Battle Hymn - World Carnage (2015)

Battle Hymn merupakan sebuah band yang berasal dari Petaling Jaya Selangor. Difahamkan band ini lahir sekitar 2012. Menghasilkan sebuah demo pada 2013 dan antara band yang agak kerap di lihat tersenarai dalam list2 gig tempatan. World Carnage merupakan satu tindakan berani dari Battle Hymn iaitu penghasilan album penuh yang menyajikan irama keras, laju dan cukup beremosi.

Desecrator (Guitars), Dominator (Bass) dan Warhammer (Vocal/Drums)

Cover artwork oleh Zarim

Tracklist :

1 - The Laknated Forces
2 - Inferno
3 - Campaign of Terror
4 - The Dead (Fallen Comrades)
5 - Iron Coffin
6 - Mass Murder
7 - War Black Metal
8 - World Carnage

World Carnage (2015) melalui proses rakaman instruments di S.A.E Studio pada 2014 manakala track vocal dirakam di Quantize Studio Pandan Indah KL pada June 2015. Kesemua track melalui proses mix dan mastering oleh Azim di Quantize Studio. The Laknated Forces dan Inferno merupakan 2 track yang dirakam semula dimana ia diambil dari demo 2013.

8 track yang penuh memberi emosi tekanan, kejam dengan riffing gitar, pekikan vocalist dan paduan snare yang padu. Itu komen ikhlas gua dari segi positif nya album ini. Penggemar Marduk, The Legion, Dark Funeral, pasti akan biasa dengan material yang dihasilkan Battle Hymn ini. Keupayaan mereka tidak dapat disangkal lagi. Kredit terbesar mungkin boleh diberi kepada drummer merangkap vocalist band ini iaitu Warhammer dimana beliau menggalas 2 posisi sekaligua. Mungkin ada antara anda pembaca sudah melihat keupayaan band ini dipentas2 gig sekitar anda.

Namun begitu sedikit mendukacitakan adalah dari segi sound production, gua beranggapan jika World Carnage melalui proses rakaman di studio yang lebih berkualiti pasti hasil yang lebih jitu dapat dihasilkan memandangkan Azim (Herriot) adalah juru mix dan mastering nya. Kemungkinan jika wave file asal (semasa rakaman) lebih bagus dapat dirakam hasil terakhir akan lebih umphhh! (sekadar pendapat gua..) Ok, gua begitu ketagih untuk mendengar hentakkan pedal dari drummer merangkap vocalist band ini sebenarnya..hahaha.

Inferno, Campaign of Terror dan Mass Murder adalah pilihan peribadi gua.

Penggemar irama Metal yang laju, keras dan kejam sila dapatkan World Carnage dengan harga RM20 by hand atau RM28 (Semenanjung) atau RM32 (Borneo).  Produk yang hanya dicetak sebanyak 333 copies ini dikhabarkan tidak akan dicetak semula. So kepada pendukung irama War Metal, sila dapatkan CD ini sebelum ianya kehabisan.

Battle Hymn - The Laknated Forces (Live)

Battle Hymn
Facebook
Email (band)

Booking Agent (email)
binramlie@yahoo.com
yusman888@yahoo.com

0 feedbacks: