Katavasia - Sacrilegious Testament (2015)

Greece merupakan antara salah satu pengeluar produk music besi gelap yang pada gua punya identiti yang tersendiri. Siapa tidak kenal Rotting Christ, Varathron, Thou Art Lord juga Septic Flesh yang sedang mencipta nama ketika ini. Katavasia adalah formasi line up dari beberapa band yang membentuk sebuah mega band yang dibawah terma kegelapan citarasa Greece. Sacrilegious Testament (2015) merupakan album penuh yang agak mengejutkan. Dengan rencah melodic dan atmosfera music acuan Greece, semangat old skool 90's jelas sekali kedengaran apabila memutarkan CD ini.

 Necroabyssious - Vocals (Varathron)
Astrous - Guitars (Aenaon)
Achilleas c. - Guitars & Bass (Varathron/Aenaon)
Haris - Synths (Hail Spirit Noir/Transcending Bizarre?)
Foivos - Drums (Agnes Vein)

Cover artwork "In-finitium" oleh Agostino Arrivabene

Tracklist:

1 - Cosmic Nightmare
2 - Symphony Des Gravens
3 - Adoration Of Darkness
4 - Eosforou Katavasis
5 - Visions Of The Misty Night
6 - Order Of The Dog Blood
7 - Mater Tenebrarum
8 - Virgin Blood (featuring Sotiris Vayenas - Septic Flesh)
9 - The Chariot Of Emperor (featuring Sakis "Necromayhem" - Rotting Christ / Thou Art Lord)

Sacrilegious Testament (2015) melalui proses rakaman di Crown Studios, Ioannina, Greece (kecuali track drum dirakam di Infinite Loop Studios, Ioannina, Greece) sekitar Ogos sehingga Sepetember 2014. Kesemua lagu dihasilkan oleh Astrous dan Achilleas C, manakala lirik dihasilkan oleh Necroabyssious. Penampilan Sakis dari Rotting Christ sebagai guest vocal agak menarik untuk track terakhir manakala Sotiris Vayenas dari Septic Flesh dijemput untuk menyumbangkan solo gitar untuk track kedua terakhir. Achilleas C bertindak sebagai penerbit, juruadun serta turt bertanggungjawap untuk proses mastering.

Ekspresi pertama apabila Cosmic Nightmare memulakan rentak, ia tidak terlalu memberi keghairahan, namun track kedua Symphony Des Gravens sudah mula membuatkan feel dan atmosfera music Greece menyelubungi jiwa apabila melodi2 mula menyerap kedalam otak. Beberapa riffing yang mudah membuatkan minda teringatkan Rotting Christ jelas boleh dihidu untuk beberapa track. Eosforou Katavasis dan Mater Tenebrarum adalah dua buah track tanpa sentuhan drum namun disertakan sedikit part vocal. Visions of the Misty Night dan Virgin Blood adalah track pilihan gua. Track terakhir The Chariot Of Emperor menampilkan Sakis dari Rotting Christ yang diundang bersama menyumbangkan suara bersama Necroabyssious.

Visions Of The Misty Night

Pada pendengaran gua, Sacrilegious Testament (2015) masih terikat dengan sound old skool Greece Metal yang secara terang terangan punya trademark dalam atmosfera musicnya diantara Melodic dan Black Metal nya. Tidak menonjol tahap teknikalnya, formasi biasa 4X4 dalam komposisi lagu nya, layer keyboard yang diselitkan untuk beberapa part background lagu nya dan ia nya tetap kelam dan gelap.

Dari segi sound produksi, ini produk yang bersih tahap rakamannya dan tiada trigger pada drum pedal malah ianya kedengaran agak organik. Beberapa solo gitar yang menarik juga boleh didengar melalui track Symphony Des Gravens, Blood Virgin (solo gitar oleh Sotiris Vayenas dari Septic Flesh).

Untuk pasaran Malaysia, Katavasia - Sacrilegious Testament (2015) boleh diperolehi melalui Metalzone Distro (gua tak pasti adakah CD ini sudah sold out melalui label ini atau masih boleh didapati, sila hubungi Metalzone Distro untuk pertanyaan). Album ini dikeluarkan dalam kuantiti agak limited worldwide oleh Floga Records iaitu 150 copies untuk 12" LP haze colour, 350 copies black colour, 500 copies digipak CD, 500 copies jewel case CD serta 100 copies kaset. Sila dapatkan sebelum ianya kehabisan.

Katavasia
Email
Bandcamp
Facebook

Floga Records
Email
Official Website
Facebook

VotW : Muse - Mercy (Official Music Video)

Ok, gua bukanlah peminat Muse tapi gua akui band ini ada kualitinya tersendiri. Muse tampil dengan album terbaru bertajuk Drone. Ini merupakan video klip terbaru mereka bertajuk Mercy. Pada gua ini sebuah video klip yang bagus dan punya style! Ok layan dulu..

Muse - Mercy (Official Music Video)


Official Website
Facebook

Dissectomy - New Tyranny Unsurpassed (2015)

Dissectomy merupakan sebuah band yang berpaksikan irama Death Metal ini telah wujud sekitar 2003. Menghasilkan sebuah EP bertajuk Tribulation pada 2006 dan terlibat dalam sebuah kompilasi band2 Pulau Pinang bertajuk Penang Metal Tyrant Vol 1 pada 2008, Dissectomy juga telah melalui beberapa fasa penukaran line up sehingga formasi terbaru ini menggabungkan beberapa musician bawahtanah tempatan disamping Leon yang merupakan line up asal sebagai tunjang kepada nyawa Dissectomy. New Tyranny Unsurpassed adalah buah tangan terbaru dari Dissectomy yang mana gua agak sedikit excited untuk mengetahui bagaimana music terbaru Dissectomy bersama line up terbaru ini.

Adzrin Daharie - Lead/Rhythm Guitar, Fariz Azmi - Drums/Percussions, Leon Low - Bass/Lead Vocals, Jaafar Sadeq - Lead/Rhythm Guitar

Artwork/Layout oleh Mike Priest

Tracklist :

1 - Retribution
2 - Immersed In Cardinal Filth
3 - Prophecy: A Lunatic's Litania
4 - An Ancient Treachery
5 - As Hatred Devours
6 - Deliverance
7 - Al-Qiyamah: The Arcane And The Inevitable
8 - Of Wrath And Impalement

New Tyranny Unsurpassed melalui proses rakaman di Greenhouse Studio Ampang Selangor oleh Tom Bollocks dan Soundmaker Studio oleh Cole Yew. Manakala proses mix dan mastering dilakukan oleh pemain gitar band ini iaitu Dark-E. New Tyranny Unsurpassed telah dikeluarkan sendiri oleh Dissectomy.

Secara teknikalnya New Tyranny Unsurpassed terdiri dari sebuah intro, sebuah track instrumental dan 6 track berlirik. Prophecy: A Lunatic's Litania, As Hatred Devours, Delivereance (instrumental) dan Al-Qiyamah: The Arcane And The Inevitable adalah track terbaru. Sebuah track dari EP 2006 bertajuk Of Wrath And Impalement telah melalui proses rakaman semula juga seperti 2 buah track Immersed In Cardinal Filth dan An Ancient Treachery (kalau tak silap gua telah melalui sesi rakaman oleh Azim Herriot di Alor Setar satu masa dahulu) yang pernah gua dengar melalui laman Myspace mereka. Prophecy: A Lunatic's Litania merupakan antara track pilihan gua selain Al-Qiyamah: The Arcane And The Inevitable yang sememangnya unik (dari segi lirik) dan mood lagu yang benar2 brutal, kejam dan punya pengaruh music arab bersesuaian dengan tema track ini.

Keseluruhan boleh disimpulkan ada penampakkan kematangan dari segi penulisan lagu2 jika dibandingkan dengan rilisan terdahulu. Dari kontek music, jika dahulu Dissectomy lebih menjurus ke arah At The Gates dan sedikit sahaja pengaruh Behemoth, terkini gua boleh katakan pengaruh Morbid Angel sangat kuat dalam penulisan lagu terbaru ini, juga sedikit bau2 Behemoth serta riffing2 yang kearah arabic scale. Dari segi sound produksi, New Tyranny Unsurpassed boleh dikira antara hasil yang bagus dan tidak mengecewakan. Ini rakaman profesional serta pakej pro-printed CD, cover sleeve adalah harus dijadikan rujukan kepada band2 tempatan yang bakal meriliskan material 1 hari nanti.

New Tyranny Unsurpassed (2015) boleh didapati dengan harga RM20 by hand atau RM27 (Semenanjung) dan RM30 (Sabah/Sarawak). Support mereka kerana ini antara hasil terbaek dari band tempatan setakat 2015 ini. Hubungi Dissectomy melalui link2 yang disediakan dibawah promo video ini.

Dissectomy - An Ancient Treachery (Promo)

Email
Facebook
Reverbnation 
Myspace

VotW : Morphing Minds - Once (Official Video)

Morphing Minds adalah satu unit yang baru ditubuhkan dengan berpaksikan genre Melodic Death Metal. Setakat penulisan ini, Morphing Minds masih belum menjejakkan kaki untuk sebarang persembahan pentas dan Once merupakan single pertama mereka yang disertakan bersama sebuah video music rasmi. Untuk perkembangan terkini, band yang bermastautin di Pulau Pinang ini sedang dalam proses rakaman menghasilkan sesbuah EP. Ok, layan dahulu video klip ini!!!

 Gary Chin (Guitars, Bass, Vocals)
Mark James (Guitars)
Evan Tan (Drums)

Morphing Minds - Once

Kenali Morphing Minds melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah..

Email
Facebook