Dicktracy - Reboot (EP 2014)

Dicktracy, pada gua antara band generasi baru yang sedang meningkat naek dalam kancah music berat tempatan khususnya untuk jenisan yang agak modern. Ditubuhkan sekitar 2008, Dicktracy telah beberapa kali mengalami pertukaran line up. Muncul dengan sebuah EP bertajuk Post-Script From The Lovelorn pada 2010, band ini bertapa sejenak sebelum kembali bersama line up baru dan menghangatkan pentas2 seluruh Malaysia juga Singapura. Aktif menghasilkan single beserta video klip, Dicktracy nampak lebih yakin dengan hasil rakaman yang cukup profesional dan EP bertajuk Reboot merupakan buah tangan terbaru Dicktracy kepada pendengar yang mengetahui kewujudan mereka. Ok, sebelum itu anda pembaca boleh klik (SINI) untuk membaca sesi temubual bersama mereka yang kami pihak DtE jalankan pada 2012 dahulu.

 Hanif (Vocals), Amirul (Guitars), Zam (Bass), Jamal (Drums), Rafiq (Guitars - sessionist)

 Dicktracy - Reboot (EP 2014)

Tracklist :

 1 - Counterfeit
2 - Post Script
3 - Disconsolate
4 - Cold
5 - Fractions
6 - Drift Away

Tidak banyak info yang diberikan berkenaan proses rakaman melainkan dinyatakan proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Nu Breax.


Counterfeit secara amnya telah diperdendangkan kepada umum sekitar 2013 dahulu sebagai single seterusnya disertakan sebuah video berlirik di youtube. Sebuah track yang kombinasi antara hardcore, metal dan sedikit elemen breakdown. Ketika mendengar kembali track ini secara detail, gua dapat rasa bahawa pemain gitar band ini menggunakan tune yang sungguh low tune nya. Berat dan lembap sekali sound gitarnya.

Post Script secara teknikalnya merupakan rakaman semula track yang terkandung didalam rakaman EP pertama mereka dahulu. Jelas perbezaan yang amat ketara dari segi sound produksi yang lebih meletup untuk versi kali ini. Masih dalam konsep yang sama seperti track pertama. Cuma ada kelainan dengan penambahan kepelbagaian cara penyampaian vocal untuk track ini dimana jeritan dan growl seakan menguasai track ini. Juga ada elemen Deathcore yang kemungkinan memang dari susunan asal band pada awal dahulu.


Disconsolate adalah single track untuk tahun 2012. Dijadikan sebuah profesional video klip yang gua kira memang digunakan sepenuhnya sebagai bahan promosi untuk memperkenalkan Dicktracy secara menyeluruh bermula tahun mereka aktif menyertai pertunjukkan2 pentas. Gua juga beranggapan Disconsolate antara track2 awal ciptaan Dicktracy selepas EP pertama dahulu kerana nampak perbezaan direction music jika dibandingkan dengan konsep mereka terdahulu. Punya chorus yang agak mellow.


Cold menyusul sebagai single untuk 2013. Sedikit berlainan track ini yang lebih perlahan tempo nya dan gua rasa susah jugak untuk dibawa live kecuali dengan latihan mencukupi kerana ada sikit2 offbeat untuk track ini. Juga menggunakan formula chorus yang mellow dan penggunaan minor chord yang membuatkan track ini punya feel yang sedikit tertekan.


Fractions adalah track terbaru yang di beri preview awal sebelum EP ini dikeluarkan. Penghasilan video klip sebagai promosi untuk EP ini adalah satu tindakan yang bagus untuk tujuan marketing. Ini sebuah track yang paling menarik pada gua. Chorus yang catchy walaupun dinyanyikan dengan clean vocal. Riffing yang punya groove yang baek. Tidak dilupakan untuk track ini Dicktracy membuat penampilan istimewa pemain gitar Rafiq dari Dead Eyes Glow.

Drift Away juga merupakan rakaman semula dimana track ini turut terkandung didalam EP terdahulu. Juga hasil akhir rakaman semula ini menakjubkan jika dibandingkan dengan rakaman terdahulu. Tidak terlalu laju namun masih berat untuk sound intrument yang dirakam.

Untuk sound produksi, gua memang bagi A+++ sebab sound yang keluar dari EP ini memang profesional dan menghentak gegendang telinga gua tanpa belas kasihan. Kredit kepada semua line up terlibat juga sound engineer untuk rakaman kesemua lagu. Tidak dapat disangkal lagi produk ini memang antara terbaek untuk 2014 dari segi sound produksi. Gua juga beranggapan sound gitar yang dihasilkan cukup berat dan low benar bunyi nya. Bass juga cukup melantun bersama hentakkan drum yang konsisten. Vocal adalah antara kekutan utama Dicktracy. Ok, kata2 akhir gua rasa Dicktracy sudah boleh berkira2 untuk full-length pula selepas ini.

Reboot (EP 2014) boleh diperolehi hanya dengan harga RM5 by hand. Sesuatu yang cukup berbaloi untuk produk yang memuaskan ini. Dapatkan Reboot (EP 2014) dengan menghubungi Dicktracy melalui laman sesawang mereka yang kami sediakan dibawah ini.

Email
Facebook
Myspace
Twitter
Bandcamp
Youtube

0 feedbacks: