Argon - Promo (2014)

Argon merupakan antara band dari selatan tanahair yang kembali setelah sekian lama bertapa. Berbekalkan pengalaman lampau, terkini Argon kelihatan serius dalam menghangatkan kembali arena muzik keras Brutal Death Metal tempatan. Bersama line up terbaru, Argon menghadiahkan seuah promo CD yang mengandungi 2 buah lagu terbaru yang dirakam sebagai menandakan kali ini Argon bersedia merobohkan pentas2 live yang mereka akan sertai.

Prop (Guitar), Rahim (Bass), Bagong (Guitar), Jake (Vocal), Zaid (Drum)

 Design oleh Ah Fad

Tracklist :

1 - Slaughter Butcher
2 - Eternally Damned

Promo CD ini melalui rakaman di Carlos Studio, Taman Universiti Johor. Carlos bertanggungjawap dalam proses engineering album ini.

Slaughter Butcher pada pendengaran pertamanya kedengaran seperti punya pengaruh kuat Suffocation dan Cryptopsy. Dengan sound gitar berat yang menusuk bersama paduan drum dan growl yang garau jelas menampakkan music garapan Argon benar2 brutal!

Eternally Damned kedengaran lebih jitu dan ribut pada awal riffingnya manakala verse bervocal nya punya lenggok yang moderate. Ok, kuat betul pengaruh Suffocation dalam track ini. Attack sana sini. tapi memang ribut!

Kepada yang baru mengenali Argon, gua boleh simpulkan bahawa music bawaan Argon dipengaruhi band2 seperti Suffocation dan Cryptopsy (ini dari pendengaran telinga gua.. dan ada disenaraikan 2 band ini didalam laman facebook mereka selain Dying Fetus dan Devourment). Untuk sound produksi, promo CD ini boleh dikatakan sebagai bagus kerana Argon berjaya menghasilkan sound yang bagus disamping kerja sound engineer yang dapat memberi keseimbangan yang baek tahap bunyi setiap instrument yang dimainkan.

Ok, 2 buah lagu belum mencukupi untuk menghancurkan gegendang telinga gua..haha.. Diberitakan Argon bersedia untuk penghasilan album penuh pada tahun ini. Kita nantikan hasil karya Argon selepas ini. Untuk infomasi, promo CD ini telah diulang cetak namun dalam kuantiti yang limited. Sila berhubung dengan Grundar Productions sekiranya anda masih ada kesempatan memiliki promo CD ini. Akhir kata dari gua, rasanya Argon boleh bersedia untuk mencuba pasaran Indonesia kerana permintaan band2 sealiran ini sangat tinggi disana. Tour Indonesia barangkali...

Argon - Eternally Damned

Argon
Email
Facebook
Twitter

Grundar Productions
Official Homepage

0 feedbacks: