VotW : Predicate Not Defined - Uprising (Single 2015)

Single terbaru dari Predicate Not Defined bertajuk Uprising setelah kali terakhir menghadiahkan album penuh bertajuk Fear, Forgotten and Regret. Ok, layan dulu..

Predicate Not Defined - Uprising (Single 2015)

Gua harap lepas ni Predicate Not Defined boleh bersiap2 untuk rakaman album terbaru pulak.. Kenali Predicate Not Defined melalui link2 yang disediakan di bawah ini..

Facebook
Myspace
Purevolume

Insultor - Demonic Session (Demo 2014)

Insultor sebuah band yang pada gua antara band Black Metal paling setan, orthodox setakat untuk ketika ini di Malaysia. Ditubuhkan sekitar 2007, Insultor telah menghasilkan sebuah demo berjudul For Lust.. pada 2007 serta single bertajuk Ritual Damnator pada 2008. Penghujung 2014 Insultor muncul dengan sebuah demo tape berbaru bertajuk Demonic Session yang dikeluarkan oleh Nebulous Black Tyrant (Malaysia).

 Hatred - Vocals
Dam'Neyshun Torment - Guitars, Vocals
Thy Beast - Bass
Infernal Ig'Zekyutur - Drums

Insultor - Demonic Session (Demo 2014)

Tracklist :

Side A :

1 - Vengeance
2 - Wolf of Hatred
3 - Black Seed

Side B :

1 - Demon Prevails
2 - Satanic Blood
3 - Rise

Tidak dinyatakan secara spesifik dimana Demonic Session melalui proses rakamannya. Hanya dinyatakan untuk Side B, ia nya diambil dari sebuah track dari Eastern Massacre Compilation dan 2 buah dari Ritual Damnation (Demo 2008).

Vengeance adalah track pertama bagi mereka2 yang menantikan buah tangan baru dari Insultor. Ternyata apa yang diberikan melalui track pertama ini begitu orthodok sekali sound produksi serta komposisi lagu nya. Sebuah track yang straight forward dan hentaman drum tanpa henti serta riffing gitar yang cukup memberi tekanan.

Wolf of Hatred merupakan track yang berdurasi 6 minit lebih. Bermula dengan tempo perlahan dan meleret seakan menggambarkan betapa suramnya atmosfera penceritaan lagu ini. Kelajuan tempo berubah selepas minit pertama dan komposisi old skool dan orthodok kembali menyerang tanpa belas kasihan. Walaupun tempo perlahan dan laju bersilih ganti namun gua rasa apa yang cuba Insultor sampaikan melalui feel Black Metal itu memang berjaya. Ianya jelas kedengaran buruk dan itulah apa yang dimahukan oleh Insultor (pada pendapat gua lah..haha..)

Black Seed cukup agresif dari mula nya walaupun berubah tempo pada suku pertama lagu menjadi sedikit perlahan. Masih mengekalkan formula seperti 2 track terawal dalam komposisi lagu. Gua rasa ini track paling kick!

Demonic Session (Demo 2014) boleh gua katakan antara produk Black Metal tempatan yang sepatutnya mesti dimiliki oleh pendukung2 irama gelap yang mementingkan elemen orthodox, raw dan penuh kekelaman. Memandangkan produk ini berstatus demo maka gua tidak mahu komen panjang berkenaan kualiti sound produksi. Ditambah dengan konsep Black Metal bawaan Insultor bukanlah memerlukan sound yang clean sepertimana produk bergenre Black Metal yang boleh dijual. Rakaman ini kedengaran mentah dan seakan tiada sebarang proses edit malah barangkali tidak melalui proses mastering. Ia nya kedengaran mentah dan raw.

Gua tak pasti demo tape Demonic Session ini masih boleh diperolehi atau tidak kerana dinyatakan ianya hanya dikeluarkan sebanyak 66 copies sahaja.  Jika anda masih ingin menanyakan copies anda sila hubungi Insultor di alamat email dibawah.

Insultor - Live at KL Black fest 2013

Insultor
Email

VotW : Nightwish - Élan (Official Video)

Nightwish bakal melahirkan album terbaru bertajuk "Endless Forms Most Beautiful" pada 27/3/2015. Terdahulu sebuah single di keluarkan bersama video klip rasmi bertajuk Élan. Sebelum itu, ingin gua nyatakan album terbaru ini menampilkan vocalist baru iaitu Floor Jansen (pernah bersama After Forever, Vamp) yang jelas tidak mempunyai sebarang masalah untuk persembahan live (merujuk kepada beberapa video live Nightwish sekitar penghujung 2013 sehingga 2014 termasuk Wacken 2014). Juga ada penambahan line up iaitu Troy Donockley (Pipes, flutes & whistles). Info terakhir yang boleh gua bagitau disini, rakaman album terbaru ini tanpa Jukka Nevalainen yang tidak dapat memberi komitmen untuk sesi rakaman kerana masalah kesihatan. Rakaman track drum dilakukan oleh Kai Hahto (Wintersun).


Jika ada yang ingin mendapatkan CD pelbagai versi, vinyl atau merch, boleh lah klik link2 di bawah. Errr, ada harapan tak Nightwish turun Malaysia tahun ni? hehe..

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube

ArkhaytulMayt - Chant Of Archaic Tombs (EP 2014)

ArkhaytulMayt merupakan band yang berasal dari Shah Alam ini muncul sekitar 1998. Bermula dengan konsep Black/Melodic Metal, mereka telah menghasilkan sebuah demo tape bertajuk Evening Flight pada 1999. Diberitakan juga sebuah demo bertajuk Hell Hordes of Darkness (2002) turut dirakam namun seakan ianya tidak dikeluarkan. Kemudian ArkhaytulMayt menghilang agak lama mungkin kerana komitmen antara line up pada band masing2 (Demonical Crysis Assembly, Atomicdeath, Disgrace, ASARR), namun 2007 mereka telah memasuki studio untuk rakaman ini. Agak lama terperap sehingga penghujung 2014, kini Chant of Archaic Tombs telah berjaya dikeluarkan.

Zafeerun (Guitars), Gorgomieth (Guitars), Waxs (Vocals), Wannabe (Bass), Arkhaytul (Drums)

 Layout dan artwork oleh Radzi Warna Hitam Studio

Tracklist :

1 - Dead Mutation
2 - Tears From The Past
3 - Until You Death!
4 - The Secret Chant of Archaic Tombs

Chant Of Archaic Tombs melalui proses rakaman di Iseek Music Studio sekitar 2007. Proses rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh Mokhtarizal. Walaupun rakaman telah dilakukan 2007, namun ianya baru sahaja dikeluarkan pada suku terakhir 2014. Beberapa part vocal growl dilakukan oleh Adib dari Sick Society.


Dead Mutation merupakan track pertama yang agak mengejutkan gua. Ini kerana sebelum ini, gua mengenali ArkhaytulMayt sebagai sebuah band Black/Melodic Metal, namun Dead Mutation adalah suatu perbezaan ketara. Kental, keras dan padat. Itu apa yang boleh gua katakan dari track ini. Death Metal yang cukup kuat walaupun ada sedikit bau2 Thrash metal namun peratusannya jelas menjurus kearah Death Metal.


Tears From The Past masih seperti apa yang dilakukan track pertama. Permainan pantas dan keras. Walaupun dari awal kedengaran gabungan Death dan Black (melalui riffing, ngauman vocal dan hentakan drum) track ini agak kental juga penangan Thrash Metal nya. Sebuah track yang bagus sebenarnya.


Until You Death! bermula seperti track kedua. Kedengaran sedikit Black/Death/Thrash Metal. Agak straight forward tanpa sebarang ruang ditinggalkan.Juga merupakan antara track menarik dari EP ini.


The Secret Chant of Archaic Tombs yang pada awalnya sudah tidak terkawal ditambah dengan gabungan heritan Wax serta growl jemputan iaitu Adib dari Sick Society. Konsisten dan cukup segala aspek untuk menjadikan ini sebuah track Death Metal yang bagus!

Secara keseluruhan gua agak berpuas hati dengan apa yang terkandung melalui EP ini. Perubahan ketara dari segi konsep barangkali yang mana EP ini lebih menghala ke arah Death Metal, sedikit Thrash dan adakala nya sudah menghampiri Brutal Death Metal. Tiada lagi melodic seperti apa yang dilakukan ketika demo dahulu. Pengalaman barangkali mematangkan apa yang mereka hasilkan ini.

Mutu rakaman adalah baek walaupon ianya tidaklah mencapai tahap meletup! Sebagai rakaman profesional yang berstatus EP, ianya adalah sesuatu yang membanggakan. Kena dengan konsep, cukup keras, tidak memerlukan sound bersih dan permainan instrument serta vocal yang bagus dari semua line up.

Untuk sebuah rilis yang tertunggak selama 7 tahun sebelum dipasarkan gua beranggapan sepaptutnya ArkhaytulMayt kini sudah bersedia dengan material baru dan gua juga berharap mereka akan tampil dengan sebuah album penuh kerana hasil ciptaan tahun 2007 ini sudah cukup kuat dan punya music yang matang.

Untuk urusan pembelian, Chant Of Archaic Tombs hanya dikeluarkan dalam format kaset dan terhad kepada 150 copies sahaja. Ianya boleh diperolehi dengan pembelian RM10 by hand dan RM15 by postage. Hubungi email yang disertakan dibawah untuk sebarang urusan serta kami sertakan link website lama mereka (gua rasa x update pun sebelum diornag berhenti sejenak sebelum ini) untuk mengenali ArkhyatulMayt.

Email
Email
Website (old)

Atrum Tempestas - Néant (Full Length, 2014)




Phenomistik - As Sahar (MCD 2015)

Phenomistik merupakan band yang ditubuhkan oleh 2 orang bekas line up As Sahar iaitu Wan As-Sahar (Guitars, Bass,Vocals) dan Wan Akhzareth (Drums). Masih teguh dengan aura Nusantara Metal, dilihat Phenomistik seakan bayangan kepada As Sahar era sebelum pengunduran Wan terdahulu. Ditubuhkan pada 2013, Phenomistik tidak menunggu lama untuk menghasilkan rakaman dan sebuah mini album yang sepatutnya dipasarkan pada penghujung 2014 dan mengalami penundaan ke awal 2015 sebelum ianya benar2 ini menemui pendengar pada 5 February 2015. Menggunakan judul As-Sahar ianya seakan ada sesuatu yang ingin di kongsikan duo ini dalam penghasilan mini album ini.

 Wan As-Sahar (Guitars, Bass,Vocals)
Wan Akhzareth (Drums)

 Cover artwork oleh Ironworx Gravefix
Cover illustration oleh Nefariousz Lightbearer
Grafik oleh Es Sulaiman

Tracklist :

1 - As Sahar
2 - Possi Lana Dari Celebes
3 - Star Sirius
4 - Lautan Dan Rupawan

As-Sahar melalui proses rakaman di TNT Music Productions, Singapura. KK Wong Ah Boy merupakan jururakam dan juruadun rakaman. Mini album ini dikeluarkan oleh Mariners Music.

Track bertajuk As Sahar merupakan rakaman semula sebuah track yang terkandung didalam split album Beyond Firmament (1999) bersama Hayagriva. Yang pasti berkenaan track ini ianya adalah rakaman semula yang jelas memperlihatkan penambahan untuk beberapa part gitar jika diteliti riffing untuk kedua2 stereo side. Permainan yang sedikit berlainan walaupun masih dalam progression chord asas yang sama seperti versi awal terdahulu. Dan ternyata ada perasaan puas apabila mendengar track yang punya mutu rakaman yang baik seperti ini.

Possi Lana Dari Celebes juga merupakan rakaman semula track yang diambil dari album Bugis (2011) dimana album terakhir Wan bersama As Sahar. Tidak banyak boleh dikatakan melalui track ini selain ianya juga menjanjikan mutu bunyi yang lebih bersih jika dibandingkan dengan rakaman versi asal.

Star Sirius yang terkandung didalam album Tir (2008) turut dirakam semula dengan kualiti yang lebih baek. Juga gua tak mau review panjang berkenaan track ini.

Lautan Dan Rupawan adalah track yang ditunggu2 oleh gua. Ini kerana ini merupakan track terbaru hasil penulisan Phenomistik. Agak dramatik juga menanti track ini sebenarnya. Hahaha.. Ok, setelah mentelaah apa yang dihasilkan melalui track ini gua boleh simpulkan ia nya seakan apa yang telah dan pernah dilakukan oleh Wan sepanjang bersama As Sahar juga bersama Karamah. Trademark dan gaya penulisan beliau adalah trademark apa yang dilakukan beliau sejak dahulu. Melodic serta atmosfera yang masih diterapkan dari aura penulisan beliau.

Phenomistik - As Sahar (MCD 2015) adalah suatu yang ditunggu2 oleh pengikut Wan setelah pengunduran dari As Sahar disamping kemunculan band Karamah nya sebelum Phenomistik muncul bersama ex-drummer nya ketika era Tir. Agak tidak adil jika gua mengandaikan music Phenomistik hanya melalui track Lautan Dan rupawan sahaja, namun dari 3 track yang dirakam semula jelas gaya penulisan sebegini adalah apa yang dimahukan oleh Wan untuk Phenomistik. Melodic, aggresive adalah 2 elemen yang jelas boleh dihidu sepanjang CD ini diputar. Seperkara yang gua perasan, Phenomistik lebih kearah penggunaan lirik yang lebih penekanan kepada perkara2 bersangkutan kepercayaan mistik Nusantara.

Mini album ini juga adakala seakan rakaman semula lagu2 As Sahar yang dipolish dengan sound yang lebih bersih dan profesional. Ada kepuasan apabila gegendang telinga ditujah track2 dari mini album ini. Kualiti rakaman yang bagus, sound/tone gitar yang besar, bass yang sekadar cukup untuk support overall sound dan riffing gitar dan tidak lupa konsistensi permainan drum oleh Akhzareth. Mutu rakaman yang jelas menampakkan kemajuan (atau kemampuan sebenar) Akhzareth.

Mini album ini boleh diperolehi dengan harga RM30 (Semenanjung) dan RM35 (Sabah/Sarawak) termasuk kos pos. Hubungi beberapa individu yang kami senaraikan di akhir review ini untuk mendapatkan copy anda.

video
Phenomistik - As Sahar (Preview)

Phenomistik
Facebook

Urusan pembelian & distributors
- Wan As Sahar
- Jorn Seth Ov Metalwarpage (Seth Distro)
- Azril Hulubalang Timur (Itna Tsirhc Merchandising)

- Oldgoatcorpse Prods
- Othman Yusof (EVP)
- Mazmi Arshad (Straineyes)
- Meta Lzone Distro
- Mohd Fadhil (Black Abyss)
- Es Sulaiman (Ephemeral)

Mastodon - Once More 'Round The Sun (2014)

Gua rasa gua perlu ulas berkenaan album penuh ke 6 Mastodon ini memandangkan gua memilih Once More 'Round The Sun ini sebagai antara album terbaek sepanjang 2014 seperti apa yang gua list kan menerusi entry ini (KLIK SINI). Ok, kepada yang belum mengenali Mastodon, penubuhan mereka bermula sekitar awal tahun 2000.  Pada 2000 juga Brann Dailor (drums), Bill Kelliher (gitarist), Troy Sanders (bassist/vocals) dan Brent Hinds (gitarist/vocals) merakamkan sebuah demo bersama vocalist pertama mereka Eric Saner (keluar setelah beberapa bulan bersama Mastodon). Sekitar 2001, Mastodon berjaya mendapatkan deal kontrak rakaman bersama Relapse Records dan EP pertama Lifeborn berjaya dihasilkan sebelum album penuh pertama Remission menyusul pada 2002. Leviathan dan Blood Mountain merupakan album seterusnya Mastodon bersama Relapse sebelum bersama label Reprise Records untuk material2 seterusnya. Sambutan menggalakan dan penerimaan positif pendengar melalui apa yang dihasilkan Mastodon menerusi music ciptaan mereka berlanjutan sehingga penghasilan album2, EP, single2 sehingga pada 2014, Once More 'Round The Sun menemui peminat.

Brann Dailor (drums), Brent Hinds (gitarist/vocals), Bill Kelliher (gitarist), Troy Sanders (bassist/vocals)

 Artwork oleh Skinner

Tracklist :

01. Tread Lightly
02. The Motherload
03. High Road
04. Once More 'Round The Sun
05. Chimes At Midnight
06. Asleep In The Deep
07. Feast Your Eyes
08. Aunt Lisa
09. Ember City
10. Halloween
11. Diamond In The Witch House (feat. Scott Kelly of Neurosis)
 
Once More 'Round The Sun (2014) menjalani proses rakaman di Rock Falcon Studios di Franklin, Tennessee bersama penerbit Nick Raskulinecz. Proses rakaman bermula sekitar penghujung 2013. Proses mastering dilakukan oleh Ted Jensen.

Mastodon - High Road (Official Music Video)

Ok, gua ulas secara random saja untuk album ini. High Road merupakan single pertama untuk album ini. Walaupun Chimes at Midnight terlebih dahulu disajikan melalui laman youtube dalam format audio visual tetapi High Road dijadikan single yang disertakan sebuah video klip rasmi. Kemudian sebuah lagu video klip rasmi dihasilkan untuk track bertajuk The Motherload (KLIK SINI) yang cukup seksi.. Hahahahaha...

Track pilihan gua pula adalah The Motherload, Feast Your Eyes dan Halloween. The Motherload boleh jadi merupakan antara track promosi untuk airplay kerana gua rasa ia nya sedikit ringan berbanding track2 lain.

Untuk sound produksi gua xmau komen panjang berkenaan album ini sebab memang terbaek. Cuma seperti kata2 Troy Sanders dalam temubual sebelum album ini dipasarkan, ia nya adalah kesinambungan The Hunter (2011). Gua rasa ya memang ada kebenarannya. Seakan target penghasilan untuk Once More 'Round The Sun adalah sebuah album paling komersil namun terus terang gua katakan album ini tahap teknikalnya cukup tinggi. Penggunaan chord yang cukup banyak dalam riff yang dihasilkan, stroke drum pelbagai malah elemen offbeat jelas kedengaran. Adakala gua terasa seperti mendengar riff2 dari Emperor (Black metal beb..), permainan offbeat seperti Dream Theater dan yang paling jelas bagaimana Brent Hinds dan Troy Sanders mampu mengalunkan nyanyian sambil memainkan lagu2 ini ketika live. Ok, itu belum lagi bagaimana Brann Dailor menyanyi hampir 95% lagu untuk The Motherload. haha..

Mastodon boleh gua anggap antara band bergenre Heavy Metal yang punya elemen Progressive yang cukup kental dan apa yang boleh gua katakan adalah mereka seakan sengaja mencari penyakit dengan menghasilkan music sebegini. Mastodon, mereka adalah unit yang tercipta untuk mencabar kemampuan diri sendiri dalam bermusic! Mungkin ada yang boring susah nak hadam (macam Tool boleh jadi..hahaha..) tapi gua rasa music Mastodon adalah untuk mereka yang menghargai music dalam peringkat paling matang. Masakan Slash pun sarung tee Mastodon. Hahaha..

Ok, itu sahaja ulasan gua berkenaan Once More 'Round The Sun. Gua selitkan sebuah persembahan live mereka sebagai penutup ulasan dan untuk mengenali Mastodon, silalah jengok2 link2 yang kami sertakan di bawah.

Mastodon - Pinkpop (Live 2014)

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube