Incarnation - Killer Persistence (EP 2014)

Kalau tengok susur galur Incarnation ni gua rasa ada kena mengena dengan Herriot, kemudian The Hidden dan serpihan line up 2 band ini membentuk Incarnation. Bertunjangkan irama Melodic Death/ Metalcore, band yang sekarang bermastautin di Kuala Lumpur ini boleh dikatakan telah menempuh banyak cabaran dan perit dalam scene music berat tempatan. Sejak penubuhan sekitar 2005 (tahun 2015 dah 10 tahun), Incarnation telah menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Stainless Perfect Murder (2008), kemudian agak kerap melakukan persembahan pentas sehingga agak dikenali di Indonesia serta terlibat dalam mini tour di Korea Selatan. Terkini Killer Persistence (EP2014) merupakan buah tangan terbaru Incarnation dan juga merupakan hadiah terakhir vocalist band ini iaitu Yad sebelum pengunduran dan digantikan oleh Hanif dari Dicktracy (Dicktracy turut meriliskan sebuah EP terbaru bertajuk Reboot lebih kurang tarikh EP Incarnation ini dipasarkan. Nanti gua review - Ed).

Yad (Vocals), Areef (Lead Guitar), Najmi (Rhythm Guitar), Udey (Bass), Arab (Drum)
*Anep (Vocal terkini)

Incarnation - Killer Persistence (EP 2014)

Tracklist :

01 - My Majestic Homicide feat. Rithan DVS
02 - Barricade
03 - Seismic Chaos
04 - Pulse
05 - Ruined
06 - The Provocateur
07 - Solitary State

Tidak dinyatakan studio rakaman dan sound engineer untuk rakaman EP ini. Dari pemerhatian melalui laman facebook dan youtube, nampak seakan proses rakaman dilakukan di beberapa studio dari Kuala Lumpur sehingga ke Kedah.


My Majestic Homicide telah dimuatnaik melalui laman youtube sebelum EP ini dipasarkan. Penampilan Rithan dari Deja Voodoo Spell untuk track guitar antara suatu tarikan untuk lebih mengetahui bagaimana sound track terbaru Incarnation kali ini. Sebuah track yang agak kuat pengaruh metalcore nya dari awal track lagi. Ngauman Yad untuk peninggalan terakhir bersama Incarnation ini ternyata tidak menghampakan. Ok, chorus track ini mengingatkan gua pada Pantera. Dengan gaya lenggok vocal sehingga riffing gitar yang membuatkan gua terbayang Dimebag darrel dan Phil Anselmo bersama didalam lagu 5 Minutes Alone.


Barricade turut dijadikan video klip (walaupun agak kelakar video klip nya) Sebuah track yang memiliki elemen melodic dan groove yang kuat. Ngauman Yad tidak memberi ruang kosong didalam track ini. Juga drummer yang nampak cukup bekerja keras untuk memastikan track ini meletup. Ada 2 pengaruh band ternama dalam track ini yang dapat gua tangkap. As I Lay Dying dan In Flames.

Seismic Chaos bermula dengan sample sebelum ianya terus meletus dengan hebat sekali. Sesuai dengan tajuk track, ini adalah track yang cukup huru hara! Track ini membuatkan gua rasa seperti mendengar album2 lama In Flames. Cukup melodic kecuali pertengahan track yang terselit sedikit elemen breakdown.

Pulse adalah instrumental yang hanya menyediakan bunyian dari gitar yang dimainkan dengan penuh melodi. Kasi rilek sekejap. hahaha

Kembali dengan bunyian distortion, Ruined kembali memberi suasana huru hara namun masih dalam kondisi terkawal. Turut masih menggunakan melodi2 yang kedengaran agak thrash. Wow solo gitar yang menarik. Track ini banyak juga breakdown nya.


The Provocateur merupakan single 2011 yang turut dimuatkan didalam EP ini. Ianya turut dijadikan video klip pada tahun berikutnya. Sememangnya track ini cukup heavy dan kental. Gua ada tengok ketika Incarnation memainkan track ini secara live, memang havoc suasana moshpit. hahaha. Antara track yang agak kuat dari EP ini.

Track terakhir Solitary State tidak memberi ruang kosong dari awal lagi. Riffing dan hentakkan drum ternyata tiada belas kasihan. hahaha. Agak keras dan fast track ini. Tapping gitar secara solo ditengah2 track nampak seakan satu percubaan berani yang jarang2 dibuat orang namun ianya agak berjaya. Suku terakhir ada sedikit permainan gitar tanpa distortion sebelum chorus membawa track ini sehingga penamat.

Ok, dari segi sound produksi Killer Persistence boleh dikatakan punya output yang bagus dan sound profesional adalah apa yang diberikan. Keseimbangan yang baik hasil mixing yang bagus. Dari segi music nya, gua rasa Killer Persistence lebih advance dan menampakkan kematangan dalam penulisan lagu2 baru. Untuk music begini agak sukar untuk lari dari pengaruh2 seperti As I Lay Dying, In Flames mahupun At The Gates. Gua juga beranggapan pengaruh metalcore didalam music Incarnation tidaklah terlalu kuat, sebaliknya jelas jiwa Metal adalah paling kuat jika anda menghayati lagu2 terbaru ciptaan mereka. EP ini nampak lebih kerja keras dari pemain gitar dimana banyak riffing2 yang memerlukan permainan pantas berjaya dihasilkan. Gua juga ada perasan terkini ada perubahan formasi didalam line up dimana posisi gitarist dan bassist telah ditukar antara Areef (dahulu bassist) dan Udey (dahulu gitarist).

Ok, gua harap pendengar yang mengikuti perkembangan Incarnation boleh mendapatkan CD Killer Persistence (EP 2014) ini melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Dapatkan Killer Persistence (EP 2014) dengan harga RM15/copy untuk mendengar ngauman terakhir Yadd bersama Incarnation. Selepas ini kita tunggu Incarnation bersama tukang jerit baru iaitu Anep.

Email
Facebook
Twitter
Youtube
Bandcamp

0 feedbacks: