Killer Be Killed - Killer Be Killed (2014)

Killer Be Killed boleh gua katakan sebuah band megastar bagi penggemar music berat antarabangsa. Ianya boleh juga dikatakan sebagai sebuah projek band. Juga tidak boleh lagi dikatakan sekadar studio band kerana ada ura2 (hingga saat gua tulis entry ni) mengatakan mereka dalam perangkaan akan mengadakan persembahan live. Bertunjangkan Groove Metal, sebuah album yang turut menggunakan nama Killer Be Killed telah dirakam dan dipasarkan sekitar May 2014 dibawah Nuclear Blast.

Troy Sanders (Mastodon, Social Infestation, ex-Four Hour Fogger, ex-Knuckle, ex-Puaka Balava) - Vocals/Bass
Greg Puciato (Spylacopa, The Dillinger Escape Plan, ex-Dementia, ex-Error) - Vocals/Guitar
Max Cavalera (Cavalera Conspiracy, Soulfly, ex-Guerrilha, ex-Nailbomb, ex-Sepultura) - Vocals/Guitar
Dave Elitch (Antemasque, ex-Daughters of Mara, ex-Mars Volta) - Drums

Art director / design : Ryan Clark (Invisible Creature Inc)

Tracklist :

1 - Wings of Feather and Wax
2 - Face Down
3 - Melting of My Marrow
4 - Snakes of Jehova
5 - Curb Crusher
6 - Save the Robots
7 - Fire to Your Flag
8 - I.E.D.
9 - Dust Into Darkness
10 - Twelve Labors
11 - Forbidden Fire
12 - Ghosts of Chernobyi (Bonus Track - Vinyl)

Album self-title ini melalui proses rakaman The Fortress, Los Angeles oleh Josh Wilbur dan Paul Suarez. Proses penerbitan, mix dan mastering dilakukan oleh Josh Wilbur

Killer Be Killed - Wings of Feather and Wax (Official Video)

Wings of Feather and Wax mungkin boleh dianggap track yang menarik dengan riffing yang sebenarnya mudah namun punya groove yang cukup kuat. Sesuai diletakkan sebagai track pengenalan kepada music ciptaan 4 orang megastar ini. Selain groove yang kuat, gua beranggapan kekuatan melodi line untuk vocal juga menyumbang kepada kekuatan track ini. Troy Sanders yang menyanyikan dengan kawalan suara yang baek, Greg Puciato dengan chorus separa jerit serta Max Cavalera yang lebih menggunakan note tinggi dlam growl nya seperti yang banyak dilakukan didalam album Roots bersama Sepultura dahulu.

Terdapat beberapa fast track yang agak menarik seperti Fire to Your Flag yang agak straight forward
dan merupakan track terpendek berdurasi 2 minit 31 saat sahaja. I.E.D yang punya verse yang agak sedikit ala2 Sepultura dan Soulfly. Groove yang boleh membuatkan pendengar headbang namun sedikit perubahan mood dalam riffing2 seterusnya.

Killer Be Killed - Snakes of Jehova (Official Video)

Snakes of Jehova juga turut dijadikan sebuah video klip rasmi. Sebuah track yang sedikit meleret sehingga tempo bertukar laju pada suku terakhir track. Greg Puciato nyanyi dah hampir2 ke arah Black Metal. haha.

Ghosts of Chernobyi yang merupakan bonus track yang hanya terdapat dalam format vinyl jugak pada gua sebuah track yang punya groove yang agak layan. Rancak dan menarik.


Untuk album ini juga, dari segi penyampaiannya pula, gua ada nampak beberapa perkara antaranya cara penyampaian vocal Max Cavalera yang lebih kepada growl dalam key tinggi iaitu growl yang lebih kepada jeritan seperti apa yang banyak beliau lakukan didalam album Roots. Kemungkinan juga idea penubuhan Killer Be Killed bersama Greg Puciato pada asalnya ini bertujuan untuk lebih kepada guitarwork pada Max Cavalera kerana didalam Soulfly dan cavalera Conspiracy gua nampak peranan Max Cavalera dibahagian gitar sudah berkurangan kerana kehebatan Marc Rizzo tidak boleh disangkal lagi. Hahaha.. Killer Be Killed juga menyaksikan kemampuan Greg Puciato dalam permainan gitar terutama untuk beberapa bahagian solo. Troy Sanders pula ternyata punya kawalan vocal yang tidak dapat disangkal lagi. Manakala Dave Elitch (dalam satu temuramah Killer Be Killed, Troy menyatakan bahawa Dave Elitch merupakan ketua band) pula punya corak permainan drum yang gua perhatikan agak berlainan stroke2 yang dan tidak tipikal seperti apa yang selalu kita dengar dari pemain2 drum music berat.

Kesimpulan yang boleh gua katakan berkenaan keseluruhan album ini, ia nya seakan satu kombinasi idea 4 pemuzik yang sememangnya punya fenomena nya sendiri. Bayangkan Soulfly, Dillinger Escape Plan, Mastodon dan Mars Volta bergabung. Perbezaan 4 jenis music yang berlainan dicantum untuk membentuk 1 music baru berjenama Killer Be Killed. Sebuah album yang tidak terlalu berat namun sarat dengan groove2 yang segar. Sekian!!!

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube

Cavalera Conspiracy - Pandemonium (Limited Edition) (2014)

Cavalera Conspiracy band yang ditunjangi oleh Max Cavalera (vocal/rhytm) dan Igor Cavalera (drums), dua nama yang sebelum ini bersama menaikkan Sepultura sebelum Max mengundur diri disusuli Igor beberapa tahun terbaru ini. Mereka turut pernah bersama didalam projek band bernama Nailbomb (projek Max bersama Alex Newspot dari Fudge Tunnel dan Igor terlibat dalam beberapa rakaman studio track didalam album Point Blank) dan selepas itu Max menubuhkan Soulfly yang sudah melahirkan 9 buah album dan terkini menubuhkan band megastar iaitu Killer Be Killed. Ok, Pandemonium merupakan album ketiga Cavalera Conspiracy selepas Inflikted (2008) dan Blunt Force Trauma (2011).Untuk Pandemonium, Cavalera Conspiracy bernaung dibawah label Napalm Records.

Max Cavalera (vocal/rhythm guitar), Iggor Cavalera (drums), Marc Rizzo (lead guitar), Nate Newton (bass - untuk rakaman Pandemonium/live) dan Tony Campos (bass untuk live).

 Cover artwork oleh Stepahn Doitschinoff

Tracklist :

1 - Babylonian Pandemonium
2 - Banzai Kamakazi
3 - Scum
4 - I, Barbarian
5 - Carmunhao
6 - Apex Predator
7 - Insurrection
8 - Not Losing The Edge
9 - Father Of Hate
10 - The Crucible
11 - Deus Ex Machina (Bonus Track)
12 - Porra (Bonus Track)

Pandemonium melalui proses rakaman di Loud Audio Recording, Glendale Arizona oleh John W. Gray. Beliau turut terlibat dalam proses mixing dan dilakukan di Jungle Studio, Mesa Arizona dan dibantu oleh Matt Turner. Proses mastering dilakukan oleh Joe Laporta di Sterling Studio, New York City. Untuk album ketiga ini Cavalera Conspiracy bernaung dibawah label Napalm Records.

Cavalera Conspiracy - Babylonian Pandemonium

Babylonian Pandemonium merupakan track kedua yang rilis sebelum tarikh rasmi Pandemonium dipasarkan. Rilis dalam bentuk video klip rasmi, track ini kedengaran agak berlainan dari apa yang pernah cavalera Conspiracy hasilkan melalui 2 album terdahulu. Paling berlainan gaya pembawaan vocal Max Cavalera yang mana growl nya kedengaran semakin besar. haha..

Banzai Kamikaze mungkin antara track paling rancak dan ganas dengan groove yang benar2 melantun-lantun. hahaha sebuah track yang gua anggap paling best!

Apex Predator dan Father of Hate merupakan antara track yang agak ribut dan agresif. Groove yang boleh mengajak crowd jadi tak keruan bila dimainkan. Kedua2 track ini punya solo gitar yang power dari Marc Rizzo.

Kepada penggemar Soulfly dan Sepultura era Roots yang lebih kepada tribal, bonus track terakhir bertajuk Porra adalah satu2 nya track yang ada penggunaan instrument berimbau yang digunakan pada permulaan track.

Secara keseluruhan gua beranggapan Pandemonium mungkin boleh dikategorikan sebagai album Cavalera Conspiracy yang paling jahat jika dibandingkan dengan 2 album terawal. Ini gua banding dari keseluruhan lagu dari segi riffing, groove drum dan komposisi lagu. Juga ada kelainan dalam pembawaan vocal oleh Max sendiri. Marc Rizzo masih ditahap terbaek dengan solo2 maut nya. Igor juga cukup konsisten untuk kesemua lagu walaupun dalam pendengaran gua, level drum agak rendah jika dibandingkan dengan instrument lain. Tone bass oleh Nate Newton juga kedengaran walaupun dimainkan dalam kadar kelajuan yang tinggi.

Untuk membandingkan Cavalera Conspiracy dan Soulfly mungkin gua boleh andaikan sebagai Cavalera Conspiracy adalah gabungan music yang lebih keras dan straight forward jika dibandingkan dengan Soulfly. Dan Cavalera Conspiracy juga amat kurang menggunakan alatan tribal seperti apa yang dilakukan Soulfly (untuk album2 awal dan didalam album Cavalera Conspiracy - Pandemonium ini hanya sedikit bunyi berimbau digunakan untuk track terakhir). Pandemonium juga pada gua jelas nampak music yang dihasilkan lebih old skool, straight forward dan boleh jadi tempo nya lebih laju dari 2 album terdahulu.

Ok, kepada peminat Max Cavalera diluar sana, boleh lah cari atau order album Pandemonium ini dan disini gua bagi link Napalm Records jika anda nak order.. To the Max!!!!

Cavalera Conspiracy
Official Website
Facebook

Napalm Records
Email
Official Website
Facebook
Youtube

Putrefied Remains - Novus Ordo Seclorum (2014)

Putrefied Remains yang membawa jenama metal ala2 Greece ini terdahulu telah muncul dengan sebuah EP bertajuk EERI - Spread The Hate (EP 2012), sebuah single bertajuk In Gloomy Darkness Mourning juga pada 2012 dalam format kaset dan sebuah Split CD bersama DIED. Terkini Putrefied Remains muncul dengan sebuah album penuh dibawah label Narrowards Kult dimana ia dinamakan Novus Ordo Seclorum.

Dr Bentara (Guitars), Jie Mutilator (Bass), Lan Azimuth (Drums), Nekroshaman (Vocals), Thaleri Mastha (Guitars)

Cover artwork oleh Atanz Sharat

Tracklist :

SIDE A :
1 - The Dying Lullabye
2 - Evil Revelation
3 - Delusion Of Reality
 4 - Novus Ordo Seclorum (Satanic Democracy)

SIDE B :
5 - Silverian Hordes
6 -  Abandoned In A Grave
7 - In Gloomy Darkness Mourning
8 - Defamation Suicidal

Novus Ordo Seclorum (2014) melalui proses rakaman di Majestic Embin Lab sekitar September 2012 sehingga Jun 2013. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Jie Mutilator. Tajul Ariffin dari Infernal Void turut menyumbangkan suara untuk track terakhir bertajuk Defamation Suicidal.

Putrefied Remains - The Dying Lullabye

The Dying Lullabye merupakan sebuah track yang telah di beri preview awal sekitar 2013. Jika diteliti masih mengekalkan formula material2 terdahulu. Menggunakan latar bunyian keyboard pada sesetengah part untuk menghidupkan suasana atmospheric pada track ini. Ok, xmau review panjang, sila dengar track ini melalui video youtube diatas.

Evil Revelation merupakan track baru yang hanya dimuatkan didalam album ini. Permulaan track yang cukup pekat pengaruh Rotting Christ melalui riffing gitarnya. Gabungan suara yang disulami sedikit scream pada beberapa part menampakkan sedikit kelainan jika anda sudah biasa dengan material2 Putrefied Remains yang terdahulu.

Delusion Of Revelation seakan satu percubaan berani Putrefied Remains menggunakan latar keyboard dalam verse lagu yang kadangkala seakan mengikut chord riffing. Solo gitar masih punya kekuatan tersendiri.

Novus Ordo Seclorum (Satanic Democracy) yang merupakan selftitle untuk album ini menyaksikan Nekroshaman menyampaikan nyanyian dengan teknik scream. Musicwise track ini agak sedikit berlainan mood nya walaupun riffing masih berada dalam melodic bersama running chordnya. Juga seakan track Delusion Of Reality, keyboard lebih banyak dimainkan sebagai latar disebalik riffing running chord dari gitar.

Silverian Hordes bermula dengan sedikit kelajuan sebelum verse pertama yang menyaksikan vocal mula bersuara dan riffing gitar mula membuai dengan melodi yang agak menekan perasaan.Gua rasa track ini agak gelap jika dibandingkan dengan track2 terdahulu. Ok, feel band2 Greece lama seperti Rotting Christ dan Varathron jelas kedengaran. Solo gitar masih kuat sama seperti track2 lain.

Abandoned In A Grave turut menyaksikan penggunaan keyboard yang kerap seperti 2 lagu terdahulu. Menggunakan sound sample keyboard yang agak berlainan pada beberapa bahagian lagu membuatkan track ini nampak sedikit berlianan. Drummer Lan Azimuth turut menyumbang suara untuk bahagian clean vocal.

Putrefied Remains - In Gloomy Darkness Mourning (Rehearsal)

In Gloomy Darkness Mourning merupakan track yang terkandung Single 2012 yang turut terkandung 2 buah lagu cover iaitu Alta Mater (Moonspell) dan Horror in Gothic Genre's Grave (Obsecration). Ok, boleh cekidaut video rehearsal mereka untuk track ini diatas.

Defamation Suicidal merupakan track terakhir untuk album ini. Turut mengundang Tajul Ariffin vocalist dari Infernal Void untuk berduet bersama Necroshaman. Bermula sahaja sudah jelas pengaruh Greece Metal didalam riff yang dimainkan. Track ini agak menarik sebenarnya dan punya flow yang baik. Walaupun kedengaran ketukkan drum yang tidak berhenti namun riffing tidaklah terlalu mengejar kelajuan kecuali solo yang tetap ribut. Paduan suara Necroshaman dan Tajul Ariffin mungkin antara penarik utama track ini.

Dari segi sound produksi, Putrefied Remains masih kuat mengekalkan apa yang telah mereka hasilkan didalam rilisan2 terdahulu. Sound rakaman yang cukup solid dan bersih. Tone bass Jie Mutilator masih kekal lemak dan meletup. Juga jika diperhatikan solo2 gitar dari Thaleri Mastha makin menjadi-jadi (ini gua perasan start dari cover Obsecration masa single dulu lagi). Sedikit kelainan yang jelas mungkin penggunaan keyboard yang semakin advance dimana jika diperhatikan pada rilisan2 terdahulu keyboard hanya digunakan sebagai latar lagu sahaja namun untuk Novus Ordo Seclorum, keyboard banyak digunakan sehingga adakala seakan hampir menyamaai setiap note yang dimainkan dalam riffing rhytm gitar. Vocal masih berada dalam kondisi terbaek ditambah dengan teknik scream yang banyak digunakan untuk rakaman album ini. Mungkin untuk track drum, Putrefied Remains perlu menggunakan rakaman drum sebenar untuk bunyi lebih organik.

Untuk pengeluaran pertama dalam format kaset, pihak Narrowards Kult hanya mengeluarkan sebanyak 100 copies sahaja. Gua berharap produk ini dapat dikeluarkan semula dalam kuantiti yang tidak terlalu terhad kerana album ini boleh di"jual" untuk pasaran luar negara. Ok, untuk pembelian anda boleh menghubungi Narrowards Kult melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah dengan pembelian secara pos dengan harga RM15 postpaid (West Malaysia) / RM17 postpaid (East Malaysia). Ok, rasakan gegaran Greece Metal acuan Malaysia!!!!


Putrefied Remains
Facebook

Narroward Kult
Email
Blogspot
Facebook
Bandcamp

Damaq - Nafs (2014)

Damaq sebuah band beraliran Black Metal dari Karangan Kedah telah wujud sekitar 1994. Menghasilkan sebuah rehearsal tape pada 1996 dan sebuah demo bertajuk Whisper of the Night Winds pada 1998 di bawah North Poem Records. Setelah sekian lama mendiamkan diri, Damaq muncul semula (gua ingat lagi ketika Damaq mengupdate laman myspace mereka dengan sebuah track baru yang diupload satu ketika dulu) dan menghangatkan pentas2 gig. Terkini Damaq tampil bersama sebuah album penuh bertajuk Nafs di bawah label Northern Astrum Production.

 Zarmth (Vocal)
Uthwyez (Lead Guitar)
Armeenz (Bass)
S.S.V (2nd Guitar)
Stygian (Keyboards)
Bob (Drums)

Artwork design oleh Syamil (One N One Enterprise)

Tracklist :

1 - Hevn (Intro)
2 - Tears Of Need
3 - Coming For Revenge
4 - Consecration In Resurrection
5 - Ylham
6 - Nafs
7 - Onursuz Asil
8 - Beware Of The Last (Just Another Sin)
9 - I'm The One With The Old Name

Nafs melalui proses rakaman di O.R Musiclab, Alor Setar Kedah. Azim bertindak sebagai sound engineer dan bertanggungjawap dalam kerja2 mix dan mastering yang turut dilakukan di studio yang sama.

Hevn adalah intro yang menggunakan semata2 sound sample dari keyboard. Sebuah intro yang menarik. Punya feel dan mood yang bersesuaian dengan konsep Black Metal dari Damaq.

Tears Of Need merupakan track bervocal pertama. Track pertama yang mengingatkan pada beberapa band Black Metal hebat dunia seperti Dimmu Borgir dan Old Men Child. Walaupun riffing gitar mendominasi kekuatan track ini namun gua agak terpesona dengan permainan keyboard oleh Stygian. Adakala ianya sekadar layer latar namun adakala susunan stringnya membuatkan track tidak kosong. Drum berasa dalam konsistensi terbaek manakala vocal dengan scream yang memang melengkapkan erti sebenar Black metal yang penuh melodic.

Coming for Revenge masih membawa mood yang sama seperti track terdahulu. Riffing gitar yang penuh melodi memberi nafas keseluruhan track. Juga perlu dinyatakan flow track ini juga bagus dan hidup dengan komposisi flow perlahan dan laju nya. Jelas sekali track ini punya kelebihan pada idea yang pelbagai dari pemain gitarnya termasuk solo gitar yang sedap.

Consecration In Resurrection bermula laju dengan hentakkan drum sebelum melodi2 menarik menjengah pada verse pertamanya. Layer keyboard juga menghidupkan lagu ini. Antara track yang agak brutal hentakkan drumnya.

Ylham merupakan sebuah instrument dari permainan keyboard. Jelas sekali Damaq punya kelebihan kerana mempunyai pemain keyboard yang punya idea yang banyak.

Nafs mungkin menjadi track pilihan gua untuk album ini. Dari awal sudah jelas kedengaran idea yang segar dengan menggunakan akustik gitar sebelum riffing bermelodic menyerang. Melodi vocal serta layer keyboard dan hentakkan drum yang memang mencantikkan lagi track ini. Jelas sekali track ini kedengaran sarat dengan melodi2 yang indah.

Onursuz Asil adalah sebuah track yang menggunakan bunyian keyboard sambil diselangi sebutan2 yang menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Beware Of The Last (Just Another Sin) masih dengan mood seperti track2 terdahulu. Masih juga diperkuatkan dengan melodi2 yang segar. Mungkin sedikit kelainan dengan alunan keyboard dan bass beserta hentakkan drum dipertengahan track.

I'm The One With The Old Name mungkin gua boleh katakan antara track paling solid jika dibandingkan dengan track2 terdahulu. Dengan ngauman vocalist dan riffing gitar yang menarik disamping sentuhan keyboard yang membuatkan track ini punya sedikit elemen atmospheric yang cukup menarik. Gua ada terhidu sikit2 bau2 Dark Tranquility.

Secara keseluruhan Nafs boleh dikatakan antara produk music gelap terbaek setakat ini yang lahir dari tangan anak2 Malaysia. Gua boleh simpulkan sound produksi Nafs adalah solid dan bersih. Walaupun gua berasa tone bass agak menonjol namun ia nya masih kena dengan apa yg cuba Damaq hasilkan dan ianya tidak sedikit pun mencacatkan keseluruhan album. Nafs juga bukanlah sebuah album yang kebiasaan dalam Black metal yang agak mengejar kelajuan kerana tempo yang dimainkan tidaklah laju. Ianya berada dalam radar tempo yang sederhana dan terkawal.

Nafs yang dikeluarkan dalam format digipak CD boleh dibeli dengan harga RM30 by hand dan RM35 by postage. Pakej profesional dari segi sound dan packaging serta grafik yang power! Sila berhubung dengan Damaq melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Kepada penggemar irama besi hitam, CD ini harus ada dalam simpanan anda sekarang!

Facebook
Bandcamp

Goresluts - Divisi Panji Merah (2014)

Ini merupakan album baru Goresluts setelah menghasilkan sebuah EP, terlibat dalam sebuah split 4 band dan album pertama pada 2009. Goresluts boleh gua katakan membawa konsep yang sedikit bercampur antara Death Metal, Goregrind dan Grindcore. trademark paling mudah untuk mengklasifikasi apa itu Goresluts adalah lirik2 yang lucah!!! hahaha.. Ok, gua agak sedikit terlewat memiliki album bertajuk Divisi Panji Merah ini. Namun setelah CD ini berada di tangan dan menghentak gegendang telinga gua, so gua rasa Divisi Panji Merah ini adalah perlu untuk di expose bukan setakat dalam negara malah jika ia nya sampai ke gegendang mat saleh sekalipun gua rasa ianya adalah satu kejutan dan sangat membanggakan.

 Dr. Maniaxe - Bass
Ndee Corpsegrinder - Guitars
Man Maggots - Vocals
Hell Butcher - Guitars
Panjang 69 - Drums

Artwork oleh Po'G dan Yem Everland
Illustrasi dan layout oleh Dr. Maniaxe

Tracklist :

1 - Glorified
2 - Suicide Detonator
3 - Cums On Her Grave
4 - Hellrazor Unleashed
5 - Zombie Sex Slave
6 - Chainsaw Cunt Fucked
7 - Bernoda Bangkai
8 - Bastards
9 - Gorerotic Torture
10 - 0.69 - Chaotic Toxic Turbulence
11 - Coretan Sundal Ngeri

Divisi Panji Merah (2014) melalui rakaman di Kerbauworks Studio, Kuala Lumpur antara Februari sehingga Jun 2014. Sound engineer bagi rakaman ini adalah Tom. Tom dan Goresluts sendiri adalah penerbit bagi album ini. Grundar Productions sebuah label dari Johor merupakan label yang bertanggungjawap mengeluarkan album ini.

Fuhhh!!!! Glorified yang bermula dengan sedikit sound sample sebagai intro dan apabila music menjelma agak memeranjatkan gua. Pertama sound produksi yang terus menghentam gegendang telinga gua yang cerewet ini. Memang sedap dan olahan track pertama ini agak lain dari material2 terdahulu dari Goresluts. Ada bau2 Carcass dalam komposisi lagu ini.

Suicide Detonator sebuah track tanpa belas kasihan dari tukang ketuk drums. haha.. Solo gitar yang cukup berani bermain dengan melodi2 indah.. haha best dan solo yang sedap!

Cums On Her Grave agak meleret namun sesuai untuk headbang mengikut alunan riffing gitar. Berat betol sound gitar, mungkin matching dengan sound bass yang gua ada prasan menggunakan distortion. Gabungan vocal growl dan scream yang memang kena dengan genre sebegini.

Hellrazor Unleashed gua rasa paling tegar, kasar dan kejam. Apa lagi yang nak cakap pasal track ni. Gua rasa serba serbi lengkap dari segi catchy nya, perubahan mood yang tidak dapat diduga, grind nya.. ehh apa lagi? 2 minit yang buat gua x puas!

Zombie Sex Slave masih punya mood seperti Hellrazor Unleased. Kental dan masih mampu mengajak crowd menari dengan henjutan riffing dan stroke drum nya. Gila betul genre sebegini siap ada selingan gitar main arpeggio.. hahaha.. Ini betul2 punya merentasi perkara tipikal bagi penulisan lagu2 Goregrind!

Chainsaw Cunt Fucked mungkin paling agak tebal bunyi goregrind nya.. mungkin dari pembawaan vocal oleh Man Maggot. Music nya pulak masih tanpa belas kasihan.

Bernoda Bangkai entah mengapa gua suka benar starting dengan drumnya dan masuk riffing gitar tu.. Mungkin gua teringat Carcass lagi kot.. haha.. Untuk track berbahasa Melayu ni memang jadi tumpuan gua sebab gua memang tau menggunakan bahasa yang lembut untuk genre berat memang sukar. Tapi Goreslut berjaya membawanya dengan bergaya. Ok, Man Maggots dapat kredit sebab sebutan yang langsung buat sapa2 yang x pegang cover sleeve tau ini lagu guna lirik Bahasa Melayu.

Bastards cukup kejam dari serangan riffing gitar, ketukan drum dan maki cela dari vocalist. Apa gua boleh kata track ini paling padat, ketat dan mampat!

Intro 3 saat track bertajuk Gorerotic Torture perlu diperlahankan atau diskip jika anda dengar dirumah berkeluarga atau berkereta bersama manusia berbeza jantina.. haha.. Ok, ini track juga sesuai untuk buat crowd berdansa untuk persembahan live.

0.69 - Chaotic Toxic Turbulence adalah track kedua terpanjang. Cecah 4 minit dan ada pelbagai dalam track ini.

Track terakhir ni paling gila dengan durasi sepanjang 7 minit 19 saat. Sesuatu yang diluar tabii genre goregrind! haha.. Coretan Sundal Ngeri adalah tajuknya. Dengan starting plucking gitarnya memang jarang untuk dengar sesuatu sebegini dalam ketipikalan genre sebegini. Ya Goresluts dah langgar banyak sempadan dan mereka berjaya dengan cemerlang!

Divisi Panji Merah gua boleh simpulkan sebagai antara produk tempatan terbaek untuk 2014. Album ini menang dari beberapa aspek antaranya sound produksi yang cukup mantap. Kredit boleh gua beri pada Tom Bollocks yang bertindak cemerlang sebagai sound engineer untuk rakaman ini. Mixing yang cukup cantek! Juga gua perasan kali ni Goresluts benar2 menitikberatkan aspek sound produksi dan tone2 yang keluar dari setiap instruments yang digunakan benar2 lazat dan berbisa! Juga permainan instrument oleh setiap line up yang benar2 bagus dan nampak peningkatan yang sangat ketara.

Dari segi penyampaian, gua album ini sudah kurang tahap Goregrind nya.. Mungkin sudah kearah Death Metal yang ada unsur2 Thrash (gua setuju dengan review dari Faithcraft Productions) dan penulisan lagu juga sudah mula nampak peningkatan dari segi teknikalnya. Mungkin sebab gua ada terhidu sikit2 sound ala Carcass. haha..Ok, seperkara lagi gua rasa album adalah satu kejayaan untuk Goresluts kerana mereka berani melanggar sempadan dalam rukun music Goregrind. Mereka tidak peduli semua itu. Malah gua boleh katakan Divisi Panji Merah lebih segar dari segi music, komposisi dan penyampaiannya.

Ok, dapatkan Divisi Panji Merah dengan harga RM20 by hand dan RM26 by pos. Mungkin anda boleh membeli melalui band atau berhubung terus dengan label Grundar Productions. Apa lagi gua boleh kata? Album ini sudah layak dan sepatutnya berada di tangan mat2 metal luar negara. Anda yang dalam Malaysia tunggu apa lagi????

Goresluts - Divisi Panji Merah (2014) Preview

Goresluts
Email
Facebook

Grundar Productions
Official Website
Email
Facebook
Twitter

VotW : Dicktracy - Fractions (featuring Rafiq of Dead Eyes Glow)

Dicktracy muncul lagi dengan sebuah video klip terbaru bertajuk Fractions. Menampilkan gabungan suara antara Hanif (Dicktracy) bersama Rafiq (gitar) dari Dead Eyes Glow. Ok, layan...

Dicktracy - Fractions (featuring Rafiq of Dead Eyes Glow)

Ok, disamping video klip ini, Dicktracy turut mengeluarkan sebuah EP terbaru bertajuk "Reboot".. Sila contact Dicktracy untuk copy anda..

Email
Facebook
Myspace
Twitter
Youtube