Joe PV - Keep On Movin' (2014)

Joe PV adalah nama kepada Joe Pure Vibracion. Muncul secara solo dengan sebuah album bertajuk Keep On Movin' pada 9 Ogos 2014. Secara pemahaman telinga cerewet gua, Keep On Movin' agak berlainan dengan apa yang telah beliau hasilkan bersama band reggae nya terdahulu. Masih dengan rentak reggae, Keep On Movin' boleh gua katakan antara penyambung kepada kekurangan material reggae tempatan selepas apa yg di keluarkan Joe bersama band nya sebelum ini juga Aru bersama ROB. Band2 lain seperti Rosewood dah x berapa nak dengar cerita sekarang. Ok jom gua kupas sikit cerita pasal album ini.

Cover artwork dan booklet oleh Izal Vibracion

Tracklist :

1 - Herbalize (featuring King Lhota)
2 - 2 Times (featuring Nadhira)
3 - Good Love
4 - Propaganda
5 - Lucy Lou
6 - Keep On Movin' (featuring Joe Flizzow)
7 - Babylon Down
8 - Thank You Selalu

Keep On Movin' melalui proses rakaman di Greenhouse Studio. Penerbit album ini adalah Jeffrey Little dan Jason Voo dibantu oleh Izal Vibracion. Jeffrey Little dan Jason Voo turut bertindak sebagai sound engineer dan juru adun. TC Meng pula bertindak ketika proses mastering.

Secara keseluruhan gua beranggapan Keep On Movin' adalah sebuah album reggae yang seakan menjurus kearah ragga dub. Penggunaan programming jelas sekali kedengaran pada kesemua lagu namun suasana organik seperti bunyi gitar tetap boleh didengari. Guest vocalist yang turut serta dalam album ini adalah promosi bagaimana gabungan music garapan Joe PV bersama mereka.

Track pilihan gua bertajuk Lucy Lou. Juga telah rilis bersama sebuah video klip profesional penghujung 2013 dahulu. Punya rasa segar dan santai cukup sesuai untuk rehatkan minda bila mendengarnya. Selain itu Babylon Down, Good Love dan Thank You Selalu boleh kata juga menarik untuk dilayan.

Selain itu gua boleh katakan Joe memang punya talent untuk membawa lagu2 bergenre sebegini. Beliau berjaya membawa jiwa Afrika dan Jamaica dalam cara nyanyian. Slang yang tak dengar macam Melayu. haha.. Thank You Selalu mengingatkan gua pada track Pesan Nenek dalam album Joe bersama band nya terdahulu.

Joe PV - Lucy Lou (Official Video)

Pakej CD berformat poket beserta booklet ini boleh diperolehi dengan harga RM29.90. Gua rasa CD ini boleh didapati dimana2 toko music.Sila layari link2 yang disertakan dibawah untuk membuat tempahan.

Joe PV
Facebook
Twitter
Instagram

Laguna Music
Official Website
Facebook

0 feedbacks: