Krigssystemet - Who's Next To Be The Fucking Government? (Demo 2014)

Apabila Darkthrone menukar arah dari Black Metal kepada Metal Punk, boleh dilihat dengan ketara kemunculan band2 yang membawa konsep seumpama apa yang dilakukan Darkthrone. Juga tidak dapat disangkal band2 yang agak obscured sebelum ini yang membawa konsep sebegini, tiba2 menjadi perhatian dan di carigali oleh pendengar2 dan peminat music sebegini yang rata2 adalah pendengar dari kalangan mat Punk yang berjiwa Metal dan sebaliknya. Ok, cukup dengan mukadimah itu. Krigssystemet merupakan sebuah band baru (pada firasat gua sebab xpernah nampak sebelum ni) yang memperjuangkan irama Metal Punk yang menjurus seakan Swedish Punk. Agak misteri juga kerana band ini hanya menggunakan nama seperti Small di posisi drums, Medium diposisi vocal dan gitar manakala Big diposisi bass. Who's Next To Be The Fucking Government? merupakan tajuk kepada demo tape pertama yang dipasarkan dalam kuantiti agak limited baru2 ini.

Who's Next To Be The Fucking Government (Demo tape 2014)

Tracklist :

1 - Intro
2 - Who's Next
3 - Fool Life
4 - Media Massacre
5 - Am I Your Punk?
6 - Faceless Scum

Agak terhad infomasi yang disertakan didalam cover sleeve yang disertakan. Tidak dinyatakan studio rakaman dan siapa yang bertanggungjawap dalam proses rakaman demo tape ini.

Intro berdurasi seminit lebih dengan serangan gitar berdistortion dan drum yang kearah D-Beat. Tidak banyak boleh dikatakan. ok, skip ke track kedua.

Who's Next cukup kuat pengaruh Metal Punk nya. Jelas permainan drum style D-Beat dicampur riffing Punk yang dalam kelajuan seakan sedikit Exploited. Namun jelas ada pengaruh Darkthrone dan sedikit Motorhead.

Fool Life semakin laju rentaknya. Music yang semakin straight forward disamping pengulangan beberapa riffing. Chorus yang bersemangat.

Media Massacre seakan sambungan dari track terdahulu. Masih straight forward flow lagu nya.

Am I Your Punk? bermula pantas walaupun tidak terlalu laju tempo nya seperti track2 awal. Apabila gua mendengar untuk beberapa kali, seakan ada pengaruh kuat dari Darkthrone dalam penciptaan riffing untuk track ini. Ok ini track paling panjang durasi nya yang mencapai 2 minit.

Faceless Scum merupakan track terakhir yang pada gua paling gila dan havoc. Paling sesuai dibawa untuk pertunjukkan pentas. Pasti akan berlaku moshpit yang menggila!

Secara keseluruhan gua beranggapan ini sebuah demo tape yang bagus juga walaupun rakaman agak separa raw dengan kualiti sound produksi yang sederhana namun untuk status "demo" boleh dikira bagus! Setiap instrument jelas kedengaran dan sound yang dihasilkan cukup organik! Krigssystemet mungkin jika diberi sedikit masa lagi mampu menyaingi band2 sealiran sama seperti Snäggletooth, Vaarallinen dan terbaru ada gua dengar band nama Black Demon yang macam sama aliran jugak. Gua harap Krigssystemet bertahan lama dan menghasilkan material pada masa hadapan.

Gua xpasti adakah demo tape Who's Next To Be The Fucking Government? ini masih boleh diperolehi kerana ia nya dikeluarkan dalam kuantiti yang cukup limited iaitu sebanyak 33 copies sahaja. haha. Jika anda terlihat ada yang menjualnya sila grab cepat2.


Cuba hubungi 3 label ini untuk copy anda. Itu pun jika masih ada saki baki.

- Blood of War Records
- Hellforced Records
- Bebal Mailorder 

0 feedbacks: