VotW : Teenage Time Killers - Hung Out To Dry feat. Randy Blythe (Lamb of God)

Ok, ini satu projek yang agak menarik.. Teenage Time Killers dianggotai oleh Reed Mullin (Corrosion Of Conformity) - Drums dan vocals, Mick Murphy (My Ruin, The Birds Of Satan, Chevy Metal, Neanderthal) - Guitar dan bass serta John "Lou" Lousteau - Production, Engineering, Mixing, Drums. Ianya sebuah projek campur aduk Punk/Metal/Hardcore/Alternative. Sebelum anda baca intipati projek yang akan menemui pendengar pada 31 Julai 2015 ini, layan dulu preview video music dibawah ini. Dan album ini dinamakan Teenage Time Killers - Greatest Hits Volume 1.

Teenage Time Killers - Hung Out To Dry feat. Randy Blythe (Lamb of God)

Ok, berikut di sertakan penggiat2 seni yang terlibat untuk album ini. Aaron Beam (Red Fang), Brian Baker (Minor Threat/Bad Religion), Clifford Dinsmore (BL’AST!), Corey Taylor (Slipknot/Stone Sour), Dave Grohl (Foo Fighters/Nirvana), Greg Anderson (Goatsnake/Sunn O))), Jason Browning (Righteous Fool/HR), Jello Biafra (Jello Biafra & The Guantanamo School Of Medicine/Dead Kennedys), Jim Rota (Fireball Ministry), Jonny Webber (The Ghost of Saturday Night), Karl Agell (Corrosion of Conformity/King Hitter), Lee Ving (Fear), London May (Samhain/Danzig Legacy/Tiger Army/Son of Sam), Matt Skiba (Alkaline Trio), Mike “IX” Williams (Eyehategod), Mike Dean (Corrosion of Conformity), Mike Schaefer (Blatant Disarray), Neil Fallon (Clutch), Nick Oliveri (Kyuss/Queens of the Stone Age), Pat "Adam Bomb" Hoed (Brujeria/Nip Drivers), Pat Smear (Foo Fighters/Nirvana/Germs), Pete Stahl (Scream/Goatsnake), Phil Rind (Sacred Reich), Randy Blythe (Lamb of God), Tairrie B. Murphy (My Ruin), Tommy Victor (Prong/Danzig), Tony Foresta (Municipal Waste/Iron Reagan), Trenton Rogers (Chaotic Justice), Vic Bondi (Articles of Faith), Woody Weatherman (Corrosion of Conformity).


Dan berikut adalah tracklist dan mereka2 yang terlibat.

TEENAGE TIME KILLERS
GREATEST HITS VOL. 1
Track listing with Guest Credits

"Exploder"
Vocals: Reed Mullin
Featuring Pat Hoed (Bass), London May (Drums)

"Crowned by the Light of the Sun"
Vocals: Neil Fallon
Featuring Jim Rota (Guitar), Dave Grohl (Bass)

"Hung Out to Dry"
Vocals: Randy Blythe
Featuring Mike Schaefer (Guitar), Dave Grohl (Bass)

"Power Outage"
Vocals: Clifford Dinsmore
Featuring Dave Grohl (Bass)

"Ode to Hannity"
Vocals: Jello Biafra
Featuring Mike Dean (Bass)

"Barrio"
Vocals: Matt Skiba
Featuring Brian Baker (Guitar)

"The Dead Hand"
Vocals: Reed Mullin
Featuring Woody Weatherman (Guitar), Dave Grohl (Bass)

"Egobomb"
Vocals: Corey Taylor
Featuring Dave Grohl (Bass)

"Plank Walk"
Vocals: Pete Stahl
Featuring Greg Anderson (Guitar), Dave Grohl (Bass)

"Time to Die"
Vocals: Mike IX Williams
Featuring Greg Anderson (Guitar)

"Days of Degradation"
Vocals: Tommy Victor
Featuring Dave Grohl (Bass)

"Clawhoof"
Vocals: Tairrie B. Murphy
Featuring Dave Grohl (Bass)

"Big Money"
Vocals: Lee Ving
Featuring Pat Smear (Guitar & Bass), London May (Drums)

"Devil in this House"
Vocals: Karl Agell
Featuring Dave Grohl (Bass)

"Say Goodnight to the Acolyte"
Vocals: Phil Rind
Featuring Jason Browning (Guitar), Dave Grohl (Bass)

"Ignorant People"
Vocals: Tony Foresta
Featuring Greg Anderson (Guitar), Nick Oliveri (Bass)

"Son of an Immigrant"
Vocals: Johnny Weber
Featuring Brian Baker (Guitar)

"Your Empty Soul"
Vocals: Aaron Beam

"Bleeding to Death"
Vocals: Vic Bondi
Featuring Dave Grohl (Bass)

"Teenage Time Killer"
Vocals: Trenton Rogers
Featuring Greg Anderson (Guitar), Pat Hoed (Bass)

Pre-order sudah dibuka dan sila hubungi link ini -> http://ttk.merchnow.com/

Suffer Remain - Impaled Humanity (2015)

Suffer Remain merupakan antara produk yang gua boleh katakan antara yang sedang mengorak langkah untuk menggegarkan industri kecil music berat tanahair. Berasal dari Kuala Terengganu, yang juga melahirkan Nosferiel (Black Metal), Dysgusted (Gore/Porno Grind), band dari pantai timur yang memperjuangkan irama Death Metal ini nampak nya menyunting beberapa elemen lain dalam tunjang music mereka seperti Grind dan Brutal Death Metal. Impaled Humanity merupakan buah tangan terbaru dari mereka. Antara produk yang benar2 memperdengarkan kemampuan sebenar band ini disamping mutu rakaman yang benar2 profesional di bawah seliaan label Celestial Frequency.
Mohd Ezaidi (Guitar), Khairul Nizzam (Vocals), Mohd Tarmizi (Bass), Mohd Nazro (Drums)

 Artwork oleh Syah Art of Immolation
Layout/Design oleh Celestial Frequency

Tracklist :

1 - Disorder Unleashed
2 - Carnage
3 - Decease Through Mutilation
4 - Impaled Humanity
5 - Eruption Of A Rotten Brain
6 - Grotesque Impalement (Dying Fetus Cover)
7 - Dwelling Parasite (Demo)
8 - Disorder Unleashed (Demo)

Impaled Humanity melalui proses rakaman di Attack Digital Studio, Kelantan. Mohd Izwary & Baizura merupakan sound engineer untuk rakaman manakala proses mix dan mastering dilakukan oleh Yusof Han. Kesemua lagu dan lirik dihasilkan oleh Suffer Remain kecuali Grotesque Impalement yang merupakan lagu saduran dari Dying Fetus. Impaled Humanity dikeluarkan oleh Celestial Frequency.


Disorder Unleashed yang dijadikan track pertama ternyata keras dan straight forward penangan Death Metal nya. Kelajuan yang terkawal dan menepati intipati irama Death Metal. Vocal, gitar, bass dan drum masing2 memainkan peranan dengan cukup baek dan tiada yang kalah dari segi individual nya. Masing2 memberi komitmen dan soul yang baek untuk track ini.

Carnage adalah track tanpa solo dan sekadar background riffing dan solo gitar menggila yang dimainkan secara berlainan untuk kiri dan kanan stereo. 2 minit 28 saat untuk pekikan solo gitar yang ternyata menusuk gegendang telinga!

Decease Through Mutilation lebih agresif dari track pertama. Tiada belas kasihan dengan tujahan riffingyang keras serta permainan yang pantas. Pengaruh Suffocation boleh dikesan pada awal track serta Disgore sekitar pertengahan sehingga akhir track.

Impaled Humanity sama kental nya seperti track pertama dan ketiga tadi. Semakin bernafsu setiap line up nya dengan posisi masing2. Kegilaan drummer band ini nampak lebih extreme untuk track ini dalam mengejar apa yang dimainkan oleh pemain gitar. Seperkara yang perlu di nyatakan, band ini boleh tahan juga penangan teknikal nya. Haha.. Track yang sesuai benar sebagai tajuk CD ini.

Eruption Of A Rotten Brain adalah formasi sama seperti track bertajuk Carnage. Permainan solo gitar berapi yang dimainkan berseorangan pula kali ini. Cukup untuk seminit setengah.

Grotesque Impalement merupakan track saduran dari Dying Fetus yang diambil dari Ep tahun 2000. Senang cakap tiada masalah langsung untuk Suffer Remain memeainkan track ini. Namun gua berani katakan Suffer Remain memainkan nya dengan tempo yang lebih laju dari apa yang dimainkan Dying Fetus.

Dwelling Parasite (Demo) boleh jadi merupakan track bonus dimana ianya adalah rakaman demo yang diselitkan didalam album ini. Jika diteliti kualiti rakaman demo ini boleh dibanggakan kerana punya kualiti yang agak baek.

Disorder Unleashed (Demo) juga merupakan rakaman dalam bentuk demo. Tidak banyak yang boleh diperkatakan berkenaan track ini, mungkin boleh dijadikan perbandingan dengan hasil profesional dari track pertama.

Seperkara yang menarik produk dari label naungan Suffer Remain iaitu Celestial Frequency ternyata mengenengahkan mutu kualiti rakaman yang cukup profesional. Oleh itu kepada pendengar irama Death Metal tepu, anda tidak perlu merasa sangsi akan kualiti bunyi yang akan anda dengar dari CD Impaled Humanity ini.

Impaled Humanity boleh diperolehi melalui fizikal copy iaitu profesional CD format jewel case dengan harga RM33 by pos atau digital download melalui itunes, Deezer mahupun Spotify. Ini satu produk berat, brutal dan keras dari Pantai Timur. Kepada anda yang dahagakan irama keras seperti Defeated Sanity, Disgorge, Condemned, Despondency dan Suffocation, jangan lupa untuk dapatkan CD ini. Support mereka kerana ternyata mereka sudah bersedia!!!! Hubungi Suffer Remain atau Celestial Frequency melalui link2 dibawah untuk copy anda.

Suffer Remain - Live at Dungun, Terengganu 2014

Suffer Remain
Facebook
Reverbnation

Celestial Frequency (Malaysia)
Email
Facebook

VotW : Behemoth - Messe Noire

Messe Noire merupakan video klip terbaru dihasilkan Behemoth. Merupakan track ketiga dari album The Satanist (2014). Difahamkan video ini dihasilkan khas kepada mendiang H.R. Giger (1940-2014). Diarahkan oleh Zev Deans © Panorama Programming 2015 manakala pengarah fotografi ialah Jacqueline Castel. Layan dulu video ini.

Behemoth - Messe Noire

Behemoth
Offical Website
Facebook
Youtube
Twitter

Malapetaka - Anthem Of Annihilation (EP2015)

Malapetaka merupakan sebuah band yang bertapak di Kuala Lumpur. Membawakan irama agresif Thrash yang sudah menuju ke arah Death Metal. Malapetaka melabel music mereka sebagai Nusantara Death Thrash Metal. Sebagai introduksi, Malapetaka telah wujud sekitar 2009 dan melahirkan sebuah demo pada 2013. Selain menghangatkan pentas2 gig tempatan, Malapetaka dilihat maju kehadapan dengan melakukan mini tour sekitar India dan Nepal pada awal 2015. Terkini Malapetaka muncul dengan sebuah EP yang diusahakan secara DIY bertajuk Anthem Of Annihilation. Ia nya jelas menampakkan improvement yang positif dari segi komposisi lagu, rakaman dan permainan instrument.

Boon (Vocal), Ashok (Guitar), Raja (Guitar), Alias (Bass), Naji (Drums)

Artwork oleh Boon Malapetaka

Tracklist :

1 - Ascendancy Of Terror
2 - Kejahilan Minda
3 - Anthem Of Annihilation
4 - Infernal Deconstruction

Anthem Of Annihilation (EP2015) adalah rakaman yang dilakukan secara DIY oleh Malapetaka. Hanya menggunakan Pertama Music Studio, Cheras untuk rakaman drum dan rakaman lain dilakukan melalui penggunaan homestudio dimana ianya diselenggara oleh Ashok iaitu pemain gitar Malapetaka. Proses mix dan mastering telah diserahkan kepada seorang kenalan mereka di Russia.

Ascendancy Of Terror merupakan buah tangan terbaru dari Malapetaka untuk hidangan gegendang telinga pendengar. Walaupun intro agak meleret sehingga 2 minit namun apabila tempo bertukar menjadi agresif, seakan ada satu adrenalin untuk menumpukan pada groove dari riffing dan stroke drum track ini. Kepada pendengar demo pertama Malapetaka pasti dapat menghidu trademark Thrash Metal dari Malapetaka iaitu elemen agresif yang seakan menjadi keutamaan dalam penciptaan lagu2 mereka. Feel yang cukup Thrash, solo gitar yang kena dengan mood lagu, vocal garang dari vocalist dan idea yang banyak dihasilkan sepanjang track berkumandang.

Kejahilan Minda adalah track yang diambil dari demo 2013 dahulu. Gua beranggapan ini mungkin rakaman semula atau ianya track yang melalui proses adunan semula disamping beberapa sentuhan terbaru dalam beberapa part "fill-in" gitar. Kedengaran lebih "bright" dari versi rakaman asal. Jika dibandingkan tahap agresif mungkin track pertama lebih menggila namun kekuatan track ini terletak pada kepelbagaian beat yang dimainkan oleh setiap line up. Bawaan vocal untuk lirik berbahasa melayu juga nampak tiada sebarang cacat cela dengan ngauman dari Boon. Ini track yang memang jelas terselit mood2 Nusantaranya dalam beberapa part riffing gitar. Solo gitar ternyata lebih terserlah untuk track ini.


Anthem Of Annihilation ternyata boleh bikin anda headbang dari awal track lagi. Memang kena benar track ini dijadikan sebagai tajuk rasmi EP ini. Agresif dan Thrash yang kental! Untuk sebuah track bergenre Thrash Metal agresif yang menuju kearah Death Metal gua rasa track ini sudah cukup serba serbi ramuannya. Paluan drum, solo gitar yang menyerang beberapa kali pada part2 yang cukup sesuai, pembawaan vocal yang lebih beremosi dan bedilan bass gitar yang lebih berdetum untuk track ini. Ini track pilihan gua.

Infernal Deconstruction bermula dengan sedikit sound sample yang dimix bersama bunyian alat tradisional (serunai barangkali..) Apabila selesai sample dimainkan, distortion menyerang tanpa belas kasihan. Jika dilihat dari segi ganas, track ini boleh dinobat sebagai track paling ganas namun feel yang dihasilkan sudah seakan mendengar lagu2 Thrash Metal pelbagai band. Perkara yang harus diberi perhatian adalah komposisi dan flow lagu yang cantik, riffing yang adakala cukup memberi tekanan bersesuaian dengan hentakkan drum yang mampu mencapai tahap permainan band2 Death Metal.

Dari segi sound produksi, gua merasakan Anthem Of Annihilation (EP2015) adalah rakaman yang tidak mengharapkan sound yang terlalu clean dan profesional. Setelah diteliti berulangkali gua mendapati konsep Thrash death Metal yang agresif sebegini sememangnya memerlukan penghasilan sound produksi begini. Sound yang sedikit raw namun ianya kedengaran bright disamping keseimbangan untuk keseluruhan instrument yang dimainkan. Malapetaka sudah memasuki fasa terbaek sebagai satu unit Thrash Metal yang agresif. Anthem Of Annihilation (EP2015) bukanlah tipikal Thrash Metal yang selalu anda dengar. "Agresif" adalah terma yang menjadi trademark dalam lagu2 yang dihasilkan Malapetaka. Ini satu unit merbahaya yang harus diberi perhatian!!!!

Anthem Of Annihilation (EP2015) boleh diperolehi dengan harga RM15 + 5 untuk urusan pos sekitar Malaysia. Ini produk yang harus dimiliki oleh kaki2 Thrash Metal yang mengharapkan sesuatu yang agresif! Hubungi Malapetaka untuk copy anda melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Support mereka!

Malapetaka - Kejahilan Minda

Email
Facebook
Soundcloud