VotW : I, Revival - Familiar Ground (featuring Ash of Massacre Conspiracy)

Band bernama I, Revival ni sebenarnya gua dah ushar sejak kelahiran album pertama mereka bertajuk Variations pada 2012.. (sebenarnya gua dah usaha nak dapatkan fizikal copy album ni tapi gagal hingga hari ini) Agak berani kerana mereka wujud pada 2011.. Hanya setahun dan muncul dengan album penuh dan memenuhi undangan2 pentas dan gua rasa mereka dah sampai Brunei. Negara2 lain gua tak pasti sangat. Terkini mereka tampil dengan sebuah EP bertajuk Continuity dan turut menghasilkan sebuah video klip rasmi yang turut mengundang Ash dari Massacre Conspiracy dalam menjayakan video klip ini. Ok layan dulu.

I, Revival - Familiar Ground (featuring Ash of Massacre Conspiracy)

Kenali band ini melalui link2 yang kami sediakan di bawah ini.

Official Website
Facebook
Twitter

p/s - Jika line up band ni terbaca pasal entry ni, gua harap dapat contact kami DtE melalui email ini sebab gua nak beli fizikal copy CD album pertama dan EP ini. Terima Kasih.


0 feedbacks: