Infernal Void - Angergrow (2014)

Infernal Void merupakan sebuah band yang memperjuangkan irama Death Thrash Metal. Berasal dari Kampung Gajah, Perak dan bermula pada 1991, Infernal Void telah melahirkan beberapa demo tape disamping memeriahkan pentas2 gig serata tanahair sebelum menghilang sejenak dan muncul semula sekitar 2006 (barangkali 2006 sebab gua ada tengok show diorang zaman One Cafe belum bungkus opening rator atau Blackfire.. sorry wa lupa lah..). Terkini dalam diam2 Infernal Void muncul bersama sebuah album penuh bertajuk Angergrow yang difahamkan telah lama menjalani proses rakaman namun hanya pada pertengahan 2014 baru ianya menjengah ke pasaran. Ok, gua tak tunggu lama sebab masa wa tengok show diorang dulu memang gempak! Baca review gua nak tulis ni ok..

 Infernal Void

Artwork oleh Muchee dan Arriv

Tracklist :

1 -Imagine When U Died
2 - Fabulous Disaster
3 - Bihasakkah
4 - Anger Grow
5 - Final War
6 - Scream
7 - Sujjaul Aqra
8 - Manifesto Of Hate
9 - Under One Flag
10 - Inner Power (Silent Death Cover)
11 -Outro

Angergrow tidak dinyatakan tempat studio rakamannya. Namun dinyatakan ianya telah dirakam oleh Poe dan Pogie. Proses adunan dan mastering dilakukan oleh Rizal Yusuf dan Infernal Void.

Sememangnya gua memang menanti kelahiran album penuh Infernal Void setelah beberapa tahun terdahulu gua ada terbaca mereka sudah berada di studio untuk rakaman. Ok, sebermulanya track pertama memang sesuai sekali track berjudul Imagine When U Died dijadikan santapan awal. Sebuah track yang cukup havoc, sesuai dibawa ke persembahan pentas malah gua yang sekadar mendengar dengan putaran fullblast speaker dapat merasa kekuatan track ini dari segi groove nya. Sedap untuk headbang!!!! Pendek dan padat!

Fabulous Disaster masih dalam mood seperti track pertama namun sedikit mendatar. Kekuatan jelas pada ngauman vocalist. Gua boleh andaikan ini sebuah track yang cukup old skool komposisi serta riffing yang dihasilkan. Ok, sesuai sekali sebab ini rakaman semula track dari demo tape "The Rise Of Life" (1994).

Bihasakkah juga merupakan rakaman semula track dari demo "Screaming For Vengeance (1999)". Penangan Thrash Metal yang menuju ke arah Death Metal boleh dikesan melalui track ini. Panjang benar solo gitar untuk track ini. hahaha..

Anger Grow bermula dengan sound sample bacaan berita sebelum drummer membedil bersama riffing yang agak masih rilek lagi. haha.. Track ini ada slow tinggi rendah nya, juga solo yang agak mendayu dengan arpeggio nya. Paling menonjol (pada gua lah..) pada suku terakhir track. Cukup best layan!!!!

Final War pada gua antara track yang agak best! Walaupun riffing agak simple namun ianya agak catchy sebenarnya. Melodi yang sedap dan layan. Ok, gua boleh kata ini track feberet gua. dari mula, pertengahan dan ending memang ia satu komposisi yang menarik. Tak boring dengar walaupun formasi masih old skool!!!

Scream sedikit melodic riffing pertama nya.Perulangan riffing sehingga pertengahan track dimana solo gitar agak ribut di hidangkan. Lazat solo gitar kali ini. Ok, banyak perulangan riffing sebelum kecuali untuk durasi2 terakhir track.

Sujjaul Aqra gua rasa menggunakan lirik berbahasa Melayu. Satu kombinasi lirik serta komposisi lagu yang cukup keras dan pantas. Ini juga sebuah track yang best untuk dilayan. hrash yang menuju ke arah Death Metal. Sebuah track yang memang ribut dari awal hingga akhir.

Manifesto Of Hate gua dapat hidu pengaruh kuat Sepultura era lama pada riffing awal nya. Sebuah track yang agak kurang melodic nya jika dibandingkan dengan track2 terdahulu.

Under One Flag juga antara track yang agak gerek! Riffing yang mengajak crowd berdansa jika dibawa secara live. Pengaruh Rock n Roll yang agak Thrash! Ia nya mengingatkan gua pada band projek Jeff Walker (Carcass) iaitu Blackstar Rising! (klik untuk baca review) Ini Rock n Roll pantas yang keras dan gelap! Hahaha..

Inner Pain merupakan track saduran dari Silent Death. Telah rilis awal dahulu lagi melalui kompilasi Tribute to Silent Death (klik untuk baca) yang dihasilkan oleh Metal Zone Distro. Cuma gua rasa sedikit hilang seri sebab gua rasa track drum nya menggunakan drum machine. Overall ok.

Secara keseluruhannya, gua berpendapat Angergrow merupakan antara album yang agak menggegarkan untuk 2014. Tidak dapat disangkal ini produk dari band lama. Walaupun keseluruhan komposisi lagu jelas menjurus ke arah old skool tetapi elemen catchy masih dapat dikesan dan beberapa riffing masih boleh bermain2 di kepala otak gua. Walaupun Infernal Void asyik di kaitkan dengan Sepultura (lama) tetapi gua tetap dapat menghidu beberapa pengaruh lain dalam music garapan mereka. Malah gua tidak salah kiranya jika Children of Bodom turut memberi pengaruh kepada band ini. Juga band2 Death Metal lama sudah tentu mempengaruhi hasil2 material dari Infernal Void. Kalau nak kaitkan dengan Sepultura mungkin boleh halakan tepat pada vocalist band ini. Hahaha..

Dari segi teknikal rakaman, hasil yang dikeluarkan adalah bagus namun gua rasa ianya boleh di upgradekan lagi tahap mixing dan masteringnya. Produk ini kedengaran benar2 old skool seperti mana anda layan kaset zaman2 90an dahulu. Jika anda bermimpi nak dengar sound melambung2 seperti hasil band2 baru sekarang, gua sarankan ini bukan apa yang anda cari. Ini produk yang gua pasti akan disanjung oleh pendengar2 yang sudah berusia dan matang.

Ok, sila support Infernal Void dengan membeli CD ini. Harga by hand RM20 dan secara pos RM26. Ok gua pun xpasti kewujudan label rasmi yang riliskan albbum ini, mungkin self-release oleh Infernal Void sendiri. So, gua sertakan email serta beberapa laman sesawang untuk mengenali band lama ini dibawah live Infernal Void ini. Juga link sebuah label yang gua tangkap CD ini, sila lah risik2 kalau ada lagi..

Infernal Void - Imagine When U Died (Live at One Cafe - Rator Live Possessed)

Infernal Void
Email 1
Email 2
Facebook

Metalzone Distro
Blogspot
Facebook

0 feedbacks: