Erectile - Porn Attitude (EP2015)

Erectile adalah merupakan sebuah band generasi pelapis Ipoh, Perak. Lahir sekitar 2014, menyertai beberapa siri gig dan dengan berani menghasilkan sebuah EP bertajuk Porn Attitude baru2 ini dibawah label Grundar Productions yang agak serius dalam rilisan2 tempatan dan juga patut diberi pujian kerana berani mengambil band2 baru untuk diketengahkan kepada umum. Porn Attitude adalah sebuah material yang termaktub didalam genre Porno Goregrind, satu genre campuran antara Gore dan Grind disulam bersama lirik2 dan bunyian lucah bersalut kekejaman. Hahaha..

Pjoy Deepthroater (Vocals), Dee Bondage (Guitars), Anal Zul (Bass),
Perverted Bone (Drums)

Cover artwork oleh Wan Billy
Sleeve & grafik oleh Mr Ah Fadz

Tracklist :

1 - Intro Cucumber Raped Me Twice
2 - Sinful Handjob
3 - Dorayakai Breastfeeding
4 - Clothed Female Naked Male
5 - Confusion Between Two Hole
6 - Masturbation Law

Porn Attitude (EP2015) melalui proses rakaman di Necro-X Studio, Bercham Ipoh Perak. Proses mixing dilakukan oleh Daud Necro.

Pertama kali mendengar EP ini, gua sudah boleh mengagak tahap kelucahan yang disalurkan dari tenaga2 masturbasi pemuda2 Erectile. Hahaha.. Intro bunyian rengekan kesedapan perempuan dalam situasi ejakulasi di jahanamkan lagi dengan bunyian remix yang memang masuk sekali dengan melodi rengekan itu. Apabila irama goregrind berdistortion dimainkan, gua sekali lagi dapat mengagak sound produksi yang seakan 1 take recording dilakukan. Mungkin Porn Attitude adalah rakaman live dan hanya track vocal di rakam berasingan. Itu tanggapan gua sebagai pendengar. Raw yang bagus, seimbang dan kena dengan konsep kerana Erectile bukan lah sebuah band yang mengejar kelajuan semata2.

Track2 berdurasi pendek ini adakala nya sukar dihadam kecuali anda mempunyai pendengaran yang agak tajam dan cerewet. Penggemar irama goregrind adalah disarankan memiliki CD ini.

Porn Attitude boleh di beli dengan harga RM12 by hand atau RM17 bagi pembelian secara pos bagi Semenanjung dan RM20 Sabah/Sarawak. Hubungi Grundar Production untuk urusan pembelian. Secara ikhlas gua beranggapan Erectile adalah sebuah band yang patut diberi perhatian walaupun besar kemungkinan kemunculan mereka akan sentiasa dibayangi oleh sebuah lagi band seangkatan mereka iaitu Bahajang.

Akhir kata, jauhi CD ini dari pendengaran kanak2. Hahahaha.. Ehh mana logo "Parental Advisory - Explicit Content" di cover CD? hahaha..

Erectile - Live at Ipoh Grindfest

Erectile
Email
Facebook

Grundar Production
Official Website
Facebook
Twitter

2 feedbacks:

Faith Craft said...

Aku sentiasa ada masalah nak ulas band porngrind dan band American Metal... aku xtau nak guna ayat apa dah... mati akai. Cukup takut kalau dapat CD genre ni. hehehe.

Contramen said...

untuk kuantiti lagu sebanyak ni aku bleh fokus dengar lagi.. kalau dah cecah 20 lagu memang penat jugak nak beza2 lagu.. - C