Astafir - Dark Spruce Forest (Demo 2015)

Gua terpanggil untuk memiliki demo dari band bernama Astafir ini setelah dimaklumkan mereka membawa genre yang agak asing di Malaysia iaitu Melodic Doom (seperti dinyatakan dalam laman facebook mereka). Setelah membuat sedikit pemerhatian dari sample2 lagu mereka, gua berpendapat Astafir membawa konsep Gothic Doom Metal dengan pengaruh old skool dan agak kurang pengaruh mainstream seperti kebanyakkan band2 yang pernah lahir di dunia gelap masakini. Dark Spruce Forest (Demo 2015) merupakan buah tangan pertama mereka yang hanya memperdendangkan 2 buah track sahaja. Mungkin sebagai pengenalan sebelum penghasilan EP atau album selepas ini. Sebelum gua berceloteh panjang ingin gua nyatakan Astafir lahir sekitar 2007 di Kulim Kedah, namun sekarang mereka berpengkalan di Kuala Lumpur. Terkini Astafir dianggotai oleh Yaya (Vocals), Bob (Vocals), Am (1st Guitar), Luth (Guitar), Anol (Bass), Lan (Drum) dan Amir (Keyboard).


Tracklist :

1 - Night Worshiper
2 - Dark Spruce Forest

Tidak dinyatakan info berkenaan rakaman demo ini dilakukan. Namun dinyatakan ianya dikeluarkan sendiri oleh Astafir dalam kuantiti 50 unit sahaja.

Track pertama Night Worshiper bermula dengan alunan nyanyian wanita sebelum riff catchy berserta petikan sound sample dari keyboard yang agak bermood suram. Bersama growl dari vocalist serta alunan melodi dari female vocal jelas pengaruh Theater of Tragedy dapat dihidu disini. Namun music suram mereka pula mengingatkan kepada The Sin of Thy Beloved. Track ini berada dalam tempo yang perlahan dan pengaruh Doom Metal turut dapat dihidu. Dari track ini gua berpendapat, Astafir adalah band yang menerapkan unsur Old Skool Metal dalam penghasilan lagu2 mereka.

Astafir - Dark Spruce Forest

Dark Spruce Forest yang merupakan track kedua jelas memperlihatkan Astafir sudah punya konsep tersendiri dalam penghasilan lagu2 mereka. Mengekalkan apa yang terkandung didalam track pertama, Dark Spruce Forest kedengaran lebih berat dengan permainan twin pedal serta strumming gitar yang laju namun terkawal. Kepelbagaian idea jelas di apply didalam track ini.

Apa yang boleh gua katakan berkenaan demo ini, ianya antara demo yang bagus dari segi sound produksi (diharap untuk rakaman selepas ini EP atau full length, Astafir dapat menghasilkan sound produksi yang lebih berkualiti). Kekuatan kedua2 track ini mungkin pada sound atmospheric yang agak suram, pembawaan vocal yang boleh dikatakan berjaya oleh Bob pada bahagian growl dan tidak ketinggalan Yana yang dapat mengalunkan vocal indah bersesuaian dengan melodi vocal yang dihasilkan. Riff2 catchy jugak berjaya dihasilkan dan disulam latar keyboard.

Sesuatu yang perlu diperkatakan, konsep sebegini mungkin boleh mendatangkan tanggapan "klon" kepada band2 ternama seperti Theater of Tragedy, The Sin of Thy Beloved, Tristania dan seangkatan. Juga dalam mencari identiti bagi music sebegini adalah sesuatu yang perit untuk dihasilkan. Namun gua berharap Astafir bakal menemui identiti tersendiri dalam masa terdekat (atau mungkin mengambil sedikit masa sedikit) dan boleh menggegarkan kembali persada music gelap tempatan terutama dengan genre sebegini.

Dark Spruce Forest boleh dimiliki dengan harga RM10 by hand atau RM17 by postage. Beri mereka peluang untuk berkaryakerana mereka antara band baru yang berani menghasilkan sesuatu yang sangat jarang ditemui untuk genre sebegini am nya di Malaysia. Support mereka untuk penghasilan material2 mereka yang akan datang.


Kenali Astafir melalui laman sesawang facebook mereka.

Facebook

0 feedbacks: