Atilia - Indah (2010)

Lama jugak kami bergelumang dalam review2 music berdistortion, dan lama jugak kami x tampil dan mencabar diri dengan review2 dari genre bertempo perlahan dan music mesra pendengar iaitu Pop!!! Ya, kali ini gua saja nak kupas pasal sebuah album tahun 2010 yang gua rasa rata2 pembaca mengenali penyanyi kecik molek bernama Atilia ini setelah beliau berduet bersama Monoloque untuk lagu bertajuk Kekanda Adinda. Gua cuba selongkar sikit pasal Atilia ini dan Atilia ni sebenarnya sudah punya 2 buah album iaitu yang pertama nya bertajuk "Sangkar" pada 2007 dan pada 2010 pula dengan album kedua bertajuk "Indah". Album kedua ini juga sebenarnya telah sampai di pasaran Indonesia.

Art director dan layout design oleh Muid Latif
Design assistant oleh Rizal Effendie

Tracklist :

1 - Indah
2 - Harus Bagaimana
3 - Terindah Pilihanku
4 - Gelombang
5 - Selain NYA
6 - Old Love
7 - Leka
8 - Change
9 - Angel
10 - Silly Little Things

Indah boleh gua katakan melalui proses rakaman, editing, adunan dan mastering di pelbagai studio dari Malaysia sehingga Indonesia (banyak kalau gua nak list kan..hahaha) Juga album ini menggunakan tenaga kerja teknikal yang hebat2 dan yang gua nampak CL Toh berada di penghujung kerja2 teknikal iaitu sebagai mastering engineer. Musician2 yang terlibat juga merupakan antara nama2 profesional seperti Ujang, Steve Thornton, Lewis Pragasam, Jamie Wilson dan beberapa musician Indonesia yang gua x berapa fimiliar dengan nama2 mereka. Ok, ayuh berbicara pasal album ini..

Ok, gua cuma nak review secara menyeluruh untuk album ni setelah beberapa kali CD ini diputarkan. Ada beberapa buah track yang menyaksikan Atilia berduet bersama vocalist undangan seperti track kedua Harus Bagaimana dimana menampilkan Maliq and D'Essentials, iaitu sebuah band dari Jakarta yang membawa aliran Jazz dan Soul. Juga Noh Salleh iaitu vocalist band Hujan turut berduet didalam track bertajuk Old Love. Noh turut terlibat daalm memperkenalkan band Sore yang juga dari Indonesia yang turut tampil dalam track terakhir bertajuk Silly Little Things.

Gua juga beranggapan Atilia bukan calang2 penyanyi (malah masa album pertama Atilia siap jadi composer cipta 6-7 lagu sendiri lagi..) dimana gua perasan beliau ada cuba berbagai rentak hingga ada lagu yg berbau cha-cha, basanova..

Atilia - Angel (Petikan dari filem Talentime)

Gua dengar lagu pop selambe jugak si Atilia ni bedal. Cuma untuk track2 akustik dan guna piano memang nampak aura Atilia ni. Contoh soundtrack filem Talentime yang dimuatkan di sini iaitu Angel memang menampakkan bagaimana Atilia berjaya mengalunkan melodi vocal dan lengguk nyanyian nya pada tahap yang cukup bagus dan beremosi. Memang nampak ada soul bila beliau nyanyi lagu tu.

Untuk kualiti rakaman, gua malas nak komen lebih2 sebab ini bukan album cikai atau pre-rekoding. Dengan tenaga kerja, sessionist yang power2 dan studio2 rakaman terlibat yang hebat2, gua boleh cakap sound jangan lah cuba2 nak kondem. Hahaha.. 

Atilia - Indah (Official Video)

Indah yang berformat profesional poket CD (3 fold) boleh dibeli dengan harga RM30 jika melakukan pembelian secara pos melalui email ini (klik untuk email) atau mungkin lebih murah jika beli by hand di toko2 music. Apa yang gua pasti album ini berbaloi untuk dibeli kerana packaging yang cantik dan profesional. Disertakan juga cover sleeve berserta lirik dan penerangan berkenaan album ini. Untuk ringan2 kepala boleh dapatkan album ini. Gua rasa Atilia memang ada bakat dan bukan tergolong dalam rangkaian penyanyi2 tangkap muat. Terima Kasih.

Official Website
Facebook
Twitter
Soundcloud

Brain Dead - Monster of Metal (Live 2011)

Walaupun video live ni di rakam pada 2011 tapi baru saja di upload di youtube oleh sorang kenalan gua.. Gua memang salute sama Brain Dead.. Ok layan in HD lah baru best!!!!

Brain Dead - Monster of Metal (Live 2011)

Facebook

* Kredit to Max Sayuti

Decembre Noir - A Discouraged Believer (2014)

Decembre Noir is a band with a melancholic music which more to Death and Doom Metal. Hailing from Erfurt, Gemany, Decembre Noir was form on 2008 by Daniel (drums) and Sebastian (guitars). After that, Marcel (guitars), Mike (bass) and Lars (vocal) joined to complete the line up. Then, Marcel and Daniel left the band and Decembre Noir recruited new line up Kevin on drums while Martin on guitar position. A Discouraged Believer is the name of their's full length, released on 9/5/2014 under F.D.A Rekotz.

Lars (vocals), Sebastian (guitars), Martin (guitars), Mike (bass), Kevin (drums).

Decembre Noir - A Discouraged Believer (2014)

Tracklist :

 1 - A Discouraged Believer
2 - Throns
3 - The Forsaken Earth
4 - Novembre Noir
5 - Stowaway
6 - My Resurrection
7 - Escape to the Sun

Listening to a Doom/Death Metal album like "A Discouraged Believer" make me remembered some of the band like My Dying Bride, Katatonia, Theater of Tragedy and of coz Paradise Lost. Even Decembre Noir played element of Doom Metal, theirs music is not like Cathedral or others band with major chords riffing when increasing the tempo. Decembre Noir music is more to sad, gloomy and depressive moods.

Musicwise, this album is more to melancholic sound, mix of slow to fast tempo. I can said that the the tone of guitars is one of the best part of the album. Very solid and the riffing also not complicated. Also the groove of drums sometime will me your mind blow out especially on fast tempo.

Recommended tracks : A Discouraged Believer, Thorns, My Ressurection.

Decembre Noir - My Resurrection

Decembre Noir can be contacted from the link given.

Contact Label
Official Website

Contact Band
Facebook
Myspace

Press Contact
Email

Suffercation - Ancient Visions Disappear - Then Rise Cryptic Existence (Remastered 2014)

Ini merupakan keluaran semula album kedua Suffercation bertajuk Cryptic Existence (1993) yang mana ia nya telah melalui proses ramastered serta penambahan 2 buah lagu baru. Versi ini di beri judul "Ancient Visions Disappear - Then Rise Cryptic Existence". Secara personal gua sangat menyanjung karya dari album ini kerana ia nya kedengaran sungguh berat, padu, kental dan seakan mendengar lagu2 dari band oversea. Ia nya kurang melodi kecuali untuk track Dark Reflection yang sedikit mellow walaupun majoriti nya keras. Untuk rakaman 2 track terbaru line up yang terlibat adalah Ly Razak (Drums), Rob Razak (Guitars) dan Ijall (Vocal). Loli, Kamal dan Matt merupakan line up yang akan bergilir-gilir mengisi posisi gitar kedua.

  Suffercation 2014

 Cover artwork oleh Nefariousz Lightbearer

Versi asal Cryptic Existence melalui proses rakaman di King Studio. manakala untuk versi AVDTRCE ini ianya melalui proses mastering di Maggots Tune Studio, Putrajaya. Adly Razak dan Rezza Omar bertindak dalam proses mixing dan proses mastering turut di lakukan di studio yang sama. Sahabat mereka Shamien Beheror turut menyumbangkan solo gitar untuk track2 terbaru. Album ini dikeluarkan oleh CoolRecords (M) Sdn Bhd. 

Untuk versi remastered ini gua hanya akan review 2 track terbaru kerana versi asal anda boleh baca DISINI. Dua buah track tersebut bertajuk Dubious Sin dan Perpetual Flame.

Dubious Sin gua boleh kata agak mengejutkan. Track ini paling sesuai di muatkan bersama track2 lain dari versi awal Cryptic Existence ini. Kedengaran cukup keras, garang, kental dan permainan yang laju. Untuk track ini saja gua sudah beranggapan Suffercation sudah sepatutnya menghasilkan album baru dengan track2 segarang ini. Gua rasa tidak ada cacat cela langsung track ini untuk klasifikasi Death Metal. Perfect!!! Walaupun dengar banyak kali terasa sedikit pengaruh Deicide untuk track ini. Kata akhir, track ini berjaya buat telinga gua rasa bingit!!!! Terbaekkkk!

Perpetual Flame juga masih dengan mood seperti Dubious Sin. Kental padu dan ganas. Ngauman Ijall, riffing menyeksa dan paduan drum cukup mengagumkan. Seakan mereka kembali ke zaman awal 90an dimana setiap band masing2 cuba menghasilkan material seganas yang mampu.

Kesimpulan yang boleh gua katakan berkenaan album ini, sound produksinya adalah terbaek dan mencapai tahap profesional album. Kelainan yang gua dapat tangkap mungkin untuk sound dan tone gitar yang lebih tajam kali ini. Drum juga lebih bertenaga dengan stroke dan hentakan separa drum yang konsisten. Ijall ternyata mampu menyambung apa yang telah dihasilkan oleh Jeff Ilyas sebelum ini.

Dapatkan Suffercation - Ancient Visions Disappear - Then Rise Cryptic Existence (2014) dengan harga RM40 yang didatangkan dalam format digipak. Bersama keluaran album ini juga Suffercation turut menyediakan t-shirt rasmi berharga RM60. Turut dijual poster bersize A3 dengan harga RM10.

T-shirt rasmi RM60

Poster size A3 berharga RM10

Suffercation boleh dihubungi melalui email dan link facebook yang kami sertakan dibawah ini. Kata2 akhir dari gua, rasa nya Suffercation masih lagi keras dengan Death Metal nya dan sudah tiba untuk Suffercation menghasilkan album terbaru untuk habuan pendengar2 yang dahagakan Death Metal keras dari mereka.

Email
Facebook

VotW : I, Revival - Familiar Ground (featuring Ash of Massacre Conspiracy)

Band bernama I, Revival ni sebenarnya gua dah ushar sejak kelahiran album pertama mereka bertajuk Variations pada 2012.. (sebenarnya gua dah usaha nak dapatkan fizikal copy album ni tapi gagal hingga hari ini) Agak berani kerana mereka wujud pada 2011.. Hanya setahun dan muncul dengan album penuh dan memenuhi undangan2 pentas dan gua rasa mereka dah sampai Brunei. Negara2 lain gua tak pasti sangat. Terkini mereka tampil dengan sebuah EP bertajuk Continuity dan turut menghasilkan sebuah video klip rasmi yang turut mengundang Ash dari Massacre Conspiracy dalam menjayakan video klip ini. Ok layan dulu.

I, Revival - Familiar Ground (featuring Ash of Massacre Conspiracy)

Kenali band ini melalui link2 yang kami sediakan di bawah ini.

Official Website
Facebook
Twitter

p/s - Jika line up band ni terbaca pasal entry ni, gua harap dapat contact kami DtE melalui email ini sebab gua nak beli fizikal copy CD album pertama dan EP ini. Terima Kasih.


Cognitive - Cognitive (2014)

First of all, DtE would like to give a thanksgiving to Cognitive for the free promo pack given by email. Cognitive is a Death Metal band from New Jersey, USA. Form on 2011, Cognitive already released The Horrid Swarm (EP) on 2012. Their first debut full length called "Cognitive" released on 26th April 2014 under Pathologically Explicit Records (Spain).

Jorel Hart - Vocals
Rob Wharton - Guitars
Jake Iannaco - Lead Guitars
Mike Castro - Drums
Art Sikora - Bass

 Cover artwork by Tony Koehl

Tracklist :

1 - Cut the Fuck Up
2 - The Aftermath 
3 - Blood Hungry
4 - Worlds Beneath
5 - Regurgitated Existence 
6 - Oceanic Erosion
7 - Willingness of the Weak
8 - Imbuing of Wrath
9 - Fire from the Sky
10 - Affliction Humanity

For me, Cognitive is a band that bring a genre of Technical Death Metal. Mix of big influenced of Suffocation and some of other Death Metal bands like Gorod, Wormed, Infernal Revulsion, Devourment, Broken Hope, Wretched and Misery Index.

Musicwise, Cognitive (2014) is a solid Death Metal album with lot of technical elements, thundering drums with grind elements. Even most of guitar riffing more to Death/Brutal Death Metal style, Cognitive try to add some of other elements especially on guitar solo. Jake Iannaco did a good job from every solo guitar he played. Sometime I feel like i'm listening to Cynic especially on first verse of Willingness of the Weak. Also a good bass tone played Art Sikora can be heard from whole tracks. Big credit  goes to Mike Castro with his powerful drumming on every tracks.

Recommended tracks : Cut the Fuck Up, Blood Hungry, Regurgitated Existence, Willingness of the Weak and Fire from the Sky.



Cognitive can be contacted from the link given.

Pathologically Explicit Records
Official Website
Facebook

Cognitive
Facebook
Reverbnation
Twitter

VotW: Eluveitie - King

Promo video untuk album terbaru mereka 'Origins', bakal menerjah pasaran 1 Ogos ini. Wo-hoooo!


CD Naz - Bara : Rasa (2005)

Gua rasa terpanggil untuk buat review berkenaan album solo dari pemuzik yang menggunakan nama CD Naz ini. Berasal dari kepompong bawah tanah CD Naz nama sebenarnya Rashidi Rashid telah awal muncul sebagai gitarist band Death Metal iaitu Silkhannaz, menjadi sessionist bersama beberapa band berat seperti Koffin Kanser bersama Aru, Dragon Malaya bersama Awie, menjadi vocalist untuk album pertama Metalasia, bertindak dalam hal ehwal teknikal rakaman, gubahan lagu dan muncul dengan album solo berjudul Bara : Rasa pada 2005 yang pada gua sesuatu yang patut di perhalusi kerja tangan beliau dalam persada muzik Rock tempatan.

 Konsep cover oleh Petiash Studio dan CD Naz

Tracklist :

1 - Siapa?
2 - Rapuh
3 - Karat
4 - EvaNiaSence
5 - Hilang Wanginya
6 - Rasa
7 - Berlari Ke langit
Usik
9 - Kerana
10 - Kejora Di Sahara

Bara : Rasa melalui proses rakaman di Synchrosound Studio oleh Kelvin dan Peter Chong. Track drum dirakam oleh Jacky. Peter Chong sekali lagi bertindak dalam urusan adunan manakala CL Toh dari Mastering One bertindak dalam hal ehwal mastering. CD Naz bertindak sebagai penerbit untuk album ini dibantu oleh P.E dari Infectious Maggots. Liew Voon Kee merupakan penerbit eksekutif. Beberapa musician telah terlibat sebagai sessionist untuk album ini seperti P.E Infectious Maggots, Pae dan Mie Berudu. Lirik dihasilkan oleh Zizie Hashim, PAY, Sampoy, Raysham dan Jadam.

Ok, gua cuba review secara keseluruhan dan highlight pada beberapa track yang gua rasa power. Untuk album ini gua beranggapan, ia bukan sekadar sebuah album Rock modern tetapi jika ada pemuzik, pengkaji muzik, peminat muzik atau pelajar muzik, gua pasti album ini akan dihargai dan bakal di carigali semula 10 ke 20 ke 30 tahun akan datang.. Hahaha standard orang Malaysia kalau bab music majoriti nya lambat dapat "kesedaran".. haha..

CD Naz - Siapa? (Official Video)

Beberapa track hebat seperti Siapa?, Rapuh, Hilang Wanginya, Rasa, Berlari Ke Langit dan Kejora Di Sahara merupakan antara track pilihan gua. Penghasilan klip video Siapa? mungkin boleh dianggap satu promosi yang baik untuk memperkenalkan music Rock dari CD Naz. Sebuah lagu yang agak susah nak boring walaupun dah lama dengar lagu ni.

Hilang Wanginya merupakan track paling heavy untuk album ini. Gua cukup terpegun dengan susunan melodi vocal serta susun atur setiap perkataan dari lirik yang berjaya di "matching" kan dengan melodi keseluruhan track ini. Juga seperkara lagi riffing yang pelbagai walaupun penggunaan chord adalah mudah. namun seperti gua kata tadi, riffingnya agak perlu dikaji jika anda ada niat untuk jamming suka2 track ini. Ini track Heavy Rock yang menjurus ke sedikit Heavy Metal yang modern.

Rasa punya kekuatan paling maksima pada harmoni vocal dari CD Naz sendiri. Susunan lagu yang sedap. Untuk permainan instrument gua cukup suka dengar permainan drum oleh PAE. Pelbagai dan susah nak tangkap cara permainannya. haha.. Ok, sepatutnya track ini paling banyak keluar radio dan boleh jual.. Ini pandangan ikhlas gua.

Berlari Ke Langit adalah sebuah track paling bersahaja dan santai. Dengan lirik yang turut santai penggunaan tatabahasa nya, track ini dibawa dengan baik oleh CD Naz malah sempat lagi rapping sikit2. haha..

Kejora Di Sahara track ballad yang juga patut boleh jual dan paling patut kerap keluar radio. Kalau ada klip video gua dok imaginasi CD Naz sedang berpakaian serba putih bersama grand piano. kahakah.. Itu imaginasi gua ok. Ok, ini sebuah track yang bagus dan boleh layan untuk rilek2 dan boleh tahan jugak jiwangnya.

Ok, secara teknikal nya gua rasa sepatutnya album ini boleh pergi jauh. Mungkin boleh terjah pasaran Indonesia. Gua pelik di Malaysia sah sah lah geng2 yang layan Akademi Fantasia depan TV tak kenal siapa CD Naz. Gua berbicara berkenaan bakat. Album ini harus dimiliki oleh sesiapa yang menhargai music. Boleh dijadikan rujukan untuk beberapa aspek seperti melodi dan komposisi lagu. Gua boleh hidu idea2 dan pengaruh dari Queen, U2 dan music2 baru didalam album ini.

CD Naz - Terlalu Indah (Official Video)

Seperkara lagi, gua tak pasti kenapa rakaman album kedua CD Naz seakan "stuck" ditengah jalan. Gua cuma boleh kongsi sebuah video klip bertajuk Terlalu Indah sebagai buah tangan terakhir dari beliau. Errr tak silap gua CD Naz juga ada cover sebuah lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Pandai2 lah cari.. Lagi gua harap akan keluar juga album kedua dari CD Naz sikit hari lagi.

Akhir sekali, gua rasa album ini masih boleh didapati di toko2 music tempatan. kalau x jumpa tu kena lah rajin2 tanya owner kedai. Hahaha.. Juga gua ada ushar website Interglobal (status dah bungkus ke belum gua pun xpasti) album ini masih lagi dijual.

Ok, kenali CD Naz melalui beberapa laman sesawang yang kami sediakan dibawah ini..

Facebook
Facebook - Fanpage
Twitter