VotW : Abbath - Fenrir Hunts (Live, September 2015)

Ex-frontman Immortal iaitu Abbath bakal kembali dengan band nya sendiri yang menggunakan nama Abbath pada 2016. Fenrir Hunts telah dimainkan secara live melalui temasya2 yang telah mereka lalui sebelum ini. Ini adalah rakaman secara live di studio. Dinyatakan juga ia tidak seperti apa yang akan terhasil untuk rakaman album nanti. Cekidaut!!!!

Abbath - Fenrir Hunts (Live, September 2015)

Abbath terdiri dari Abbath (Vocal/Guitars), King (Bass), Creature (Drums) dan Valla (Session Guitar)

* Berita dari Immortal (setelah berlaku sedikit permasalahan antara Abbath/Demonaz dan Horgh), Demonaz dan Horgh turut dalam proses rakaman album terbaru. Sama2 kita nantikan apa yang bakal terhasil kepada kedua2 band ini. Abbath dan Immortal. 

Official Website
Facebook

Soulfly - Archangel (2015)

Album ke 10 Soulfly bertajuk Archangel ini secara rasmi nya dipasarkan pada 14/8/2015. Ok, sebelum gua berceloteh lebih, ada baeknya gua akui sendiri gua adalah antara follower Max Cavalera dari zaman kurus sehingga bulat seperti sekarang. Hahaha.. Setelah mentelaah sekian lama, gua boleh katakan ini antara album yang bagus untuk di review oleh gua selaku fans Soulfly. Menampilkan Zyon yang juga anak Max sebagai pemain drum, Marc Rizo seorang gitarist yang sememangnya hebat (gua rasa tanpa Marc Rizo boleh jadi music Soulfly tidak boleh advance ke depan sangat) serta Tony Campos yang meninggalkan Soulfly untuk menyertai Fear Factory setelah selesai rakaman album ini. Ok, next...

Max Cavalera (Vocals/Guitars), Zyon Cavalera (Drums), Marc Rizo (Guitars), Tony Campos (Bass)

Artwork oleh Eliran Kantor

Tracklist :

1 - We Sold Our Souls To Metal
2 - Archangel
3 - Sodomites (feat. Todd Jones of Nails)
4 - Ishtar Rising
5 - Live Life Hard! (feat. Matt Young of King Parrot)
6 - Shamash
7 - Bethlehem's Blood
8 - Titans
9 - Deceiver
10. Mother Of Dragons (feat. Richie Cavalera of Incite, Igor Cavalera of Lody Kong, Anahid M.O.P.)

Bonus tracks untuk CD/DVD special edition:

11. You Suffer (Napalm Death cover)
12. Acosador Nocturno
13. Soulfly X

Archangle melalui proses rakaman di Megawatt Recording Studios, Studio City dan Hydeway Studio, Van Nuys, Carlifornia. Proses mix dan mastering turut dilakukan di Hydeway Studio, Van Nuys, Carlifornia. Matt Hyde bertanggungjawap didalam proses rakaman, mix dan mastering. Turut dibantu oleh Chris Rakestraw dalam proses engineering.

Secara keseluruhan gua boleh katakan Archangel merupakan antara hasil terbaik dari Soulfly selain dari self-title 1998, Conquer dan Enslave (antara album pilihan gua). Seperti yang di nyatakan oleh Max ketika rakaman di jalankan, influences band seperti Belphegor, Behemoth dan 1349 ternyata diadaptasi dalam penghasilan album ini. Tiada lagi bunyian berimbau, tetapi penggunaan trombon seperti dilakukan Behemoth seperti lagu Blow Your Trumpets Gabriel berjaya di apply untuk lagu Bethlehem's Blood. Juga kedengaran riffing2 yang menjurus ke arah Death dan Black Metal pada track2 suku terakhir album. Hanya track bertajuk Titans kedengaran sedikit hardcore pada verse nya mengingatkan feel seperti lagu2 seperti Spit (Sepultura - Roots), Fire juga mood seperti album Omen. Juga apa yang boleh disimpulkan Marc Rizo banyak melakukan feel-in dalam verse beberapa lagu. Juga beberapa solo gitar yang ternyata dimiliki oleh nya. Deceiver dan Acosador Nocturno (Bonus track untuk deluxe edition CD) adalah lagu yang sama tetapi berlainan bahasa.

Track pilihan gua, Bethlehem's Blood, Deceiver/Acosador Nocturno, Mother of Dragon, Archangel dan Sodomites.

Archangel didatangkan dalam beberapa format dan untuk deluxe edition CD disertakan sebuah DVD persembahan live Soulfly di temasya Hellfest 2014. Akhir kata Archangel ada kelainannya dan "soul" nya yang tersendiri.

Soulfly - Archangel (Official Music Video)

Official Website
Facebook
Youtube

VotW : Slayer - Repentless (Official Music Video)

Ini video sangat jilake punya ganas.. Tak perlu intro panjang pasal Slayer.. Repentless adalah tajuknya yang juga digunakan sebagai tajuk album ke 12 mereka. Video ni memang ganas dan seeloknya jauhi dari tontonan kanak2.. Ok layan..

Slayer - Repentless (Official Music Video)

Official Website
Facebook

Astafir - Dark Spruce Forest (Demo 2015)

Gua terpanggil untuk memiliki demo dari band bernama Astafir ini setelah dimaklumkan mereka membawa genre yang agak asing di Malaysia iaitu Melodic Doom (seperti dinyatakan dalam laman facebook mereka). Setelah membuat sedikit pemerhatian dari sample2 lagu mereka, gua berpendapat Astafir membawa konsep Gothic Doom Metal dengan pengaruh old skool dan agak kurang pengaruh mainstream seperti kebanyakkan band2 yang pernah lahir di dunia gelap masakini. Dark Spruce Forest (Demo 2015) merupakan buah tangan pertama mereka yang hanya memperdendangkan 2 buah track sahaja. Mungkin sebagai pengenalan sebelum penghasilan EP atau album selepas ini. Sebelum gua berceloteh panjang ingin gua nyatakan Astafir lahir sekitar 2007 di Kulim Kedah, namun sekarang mereka berpengkalan di Kuala Lumpur. Terkini Astafir dianggotai oleh Yaya (Vocals), Bob (Vocals), Am (1st Guitar), Luth (Guitar), Anol (Bass), Lan (Drum) dan Amir (Keyboard).


Tracklist :

1 - Night Worshiper
2 - Dark Spruce Forest

Tidak dinyatakan info berkenaan rakaman demo ini dilakukan. Namun dinyatakan ianya dikeluarkan sendiri oleh Astafir dalam kuantiti 50 unit sahaja.

Track pertama Night Worshiper bermula dengan alunan nyanyian wanita sebelum riff catchy berserta petikan sound sample dari keyboard yang agak bermood suram. Bersama growl dari vocalist serta alunan melodi dari female vocal jelas pengaruh Theater of Tragedy dapat dihidu disini. Namun music suram mereka pula mengingatkan kepada The Sin of Thy Beloved. Track ini berada dalam tempo yang perlahan dan pengaruh Doom Metal turut dapat dihidu. Dari track ini gua berpendapat, Astafir adalah band yang menerapkan unsur Old Skool Metal dalam penghasilan lagu2 mereka.

Astafir - Dark Spruce Forest

Dark Spruce Forest yang merupakan track kedua jelas memperlihatkan Astafir sudah punya konsep tersendiri dalam penghasilan lagu2 mereka. Mengekalkan apa yang terkandung didalam track pertama, Dark Spruce Forest kedengaran lebih berat dengan permainan twin pedal serta strumming gitar yang laju namun terkawal. Kepelbagaian idea jelas di apply didalam track ini.

Apa yang boleh gua katakan berkenaan demo ini, ianya antara demo yang bagus dari segi sound produksi (diharap untuk rakaman selepas ini EP atau full length, Astafir dapat menghasilkan sound produksi yang lebih berkualiti). Kekuatan kedua2 track ini mungkin pada sound atmospheric yang agak suram, pembawaan vocal yang boleh dikatakan berjaya oleh Bob pada bahagian growl dan tidak ketinggalan Yana yang dapat mengalunkan vocal indah bersesuaian dengan melodi vocal yang dihasilkan. Riff2 catchy jugak berjaya dihasilkan dan disulam latar keyboard.

Sesuatu yang perlu diperkatakan, konsep sebegini mungkin boleh mendatangkan tanggapan "klon" kepada band2 ternama seperti Theater of Tragedy, The Sin of Thy Beloved, Tristania dan seangkatan. Juga dalam mencari identiti bagi music sebegini adalah sesuatu yang perit untuk dihasilkan. Namun gua berharap Astafir bakal menemui identiti tersendiri dalam masa terdekat (atau mungkin mengambil sedikit masa sedikit) dan boleh menggegarkan kembali persada music gelap tempatan terutama dengan genre sebegini.

Dark Spruce Forest boleh dimiliki dengan harga RM10 by hand atau RM17 by postage. Beri mereka peluang untuk berkaryakerana mereka antara band baru yang berani menghasilkan sesuatu yang sangat jarang ditemui untuk genre sebegini am nya di Malaysia. Support mereka untuk penghasilan material2 mereka yang akan datang.


Kenali Astafir melalui laman sesawang facebook mereka.

Facebook

The Green River Burial - Blight (EP, 2015)




VotW : Soulfly - Archangel (Official Music Video)

Soulfly baru sahaja melahirkan album ke 10 bertajuk Archangel yang pada gua agak berlainan sekali apa yang dihasilkan mereka kali ini. Ok, sebelum copy gua sampai ini ada gua selitkan video music rasmi untuk self-title track iaitu Archangel. nanti dah sampai CD, gua review plak.. Layan...

Soulfly - Archangel (Official Music Video)

Kenali Soulfly melalui lawan sesawang yang disediakan dibawah..

Official Website
Facebook