Hegyra - Reenactment (EP2015)

Single dan video music rasmi mereka telah kami paparkan sebelum ini (KLIK SINI). Merupakan rilisan rasmi kedua, Hegyra tampil dengan buah tangan terbaru Reenactment (EP2015) setelah demo pertama bertajuk Indelible Imprint di lahirkan pada 2003 dahulu. Dengan beberapa perubahan line up, Hegyra pendukung irama Melodic Death Metal ini tampil menghangatkan kembali persada2 gig tempatan disamping merakamkan material terbaru ini.

Dane (Vocal), Carlos (Lead Guitar), Arie (2nd Guitar), Adil (Bass/Backing Vocal), Yasser (Drum )

Cover artwork oleh Carlos / Logo oleh Akim

Tracklist :

1 - Betrayer
2 - The Pain
3 - Dying To Die
4 - Until The End
5 - Dreaming Of Hollow

Reenactment (EP2015) melalui proses rakaman di Nubreax Studio dan diselenggara oleh Ardy (Naratu) yang turut bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering.

Betrayer secara terusan menyerang tanpa sebarang tanda. Ekspresi pertama mendengar terus tertangkap pengaruh Dimension Zero. Ngauman vocal yang lebih ke arah Black Metal, namun penggunaan clean vocal di chorus membuatkan ia nya adakala kedengaran seperti Soilwork. Kekuatan track ini mungkin terletak pada riffing serta solo fill-in pada beberapa bahagian. Juga tidak ketinggalan permainan drum yang konsisten sepanjang track. Track ini juga punya flow turun naik yang bagus dari segi komposisi lagu nya. Jelas sekali Hegyra melangkah jauh dari apa yang mereka hasilkan jika dibandingkan dengan demo mereka terdahulu. Sound produksi juga cukup bagus. Clean dan mixing yang cukup profesional.

The Pain bermula sedikit mendatar untuk verse nya namun chorus yang catchy berjaya dihasilkan. Mungkin ada pengaruh In Flames untuk track ini. Solo gitar juga menarik walaupun masih berada dalam scale yang sama.

Apabila sampai track ketiga bertajuk Dying To Die ini, sudah jelas Hegyra sudah punya trademark dalam penghasilan music Hegyra itu sendiri walaupun originality adalah sesuatu yang paling sukar untuk genre sebegini. Mungkin kini mereka sudah menemui resepi dalam setiap penciptaan lagu2 mereka. Ini juga sebuah track yang tidak terlalu havoc namun punya kepelbagaian idea diterapkan dalam komposisi track ini. Sekali lagi walaupon agak mendatar namun track ini punya kekuatannya tersendiri.


Until The End merupakan track paling awal di beri preview percuma melalui promosi video klip yang muncul sebelum EP ini dipasarkan. Sebuah track yang boleh dikatakan untuk mencuri perhatian pendengar golongan metal yang lebih muda. Tidak terlalu chaos, punya melodi yang kuat, riffing yang catchy dan juga track paling banyak menggunakan clean vocal barangkali.

Dreaming Of Hollow adalah track paling panjang durasi nya dan mencecah 7 minit. Intro yang menjangkau 1 minit 40 saat sebelum irama berdistortion menyerang. Mungkin boleh gua katakan ini adalah track pilihan peribadi untuk gua. Idea yang cukup banyak dan kepelbagaian cara permainan (dari gitarist) menampakkan ia nya track yang menggunakan kedua2 elemen old skool dan modern metal. Seperkara berkenaan track ini, kadangkala ia nya kedengaran sedikit Metalcore walaupun sedikit sahaja feel tersebut dapat dihidu oleh gua. Keseluruhan track ini adalah menarik dan bagus.

Secara keseluruhan gua berpendapat Reenactment boleh di anggap sebuah produk yang bagus. Sound production yang cukup profesional (perlu diberi perhatian kerja tangan Ardy dari Nubreax Studio). Sound yang cukup clean yang memang bersesuaian dengan genre Melodic Death Metal yang di bawa Hegyra. Jika di amati dengan teliti, Reenactment jelas sekali jauh meninggalkan apa yang dilakukan menerusi EP pertama terdahulu dari segi song arrangement/composition. Pengaruh yang paling jelas Soilwork, Arch Enemy dan Dimension Zero, melangkau seakan cuba menjauhkan dari pengaruh In Flames walaupon dalam sub genre yang sama. Penggunaan clean vocal yang banyak mungkin boleh mengundang bencana kecil jika ia nya dibenci oleh golongan pendengar Old Skool (untuk genre Melodic Death Metal) seperti mana di alami In Flames dan Soilwork. Dari sudut positif pula, ia nya bakal menangkap pendengar baru yang lebih cenderung ke arah Metalcore. Sound dan tone yang digunakan dari gitar, bass dan drummer adalah baek sekali. Barangkali Hegyra terlebih dahulu membuat homework dengan penuh teliti untuk sound yang bakal dihasilkan untuk sesi rakaman ini.

Reenactment (EP2015) boleh di beli dengan harga RM15 by hand dan RM20 by postage. Hubungi Hegyra melalui link2 yang kami sediakan dibawah ini. Yang jelas, kepada penggemar Melodic Death Metal/Gothenburg Sound, EP ini perlu anda miliki sekarang selain menanti Herriot yang juga bakal muncul dengan album ketiga tahun ini. Support mereka kerana apa yang gua boleh katakan Hegyra adalah band yang serius!

Email
Facebook
Twitter
Youtube

Prognosis Death - Dead & Dried Up (EP2015)

5 tahun yang lepas kami pihak DtE ada membuat review EP pertama mereka (KLIK UNTUK BACA) serta sedikit temubual bersama band yang bernama Prognosis Death ini. Selepas agak kerap menghangatkan pentas2 gig mereka menyepi sejenak (mungkin kerana komitmen pada band masing2) namun secara tiba2 mereka muncul kembali dengan buah tangan terbaru bertajuk Dead & Dried Up (EP 2015). Agak berlainan sedikit sound konsep untuk material kali ini, so ayuh baca apa yg nak gua review kali ini.

 Hanif (Vocal), Hadi (Guitar), Fadhli (Guitar), Aron (Drums),
Adzer (Bass)

Prognosis Death - Dead & Dried Up (EP2015)

Tracklist :

1 - Rowdy Requiem
2 - Busted Bones
3 - Corporate Clusterfuck
4 - Intriguing Interlude
5 - Dead Demographic
6 - Moonlight Memento
7 - Outrages Outro

Dinyatakan melalui cover sleeve CD ini, Dead & Dried Up (EP2015) telah melalui proses rakaman, mix dan mastering oleh Prognosis Death sendiri.


Rowdy Requiem merupakan single pertama yang di beri preview seawal 2015. Menarik dengan intro bunyi gagak, track ini di lihat masih mengekalkan sound cowboy Southern Metal seperti yang dilakukan ketika EP pertama dahulu. Masih bermain dengan chorus bermelodi dan catchy serta riffing dan suara monster dan shriek dari  Hanif. Ending track ini agak agresif. Paduan pedal drum menggila sehingga tamat!

Busted Bones punya riffing dan mood old skool hardcore pada awal nya.Gua rasa kekuatan track ini terletak pada gaya pembawaan vocal Hanif yang berjaya mengalunkan melodi vocal dengan baek. Riffing banyak perulangan.


Corporate Clusterfuck merupakan preview kedua yang di beri percuma melalui youtube. Track ini agak menarik, agresif dari awal tanpa sebarang tanda. Mungkin gua kata ada sedikit pengaruh The Dillinger Escape Plan pada durasi 0:21 sebelum sound old skool hardcore membantai segenap lagu. Bunyian Southern Rock/Metal tu tetap ada dan terselit dalam riffing yang digunakan.

Intriguing Interlude boleh bagi tenteram sikit jiwa yang dihentam terjahan distortion, jeritan dan paduan drum. Ini instrumental saja. Tenang sikit jiwa gua untuk 2 minit setengah. hahaha..

Track pilihan gua, Dead Demographic memang gerek. Sound koboi digabung dalam music Hardcore yang rancak. Penciptaan melodi vocal yang bagus sebenarnya. Ada flow naik turun vocal. Perubahan mood pada pertengahan track mungkin agak lari dari mood awal track ini. Dengar banyak2 kali nampak macam ianya satu percubaan baru dan berani dari Prognosis death untuk lagu2 terbaru mereka. By the way, track ini walaupun agak straight forward dan gerek namun komposisinya agak solid. Tiada preview, dapatkan CD ini.. hahaha..

Moonlight Memento adalah track paling panjang durasi nya. Hampir menjengah 5 minit. Agak mendatar flow track ini. Tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan tempo nya. Suku terakhir track ini seakan mendengar Korn. Tak percaya? Macam track Dead Demographic jugak, sila dapatkan CD ini. Haha..

Outrage Outro adalah penutup berbentuk instrument dan bunyian suara orang ramai pada penghujungnya. Bunyian crowd barangkali.. haha.. Ok tamat!

Secara kesuluruhan, Dead & Dried Up (EP2015) boleh dikira sebagai satu perubahan dari segi penulisan lagu2 yang terkandung didalamnya jika dibandingkan dengan EP pertama mereka dahulu. Ia nya lebih agresif dan tempo permainan yang lebih pantas. Gua juga cuba andaikan jika vocalist melakukan overall growl boleh jadi EP ini akan berkonsepkan old skool hardcore! Hahaha.. Seperkara yang pasti nampak peningkatan yang lebih dalam komposisi lagu2 terbaru ini. dari segi sound produksi ianya adalah bagus dari untuk tahap keseimbangan dalam proses mixing. Cuma bila gua dengar banyak2 kali, gua rasa EP ini patut boleh di upgrade lagi untuk proses mastering nya. Puas mendengar tapi tidak mencecah 100% kepuasan.

Ok, Dead & Dried Up (EP 2015) boleh diperolehi dalam format CD dengan harga RM7 by hand dan RM10 by postage. Hubungi Prognosis Death melalui email dan laman sesawang yang kami sediakan dibawah ini. Support product tempatan jika anda masih mahu mendengar karya2 mereka selepas ini.

Email
Facebook
Twitter
Bandcamp

Sepultura & Les Tambours Du Bronx - Metal Veins : Alive At Rock In Rio (2014) - DVD

Gabungan unik Metal yang berelemen groove, tribal dan industrial percussion adalah apa yang telah dilakukan oleh Sepultura dan Les Tambours Du Bronx. Andreas Kisser, Paolo Jr, Derrick Green dan Eloy Casagrande beserta 17 pemuzik Les Tambours Du Bronx telah mencipta sejarah terutama didalam konsert besar di Brasil iaitu Rock In Rio. Persembahan live ini telah di rakam sebagai antara material rasmi Sepultura untuk 2014 dan ia dinamakan Metal Veins : Alive At Rock In Rio.

Andreas Kisser (Guitars/Backing Vocals), Derrick Green (Vocals), Paolo Jr (Bass),  Eloy Casagrande (Drums).

 Sepultura & Les Tambours Du Bronx - Metal Veins: Alive At Rock In Rio

1 - Kaiowas
2 - Spectrum
3 - Refuse / Resist
4 - Sepulnation
5 - Delirium
6 - Fever
7 - We've Lost You
8 - Firestarter (Prodigy cover)
9 - Requiem
10 - Structure Violence
11 - Territory
12 - Big Hands
13 - Roots Bloody Roots

Kaiwas yang merupakan sebuah instrumental dari album Chaos AD dijadikan intro untuk persembahan live yang unik ini.gabungan percussion dan synth agak lewat untuk menimbulkan mood sebenar Kaiwas seperti apa yang boleh didengari dari track asal.

Sepultura - Spectrum

Spectrum cukup sesuai dijadikan track bervocal pertama. Dominasi riffing bersahaja dan catchy disertakan dengan hentakan drum bersama gabungan percussion mevariasikan lagi track ini. Permulaan menarik sama seperti apabila memutarkan album Kairos

Refuse/Resist menyusul tanpa banyak perubahan kecuali bunyian synth dan penambahan bunyian percussion juga tidak banyak berubah dari komposisi asal. Mungkin sedikit perubahan untuk penambahan percussion selepas selesai solo dari Andreas Kisser.

Sepulnation yang diambil dari album kedua Sepultura bersama Derrick Green nampak agak agresif dengan hentakkan drum Eloy serta backup riffing dari paduan bass Paolo Jr.

Delirium dan Fever merupakan 2 buah lagu dari Les Tambours Du Bronx yang menyaksikan penambahan bunyian gitar berdistortion serta pekikan dari Derrick Green. Menariknya bagaimana Sepultura mengadaptasikan lagu2 Les Tambours Du Bronx dengan gaya mereka.

We've Lost You yang dipetik dari album berkonsep A-Lex turut dimainkan. Jika diteliti background track ini sudah seakan music industrial walaupun ia nya sipi2 sahaja berbunyi.

Firestarter iaitu lagu saduran dari Prodigy yang dirakam untuk Revolusongs (EP 2002) juga dimainkan. Sepultura memang terkenal sebagai antara band yang gua salute cara mereka membuatkan sesebuah cover song itu kedengaran menarik.

Sebuah lagi cover song dari Les Tambours Du Bronx bertajuk Requiem dimainkan. Ternyata drum dan percussion dari Les Tambours Du Bronx mendominasi track ini. Penuh groove dan catchy!

Sebuah lagi track yang dimainkan dari album Kairos bertajuk Structure Violence. Tidak banyak gua boleh dikatakan selain paduan drum dan percussion yang banyak mendominasi atmosfera track ini.

Paluan drum dari Eloy drummer muda Sepultura ini memulakan track Territory yang dipetik dari album Chaos AD. Kesesuaian part dimana paluan percussion membuatkan track ini kedengaran agak menarik walaupun ia nya dalam mood yang lembap dan perlahan.

Cover song terakhir iaitu Big Hands adalah lagu dari Les Tambours Du Bronx. Ada sikit2 bunyi seakan Nailbomb untuk latar bunyi yang agak industrial. Yang menariknya ada part solo drum dari Eloy serta solo gitar dari Andreas Kisser.

Penutup persembahan ini adalah Roots Bloody Roots. Track yang menjadi fenomena untuk Sepultura menerusi album Roots (1996). Juga merupakan satu2 nya track yang diambil dari album berkenaan.

Kepada yang telah view video live ini di youtube pasti sudah mengetahui Sepultura dan Les Tambours Du Bronx pernah berkolabrasi contohnya ketika Wacken 2012. Namun untuk konsert Rock In Rio ini ia nya telah melalui proses rakaman secara profesional dan dipasarkan sebagai salah satu material rasmi Sepultura.

Metal Veins : Alive At Rock In Rio (2014) merupakan sebuah rakaman live yang bagus dari segi produksi bunyi dan visual. Secara ikhlas gua masih boleh katakan Sepultura tanpa ketiadaan Max Cavalera masih lagi kuat dari segi penciptaan lagu2 nya. Andres Kisser masih menjadi penulis lagu yang bagus dengan komposisi riffing yang catchy dan punya trademark tersendiri untuk music Sepultura selepas album Roots. Paolo Jr nampak sudah jauh maju kedepan jika dibandingkan dengan zaman rakaman album yang menyaksikan Andres Kisser memikul tanggungjawap memainkan track2 rakaman bass untuk rakaman era Sepultura lama. Derrick Green adalah sesuatu yang membezakan Sepultura era bersama Max Cavalera dengan Sepultura terkini. Cara pembawaan vocal yang 100% berlainan. Walaupun dikritik hebat sejak album Against, Derrick dan Sepultura sebenarnya makin berani menghasilkan sesuatu yang baru dalam mewarnai music Sepultura ke arah dimensi yang belum pernah dilakukan contohnya penghasilan album berkonsep dan sebagainya. Eloy Casagrande yang punya beza umur belasan tahun jika dibandingkan dengan Andreas Kisser, Derrick Green dan Paolo Jr ternyata merupakan drummer yang paling sesuai setakat ini menggantikan posisi Igor Cavalera. Drummer muda ini punya tenaga dan jika diperhati pada gaya permainannya untuk album The Mediator Between The Head And Hands Must Be The Heart (2013) ternyata agak kehadapan dan mampu menyelami feel dan konsep music Sepultura dengan baik sekali.

Ok, gua tak pasti DVD ini ada di malaysia atau belum. Cuba check laman2 jualan online jika DVD ini ada dijual atau terus ke website Nuclear Blast untuk proses pembelian. Ok, kata2 akhir dari gua, harapnya 2015 Sepultura bakal menghasilkan 1 lagi album baru yang lebih kick dan power!

Nuclear Blast
Official Website

Sepultura
Official Website
Facebook

Les Tambours du Bronx
Official Website
Facebook

Shocked - War Against War (Demo 1996)

Shocked merupakan antara band2 tempatan terawal yang memperjuangkan irama Mince / Grindcore / Death Metal yang punya elemen kuat Metal, Punk, Crusty. Band yang berasal dari Pulau Pinang ini mempunyai pengaruh kuat Agathocles, Disrupt, Hiatus dan Napalm Death serta lirik yang berunsur politikal. War Against War merupakan sebuah demo yang dihasilkan pada 1996. Line up Shocked untuk demo ini adalah Jan (Deep Throat), Apit (Sore Throat), Nizam (Bass), Najib (Guitars), Ari (Drums). Status terkini, Shocked tidak lagi aktif walaupun beberapa tahun lepas Shocked hampir2 membuat comeback dengan line up asal dalam satu gig di Pulau Pinang namun ia nya tidak kesampaian.


Tracklist :

1 - Encyclopedia
2 - Another Conformist In Town
3 - No Hope
4 - Neo Nazi Menyangkak
5 - Parasite
6 - Mr Profitman
7 - Chirac
8 - Chirac (Live at Chronic Moshing Gig)
9 - John Holmes (Live at Chronic Moshing Gig)
10 - Murija Die (Live at Chronic Moshing Gig)
11 - Neo Nazi Menyangkak (Live at Chronic Moshing Gig)

Tidak dinyatakan lokasi War Against War dirakam, namun 4 track live adalah dari rakaman Chronic Moshing Gig.

7 track pertama boleh dikira rakaman track by track (dari pendengaran dan pengamatan gua lah..) dan memiliki kualiti rakaman yang baek untuk tahun terbitnya demo tersebut (1996). Rencah music Shocked nampak agak mudah komposisinya namun beberapa part seperti grind sudah boleh dikira melawan arus untuk zaman tersebut. Riffing gitar juga ada kala nya seakan sedikit komedi. Serangan duo vocal yang berbeza teknik ngauman seakan satu kekuatan yang ada pada Shocked.

Diberitakan sebuah label bawahtanah tempatan akan mengulangcetak demo ini dalam bentuk kaset. Ia nya adalah sebuah berita baek terutama kepada generasi2 masakini yang tidak sempat melalui kegemilangan era 90an dahulu.

Ok, tidak banyak nak gua katakan berkenaan demo ini, cuma gua masih teringat bila gua baca 1 artikel yang menulis begini = "They are probably "one of the best bands in Malaysia" (no kidding!). In No Solution Zine #1 recently, Agathocles was interviewed and confirmed, without a doubt, that Shocked is a "killer band!".

Ok, sebagai penutup ini kami sertakan sebuah track yang agak kult bagi pengikut Shocked satu ketika dahulu... Layan...

Shocked - Neo Nazi Menyangkak

Shocked - Metal Archives