak dinyatakan secara terperinci lokasi studio rakaman serta mereka2 yang secara teknikalnya terlibat didalam sesi rakaman. Claw menyatakan rakaman dilakukan beberapa kali dalam jangkamasa tertentu serta di tempat yang berlainan.

Gua tidak akan membuat review satu persatu lagu kerana genre sebegini punya konsep dan kesamaan dalam apa yg disampaikan dalam setiap lagu. Cuma perbezaan dari segi mood serta tempo laju dan perlahan dalam lagu2 tertentu. Walau bagaimana pun gua memilih track ketiga bertajuk Bearer of the Rotten Souls sebagai lagu pilihan untuk demo ini. Tidak ketinggalan sesuatu yang perlu di highlight ialah Claw membawa sebuah lagu saduran dari lagenda Bathory iaitu lagu bertajuk Raise the Dead.

Sound produksi yang dihasilkan kedengaran cukup mentah seakan ianya melalui proses rakaman secara live dan sengaja dihasilkan sebegini untuk mendapatkan sound raw dan tidak seprofesional yang mungkin. Mungkin akan ada ketidakpuasan apabila mendengar hentaman drum tanpa penonjolan bunyi pedal dan kelebihan pada cymbal dan hihat, juga sesekali permainan gitar yang sedikit out of tempo namun ianya seakan sengaja dilakukan sebegini untuk Claw menunjukkan beginilah sound yang mereka mahukan untuk memperlihatkan apa dan siapa itu Claw.

Gua tak pasti adakah demo ini masih boleh didapati atau sudah sold out. Ianya dikeluarkan dalam 2 format kaset dan CD (profesional printed CD beb walaupon hanya berstatus demo). Andaikata sudah kehabisan gua menyarankan sila dapatkan album penuh bertajuk Negativity Through Solitude yang telah dikeluarkan juga dalam 2 format kaset dan CD pada 2012 dahulu.

Ok, cuba kontek Morbid Invasion Records melalui link yang disedikan dibawah jika anda mahu bertanyakan demo ini. Hail!!!!

Claw - Bearer of the Rotten Souls

Morbid Invasion Records
Email
Facebook

0 feedbacks: