Disobeyed - Extermination Enthroned (2015)

Disobeyed merupakan sebuah unit Black/Death Metal dari Tawau Sabah. Ditubuhkan sekitar 2010, Disobeyed telah melahirkan sebuah demo bertajuk Sentence of Death pada 2012. Terkini dibawah naungan Earblast Records, Disobeyed muncul dengan material terbaru bertajuk Extermination Enthroned (2015).

Mie Dhemurer Of Regurgitator (Vox), Amie Deztruxtor Of BlastDemolished (Drum),  Awik Xahguld Of 6 Strings Annihilator (1st Guitar), Hery Dehmvallor Of Drone 4 Chains Macabre (Bass), Mhan Gxarpazud Of 6 Strings maltreated (2nd Guitar - Live Sessionist)

Artwork oleh Ironworx Gravefix

Tracklist : 

1 -  Intro
2 - May Suffering Be Upon You
3 - Inhuman Warfare
4 - Spear Ov Hatred
5 - Extermination
6 - Sentence of Death
7 - Destruction
8 - Invisible Force (Destruction Cover)

Extermination Enthroned (2015) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Skyline Studio, Tawau Sabah sekitar Ogos sehingga November 2014. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Andriansyah dari Skyline Studio.

Sepermulaan lagi melalui Intro sudah menggambarkan apa yang bakal berdetum adalah sesuatu yang serius dari Disobeyed. My Suffering Be Upon You antara jawapan awal music terbaru Disobeyed. Cukup garang dari segala segi, termasuk riffing gitar, ngauman vocal dan hentakkan drum yang konsisten. Sentenced of Death dan Destruction yang melalui rakaman semula adalah antara track yang terkandung didalam demo Sentence of Death (2012). Ternyata kedua2 lagu ini benar2 kick ass! Track terakhir bertajuk Invisible Force yang merupakan track saduran dari Destruction juga telah dimainkan dengan baek skali.

Secara keseluruhan gua berpendapat Disobeyed merupakan antara bintang yang bakal menyinar dalam kancah music gelap Borneo. Mereka sudah berjaya menghasilkan trademark music mereka sendiri melalui konsep yang boleh didengari melalui kesemua lagu yang terkandung didalam album ini. Juga keseluruhan sound produksi yang dihasilkan dengan tone gitar yang tebal, drum yang berada dalam kondisi Thrash/Death/Black serta ngauman vocalist yang ternyata garang.

Extermination Enthroned (2015) didatangkan dalam format pro-printed CD dan 3 fold cover sleeve yang disertakan lirik dan info berkenaan rakaman didalam jewel case. Hubungi Earblast Records atau Disobeyed sendiri untuk urusan pembelian dengan harga RM35 yang telah termasuk kos penghantaran. Support mereka. Ini satu lagi antara produk terbaik dari Borneo!

Disobeyed - Extermination Enthroned (2015) *Preview

Disobeyed
Facebook
Reverbnation

Earblast Records
Email
Facebook

Battlescard, Absolut, Osmantikos - Death Trap From Hell (2015)

Gua mendapatkan CD ini beserta discography CD mereka sebelum Osmantikos berangkat ke Japan untuk mini tour mereka di sana. Sebuah split CD yang menampilkan 3 band berlainan negara iaitu Battlescard (Japan), Absolut (Kanada) dan Osmantikos mewakili Malaysia. Death Trap From Hell merupakan tajuk split CD ini. Menampilkan genre yang berbeza dari Dbeat, Rock "N" Roll / Metal Punk sehingga kepada Turbo Crustcore ternyata ianya adalah satu produk yang mampu membingitkan dan meningkatkan adrenalin anda selaku pendengar.

Artwork/Layout oleh Yusth 2015

Battlescard

1 - Zeke
2 - Loudblast
3 - Noisy Bastards
4 - O.C.B.
5 - Suicide Nambu "Type 94"

Absolut
6 - Fucking Pain
7 - No Card
8 - Live Sketch
9 - Martyr Fuck Off
10 - I.C.U

Osmantikos

11 - A Stone Grave
12 - The Reckoning
13 - Demonish Domestic
14 - Against All Odd
15 - The Wolf, The Darkness and The Fear

Battlescard, band Japan ini boleh gua katakan sebuah band yang punya pengaruh besar Motorhead. Rancak dan laju. Unik benar suara vocalist band ini. Begitu garau dan sesuai dengan konsep yang dibawa.



Gua juga tidak mengandaikan Battlescard sebuah band berelement D-Beat secara total kerana music mereka ada beratnya kearah Heavy/Speed Metal, mungkin attitude band lebih kearah Punk. Rata2 lagu yang terkandung berdurasi 2 minit.



Absolut ternyata merupakan sebuah band yang gila kental. Muzik mereka agak sedikit raw namun menarik apabila pemain gitar mereka agak kreatif dalam menghasilkan solo2 walaupun rata2 lagu adalah keras dan laju. Vocalist menyanyikan dengan penuh jeritan dan pekikan sehabis boleh.



Osmantikos band kental turbo Crustcore dari Klang Valley ini tampil dengan 5 lagi lagu terbaru. Dinyatakan proses rakaman dilakukan di Greenhouse Studio manakala proses mix dan mastering dilakukan di Kerbauwork. Kesemua kerja2 teknikal ini dilakukan oleh Tom The Bollocks. Apa yang boleh disimpulkan music Osmantikos ternyata matang dan tidak was2 lagi untuk mereka membawa music ciptaan mereka ini keluar untuk tour Japan pada May 2015.

Secara keseluruhan split CD ini adalah menghiburkan. Ianya ternyatakan seakan penambah tenaga apabila anda mendengarnya. Susunan lagu2 bertenaga dari 3 buah band berasingan negara yang benar2 kick ass, juga perbezaan konsep music namun berada dalam bumbung yang sama diantara Crust, Hardcore, Punk dan Metal.

Death Trap From Hell (2015) boleh dibeli dengan harga RM12 by hand atau tambahkan RM6 (Semenanjung) atau RM10 (Sabah/Sarawak). Untuk pasaran tempatan sila hubungi Black Konflik Records atau Bullwhip Records. Kenali ketiga2 band melalui beberapa link yang kami sertakan.

Battlescard
Blogspot
Facebook

Absolut
Bandcamp

Osmantikos
Bandcamp

Hellexist - Age Of Death (Japan Tour 2014)

2013 menyaksikan Hellexist melahirkan sebuah album penuh berjudul Age of Death. Sedikit review dibuat dan anda boleh (KLIK SINI) untuk baca. Selain itu mereka juga terlebih dahulu melakukan siri jelajah Indonesia dan pada 2014, Hellexist berkunjung ke Japan untuk menghancurkan pentas2 disana. Bersempena dengan itu, setelah setahun siri jelajah Japan dilakukan sebuah tape bertajuk Age of Death (Japan Tour 2014) telah dikeluarkan dimana ianya menyajikan rakaman lagu2 yang dibawa di live ketika itu.

Jimbo - Vocals (2007-present)
Wak Terror - Guitar (2007-present)
Zam Machine - Guitar (2009-present)
Dr. Ajen - Drum (2012-present)
Curbe - Bass (2013-present)


Tracklist :

1 - Bloodbath Continues
2 - Neraka Dunia
3 - To Live To Die
4 - Mankind
5 - Black Heart
6 - Human Creation
7 - World Disaster
8 - Age of Death

7 buah track adalah rakaman live di dua lokasi iaitu Morgana Livecentre, Tokyo pada 10/5/2014 dan Sogen, Suzuka pada 11/5/2015. Menariknya 7 track live adalah hanya menggunakan rakaman dari mobile phone Lumia 920. Age of Death yang merupakan track terakhir adalah sebuah rakaman studio di Noise Room Recording, Tokyo dan dirakam oleh Shige (GOUM, Ex-Crocodile Skink). Kesemua track melalui proses rakaman di Studio 46 Pasir Gudang Johor pada March 2015.


Boleh dikatakan track2 yang di pilih adalah dari pelbagai material yang dikeluarkan Hellexist. Bloodbath Continues, Neraka Dunia, To Live To Die, Black Heart, Human Creation, World Disaster dan Age of Death adalah track2 yang terkandung didalam album penuh mereka pada 2013.


Tidak banyak yang boleh diperkatakan melalui album live ini. Walaupun sound produksi agak amatur kerana hanya menggunakan rakaman dari mobile phone, namun sound yang terhasil sudah cukup untuk konsep band yang sebegini. Sekurang2nya ini adalah rakaman live dan raw. Hanya melalui proses mastering sebelum melalui proses pressing tape. Seperkara yang menarik adalah semangat yang ditunjukkan Hellexist yang sanggup melakukan tour Japan. Dan sebenarnya Hellexist bukanlah band pertama kita yang melakukan tour ke luar negara, beberapa nama lain turut merasai bermain dinegara luar seperti Second Combat, Daighila juga band dari genre Metal seperti Humiliation. Dan terbaru Osmantikos band crusty yang agak turbo bakal menjejak kaki di kota Samurai pada pertengahan May 2015.

Ok, gua tak pasti adakah tape ini masih boleh diperolehi. Sila hubungi link2 berkaitan Hellexist yang telah kami sediakan dibawah. Gua rasa 2015 atau 2016 Hellexist sudah boleh berkira2 untuk rakaman album kedua. Support mereka!!!!

Email
Facebook
Bandcamp
Youtube

Nightwish - Endless Forms Most Beautiful (2015)

Ini merupakan album penuh ke-8 Nightwish, sebuah band yang membawa konsep Symphonic Metal. Album bertajuk Endless Forms Most Beautiful (2015) ini sememangnya dinantikan peminat kerana ianya menyaksikan penampilan vocalist terbaru yang pernah menganggotai After Forever dan masih bersama ReVamp iaitu Floor Jensen. Disamping itu terdapat juga penambahan line up untuk posisi flute/pipe/whistle iaitu Troy Donockley yang turut terlibat dalam rakaman live Showtime, Storytime (DVD) pada tahun lepas.

 Floor Jansen (Vocals), Tuomas Holopainen (Keyboards), Marco Hietala (Bass/Vocals), Emppu Vuorinen (Guitars), Jukka Nevalainen (Drums), Troy Donockley (Pipes/Flutes/Whistles)

Cover artwork oleh Janne & Gina Pitkänen

Tracklist :

1 -  Shudder Before The Beautiful
2 - Weak Fantasy
3 - Élan
4 - Yours Is An Empty Hope
5 - Our Decades In The Sun
6 - My Walden
7 - Endless Forms Most Beautiful
8 - Edema Ruh
9 - Alpenglow
10 - The Eyes Of Sharbat Gula
11 - The Greatest Show On Earth
Chapter I - Four Point Six
Chapter II - Life
Chapter III - The Toolmaker
Chapter IV - The Understanding
Chapter V - Sea-Worn Driftwood

Endless Forms Most Beautiful (2015) telah melalui proses rakaman di Röskö Campsite, Kitee Finland (Ogos sehingga September 2014) dan  Petrax Studios di Hollola (Oktober 2014). Tuomas Holopainen merupakan penerbit dan dibantu oleh Nightwish dan Tero “Teecee” Kinnunen. Proses engineering dan rakaman di lakukan oleh Tero “Teecee” Kinnunen dan Mikko Karmilla. Proses adunan dilakukan oleh Mikko Karmilla sepanjang Oktober sehingga December 2014 di Finnvox Studio Helsinki manakala proses mastering dilakukan oleh Mika Jusila juga di studio sama pada Januari 2015. Album ini agak "mahal" kerana menggunakan khidmat pasukan orkestra iaitu Orchestre De Grandeur, choir dari The Metro Voices (Choirmaster) dan The Children's Choir (Young Musician London Choirmaster).

Meletakkan Shudder Before The Beautiful sebagai track pertama adalah seakan umpan kepada pendengar untuk tidak sabar untuk mendengar track2 seterusnya. Track ini punya kekuatan tersendiri dari segi kerancakkannya, kawalan vocal dengan lenggok yang sempurna dari Floor Jansen, solo berlawan antara Emppu dan Toumas dan mood track ini mengingatkan kepada kerancakkan Dark Chest of Wonders. Mood yang sama jelas boleh didengar melalui track ke 4 bertajuk Yours Is An Empty Hope. Kedua track ini cukup sesuai dibawa untuk persembahan pentas dan mampu menghangatkan suasana persembahan live itu sendiri.


Terdahulu sebuah single bertajuk Élan telah dikeluarkan yang mengandungi 4 buah track (3 daripadanya bertajuk Élan namun dalam versi berlainan). Élan turut disertakan dengan sebuah video klip rasmi. Ia nya boleh dianggap salah sebuah track yang bagus dari segi susunan music, penyampaian vocal dan sesuai untuk radio airplay.

Our Decades In The Sun, dan Edema Ruh antara track dalam mood yang agak santai. Untuk Edema Ruh gua terasa seakan ada saki baki penulisan Holopainen ketika beliau bersama For My Pain sebuah band Gothic Rock yang menghilang begitu sahaja.

Alpenglow juga sebuah track yang menarik terutama untuk chorus yang catchy. Ianya punya mood I Want My Tears Back. Mungkin juga kekuatan vocal Floor menambahperisa track ini.


Endless Forms Most Beautiful yang merupakan self-title untuk album ini turut disertakan video klip rasmi. Sebuah fast song namun agak berlainan mood nya tidak seperti Shudder Before The Beautiful dan Yours Is An Empty Hope. Kekuatan utama yang dapat gua tangkap melalui track ini ialah bahagian chorusnya yang cukup catchy. Apabila menghadam track ini berkali2 terasa seakan ingin gua ketahui adakah Floor atau Holopainen yang menghasilkan melodi vocal untuk track ini terutama bahagian chorusnya. Melodi vocal yang indah dari pre-chorus sehingga chorusnya.

The Eyes Of Sharbat Gula adalah satu2 nya track instrumental untuk album ini. Meleret juga sehingga 6 minit lebih.

Track berdurasi 24 minit sebagai penutup album ini bertajuk The Greatest Show On Earth dimana ianya terdiri dari 5 chapter dimana 3 bahagian adalah bervocal. Untuk track terpanjang ini jelas ianya track yang bagus dan punya flow yang baek dari segi komposisinya.

Secara keseluruhan gua beranggapan Endless Forms Most Beautiful (2015) adalah sebuah album yang bagus walaupun pada awalnya harapan gua sangat tinggi seperti ini antara album terbaek sepanjang kewujudan Nightwish ditambah dengan kematangan vocalist hebat Floor Jensen. Setelah mentelaah banyak kali, Floor sudah melakukan yang terbaek untuk album ini untuk bahagian vocal. Mungkin beliau akan melakukan sesuatu yang lebih baagus untuk album2 akan datang memandangkan ini rakaman pertamanya bersama Nightwish. Dari segi komposisi lagu, mungkin 7/10 adalah bintang yang gua boleh bagi untuk album ni. Paling ketara adalah chorus2 yang terhasil untuk album ini cukup catchy dan kedengaran segar. Permainan Kai Hahto juga bagus dan dapat menjiwai apa yang selalu dilakukan oleh Jukka Nevalainen. Tuomas Holopainen masih lagi seorang penulis lagu yang hebat dan Endless Forms Most Beautiful adalah 95% kerjatangan beliau.

Ok, kenali Nightwish melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini dan gua harap tahun ini ada organizer yang berani invite Nightwish ke Malaysia.

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube

VotW : Sepultura & Steve Vai - Live Rock in Rio USA 2015

Adus gua tak tau nak cakap apa bila tengok video ni.. Ni live sempena 30 tahun Sepultura.. Steve Vai main untuk 2 lagu.. Kaiwas dan Roots Bloody Roots.. Kasi layan aje lah ini jarang2 boleh dapat tengok punya kalobrasi!!!

Sepultura & Steve Vai - Live Rock in Rio USA 2015

Unveiled - Endless Extreme Hate (2015)

Unveiled merupakan sebuah unit yang memperjuangkan irama Brutal Death Metal. Berasal dari selatan tanahair, Unveiled terdahulu ditubuhkan pada 1997. Menghasilkan sebuah split album bersama Trauma (Indonesia) pada tahun 2000 dan menghilang sekitar 2001 sebelum muncul kembali pada 2013 sebelum sebuah album penuh berjudul Endless Extreme Hate (2015) dilahirkan pada suku pertama 2015. Grundar Production, sebuah label yang aktif menghasilkan produk2 metal yang ngeri adalah penaung kepada Unveiled.

Jake (Guitars), Ah Fad (Drums), Onesoul (Bass), Chal (Vocals)

 Cover layout oleh Ah Fad

Tracklist :

1 - ...The Upcoming
2 - Doomed To Hellfire
3 - Curse Of The Predator
4 - Inherited Decimation
5 - Human Synthetic Killer
6 - Cataclysmic Disease
7 - Cannibalistic Manglement
8 - Sadistic Annihilation
9 - Into Oblivion

Endless Extreme Hate (2015) melalui proses rakaman dan adunan di Carlos Studio, Cap Unta Studio dan Cha Limpong Studio (lawak pulak nama studio2 yang digunakan..boleh jadi homestudio barangkali.. - ed) sekitar Julai sehingga December 2014. Proses mastering di lakukan di Cap Unta Studio. Sound engineer ialah Carlos dan Man Cha Limpong. Manakala Atoi Night Screamer bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering. Kesemua lagu dihasilkan oleh Jake (gitar), manakala lirik oleh Pecal (vocal). Unveiled dan Grundar Production adalah penerbit untuk album ini.

Gua mengambil masa yang agak lama untuk menghadam music ciptaan Unveiled. Ini kerana kesemua lagu adalah ciptaan Jake yang juga merupakan mastermind kepada sebuah lagi band Death Metal dari Johor iaitu Sickness. Juga pemain drum Unveiled turut bersama Sickness. Masalah membezakan music Unveiled dan Sickness agak memakan masa gua sebenarnya. Hahaha.. Namun gua boleh simpulkan Endless Extreme Hate merupakan sebuah album yang solid sound produksi nya. Tidak terlalu teknikal jika dibandingkan dengan Sickness untuk beberapa track. Flow susunan lagu juga memerlukan kesabaran kepada pendengar. Gua memilih track ke 5 sehingga 8 untuk lebih ngauman, brutal dan tanpa belas kasihan. Pengaruh 2 band hebat Morbid Angel dan Suffocation jelas dapat dihidu untuk beberapa track.

Dari segi sound produksi, Endless Extreme Hate boleh diklasifikasikan sebagai antara produk yang baek, punya keseimbangan level dalam setiap permainan instruments. Ngauman Chal selaku vocalist ternyata cukup "membunuh" terutama dalam track bertajuk "Sadistic Annihilation" yang sudah seperti berada dalam kemuncak keganasan yang penuh nafsu. Gua memilih track "Cataclysmic Disease" sebagai track pilihan. Walaupun merupakan track paling panjang durasinya namun kepelbagaian riffing dan stroke drum ternyata membuatkan ianya tidak membosankan. Track ini juga mengingatkan gua pada sebuah band yang baru jek RIP iaitu Vomitory.

Endless Extreme Hate (2015) boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand atau RM26 by pos (Semenanjung) dan RM30 (Borneo). Hubungi Grundar Production untuk urusan pembelian melalui link yang disediakan dibawah preview video ini.

Unveiled - Endless Extreme Hate (2015) *Preview

Unveiled
Email
Facebook

Grundar Production
Email
Official Website
Facebook
Twitter