Insultor - Demonic Session (Demo 2014)

Insultor sebuah band yang pada gua antara band Black Metal paling setan, orthodox setakat untuk ketika ini di Malaysia. Ditubuhkan sekitar 2007, Insultor telah menghasilkan sebuah demo berjudul For Lust.. pada 2007 serta single bertajuk Ritual Damnator pada 2008. Penghujung 2014 Insultor muncul dengan sebuah demo tape berbaru bertajuk Demonic Session yang dikeluarkan oleh Nebulous Black Tyrant (Malaysia).

 Hatred - Vocals
Dam'Neyshun Torment - Guitars, Vocals
Thy Beast - Bass
Infernal Ig'Zekyutur - Drums

Insultor - Demonic Session (Demo 2014)

Tracklist :

Side A :

1 - Vengeance
2 - Wolf of Hatred
3 - Black Seed

Side B :

1 - Demon Prevails
2 - Satanic Blood
3 - Rise

Tidak dinyatakan secara spesifik dimana Demonic Session melalui proses rakamannya. Hanya dinyatakan untuk Side B, ia nya diambil dari sebuah track dari Eastern Massacre Compilation dan 2 buah dari Ritual Damnation (Demo 2008).

Vengeance adalah track pertama bagi mereka2 yang menantikan buah tangan baru dari Insultor. Ternyata apa yang diberikan melalui track pertama ini begitu orthodok sekali sound produksi serta komposisi lagu nya. Sebuah track yang straight forward dan hentaman drum tanpa henti serta riffing gitar yang cukup memberi tekanan.

Wolf of Hatred merupakan track yang berdurasi 6 minit lebih. Bermula dengan tempo perlahan dan meleret seakan menggambarkan betapa suramnya atmosfera penceritaan lagu ini. Kelajuan tempo berubah selepas minit pertama dan komposisi old skool dan orthodok kembali menyerang tanpa belas kasihan. Walaupun tempo perlahan dan laju bersilih ganti namun gua rasa apa yang cuba Insultor sampaikan melalui feel Black Metal itu memang berjaya. Ianya jelas kedengaran buruk dan itulah apa yang dimahukan oleh Insultor (pada pendapat gua lah..haha..)

Black Seed cukup agresif dari mula nya walaupun berubah tempo pada suku pertama lagu menjadi sedikit perlahan. Masih mengekalkan formula seperti 2 track terawal dalam komposisi lagu. Gua rasa ini track paling kick!

Demonic Session (Demo 2014) boleh gua katakan antara produk Black Metal tempatan yang sepatutnya mesti dimiliki oleh pendukung2 irama gelap yang mementingkan elemen orthodox, raw dan penuh kekelaman. Memandangkan produk ini berstatus demo maka gua tidak mahu komen panjang berkenaan kualiti sound produksi. Ditambah dengan konsep Black Metal bawaan Insultor bukanlah memerlukan sound yang clean sepertimana produk bergenre Black Metal yang boleh dijual. Rakaman ini kedengaran mentah dan seakan tiada sebarang proses edit malah barangkali tidak melalui proses mastering. Ia nya kedengaran mentah dan raw.

Gua tak pasti demo tape Demonic Session ini masih boleh diperolehi atau tidak kerana dinyatakan ianya hanya dikeluarkan sebanyak 66 copies sahaja.  Jika anda masih ingin menanyakan copies anda sila hubungi Insultor di alamat email dibawah.

Insultor - Live at KL Black fest 2013

Insultor
Email

0 feedbacks: