Prognosis Death - Dead & Dried Up (EP2015)

5 tahun yang lepas kami pihak DtE ada membuat review EP pertama mereka (KLIK UNTUK BACA) serta sedikit temubual bersama band yang bernama Prognosis Death ini. Selepas agak kerap menghangatkan pentas2 gig mereka menyepi sejenak (mungkin kerana komitmen pada band masing2) namun secara tiba2 mereka muncul kembali dengan buah tangan terbaru bertajuk Dead & Dried Up (EP 2015). Agak berlainan sedikit sound konsep untuk material kali ini, so ayuh baca apa yg nak gua review kali ini.

 Hanif (Vocal), Hadi (Guitar), Fadhli (Guitar), Aron (Drums),
Adzer (Bass)

Prognosis Death - Dead & Dried Up (EP2015)

Tracklist :

1 - Rowdy Requiem
2 - Busted Bones
3 - Corporate Clusterfuck
4 - Intriguing Interlude
5 - Dead Demographic
6 - Moonlight Memento
7 - Outrages Outro

Dinyatakan melalui cover sleeve CD ini, Dead & Dried Up (EP2015) telah melalui proses rakaman, mix dan mastering oleh Prognosis Death sendiri.


Rowdy Requiem merupakan single pertama yang di beri preview seawal 2015. Menarik dengan intro bunyi gagak, track ini di lihat masih mengekalkan sound cowboy Southern Metal seperti yang dilakukan ketika EP pertama dahulu. Masih bermain dengan chorus bermelodi dan catchy serta riffing dan suara monster dan shriek dari  Hanif. Ending track ini agak agresif. Paduan pedal drum menggila sehingga tamat!

Busted Bones punya riffing dan mood old skool hardcore pada awal nya.Gua rasa kekuatan track ini terletak pada gaya pembawaan vocal Hanif yang berjaya mengalunkan melodi vocal dengan baek. Riffing banyak perulangan.


Corporate Clusterfuck merupakan preview kedua yang di beri percuma melalui youtube. Track ini agak menarik, agresif dari awal tanpa sebarang tanda. Mungkin gua kata ada sedikit pengaruh The Dillinger Escape Plan pada durasi 0:21 sebelum sound old skool hardcore membantai segenap lagu. Bunyian Southern Rock/Metal tu tetap ada dan terselit dalam riffing yang digunakan.

Intriguing Interlude boleh bagi tenteram sikit jiwa yang dihentam terjahan distortion, jeritan dan paduan drum. Ini instrumental saja. Tenang sikit jiwa gua untuk 2 minit setengah. hahaha..

Track pilihan gua, Dead Demographic memang gerek. Sound koboi digabung dalam music Hardcore yang rancak. Penciptaan melodi vocal yang bagus sebenarnya. Ada flow naik turun vocal. Perubahan mood pada pertengahan track mungkin agak lari dari mood awal track ini. Dengar banyak2 kali nampak macam ianya satu percubaan baru dan berani dari Prognosis death untuk lagu2 terbaru mereka. By the way, track ini walaupun agak straight forward dan gerek namun komposisinya agak solid. Tiada preview, dapatkan CD ini.. hahaha..

Moonlight Memento adalah track paling panjang durasi nya. Hampir menjengah 5 minit. Agak mendatar flow track ini. Tidak terlalu laju dan tidak juga terlalu perlahan tempo nya. Suku terakhir track ini seakan mendengar Korn. Tak percaya? Macam track Dead Demographic jugak, sila dapatkan CD ini. Haha..

Outrage Outro adalah penutup berbentuk instrument dan bunyian suara orang ramai pada penghujungnya. Bunyian crowd barangkali.. haha.. Ok tamat!

Secara kesuluruhan, Dead & Dried Up (EP2015) boleh dikira sebagai satu perubahan dari segi penulisan lagu2 yang terkandung didalamnya jika dibandingkan dengan EP pertama mereka dahulu. Ia nya lebih agresif dan tempo permainan yang lebih pantas. Gua juga cuba andaikan jika vocalist melakukan overall growl boleh jadi EP ini akan berkonsepkan old skool hardcore! Hahaha.. Seperkara yang pasti nampak peningkatan yang lebih dalam komposisi lagu2 terbaru ini. dari segi sound produksi ianya adalah bagus dari untuk tahap keseimbangan dalam proses mixing. Cuma bila gua dengar banyak2 kali, gua rasa EP ini patut boleh di upgrade lagi untuk proses mastering nya. Puas mendengar tapi tidak mencecah 100% kepuasan.

Ok, Dead & Dried Up (EP 2015) boleh diperolehi dalam format CD dengan harga RM7 by hand dan RM10 by postage. Hubungi Prognosis Death melalui email dan laman sesawang yang kami sediakan dibawah ini. Support product tempatan jika anda masih mahu mendengar karya2 mereka selepas ini.

Email
Facebook
Twitter
Bandcamp

0 feedbacks: