Lavatory - Morbid Terror (2014)

Setelah muncul dengan sebuah EP bertajuk Transgression pada 2012 serta berjaya membuatkan sebuah label dari USA meriliskan EP tersebut dalam format CD, Lavatory lantas menerjah ke studio untuk rakaman material seterusnya iaitu album sulung bertajuk Morbid Terror (2014). Mirip kepada konsep Swedish Death Metal, album ini dilihat menampakkan keberanian yang agak mengejutkan kerana rata2 sound produksi yang terakam seakan ianya adalah rilisan awal 90an dahulu. Ok, gua review sikit album ini.

 Muntah Darah - Vocals, Djinn - Guitars, Jahanam - Guitars, Musibath - Bass, Pelesit - Drums

Artwork oleh Daniel Devilish
Layout oleh Komtaminatoion Design

Tracklist :

1 - Absorption (Intro)
2 - Descent Into Madness
3 - Death Is Imminent
4 - Thousand Roads To Hell
5 - Morbid Terror
6 - Restless Souls
7 - Miserable Life
8 - Mask Of Malevolence
9 - Summoning In Dun Laoghaire
10 - To The End Of The World

Morbid Terror (2014) melalui proses rakaman di ISEEKMUSIC Studio, Subang Jaya. Gua beranggapan kerja rakaman ini pasti dilakukan oleh Mokhtar. (tidak dinyatakan didalam cover sleeve). Lavatory bersama album penuh Morbid Terror ini berada dibawah naungan label dari Singapura Pulverised Records.

Boleh kata sekiranya anda pendengar music Death metal sejak awal 90an, pasti kesemua track yang terkandung dalam album ini akan anda hadam dengan penuh selera dan nafsu yang meninggi. Dan ikut nafsu telinga gua, Miserable Life adalah track pilihan gua. Track ni punya feel dan dia punya fast ada tangkap kepala dan boleh bikin kaki hentak kelantai kerapkali dari yang lain.. hahaha.. Track2 lain juga power seperti Descent Into Madness, Death Is Imminent dan Summoning In Dun Laoghaire pula agak sedikit lembap tempo nya.. Track penutup bertajuk To The End Of The World gua boleh kata seakan sebuah track yang merangkumi apa yang boleh didengar dari track pertama sehingga track 9. Sebuah track yang agak lengkap penangan Death Metal ramuan untuk album Morbid Terror ini.

Seperkara yang menarik adalah dari segi sound produksi album penuh ini dimana Lavatory tampil berani dengan menghasilkan sound old school!!! Apabila pertama kali mendengar track kedua selepas intro, gua agak tergamam kerana sound gitar yang terakam benar2 membuatkan gua berasa seperti mendengar album2 sekitar awal 90an dulu. Sound gitar yang kering dan kedengaran separa raw dan dentuman drum yang lebih organik pasti membuatkan album ini akan dicari sesiapa yang lahir di era awal Death Metal dahulu. Untuk Morbid Terror, pengaruh yang gua dapat tangkap masih lagi dari Dismember dan Obituary. Mereka bukan membawa genre Death Metal mid tempo tetapi lebih agresif dan keras.

Morbid Terror (2014) boleh dibeli dengan harga RM35 by hand atau RM41 by poslaju. Gua rasa pendengar2 yang masih tepu dengan sound2 berat band2 lama dahulu perlu mendapatkan CD ini. ianya satu kemestian. Hubungi Lavatory melalui laman facebook mereka dibawah preview song ini.

Lavatory - To The End Of The World

Lavatory
Facebook
Muntah Darah (untuk urusan pembelian)

0 feedbacks: