Mastodon - Once More 'Round The Sun (2014)

Gua rasa gua perlu ulas berkenaan album penuh ke 6 Mastodon ini memandangkan gua memilih Once More 'Round The Sun ini sebagai antara album terbaek sepanjang 2014 seperti apa yang gua list kan menerusi entry ini (KLIK SINI). Ok, kepada yang belum mengenali Mastodon, penubuhan mereka bermula sekitar awal tahun 2000.  Pada 2000 juga Brann Dailor (drums), Bill Kelliher (gitarist), Troy Sanders (bassist/vocals) dan Brent Hinds (gitarist/vocals) merakamkan sebuah demo bersama vocalist pertama mereka Eric Saner (keluar setelah beberapa bulan bersama Mastodon). Sekitar 2001, Mastodon berjaya mendapatkan deal kontrak rakaman bersama Relapse Records dan EP pertama Lifeborn berjaya dihasilkan sebelum album penuh pertama Remission menyusul pada 2002. Leviathan dan Blood Mountain merupakan album seterusnya Mastodon bersama Relapse sebelum bersama label Reprise Records untuk material2 seterusnya. Sambutan menggalakan dan penerimaan positif pendengar melalui apa yang dihasilkan Mastodon menerusi music ciptaan mereka berlanjutan sehingga penghasilan album2, EP, single2 sehingga pada 2014, Once More 'Round The Sun menemui peminat.

Brann Dailor (drums), Brent Hinds (gitarist/vocals), Bill Kelliher (gitarist), Troy Sanders (bassist/vocals)

 Artwork oleh Skinner

Tracklist :

01. Tread Lightly
02. The Motherload
03. High Road
04. Once More 'Round The Sun
05. Chimes At Midnight
06. Asleep In The Deep
07. Feast Your Eyes
08. Aunt Lisa
09. Ember City
10. Halloween
11. Diamond In The Witch House (feat. Scott Kelly of Neurosis)
 
Once More 'Round The Sun (2014) menjalani proses rakaman di Rock Falcon Studios di Franklin, Tennessee bersama penerbit Nick Raskulinecz. Proses rakaman bermula sekitar penghujung 2013. Proses mastering dilakukan oleh Ted Jensen.

Mastodon - High Road (Official Music Video)

Ok, gua ulas secara random saja untuk album ini. High Road merupakan single pertama untuk album ini. Walaupun Chimes at Midnight terlebih dahulu disajikan melalui laman youtube dalam format audio visual tetapi High Road dijadikan single yang disertakan sebuah video klip rasmi. Kemudian sebuah lagu video klip rasmi dihasilkan untuk track bertajuk The Motherload (KLIK SINI) yang cukup seksi.. Hahahahaha...

Track pilihan gua pula adalah The Motherload, Feast Your Eyes dan Halloween. The Motherload boleh jadi merupakan antara track promosi untuk airplay kerana gua rasa ia nya sedikit ringan berbanding track2 lain.

Untuk sound produksi gua xmau komen panjang berkenaan album ini sebab memang terbaek. Cuma seperti kata2 Troy Sanders dalam temubual sebelum album ini dipasarkan, ia nya adalah kesinambungan The Hunter (2011). Gua rasa ya memang ada kebenarannya. Seakan target penghasilan untuk Once More 'Round The Sun adalah sebuah album paling komersil namun terus terang gua katakan album ini tahap teknikalnya cukup tinggi. Penggunaan chord yang cukup banyak dalam riff yang dihasilkan, stroke drum pelbagai malah elemen offbeat jelas kedengaran. Adakala gua terasa seperti mendengar riff2 dari Emperor (Black metal beb..), permainan offbeat seperti Dream Theater dan yang paling jelas bagaimana Brent Hinds dan Troy Sanders mampu mengalunkan nyanyian sambil memainkan lagu2 ini ketika live. Ok, itu belum lagi bagaimana Brann Dailor menyanyi hampir 95% lagu untuk The Motherload. haha..

Mastodon boleh gua anggap antara band bergenre Heavy Metal yang punya elemen Progressive yang cukup kental dan apa yang boleh gua katakan adalah mereka seakan sengaja mencari penyakit dengan menghasilkan music sebegini. Mastodon, mereka adalah unit yang tercipta untuk mencabar kemampuan diri sendiri dalam bermusic! Mungkin ada yang boring susah nak hadam (macam Tool boleh jadi..hahaha..) tapi gua rasa music Mastodon adalah untuk mereka yang menghargai music dalam peringkat paling matang. Masakan Slash pun sarung tee Mastodon. Hahaha..

Ok, itu sahaja ulasan gua berkenaan Once More 'Round The Sun. Gua selitkan sebuah persembahan live mereka sebagai penutup ulasan dan untuk mengenali Mastodon, silalah jengok2 link2 yang kami sertakan di bawah.

Mastodon - Pinkpop (Live 2014)

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube

0 feedbacks: