Humiliation - Under the Siege of Invasion (2015)

Album penuh ke 6 dari Humiliation bertajuk Under the Siege of Invasion masih boleh dikira baru dipasarkan di Malaysia. Muncul dengan line up terbaru setelah Afe (Bass) dan Matt (Gitar) mengundur diri, Humiliation dilihat masih kuat dengan penghasilan album untuk setiap tahun. Under the Seige of Invasion dikeluarkan dalam 2 format iaitu jewel case CD dibawah Deepsend Records dan 12" vinyl oleh Dark Side of Punk Records. AAA

 Humiliation 2015
Mudon (Drums), Bear Bee (Vocals), Amir (Guitars), Aima (Bass), Asraf (Guitars)

 Cover artwork oleh Arifullah
Layout oleh Randy Askardia

Tracklist :

1 - Into The Truth & The Battle
2 - Sikawang II
3 - Lost of K-XVI
4 - Occupation Force
5 - Lintang Barracks
6 - Operation Phyton
7 - Borneo Campaign
8 - Death Order
9 - Grave Error
10 - Liberation

Under the Siege of Invasion (2015) melalui proses rakaman di Hotsound Studio, Wangsa Maju KL sekitar Januari sehingga February 2015. Seperti biasa Zahid bertindak sebagai sound engineer dan bertanggungjawap dalam proses mixing. Manakala proses mastering di lakukan oleh Dennis di Clintworks Audio Productions, Hamburg Germany sekitar April ke May 2015.

Setelah mentelaah album ini, gua berpendapat Under the Siege of Invasion (2015) merupakan antara album Humiliation yang punya sound agak berat jika dibandingkan dengan album2 terdahulu. Tone gitar yang keras adalah apa yang paling utama perlu gua katakan berkenaan album ini. Mungkin aspek mastering menjadikan album ini kedengaran berat dan keras terutama dari segi tone gitarnya. Selain itu overall sound production masih berada dalam tahap profesional terbaek sama seperti apa yang dihasilkan Humiliation sebelum ini.

Gua masih memilih beberapa track yang punya elemen Death Metal yang agak meleret yang sudah hampir2 ke arah Doom (ok gua akui album Turbulence From The Deep 2013, adalah album pilihan gua) sebagai track pilihan. Antara nya Lost of K-XVI dan Grave Error manakala untuk track2 pantas Death Order, Lintang Barracks dan Liberation menjadi kemestian.

Ok, Under the Siege of Invasion (CD 2015) boleh diperolehi dengan harga RM30 by hand atau RM36 melalui pembelian pos. Masih kental dengan irama Old School Death Metal, sila hubungi Humiliation untuk copy anda.

Humiliation
Official Website
Facebook

VotW: The Green River Burial - Armilus

The Green River Burial merupakan band Technical Deathcore dari Jerman. Dalam terbitan terbaru berjudul 'Blight' yang merupakan EP 2 lagu, ia merupakan milestone kepada evolusi sound mereka yang asalnya bermain Beatdown Hardcore. Jelas sekali direction baru mereka lebih menarik dan segar. 

Untuk peminat Suicide Silence, Born of Osiris & Veil of Maya

'Blight' dikeluarkan dalam format piring hitam dan muat turun digital melalui Bastardized Recordings mulai 1 Ogos.


Tomb - Unholy Ritual (Demo 2015)

Setelah agak lama menyepi tanpa sebarang review, kali ini DtE kembali dengan review sebuah demotape dari band yg agak misteri iaitu Tomb. Agak kurang publisiti berkenaan band ini. Belum pernah terlihat sebarang penyertaan mereka didalam gig2 tempatan dan gua andaikan Tomb adalah band yg masih mengamalkan etika underground untuk zaman ini. Unholy Ritual merupakan demo pertama yang dikeluarkan dalam format kaset hanya untuk limited 100 kuantiti sahaja. Gempita Records yang terkenal dengan rilisan2 analog (tape dan vinyl) ada menyatakan penjualan demo tape ini agak mengejutkan kerana untuk ketika gua membelinya ia hanya antara saki baki sahaja yg tinggal. Sebelum gua meneruskan bebelan ingin gua perkenalkan Tomb hanya terdiri dari dua pemuzik iaitu Sarcophagus selaku vocalist manakala Leviathan mengalas tugasan sebagai pemain gitar, bass dan drum.

Logo oleh Sarcophagus
Layout design oleh Leviathan

Tracklist :

1 - Intro
2 - Curse
3 - Unholy Ritual
4 - Outro

Unholy Ritual melalui proses rakaman di Funeral Tomb Studio pada 25/11/2014. Leviathan bertindak dalam proses mix dan mastering.

Bermula dengan Intro berupa choir seakan satu upacara keagamaan namun ianya tidak berlarutan sehingga track bervokal pertama iaitu Curse muncul. Sound rakaman yang cukup old skool seakan menggamit zaman kegemilangan demotape sekitar penghujung 80an sehingga lewat 90an. Rakaman mentah yang agak raw (namun masih boleh dihadam setiap bunyian instrument yang dimainkan) ini lebih mengingatkan pengaruh Black Death Metal seperti Abhorer dan Rator. Jika anda penggemar music berteknikal, music ciptaan Tomb bukanlah apa yang anda cari. Curse mungkin antara track untuk pendengar music berat yang sudah hampir pencen. Hahaha..



Unholy Ritual merupakan track bervocal kedua yang masih mengangkat konsep yang sama seperti track bertajuk Curse. Jika tidak salah pendengaran, walaupun track ini agak laju jika dibandingkan dengan track sebelumnya, ada beberapa part dalam tempo perlahan yang menggunakan latar keyboard (tidak terlalu menonjol) sebagai layer untuk menimbulkan sedikit mood atmosfera yang kadangkala seakan apa yang boleh didengar dari apa yang dilakukan Rotting Christ keatas lagu2 mereka. lagu ini berakhir dengan Outro yang pada gua menggunakan sound sample yang sama seperti Intro di awal tadi.

Dinyatakan beberapa band yang dihormati Tomb yang semestinya punya pengaruh besar dalam penghasilan band juga music Tomb iaitu Rator, Abhorer, Nuctemeron, Livation dan Brain Dead. Bersesuaian dengan nama2 band yang disenaraikan, sound produksi demotape ini juga kedengaran agak amatur. Ia nya pasti untuk menyesuaikan dengan mood dan konsep Black Death Metal yang menjadi teras kepada music Tomb.

Ok, kepada penggemar Black Death Metal terutama pendengar2 demotape dahulu, produk ini adalah di rekemen untuk anda perolehi. Sila hubungi label Gempita Records untuk urusan pembelian iaitu RM10 by hand dan RM16 untuk pembelian secara pos. Bertindak pantas kerana Gempita Records ada menyatakan kaset ini sudah hampir kehabisan.

Tomb
Email

Gempita Records
Email
Facebook
Bandcamp
Blogspot