Pengukir Nada Dari Makam - Promo Split (2014) - Delusi, Sial, Ahmad Raimi

Gua didatangi sebuah CD ringkas yang didalamnya mengandungi 3 track yang diwakili oleh 3 entiti berlainan. Pengukir Nada Dari Makam - Promo Split (2014) merupakan gabungan 3 projek berasingan dari Delusi, Sial dan Ahmad Raimi. Sebuah promo CD yang agak limited hanya terdapat 21 copies pengeluarannya sebagai pengenalan kepada idea pemuzik tanahair berkenaan music Depressive, Darkwave, Atmospheric dan Ambience.


Tracklist :

1 - Delusi - Lara
2 - Sial - Penantian Sudah Berakhir
3 - Ahmad Raimi - Aku Rindu Kematian

Gua beranggapan kesemua track adalah hasil rakaman home studio dan melalui proses rakaman secara berasingan mengikut lokasi band.

Delusi dengan Lara merupakan sebuah instrumental berakarkan music ambience. Tanpa sebarang suara Delusi nyata memperkenalkan music nya melalui permainan synthesizer dan sedikit loop sepanjang track. Terasa cukup atmospheric apa yg dihasilkan Delusi melalui Lara. Mengasyikkan namun ia nya berada diantara dua dimensi.. Tenang dan kerisauan...

Sial yang sudah mula disebut dengan konsep pelik - gelap, suram dan kelam menyumbangkan sebuah track bertajuk Penantian Sudah Berakhir. Ini sebuah track yang menyaksikan vocalist nya mengalunkan lirik seakan bisikan. Diselit permainan gitar seminimal dan background drum dan bass sesedap rasa. Gua rasa Sial memang sudah jumpa apa yang sepatutnya menjadi direction music mereka sebenarnya. Dan tidak mustahil Sial bakal melahirkan material2 yang lebih depressive selepas ini.

Ahmad Raimi yang merupakan owner kepada label Faithcraft Production, frontman Au Revoir dan pengetuk drum band tanpa pemain gitar Wreckär turut serta dalam split ini dengan sebuah track yang lari jauh dari apa yg dilakukan bersama kumpulan2 yang dianggotainya. Aku Rindu Kematian merupakan sebuah track yang yang agak depressive jika dilihat pada penulisan liriknya. Dengan nyanyian yang sayu serta selingan loops serta sedikit petikan keyboard, track ini agak meremang juga dilayan berseorangan didalam malam yang gelap.

Ini merupakan satu percubaan berani dari ketiga2 entiti yang cuba memeriahkan lagi scene music tanahair dengn genre Depressive Metal (Metal juga barangkali..) Promo split ini juga mengingatkan gua pada sebuah projek one men band yang agak sealiran iaitu Filsufatia yang sekarang sudah seakan beralih arah kepada tempo yang lebih rancak.

Ok, gua tak pasti adakah fizikal copies Promo Split ini still available atau sudah habis. Oleh itu pembaca boleh melayari link2 yang kami sediakan untuk tujuan mengenal music mereka, membeli Promo Split ini atau membodek line up band2 ini untuk mendapatkan track2 didalam CD ini jika ianya sudah sold out!

Delusi
Facebook
Bandcamp
Youtube

Sial
Facebook

Ahmad Raimi
Faithcraft Production

0 feedbacks: