Dysgusted - Stripped, Erected & Twisted (Promo 2014)

Dysgusted merupakan sebuah band yang boleh dikira lama berkecimpung didalam arena muzik berat tempatan. Wujud sekitar 2001, mengalami perubahan line up serta berada dalam tempoh hibernate dari 2006 sehingga muncul kembali pada 2010. Dengan konsep penuh kelucahan iaitu Porno Brutal Death Metal, Dysgusted pernah menghasilkan beberapa material pada era awal sebelum berehat pada 2006. Terkini, band yang berasal dari Kuala Terengganu ini nampak bersungguh2 menggegarkan pentas serta dengan usahasama Grundar Production, mereka telah menyertai sebuah kompilasi Death/Grind juga keluaran Grundar Productions sebelum menghasilkan Stripped, Erected & Twisted iaitu promo sempena 2014.

Awi (Guitar), Amir (Vocal), Ajim (Bass) Yoe (Drums)

Cover sleeve oleh Ah Fad Sickness
Konsep oleh Amir

Tracklist :

1- Eat Pussy Alive
2- Bloodcum Festal (Remastered)
3- Vomit Through Cunt (Remastered)

Stripped, Erected & Twisted (Promo 2014) melalui 2 sesi rakaman berlainan kerana 2 lagu terakhir adalah mastering dari rakaman promo 2003. Eat Pussy Alive pula merupakan rakaman terbaru yang dilakukan di Two Fingers Studio, Kuantan Pahang. Proses rakaman diselenggara oleh Epi. Manakala 2 track terakhir adalah track yang dirakam di Kuyie Jam Station, Kuala Terengganu untuk promo Raped From Mole Station Into Violence (Promo 2003) dahulu. Kedua2 track telah di re-mastered oleh Bob Agigi dari Damokis.

Ok, gua cuma akan review track pertama iaitu Eat Pussy Alive. Jika anda mengikuti perkembangan Dysgusted, sebenarnya track ini telah awal boleh di dengar kerana ia terkandung didalam kompilasi A Blasting Of Malaysian Death & Grind Companion (2013) keluaran Grundar Productions. Ok, Eat Pussy Alive gua boleh simpulkan sebagai sebuah track yang cukup keras, kental, berat dan memerlukan kemampuan yang tinggi kepada kemahiran pemain gitar dan drum. Riffing yang boleh dikatakan laju jugak pertukaran chords serta permainan drum yang sangat jitu blastbeat nya. Bassist jugak boleh dibanggakan melalui rakaman ini kerana tone dapat didengari sepanjang lagu. Vocal tetap power dan memang berada didalam radar muzik2 sebegini.

Kesimpulan yang boleh gua katakan, Dysgusted sebenarnya sudah berupaya untuk tampil dengan sebuah produk seperti EP atau album penuh. Gua mengukur dari apa yang keluar melalui track yang merupakan rakaman terbaru mereka iaitu Eat Pussy Alive. Sememangnya boleh nampak mereka sudah bersedia dengan apa yang diperjuangkan. Dysgusted sudah berada dilandasan tepat untuk genre muzik sebegini. Juga gua cuba relate kan hasil rakaman Eat Pussy Alive dengan 2 track dari Promo 2003 yang di remastered oleh Bob Agigi. Ya, untuk tempoh masa 10 tahun Dysgusted masih utuh dengan konsep yang sama. Cuma gua berani cakap Dysgusted sekarang lebih teknikal dari segi permainan dari apa yang mereka lakukan dahulu. Kerana gua pernah melihat sendiri Dysgusted beraksi didepan mata kepala gua.. Hahaha..

Gua x berani jamin Stripped, Erected & Twisted (Promo 2014) masih boleh diperolehi atau tidak kerana ianya hanya rilis secara limited untuk 30 copies sahaja. Sila berhubung dengan label management mereka iaitu Grundar Production atau direct melalui band sendiri melalui link yang disediakan dibawah video ini.

Dysgusted - Live at Ekspres Rock n Roll Dungun

Dysgusted
Email
Facebook
Reverbnation

Grundar Productions
Official Homepage

2 feedbacks:

Faithcraft said...

aku diberi kepercayaan utk melukis kulit Ep mereka... erhgggkhh!

Contramen said...

kena ada imej pecah perut dan tanpa pakaina di kemaluan..haha