North Dark - Dark Prophecy (Demo 2011)

North Dark merupakan satu lagi produk kelahiran dari Necro-X yang juga keluaran dari label paling gelap di Ipoh Perak iaitu Eastern Myth Records. Kemudian Morbid Invasion Records pula meriliskan demo ini dalam format kaset. Gua antara pembeli yang bertuah kerana memiliki copies terakhir CD dari band ini. Namun format kaset mungkin masih boleh dicari (tu pun kena usaha google la kalau ada label2 indiependent yg jual lagi..) jika anda ada luck! North Dark sebenarnya bukanlah band dari Ipoh kerana North Dark berasal dari Terengganu. Dengan membawa konsep Black Metal yang bertempo laju, gua agak teruja dengan demo ini dan gua beranggapan DtE adalah media untuk gua expose band yang ramai orang x kenal ini.. Dark Prophecy merupakan buah tangan pertama North Dark dan rilis pada 2011. Ok, gua cuba review demo ini.

 Terminus (Gitar/Vocal), Unknown H (Drums), X (Bass - session)


Tracklist :

1 - Dark Prophecy
2 -  Spells of the Stranger
3 - Southbright
4 - Blast in the Northern

Dark Prophecy (Demo 2011) melalui proses rakaman di Necro-X Studio. Seperti biasa Amergeddon merupakan jurutera bunyi yang bertanggungjawap untuk rakaman ini.

Dark Prophecy yang merupakan tajuk demo ini sekali imbas seakan mendengar band2 Black Metal yang mementingkan kelajuan tempo yang tinggi seperti Marduk, Legion dan seangkatan. Padat sekali track ini tiada sebarang ruang kosong ditinggalkan. Riffing walaupun masih tipikal Black Metal namun hentaman drum kedengaran cukup konsisten dari awal hingga durasi terakhir track. ok, ada kala gua perasan riffing guitar ada bau2 Emperor.

Spells of the Stranger seawal lagi sudah menderu hentakan pedal dari drummer. Kepantasan sebenar bermula pada suku pertama track. Adakah North Dark terpengaruh dengan Emperor? Satu persoalan yang bermain di fikiran gua sepanjang mendengar track ini. Sauts Alastor mungkin perlu take note akan kewujudan band ini. hahaha..

Southbright tanpa sebarang tanda terus melanyak gegendang telinga tanpa belas kasihan. Mereka ternyata menguasai kegelapan lantas diserap dalam intipati track ini. Penuh tekanan, kesengsaraan dan membuatkan emosi menjadi berkecamuk. Itu gambaran dari ekpresi gua untuk track ini.

Blast in the Northern masih mengekalkan apa yang dilakukan didalam 3 track awal. Sekali lagi gua kasi kredit kepada pemain drum North Dark diatas kegilaan beliau menghentak drumset terutama hentakan pedal yang cukup padu dan pantas. Riffing cukup merisaukan terutama pada suku terakhir track. Berpeluh gua cakap lu!!!

Untuk produk berstatus demo, gua boleh katakan sound produksi yang dihasilkan sungguh bagus dan membanggakan. Sound yang keluar seimbang walaupun tidak terlalu bright seperti rakaman profesional album2 antarabangsa. Namun untuk konsep sebegini, juga status band yang seakan tidak mahu dikenali, gua rasa apa yang menerjah gegendang telinga gua apabila mentelaah demo ini ia nya sudah boleh dikira terbaek. Ok, lagi sekali gua nampak sound engineer untuk rakaman di Necro-X iaitu encik Amergeddon berjaya menghayati kemahuan band dari segi penyampaian bunyi untuk menusuk telinga pendengar.

Untuk pengakhiran, gua boleh simpulkan North Dark adalah satu band yang mampu menggegarkan gegendang dan jantung anda. Menguasai setiap track dengan penuh kegelapan, tempo kepantasan memainkan instrument dan satu terma yang wajib gua sebut iaitu Old School! Ok, gua sediakan satu track untuk anda yang mengaku peminat irama besi hitam agar tidak terlepas pandang karya band bernama North Dark ini.

North Dark - Spells of the Stranger

Metal Archives
Eastern Myth Records

0 feedbacks: