Tormentress - Operation Torment (2014)

Tormentress merupakan sebuah band berteraskan genre Thrash Metal dari Singapura. Ahli band yang terdiri dari perempuan kesemuanya. Pernah menghasilkan sebuah demo tape serta sebuah EP bertajuk Thrashing Disorder pada 2009. Terkini Tormentress baru sahaja menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Operation Torment (2014) dibawah label dari Perancis iaitu Inferno Records.

Aniz (Bass), Tuty (Drums), Mas (Guitars), Neez (Vocals), Gwen (Guitars)

 Artwork oleh Lord Sickness 666
Layout oleh Felipe dan El

 Tracklist :

1 - Intro
2 - Denied
3 - Mutilator
4 - Thrash & Torment
5 - The Great Oppression
6 - Seven Feet Under
7 - Infinite Oneness
8 - Dead at 27
9 - No Remorse
10 - Materialistic War
11 - Why
12 - Tormentor (Kreator Cover)

Operation Torment (2014) melalui proses rakaman di Studio 47, Singapore oleh Nizam. Proses rakaman sudah bermula pada 2013 namun ianya hanya dipasarkan pada September 2014 oleh Inferno Records, sebuah label dari Perancis.

Intro berdurasi 1 minit dan 1 saat yang sekadar sebuah instrumental berdistortion sebelum disambung dengan track bervocal pertama bertajuk Denied. Boleh kata Denied sebuah track yang punya mood Old School Thrash Metal. Ok, untuk track ini gua belum rasa nak henjut kaki lagi. Mungkin belum sampai klimaks Thrash Metal nya tu. haha..

Tormentress - Mutilator

Mutilator antara track terawal yang di preview oleh Inferno records melalui laman soundcloud nya. Ok, Track ini dah nampak start dia punya agresif. Paduan twin pedal dan riffing yang agak mengejar kelajuan. Solo gitar pun boleh tahan tambah2 ia nya dimainkan oleh perempuan.

Thrash & Torment bagai bermula tahap agresif dalam pembawaan Thrash Metal acuan Tormentress. Ini merupakan track paling panjang durasinya iaitu 4 minit 42 saat. Gua rasa music dan lirik bergerak seiringan melalui track ini.

The Great Oppression punya riffing starting nya memang feel Thrash Metal habis! Gua seakan tertunggu apabila pertama kali mendengarnya. Ada kombinasi Kreator dan Sodom (2 band ni memang raja Thrash Metal dunia..hahaha) Ok, track ini agak santai sehingga chorus yang agak ribut sedikit.

Seven Feet Under gua boleh klasified sebagai Thrash Metal yang kental, rancak dan padu! Antara track pilihan gua yang cukup suka mood sebegini. Solo gitar pun kena dengan mood track ni.

Infinite Oneness antara track yang agak ribut. Boleh meningkatkan adrenalin jika dibawa dengan baek untuk persembahan pentas. Cukup gerek dan boleh bikin crowd berdansa. Sudah hampir2 menjurus sedikit ke arah Crossover Thrash Metal. Pujian pada kesemua line up kerana berjaya menghasilkan track gila sebegini!

Dead at 27 kedengaran agak mendatar dan antara track yang punya tempo perlahan. Tidak banyak boleh diperkatakan berkenan track ini namun ianya gua boleh kata sebuah track yang berlainan dari pembawaan track2 lain.

No Remorse masih punya mood yang sama seperti track2 lain. Juga tempo, gaya permainan, riffing dan stroke drum yang masih seperti track2 terdahulu. Tidak terlalu agresif kecuali ketika solo gitar dimainkan sehingga tamat track.

Materialistic War cukup rancak untuk permulaannya. Nampak Tormentress tidak memberi sebarang ruang dimana Nizie selaku vocalist secara terus menerus menyerang. Begitu juga dengan line up lain yang mampu membawa track ini dengan baek. Bila dengar dengan teliti gua rasa track ni ada sikit2 bau Punk yang digabung dengan Thrash Metal.

Tormentress - Why

Why merupakan rakaman terbaru untuk sebuah track yang terkandung didalam Demo 2008 dahulu. Track ini memang ribut. Juga sesuai dibawa untuk persembahan pentas. Pengaruh Kreator dan Sepultura lama jelas kedengaran menerusi riffing dan stroke drum.

Tormentress - Tormentor (Kreator Cover)

Tormentor adalah sebuah track saduran dari Kreator yang sememangnya gua pernah menyaksikan secara live Tormentress membawa track ini. Tiada hal untuk Tormentress membawa dengan baek track ini. Paling best vocalist cukup bersemangat menyanyikan track ini (sama macam gua tengok masa live dahulu) untuk part chorusnya.

Ok, untuk keseluruhan album ini gua rasakan ia antara keluaran yang boleh kira terbaek juga kalau nak di bandingkan dengan kemampuan line up nya yang totally nya perempuan. Untuk sound produksi keseimbangan jelas ketara boleh didengar menerusi kesemua instrument yang dimainkan. Gua beranggapan Tormentress seakan cuba mengembalikan sound era analog (gua pun xpasti ini rakaman analog atau digital). Sound gitar agak tebal dan gemok, manakala drum jelas kedengaran cukup organik. Gua dapat kesan level untuk bass agak sedikit perlahan jika dibandingkan dengan instrument lain. Vocal masih dalam kemampuan tersendiri, cuma ada beberapa track yang jelas nampak beliau benar2 all-out dan berjaya menjiwai track2 tersebut. Mutilator, Thrash & Torment, Seven Feet Under, Infinite Oneness dan Why boleh gua simpulkan antara track kegemaran gua. Boleh bergegar stage. Hahaha..

Operation Torment boleh diperolehi dalam format Digipak CD, Jewel Case CD dan kaset. Untuk pembelian, mungkin anda boleh terus hubungi Tormentress melalui laman facebook mereka (kami sertakan dibawah) atau rajin2 tengok page label2 tempatan. Menerusi laman facebook mereka dinyatakan harga pembelian seperti berikut. Digi-CD / CD = S$22, Tape = S$12 (SG ./ Malaysia) dan Digi-CD / CD = S$25, Tape = S$14 (Others). Sila convert sendiri untuk ketahui harga untuk pembelian dinegara anda. Terima Kasih!!!



Tormentress
Facebook

Inferno Records
Email
Official Website
Facebook

Hellimunan - Dark Universe (EP 2002)

Dulu2 masa kaset ni rilis gua x berapa nak ada sen untuk beli apatah lagi dengar. Hanya sekadar tau dari sumber pembacaan pasal band bernama Hellimunan ni. Antara band Metal dari Melaka. EP bertajuk Dark Universe ini dikeluarkan oleh sebuah label yang sungguh aktif pada ketika itu iaitu Speedrawk Records dalam format kaset. Tahun ni entah macamana gua terjumpa 1 mamat jual tape/kaset ni dan tanpa buang masa gua pon deal untuk grab ini tape. Ok, untuk mukadimah gua nak perkenalkan line up band ini. Hellimunan dianggotai oleh Cosmos (vocalist), Ice (Lead guitar), Euranous (Rhythm guitar), Dark Flame (Synth), Wind (Bass) dan Earth (Drums). Dalam gua dok selidik2 dua org line up band ni sekarang menganggotai Hidden Silence.

Hellimunan - Dark Universe (EP 2002)

Tracklist :

1 - Intro : Dark Universe
2 - Queen of Thousand Years
3 - In My Darkest Glory
4 - Cosmos Mystery
5 -  Journey 
6 - Perfect Element
7 - Outro: Dark Lonelyness

Dark Universe (EP 2002) melalui proses rakaman di Batu Giling Studio dan turut menjalani proses mixing distudio ini juga. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering. Dark Universe dikeluarkan oleh Speedrawk Records.

Intro : Dark Universe merupakan instrumental pertama yang hanya menggunakan sound dari keyboard yang pada gua menimbulkan sound seakan berawangan atau berada di ruangan kosmos.. bersesuaian dengan konsep bawaan band ini.. haha..

Queen of Thousand Years adalah track pertama bervocal. Lebih jelas pembawaan music Hellimunan melalui track ini. Mungkin boleh dikatakan permainan gitar mendominasi track ini. Tidak terlalu teknikal dan mungkin gua boleh kata ianya punya pengaruh Metallica dan sedikit Slayer. Juga perlu di highlight pembawaan vocal yang begitu garang.

In My Darkest Glory agak berlain sedikit mood nya. Nampak lebih kuat pengaruh Melodic Metal nya. Namun masih berada dalam mood Death/Doom. Untuk track ini gua dapat menghidu pengaruh beberapa band hebat dunia antaranya Dark Tranquilly, Dimmu Borgir (old) melalui bunyian keyboard yang agak atmospheric.
Cosmos Mystery menjadi track pilihan gua. Masih dalam mood seperti track kedua pada awalnya dengan bunyi keyboard sebagai layer yang mampu menghidupkan lagu ini. Agak trashy sedikit riffing pada verse pertama. Ada flow yang menarik dalam komposisi lagu antara Thrash, Melodic Death dan Doom. Vocalist juga berjaya membawa lagu ini dengan penuh penghayatan. Paling menarik suku terakhir lagu apabila tempo lagu diperlahankan, ada nyanyian dan plucking gitar. Terbaek dan penuh feel!!!

Ternyata Hellimunan sudah punya trademark music nya tersendiri. Journey merupakan track seterusnya yang masih bertunjangkan Death/Doom. Ternyata juga mereka tahu ramuan yang diperlukan dalam penghasilan lagu2 sebegini. Ini sebuah track yang meleret malah punya part perlahan bersama solo gitar yang mendayu.

Perfect Element bermula lebih meleret dalam tempo perlahan pada permulaan lagu sehingga tempo sedikit meningkat laju pada awal minit pertama sehingga durasi 2 minit 38 saat. Selepas durasi ini perubahan rentak yang lebih rancak mengiringi verse pertama untuk growl dari vocalist. Ok, ini track terpanjang mencecah 7 minit lebih.

Outro: Dark Lonelyness menjadi penutup dengan instrumental sama seperti intro tadi. Cuma punya durasi yang lebih panjang dan masih membuatkan anda (jika menghayatinya) berada di awang awangan..

Setelah mentelaah selama beberapa hari so gua dapat simpulkan bahawa music bawaan Hellimunan boleh dirumuskan termaktub antara Doom Death + Gothic + Thrash sehingga ke Death Metal (Thrash Metal gua dapat hidu dari riffing2 gitar yang ada kala macam gaya Metalicca) dan juga sedikit pengaruh Gothenburg sound yang mungkin terkena pengaruh Dark Tranquility zaman The Gallery, The Mind's I dan Projector.

Untuk sound produksi pula mungkin apa yang dihasilkan tidak berapa cukup kental untuk disamakan dengan hasil profesional album. Namun untuk material yang dihasilkan pada zaman ini mungkin ianya sudah boleh dibanggakan sedikit jika dilihat pada tempat rakaman serta modal (mungkin) yang diperuntukkan label atau dikeluarkan sendiri oleh band (ini juga mungkin..).

Ok, Hellimunan sudah tidak aktif lagi dan dikhabarkan juga ada antara lagu Hellimunan akan dirakam semula oleh pencipta lagu nya iaitu Earth. Tidak banyak sumber untuk mengenali band yang pada gua boleh dikatogeri sebagai underrated ini. Dibawah ni ada line dari metal-archives untuk anda kenali sedikit berkenaan band ini. Sekian.

Hellimunan - Dark Universe (EP 2002)

Hellimunan (metal-archives)

VotW : Cavalera Conspiracy - Babylonian Pandemonium (Official Video)

Pandemonium album ketiga Cavalera Conspiracy akan menembusi pasaran 31/10/2014 dan secara rasmi pada 4/11/2014 di USA dan Canada. Ok, ini track agak heavy tapi gua lagi suka track yang dilepaskan lebih awal sebelum ini iaitu Bonzai Kamikaze. Ok, ini video klip rasmi pertama mereka.. kasi layan seround...

Cavalera Conspiracy - Babylonian Pandemonium (Official Video)

Official Website
Facebook

Viniir - The Story Chapter II : 7th Day 7th Night (2014)

Mungkin mereka satu2 nya band yang membawa aliran Viking Metal di Malaysia ini. Tampil dengan demo pertama berjudul The Story : Chapter 1 pada 2011, Viniir terus bergerak ke hadapan walaupun terdapat beberapa perubahan line up. Menghidangkan sebuah tribute track berjudul Your Time kepada lagenda Death Metal iaitu Silent Death dalam sebuah kompilasi terbitan Metalzone Distro, kini Viniir tampil dengan album penuh berjudul The Story Chapter II : 7th Day 7th Night (2014).

Viniir - Line up untuk rakaman The Story Chapter II : 7th Day 7th Night (2014)
Shah Zuriart (2nd Guitars), Zull Viniir (Vocal/Bass), Sham Viniir (1st Guitars), Rizal Arthrone (Drums)
* Terkini ada perubahan line up di posisi gitar kedua dan drum.

Viniir - The Story Chapter II : 7th Day 7th Night (2014)

Tracklist :

1 - Thor
2 - The Story
3 - Edda War
4 - Glory
5 - No Reason For Surrender
6 - Viniir
7 - Viking
8 - Your Time (Tribute to Silent Death)

The Story Chapter II : 7th Day 7th Night (2014) melalui proses rakaman di Necro-X Studio Ipoh Perak. Seperti biasa Amirgeddon bertindak sebagai sound engineer untuk rakaman di studio ini. Album ini dikeluarkan oleh Flying Axe Productions, Metalporn Production dan By-u FM.

Gua mulakan review dengan track ke 4 (3 track awal adalah track2 dari demo pertama Viniir - klik untuk baca) bertajuk Glory yang pada gua merupakan track yang membawa kepada tajuk utama album ini. Bertenaga, punya banyak idea dalam melodi. Vocal berada dalam kondisi terbaek!!! Ending menggunakan sound sample yang betul2 punya feel viking!!! Haha

No Reason For Surrender masih mengekalkan mood seperti track pertama. Punya flow yang baek ada turun naek dalam komposisi lagu. Bermula rancak sekali bersesuaian riffing dan stroke drum yang benar2 seiringan. Idea yang pelbagai dalam ciptaan lagu ini. Ok, gua perasan ada kelainan sedikit gaya penyampaian vocal kali ini.

Viniir yang merupakan track ke 6 adalah sebuah instrumental yang pada gua sungguh menarik walaupun ianya sekadar pengulangan beberapa riffing namun melodi2 yang dihasilkan agak catchy dan segar.

Viking gua pilih sebagai track terbaek untuk pilihan gua. Tak sah kalau gua sebuat Amon Amarth ada beri pengaruh bila dengar track ini. Dari awal track lagi dah nampak Viniir dah dapat resepi penciptaan lagu dengan gaya Viking Metal.

Secara keseluruhan, gua boleh katakan The Story Chapter II : 7th Day 7th Night (2014) merupakan sambungan dari apa yang mereka hasilkan didalam demo 2011 dahulu. 3 buah track dari demo tersebut bersama 4 buah lagu baru beserta sebuah track tribute kepada lagenda Death Metal negara iaitu Silent Death yang terdapat dalam satu kompilasi yang dihasilkan oleh Metalzone Distro. Dari rakaman 4 lagu terbaru jelas menampakkan kemajuan Viniir dari apa yang telah dilakukan menerusi demo dahulu. Mereka tahu apa yang perlu ada dan dapat menjiwai kehendak dan feel untuk music jenis ini. Namun sesuatu yang agak mengelirukan berkenaan album ini ialah siapa vocalist yang menyanyikan antara lagu2 yang terkandung didalam album ini kerana dinyatakan terdapat 2 vocalist iaitu Black Euronymous dan Zul Viniir. Sound produksi pula berada dalam keadaaan terbaek untuk track rakaman terbaru iaitu track2 yang bermula dari angka 4 sehingga tamat.

The Story Chapter II : 7th Day 7th Night (2014) boleh diperolehi dengan pembelian berharga RM20 by hand dan RM26 melalui pembelian secara pos. Sila hubungi link dibawah untuk urusan pembelian.

Viniir - The Story Chapter II : 7th Day 7th Night (2014) - Promo Teaser

Facebook - Viniir
Narraka Asyura (urusan pembelian)

A New Fall - Bleeding World And Screaming For Acceptance (2008)

Gua rasa tak sah bila start review material2 metalcore masakini kerana A New Fall merupakan antara band awal yang membawa genre ini di Malaysia. Seingat gua pertama kali gua mendengar lagu2 A New Fall ketika kegemilangan forum i-bands sekitar 2004 ke 2005 dahulu rasanya. Ok secara mukadimahnya A New Fall ditubuhkan pada 1999. Demo pertama rilis pada 2004 dengan berbekalkan 4 buah lagu. Kemudian sebuah track terbaru turut dimuatkan didalam kompilasi One Hand Stands Another Compilation CD yang dikeluarkan oleh Broken Vinyl Records. Pada 2008, Bleeding World And Screaming For Acceptance (2008) merupakan album penuh yang pada gua tidak sekadar membawa impak penubuhan band2 Melodic Metalcore kerana apabila diamati secara terperinci, pengaruh band2 seperti At The Gates juga boleh dihidu dalam karya2 ciptaan A New Fall.
 
Adib Azfar (Vocal), Adamo (Bass), Fahmi Fatah (Guitars), Ariff Iskandar (Guitars), Azlan Malek (Drums)


Tracklist :

1 - Breathe These Lies
2 - The Dead Will Tell
3 - Freedom Against My Heart's Desire
4 - For The Reason That Remains Unclear
5 - The Eyes Of Guidance (Instrumental)
6 - When Everything Else Fails
7 - Of Hatred And Lies
8 - One Lust Thing
9 - Without A Trace
10 - Scars From Her Broken Wings

Bleeding World And Screaming For Acceptance (2008) melalui proses rakaman di UTAR Broadcasting Studio. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Adzwan. A New Fall dan Jana bertindak sebagai penerbit manakala Intrude Records bertindak sebagai label yang mengeluarkan album ini.

Jika diamati  dengan teliti konsep music bawaan A New Fall tidak sekadar merangkumi kepada Melodic Metalcore. Ini kerana beberapa pengaruh seperti Gothenburg sound turut dapat dihidu dari riffing2 yang terdapat pada lagu2 mereka. Mungkin sesuai jika dikatakan August Burns Red, Darkest Hour, Unearth mempunyai pengaruh besar didalam penulisan lagu2 dan tidak terkecuali raja Metalcore dunia yang seakan terhenti perjuangan nya iaitu As I Lay Dying juga memberi pengaruh dalam penulisan lagu2 mereka. Juga perlu gua selit kadangkala mood seakan mendengar At The Gates turut terkesan untuk beberapa bahagian lagu.

Dari segi sound produksi, gua berpendapat A New Fall masih kental dengan apa sound awal mereka untuk demo 2004. Sound yang cukup padat walaupun tidak 100% mengejar kelajuan namun cara penulisan masih lagi sama seperti apa yang mereka lakukan terdahulu.

Gua tak pasti sama ada A New Fall telah berkubur atau berada didalam mode hibernate kerana mereka tiba2 menyepi. Gua rasa A New Fall perlu muncul semula kerana Metalcore bawaan mereka agak berlainan dari apa yang selalu kita dengar sekarang. Mereka tidak mementingkan kelajuan malah riffing2 yang catchy serta komposisi lagu yang seakan mengajak pendengar berheadbang adalah sesuatu yang nyata dapat dikesan apabila lagu mereka dimainkan.

Ok, gua tak pasti bagaimana dan adakah CD ini masih boleh diperolehi. Oleh itu gua sediakan beberapa link untuk mengenali band ini serta link untuk menghubungi label Intrude Records sekira nya mereka masih punya copies untuk pembelian dari anda.

A New Fall - Freedom Against My Heart's Desire

A New Fall
Myspace
Purevolume

Intrude Records
Email
Facebook
Twitter

Interview : Delusi - Definisi Ambient dan Irama Depressive

Delusi, pertama kali gua mendengar nya melalui youtube. kemudian melalui sebuah split CD yang melibatkan 3 buah band. Kemudian melalui sedikit hubungan melalui email, DtE telah diberi beberapa material dalam bentuk fizikal untuk penilaian. Gua (Contramen) tidak memilih untuk membuat review terhadap setiap material yang diberikan (walaupun terpaksa mengambil sedikit masa untuk menghadam apa sebenarnya yang dilakukan oleh Delusi) sebaliknya gua beranggapan sesi temubual adalah lebih tepat untuk penambahan informasi kerana genre sebegini adalah jarang2 untuk diperdengarkan di Malaysia amnya (luar negara sebenarnya dah belambak music style ni..). Ok, bersama mastermind Delusi iaitu Jiwa, beberapa soalan telah diberikan dan para pembaca boleh mengenali apa itu Delusi, definisi Ambient, perjuangan dan penambahan pengetahuan berkenaan Ambient. Selamat membaca...


1 - Delusi, satu nama yang tiba2 muncul dengan membawa music yang dilabelkan sebagai ambient. Boleh perkenalkan siapa line up sebenar Delusi?
Delusi adalah sebuah projek solo. Diujudkan dan dilaksana secara sendirian oleh individu yang hanya mahu dikenali dengan nama Jiwa. Suatu ketika dahulu saya (Jiwa) pernah menganggotai sebuah kumpulan muzik Black Metal tetapi kini telah dibubarkan.

2 - Boleh ceritakan bagaimana terhasilnya Delusi?
Delusi terhasil atas dasar minat dan keinginan untuk berkarya melalui medium muzikal berbentuk Dark Ambient. Tambahan pula saya merasakan scene underground tempatan ketandusan muzik di bawah genre electronic dan experimental, jadi saya ingin tawarkan sesuatu yang berbeza untuk scene di negara ini.

3 - Kenapa dan bagaimana terdetik untuk Delusi membawa music ambient?
Ketika berada dalam band Black Metal dahulu, saya banyak menyelitkan elemen-elemen Dark Ambient melalui gubahan-gubahan berbentuk intro, outro dan interlude. Dengan minat mendalam serta kemahuan meneruskan karya-karya saya terdahulu dalam bentuk yang lebih jelas dan luas skopnya maka saya ujudkan Delusi sebagai sebuah projek solo untuk dikongsi bersama rakan-rakan dalam scene tempatan.

4 - Pengaruh2 yang menginspirasikan karya2 Delusi?
Secara muzikal saya merujuk kepada band/projek seperti Mozart, Burzum, Dead Can Dance, Mortiis, Lustmord, Raison d'être, Fata Morgana, Neptune Towers, Nox Arcana, Aghast dan seumpamanya. Secara spiritual, inspirasinya adalah misteri di sebalik 4 elemen alam, tanah, air, api dan angin serta sisi gelap manusiawi terutamanya perihal kemurungan, keterasingan dalam hidup dan mati.

5 - Mungkin anda boleh ceritakan sejarah music ambient di Malaysia ini?
Oh, ini satu soalan yang rasanya sukar untuk saya jawab dengan baik. Gerakan muzik Ambient di Malaysia ini sebenarnya amat jauh terpencil. Bagi yang benar-benar mengikuti perkembangan scene Ambient tempatan mungkin pernah suatu ketika dahulu mendengar nama-nama seperti Ablaze Eternal, Forest Kingdom, Animist, Ranting. Ketika ini, nama-nama yang mengamalkan Ambient secara langsung atau sekurang-kurangnya menyuntik elemen Ambient adalah seperti Ahmad Ra1m1, Sial, Maqâbir, Filsufatia, Lifelorn, LunaSea, Embracing The Void.

6 - Menerusi beberapa material yang telah dikeluarkan, apa sebenarnya yang Delusi mahu disampaikan?
Interpretasi lagu-lagu Delusi bergantung kepada emosi dan mood pendengar. Minda mereka boleh mengembara sejauh mana yang mereka mahu dengan iringan runut bunyi ciptaan Delusi. Bagi saya sendiri, tema dan mesej yang mahu disampaikan adalah pelbagai. Judul-judul lagu memberi maksudnya yang tersendiri. Delusi bercerita tentang misteri alam semesta, mengenai tanah, air, api dan angin. Ambient itu sendiri merujuk kepada persekitaran alam semulajadi ciptaan Tuhan. Delusi juga bercerita tentang sisi gelap manusia, kehidupan dan kematian, termasuklah kisah-kisah penderitaan, depresi dan pengasingan. Delusi itu kelam, suram dan muram.

7 - Apakah instrument yang digunakan Delusi dalam penghasilan lagu2?Secara jujur saya maklumkan Delusi tidak menggunakan sebarang instrumen realiti. Segalanya berasaskan komputer dan perisian-perisian antaranya FL Studio, Sound FX, Nero SoundTrax dan beberapa lagi yang saya mudah kendalikan. Saya akui saya bukan profesional. Karya Delusi sekadar karya-karya amatur. Melalui aplikasi perisian-perisian inilah Delusi menghasilkan bunyi-bunyian keyboards, synth, piano, loops, samples dan sebagainya.

8 - Kenapa beberapa material Delusi dikeluarkan dalam kuantiti yang begitu terhad?
Hmm, mungkin saya merasakan Delusi ini masih terlalu baru dan muzik Dark Ambient itu sendiri tidak luas sebarannya. Siapalah yang mahu mendengar karya-karya picisan sebegini. Saya lebih senang dan gembira mengeluarkan material dalam bentuk fizikal yang sedikit kuantitinya diberi percuma kepada rakan-rakan yang sudi dan berminat untuk menikmati Dark Ambient berbanding menyebarkannya secara free download.

9 - Pandangan dan reaksi mereka2 yang telah mendengar material2 dari Delusi?
Setakat ini saya menerima respon yang baik dan positif. Ada beberapa rakan dan kenalan di laman sosial yang telah menerima rilisan-rilisan dari Delusi dan mereka menyukainya. Ada juga yang memberikan teguran yang membina dan cadangan penambahbaikan. Segalanya akan saya ambilkira untuk kerja-kerja gubahan lagu akan datang. Menariknya Delusi diberi perhatian di Indonesia. Hasilnya dua rilisan berbentuk split akan dikeluarkan di bawah label-label negara tersebut tidak lama lagi.

10 - Rasanya material2 yang terakam adalah melalui penggunaan home studio. Boleh nyatakan perisian2 yang digunakan Delusi sepanjang proses rakaman?
Ya, benar. Segalanya berasaskan home studio. Sebagaimana saya maklumkan awal tadi, antara perisian yang digunapakai adalah FL Studio, Sound FX dan Nero SoundTrax.

11 - Siapa yang bertanggungjawap dalam proses mixing dan mastering lagu2 Delusi?
Saya sendiri (Jiwa) yang melakukan segala-galanya, penciptaan lagu, mixing dan juga mastering. Maaf seandainya hasil dan kualitinya sederhana. Saya amatur dalam bidang ini.

12 - Boleh senaraikan diskografi Delusi setakat ini?
Setakat ini (14 Oktober 2014):
- “Fatamorgana” Single CD-R
- “Manifestasi” Demo CD-R
- “Pengukir Nada dari Makam” Split CD-R (with: Sial & Ahmad Raimi)
- “Lara” Cassette EP

13 - Dalam pengamatan gua, Manifestasi (Demo 2014) seakan lebih kepada ingin menyampaikan sesuatu mesej yang mnggunakan bunyian2 seperti angin, gelombang dan sesuatu gerakan yang sukar dilihat agak merunsingkan. Apa sebenarnya yang ingin Delusi sampaikan melalui Demo tersebut?
“Manifestasi” secara kolektif dan konklusif berkisar tentang bumi dan manusia, hubungkait alam dan perasaan. Delusi sentiasa mahu menganjurkan muzik untuk bermeditasi, bermuhasabah tentang diri, semesta dan Tuhan juga.

14 - Kenapa memilih Dunkelheit dari Burzum sebagai lagu saduran didalam Fatamorgana (Single 2014)?
Sudah tentu Burzum adalah salah satu sumber inspirasi Delusi dan secara jujur ingin saya nyatakan Dunkelheit lebih mudah untuk dimainkan.

15 - Mungkin boleh menyatakan projek2 akan datang yang berada dalam rangka jadual Delusi?
Akan datang (yang telah confirmed):
- split bersama Saturn Form Essence (Ukraine)
- split bersama Winternight (Bandung) dan Roman Catholic Skulls (Jakarta)
- split bersama Moon Roe (Surabaya)

16 - Band2 tempatan yang membawa genre sebegini yang rasanya perlu di expose untuk pengetahuan umum?
Antara nama yang berada dalam rekomendasi saya adalah: Ahmad Ra1m1, Sial, Maqâbir, Filsufatia, Lifelorn, LunaSea, Embracing The Void.

17 - Adakah Delusi bersedia untuk pertunjukan pentas?
Oh, tidak. Delusi hanyalah sebuah studio-project. Dengan hanya sekadar bersendirian tambahan dengan rupabentuk muzik yang sebegini, saya rasakan Delusi tidak akan pernah bersedia untuk tampil di pertunjukan pentas.

18 - Harapan Delusi berkenaan music Ambient di Malaysia?
Saya hanya berharap Delusi diterima dengan baik walaupun hanya segelintir sahaja yang sudi mendengarnya. Kalaulah boleh, harapan saya muzik Ambient dipelajari oleh penggemar-penggemar muzik underground Malaysia (Ambient sebenarnya sangat rapat dengan muzik Black Metal), diselusuri dari segenap sudut dan mendapat tapak serta laluannya untuk mula berkembang.

19 - Kata2 terakhir Delusi kepada mereka yang membaca sesi temubual ini?
Sangat-sangat berterimakasih kepada Dissecting the Euphony di atas temubual ini. Ia adalah yang pertama buat Delusi yang pasti membantu pembaca mengenali Delusi. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan material Delusi silalah hubungi e-mel atau facebook Delusi. Hail dark Ambient arts! [Jiwa, 14.10.2014]

Emel:
delusiproject@gmail.com

Info:
Blogspot
Facebook

Sampel:
Youtube
Bandcamp


********************************************************

Ok itu serba sedikit temubual kami DtE bersama Delusi.. Diharap kepada pembaca yang belum mengenali band ini, boleh menghubungi mereka melalu link2 yang diberikan mungkin untuk pembelian fizikal copies atau sebarang urusan lain.. Terima Kasih..

Humiliation - Battalion (2014)

Sebuah band yang cukup aktif menghasilkan produk. Boleh dikatakan sudah menjadi rasmi Humiliation menghasilkan sebuah album untuk setiap tahun. Pencapaian Humiliation pada gua adalah sesuatu yang boleh dibanggakan kerana nama Humiliation sudah mula menjadi sebutan pendengar2 luar negara tidak setakat kerana produktif menghasilkan material namun keberanian mereka melakukan tour di Eropah. Battalion merupakan album ke 5 yang merupakan album kedua mereka setelah Turbulence From the Deep menjadi album pertama mereka bersama Deepsend Records, sebuah label dari USA.

 Cover artwork oleh Arifullah Ali
Layout oleh Insomaniac Lab

Tracklist :

1 - The Malayan Emergency (Intro)
2 - Post Aftermath
3 - Liberated Area
4 - No Land Rights To Speak Of
5 - The Killing Campaign
6 - Overthrow
7 - Alliance
8 - War Path
9 - Undefeated
10 - Baling Talks
11 - Restless Fight

Battalion (2014) masih mengekalkan Hot Sounds Studio, Kuala Lumpur sebagai studio rakaman sama seperti album2 terdahulu. Juga masih mengekalkan Ahmad Zahid sebagai sound engineer dan penerbit untuk album ini. Juga proses mastering seperti album2 terdahulu dilakukan oleh Carl di SAFF Mastering, Chicago USA. Rakaman adalah sekitar 4 sehingga 26 Januari 2014.

Battalion kembali rancak tempo nya tidak seperti apa yang mereka lakukan ketika Turbulence From The Deep yang jelas pengaruh Asphyx dahulu. Pengaruh Bolt Thrower kembali dapat dikesan namun gua rasa album ini agak sedikit agresif dengan banyak part hentakan double pedal dari drummer. Gua juga turut terhidu ada beberapa part yang agak "tricky" dan perubahan mood secara mengejut diselitkan dalam beberapa lagu. Ini adalah sesuatu yang gua rasa baru dan hanya terdapat didalam album ini. Juga solo gitar sudah mula dimainkan untuk beberapa lagu seperti Overthrow, Baling Talks dan Restless Fight. Seperkara yang menarik jika diteliti untuk setiap material keluaran Humiliation, mereka akan menyelitkan juga sebuah lagu menggunakan lirik mengisahkan tragedi2 tertentu yang berlaku di tanahair kita Malaysia. Baling Talks merupakan track pilihan gua. Walaupun ianya punya mood seperti album terdahulu (dinyatakan sendiri oleh Bear Bee dalam satu sesi chatting gua bersama nya) tetapi gua rasa ini track paling "kick" untuk telinga gua yang cerewet ini.

Track2 menarik dan menjadi feberet track gua selain Baling Talks adalah War Path, Overthrow, Liberated Area dan No land Right To Speak Of.

Untuk sound produksi gua xmau komen kerana tak perlu rasanya untuk cakap perkara negatif. Ini memang sound profesional album dan boleh jual merata dunia.

Ok, Battalion boleh diperolehi dengan harga RM30 untuk pembelian byhand dan RM35 untuk pembelian secara pos. Hubungi Humiliation untuk copies anda melalui preview songs dibawah ini.


Humiliation
Email
Official Website
Facebook
Bear Bee (urusan pembelian)

Deepsend Records
Official Website
Facebook

Blood Legion - Dawn of the Pariah (EP 2014)

Muncul dengan sebuah promo CD yang mengandungi 3 buah track pada 2012, Blood Legion tidak memandang ke belakang. Mereka menghangatkan pentas2 serata pelusuk Malaysia dengan ngauman Death Metal yang old school. Terkini Blood Legion tampil dengan sebuah EP bertajuk "Dawn of the Pariah" yang masih membawa haluan Death Metal sepertimana yang telah mereka hasilkan melalui promo CD sebelum ini.

 "Wicker" Chris: Drums,  "Old Man" Jai: Guitars, "Grizzly" Shan: Vocals, "The Law" Pathman: Bass,

Cover artwork oleh Man Beranak
Layout oleh Alak Idle

Tracklist :

1 - Intro
2 - Soul Consumed
3 - When Warriors Move Mountains
4 - Cathedral of Death
5 - Zombie Ritual (Death Cover)

Dawn of the Pariah (EP 2014) melalui proses rakaman di Village Roof Studio. Rafique Hashim merupakan sound engineer yang bertanggung jawap dalam hal ehwal penerbitan EP ini. EP ini adalah hasil keluaran Blood Legion sendiri tanpa bernaung dibawah mana2 label.



EP ini dimulakan dengan Intro bersifat percakapan sebelum music menerjah tanpa sebarang tanda. Agak agresif dan ekpresi pertama mendengar track Soul Consumed ini ianya nampak advance ke depan dari Promo CD yang pernah mereka hasilkan sekitar 2012 dahulu.

When Warriors Move Mountains masih dengan ramuan sepertimana mendengar track pertama. Pengaruh band lagenda Death, Obituary dan sedikit Sepultura lama masih boleh dihidu terutama melalui riffing yang dihasilkan.

Cathedral of Death rasanya paling agresif antara track yang merupakan karya ciptaan Blood Legion. Ya masih kuat sekali pengaruh Death dan Sepultura lama didalam track ini. Ganas dan gelojoh benar jika diamati track ini. memang nampak jelas itulah yang mahu dilakukan Blood legion pada track ini. Buas dan gelojoh! Hahaha..




Zombie Ritual yang merupakan sebuah track saduran dari lagenda Death. Permainan yang baek dari setiap line up. Tidak ada cacat cela. Ya.. dari awal lagi gua dapat hidu pengaruh Death dalam penulisan lagu2 Blood Legion.

Secara keseluruhan gua beranggapan EP yang punya tajuk yang pasti mengundang kontraversi ini ada kemajuan yang agak jauh kehadapan dari apa yang mereka lakukan didalam Promo 2012 dahulu. Jelas sekali Shan si vocalist tampak lebih yakin dengan growl dan jeritan separa scream nya, juga permainan gitar yang tidak mengikut formula modern metal (betul punya old school) dari Jai dan perubahan2 riff yang berbeza melodi, tone bass yang cukup meletup dari Path dan paling nampak menggila Chris yang cukup kreatif permainannya selaku tunjang band diposisi drum.

Rumusan mengenai sound produksi Dawn of the Pariah boleh gua katakan ianya diantara raw recording yang baik. Jika ia dikatogerikan sebagai demo, pasti ini antara produk berstatus demo tape yang terbaek dihasilkan dari konteks sound produksi. Setelah mentelaah melalui hifi, walkman dan player kereta, gua berimaginasi jika Blood Legion menghasilkan rakaman yang lebih profesional (gua dapat info ini live recording kecuali solo gitar yang dimasukkan setelah selesai live recording dijalankan) pasti mutu bunyi yang terhasil lebih padat dan padu menusuk gegendang telinga. Boleh jadi rakaman profesional akan dilakukan untuk full length mereka selepas ini.

Dapatkan Dawn of the Pariah yang hanya dikeluarkan dalam format kaset (menurut line up band ini, format kaset dipilih kerana kaset sudah berada dihujung zaman dan mereka sendiri membesar dengan zaman kaset..haha) dengan harga RM8 by hand atau RM14 by post. Rindukan sound Death Metal yang old school? Ini jawapannya selain dari Humiliation, Killer Corpse, Recidivist, Lavatory dan seangkatannya.. Kenali Blood Legion melalui link2 yang disediakan dibawah ini.

Email
Facebook
Reverbnation