Killer Be Killed - Killer Be Killed (2014)

Killer Be Killed boleh gua katakan sebuah band megastar bagi penggemar music berat antarabangsa. Ianya boleh juga dikatakan sebagai sebuah projek band. Juga tidak boleh lagi dikatakan sekadar studio band kerana ada ura2 (hingga saat gua tulis entry ni) mengatakan mereka dalam perangkaan akan mengadakan persembahan live. Bertunjangkan Groove Metal, sebuah album yang turut menggunakan nama Killer Be Killed telah dirakam dan dipasarkan sekitar May 2014 dibawah Nuclear Blast.

Troy Sanders (Mastodon, Social Infestation, ex-Four Hour Fogger, ex-Knuckle, ex-Puaka Balava) - Vocals/Bass
Greg Puciato (Spylacopa, The Dillinger Escape Plan, ex-Dementia, ex-Error) - Vocals/Guitar
Max Cavalera (Cavalera Conspiracy, Soulfly, ex-Guerrilha, ex-Nailbomb, ex-Sepultura) - Vocals/Guitar
Dave Elitch (Antemasque, ex-Daughters of Mara, ex-Mars Volta) - Drums

Art director / design : Ryan Clark (Invisible Creature Inc)

Tracklist :

1 - Wings of Feather and Wax
2 - Face Down
3 - Melting of My Marrow
4 - Snakes of Jehova
5 - Curb Crusher
6 - Save the Robots
7 - Fire to Your Flag
8 - I.E.D.
9 - Dust Into Darkness
10 - Twelve Labors
11 - Forbidden Fire
12 - Ghosts of Chernobyi (Bonus Track - Vinyl)

Album self-title ini melalui proses rakaman The Fortress, Los Angeles oleh Josh Wilbur dan Paul Suarez. Proses penerbitan, mix dan mastering dilakukan oleh Josh Wilbur

Killer Be Killed - Wings of Feather and Wax (Official Video)

Wings of Feather and Wax mungkin boleh dianggap track yang menarik dengan riffing yang sebenarnya mudah namun punya groove yang cukup kuat. Sesuai diletakkan sebagai track pengenalan kepada music ciptaan 4 orang megastar ini. Selain groove yang kuat, gua beranggapan kekuatan melodi line untuk vocal juga menyumbang kepada kekuatan track ini. Troy Sanders yang menyanyikan dengan kawalan suara yang baek, Greg Puciato dengan chorus separa jerit serta Max Cavalera yang lebih menggunakan note tinggi dlam growl nya seperti yang banyak dilakukan didalam album Roots bersama Sepultura dahulu.

Terdapat beberapa fast track yang agak menarik seperti Fire to Your Flag yang agak straight forward
dan merupakan track terpendek berdurasi 2 minit 31 saat sahaja. I.E.D yang punya verse yang agak sedikit ala2 Sepultura dan Soulfly. Groove yang boleh membuatkan pendengar headbang namun sedikit perubahan mood dalam riffing2 seterusnya.

Killer Be Killed - Snakes of Jehova (Official Video)

Snakes of Jehova juga turut dijadikan sebuah video klip rasmi. Sebuah track yang sedikit meleret sehingga tempo bertukar laju pada suku terakhir track. Greg Puciato nyanyi dah hampir2 ke arah Black Metal. haha.

Ghosts of Chernobyi yang merupakan bonus track yang hanya terdapat dalam format vinyl jugak pada gua sebuah track yang punya groove yang agak layan. Rancak dan menarik.


Untuk album ini juga, dari segi penyampaiannya pula, gua ada nampak beberapa perkara antaranya cara penyampaian vocal Max Cavalera yang lebih kepada growl dalam key tinggi iaitu growl yang lebih kepada jeritan seperti apa yang banyak beliau lakukan didalam album Roots. Kemungkinan juga idea penubuhan Killer Be Killed bersama Greg Puciato pada asalnya ini bertujuan untuk lebih kepada guitarwork pada Max Cavalera kerana didalam Soulfly dan cavalera Conspiracy gua nampak peranan Max Cavalera dibahagian gitar sudah berkurangan kerana kehebatan Marc Rizzo tidak boleh disangkal lagi. Hahaha.. Killer Be Killed juga menyaksikan kemampuan Greg Puciato dalam permainan gitar terutama untuk beberapa bahagian solo. Troy Sanders pula ternyata punya kawalan vocal yang tidak dapat disangkal lagi. Manakala Dave Elitch (dalam satu temuramah Killer Be Killed, Troy menyatakan bahawa Dave Elitch merupakan ketua band) pula punya corak permainan drum yang gua perhatikan agak berlainan stroke2 yang dan tidak tipikal seperti apa yang selalu kita dengar dari pemain2 drum music berat.

Kesimpulan yang boleh gua katakan berkenaan keseluruhan album ini, ia nya seakan satu kombinasi idea 4 pemuzik yang sememangnya punya fenomena nya sendiri. Bayangkan Soulfly, Dillinger Escape Plan, Mastodon dan Mars Volta bergabung. Perbezaan 4 jenis music yang berlainan dicantum untuk membentuk 1 music baru berjenama Killer Be Killed. Sebuah album yang tidak terlalu berat namun sarat dengan groove2 yang segar. Sekian!!!

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube

0 feedbacks: