Jugra - Huligan! (EP 2014)

Band pelbagai genre dari Selangor telah menerbitkan EP terbaru untuk tahun 2014 yang berjudul Huligan!. Keluaran ini sedikit berbeza daripada terbitan-terbitan sebelum ini rata-ratanya membicarakan mengenai semangat patriotik (secara general). Untuk Huligan!, Jugra menukar arah semangat membara (sebenarnya masih menerapkan kecintaan negara dan patriotik) kepada scene bola sepak negara. Saya menyukai idea sebegini kerana menampakkan mereka tidaklah tertumpu kepada satu-satu topik. Jelasnya Huligan! memang bertumpu kepada bola sepak dan semangat terhadap pasukan negeri (khususnya Serlangor) dan Harimau Malaya. Kena pulak kita baru benam Singapura 3-1 tempoh hari, ewah! Macam disebut tadi, EP ini memang ditujukan kepada scene bola sepak Malaysia, di bahagian kredit penuh ditujukan chapter-chapter penyokong seluruh Malaysia.


Daeng Andika - Bass, Vokal
Daeng Hitam - Gitar
Daeng Lumania - Dram


Senarai trek Huligan!*:
1. Hari Perlawanan
2. Gergasi Merah Kuning
3. Huligan!
4. Malaya, Satukan Jiwamu

*Huligan! dirakam di Studio Bandar Klang, Selangor pada Mac 2014.

Hari Perlawanan - Trek pembukaan ini menyebabkan saya syak EP ni lebih kepada Rehersal disebabkan bunyinya yang raw iras-iras sesi latihan. Merupakan intro saja dengan mengulang-mengulang chant 'Hari Perlawanan!'. Saya mengikuti perjalanan karier muzik Daeng Hasri dari zaman beliau bermain Black Thrash Metal sehingga sekarang, dan nampaknya ada satu isu yang masih kekal: kualiti rakaman yang rabak.Saya tak pasti nak kata saya tak menyukai kualiti raw kerana ada release daripada band-band beliau yang enak didengar raw, tapi untuk EP ni...saya rasa elok sahaja dibuat lebih bersih.

Gergasi Merah Kuning - Ah sungguh punk/oi sekali! Daripada gaya nyanyian sehinggalah kepada solo gitar yang predictive dan minimal, semuanya begitu punk luar dalam. Merupakan lagu asal UltraSel Curva, dan digubah semula Jugra. Saya menyedari ke mana hilangnya vokal Black Metal dalam EP ini? Sekurang-kurangnya beri sedikit edge kepada release ini. Tanpa vokal Black Metal, EP ini hanya berdiri sebagai punk rock/ oi! sahaja. Not bad though...

Huligan! - Masih bergaya punk/oi!. Vokal nampak lebih bebas di trek ini dengan nyanyian selamba, bukan jenis terjerit-jerit tapi bukanlah poppy macam easycore/pop punk. Senang cakap rasa macam dengan punk rock 70s lah. Solo gitar merayau dalam trek ini, saya geleng kepala sahajalah haihh. Snare berbunyi teenggelam-timbul disebabkan EP ini direkod live (sebab tu saya ingat ini Rehersal). Barangkali masalah dengan miking.

Malaya, Satukan Jiwamu - Trek terakhir ini menawarkan variety genre. Kejap RAC, kejap ada Thrash Metal, kejap santai samba. Dan ada back up vokal, ya ada back up vokal. Tiadalah yang mindblowing, tapi masih decent. Saya masih kurang gemar kualiti rakamannya.

Jugra - Promo EP

Selepas habis mendengar EP ini, saya terfikir adakah Jugra akan bermain stail dan topik sebegini? Daeng Hasri menegaskan bahawa ini adalah one off style sahaja dan lebih kepada tribute kepada scene bola sepak. Well, okay. Saya cuma ingin keluaran Jugra akan datang berkualiti lebih baik, baik daripada segi rakaman mahupun penulisan lagu/lirik. Tapi ini punk rock/oi (atau dalam term lain, RAC), kita main simple saja! Anda mungkin menyukai keluaran ini.

Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara.

Untuk lebih maklumat dan mendapatkan EP ini, ajukan pertanyaan ke:

Facebook Jugra
Facebook MTD Production

1 feedbacks:

D'arsil said...

inilah barisan kita,... lagu dorang bawa masa gig klhb hari tu