Interview : Ben's Bitches - band paling kecoh!!!

Bila gua contact band ni untuk beli album ke 3 diorang, gua rasa ada baek jugak kalau gua intebiu untuk kenal dan lebih tahu apa sebenarnya yang dilakukan Ben's Bitches sepanjang penglibatan mereka dalam industri kecil tanahair kita ni. Ok, gua kasi intro sikit.. Ben's Bitches ni band dari Kuala Lumpur. Ada tulis start around 2003 dulu. Ada 3 album rasmi iaitu National Disservice (2004), Mamak Conspiracy (2007) dan yang paling latest Pakatan Maut (2015). Band ni ada root Punk, Rock N Roll dan bagai2 lagi.. senang cakap Ben's Bitches memang Rock! Ok, cukup sikit intro dari gua, untuk kenal lebih mendalam boleh baca sesi temubual santai antara kami dan Ben's Bitches.. Go!


1 - Hai Ben's Bitches.. boleh aku tau sapa yg jawap sesi intebiu ni?
Hai DtE. Aku yang jawap ni, Ben. Ya, banyak orang tak tahu Ben adalah orang sebenar dan bukan watak rekaan kugiran ni. Tapi Khang bersama saya di sini, untuk menambah pendapat dan membetulkan Bahasa Ibunda.

2 - Aku kenal music dan lagu Ben's Bitches ni zaman i-bands dulu. Cilaka ranking no 1 lagu "Berbulu" hahaha.. itu lagu siap jadi isu dalam newspaper lagi.. lu orang xde kena soal jawap dengan polis ke apa ke?
Tak lah. Mula-mula, ingat ade masalah. Tapi lama kami tunggu takde hal pun. Sekarang gua fikir balik, sepatutnya kami membuat dakwaan terhadap suratkhabar-kertas tandas itu. Mana tau, boleh jadi famous? Anyway, yang buat kami famous tak famous tu pasal lagu Berbulu tu crash kan site i-bands sebab terlalu banyak download. Kite lebih banyak download dari M. Nasir, guarantee.

The Cha Cha Ska of Amber Chia

3 - Paula Malai Ali dengan Amber Chia takde bagi feedback apa2 kah kat lu orang? ajak dating ke, ajak tengok wayang ke?
Takde lah! Paula Malai Ali cakap dia support kite orang walaupun kite nak lempang muka Paula dengan daging kite. Amber Chia cam ok je. Selalu supportive jugak. Mungkin dia tak faham kot lirik-lirik lagu yang kite tulis pasal dia.

4 - Aku ada baca korang ada rilis demo masa 1st show dulu kat King's Studio. Brapa lagu ada dalam demo tu? Crita sikit pasal demo tu.. brapa lagu? lagu tajuk apa? kat mana rekod apa semua lah..
Itu demo gua pakai CD-R, burn kat komputer bapak gua. Mula-mula terdapat 8 lagu kat EP 'Bigger Than The Beatles, Cheaper Than The Pirates' - pastu ada 'Nipple' EP dan finally ade 'Flashbacks from The Future' - compilasi lagu-lagu dari 'Bigger Than The Beatles...' dan 'Nipple' EP – semua keluar tahun 2003. EP 'Bigger Than The Beatles...' tu direkod oleh saya bersama guitarist kite, Jason Ong. Time tu ada gua ngan Jason aje. Pastu Jason ade kerja, so CK datang balik mahu main band dgn ku (sebab dia mula-mula tendang aku keluar dari band kite sendiri – Mahathir’s Mohawk - time sekolah menengah). Ha, time tu la aku namakan band sebagai Ben's Bitches, so kalau dia nak tendangkan ku lagi tak boleh. Nama band pun camtu. Hahaha.... semua orang kan tau CK tu my bitch. Berkesan sangat strategi ini sampai nama band pun kekal sampai sekarang walaupun anggota sudah bertukar dan CK sudah cabut lebih 8 tahun dulu.

5 - National Disservice tu dah re-issue.. 1st press dulu sold out ke? brapa copies pressing dulu?
1st press ade 1 ribu copy yg kite jual RM5 saje. Itu sebab banyak orang mau beli. Bila kite buat second pressing, tukar balik harga CD biasa RM20 maka kurang lah orang yg beli sebab diorang takde duit kot... atau lebih suke gunakan duit untuk beli kopi Starfucks and bitch dgn kawan-kawan mereka pasal scene yang sudah jadi tak cool.

6 - Dulu masa aku beli National Disservice dengan CK, dia kata Ben's Bitches ni buat lagu lirik style on your face.. kalau nak buat pasal "pundek" memang lirik akan tulis straight forward apa itu "pundek".. macamana timbul idea nak buat lagu dengan lirik2 macam ni?
Sebenarnya, saya tulis lagu 'Peter The Pirate' dulu. Lagu tu ada chorus "Lah-Lah-Lah-Lah"... cam biase orang Malaysia cakap "lah". Pastu CK tak habis-habis dgn lagu lucah bodoh dia yang tak boleh blah. Dia sebenarnya tiru style aku (iaitu style tulis lagu untuk orang Malaysia tanpa menghiraukan apa-apa pengaruh MTV atau attitude rockstar yang sangat popular dikalangan remaja yang main muzik di KL), tapi melucahkan style itu. Sekarang CK dah jadi sellout. Kerja kat station minyak. Dia cakap tin kosong la time bro jumpe dgn dia. Memang orang akan perasaan band yang nyanyi lagu-lagu cam ni, tapi in the long-run, dia hanya buat heboh untuk seketika. Lepas nyanyi pasal kotek berbulu, apa lagi? Bro, tau tak CK buat side-projek dia Cicak Kobain kenape? Sebab dia nak kite mainkan lagu yang dicompose dan ditulisnya iaitu 'KENTUT', yang ada solo-kentut lagi! Aku terus suruh dia buat solo project. Ha, itu origin Cicak Kobain. Pasal kite orang tak mau layan kebodohan dia. Terhad lah kepada satu dua lagu aje… tapi CK nak satu album semua lagu mengarut cam tu. Tak boleh blah la.

7 - CK dah blah dari Ben's Bitches, aku ada check youtube last 2009 dulu dia ada lagi buat lagu merapu2 ni.. apa crita CK sekarang?
Entah, rasenya dia nak main balik muzik tapi tak ade masa sebab dia terlalu sibuk kulumkan lagu konek-konek berbulu dia.

8 - Dulu 3 pieces band, sekarang dah ramai pulak line up.. Amacam komitmen line up kali ni? Ok atau bertambah pening?
Memang lah pening sebab lebih banyak kerja untuk organise. Tapi kalau dibandingkan dgn time aku main dgn CK, lebih senang lah nak berkomunikasi dgn orang yang ada kepala otak.

9 - Lagu Carburetor Dung "Happy" tu sebagai penghormatan kah apa ada sesuatu yang istimewa sampai lu orang cover lagu tu dalam Mamak Conspiracy?
Versi ori Carburetor Dung tu biasa lah... Bising, punk rock. So kite rase cam mahu jadikan lagu tu pop sangat. Nak cube bayangkan camaner lagu tu kalau dia dimain oleh band mainstream. Kite rase Joe Kidd tak kisah la, so kite cover je. Pada pendapat saya, it's not our best song, tapi lagu tu kite boleh kira experimental bagi kite orang. Satu lagi, liriknya berisi dan pasal orang-orang kurang kemampuan. Kite rase messagenya penting jugak untuk disebarkan. Versi ori memang lagu klassik.


10 - Mamak Conspiracy aku dengar sama naik jugak macam National Disservice. Tapi yang baru ni Pakatan Maut dia punya muzik lebih variasi.. Bukan setakat Punk, aku dengar lagu ala2 country, macam Santana pun ada.. pada lu orang, apa yang best sangat dengan Pakatan Maut kali ni?
Dia best pun tak best sangat la. Dia tersangat best, pasal tu dia tak best sangat. Gua rase, time Mamak Conspiracy dan National Disservice tu (2003-2007) gua masih mentah. Jadi skrng, dengan pengalaman, kementahan saya telah bertambah matang masa saya mengenali kawan-kawan saya. Apabila si CK dan Wafiey keluar band, saya bertambah lebih matang.
 

Tak ramai tahu, tapi saya bertemu Jason pada tahun 2000 di kolej muzik ICOM. Jason adalah anggota pertama Ben’s Bitches. Proto-Ben’s Bitches atau otai Ben’s Bitches! Goreng maut semua sayur boleh dimakan penontonnya! Azmyl, drummer pertama kite (semasa ngan CK), pun kembali dan menambah semangat semula yang hilang time si Wafiey tu. Sebenarnya, Azmyl sentiasa ada dalam band, memberi sumbangan dari segi menulis lirik dan mereka melodi, tapi selepas dia ada kemalangan semasa main tennis dia pun kurang aktif dalam band kite dan lebih focus kpd solo kareer dia (album terbaru Azmyl Yunor & Orkes Padu ‘Was Was’ memang favourite gua antara album-album Azmyl). Kahock, steady, menggantikan Azmyl (yang nyanyi, main tambourin dan harmonica) sebagai pengetuk drum dan pereka beat. Khang adalah kawanku yang tinggal serumah. Dia artist yang design semua image kite dan juga pemain bass, pereka melodi dan lirik, dan menyanyi bersama.

Kelainannya, semua lagu Ben’s Bitches memang terbest untuk sesetengah orang di kota ni, tapi malahan juga memang terkoyak untuk orang lain (yang kurang tahu pasal muzik best). Jadi, semua album-album Ben’s Bitches ada keistimewaan untuk orang berlainan. Saya rase pemuda-pemudi akan suke komedi dari 2 album pertama, tapi bila dah bertambah matang akan suke juga Pakatan Maut. Dan tambah juga, si bodo CK keluar jadi saya jadi balik ketua utama kugiran ini tanpa kacau daripada dia. So memang I nak buat cam Santana, country dan lain-lain, kecuali ‘Berbulu’.

11 - Apa pasal rakaman Pakatan Maut 2011 dulu tak jadi rilis?
Pasal cita-cita kite untuk buat rakaman yang terlalu best. Dan akhirnya tak jadi kerana terlalu memukau di dalam studio besar kat bungalow entah kat hutan mane kat Bukit Seputih. So, last-last kite ada plan David Bowie iaitu, 5 Years. Ya, plan nya, kite akan habiskan album dalam jangka masa 5 tahun dari malam yang kecoh kat Bukit Seputih tu. Jadi, dari mase 2011 sampai sekrng, kite untung setahun! Cina cakap manyak-manyak bagus ni! Ade ong! Malam ni kite boleh tidur. Setahun tak payah bikin album baru.

12 - Apa pasal guna Pakatan Maut sebagai tajuk album? Crita la sikit...
Semua orang tahu masalah dengan Negara ini. Tak payah la layan parti ni parti tu, PARTY ALL NIGHT LONG saje la! So, kalau lu ingat kehidupan ini adalah pasal Pakatan pembangkang atau kerajaan, kiri atau kanan, kuning atau merah, liberal tau konservatif; maka kamu kena lah beli album kite untuk pengetahuan yang lebih mendalam.

13 - Pakatan Maut ni aku dengar banyak betul solo gitar kalau compare dengan 2 album dulu. Lu ka yang solo Ben? Lu nak jadi Jason Becker or Marty Friedman? Ok, aku nak tanya dalam main gitar ni sapa lu punya influences?
Hanya 2 album pertama ada solo saya. Semua solo Pakatan Maut daripada otai guitar Jason Ong. Jason ni jiran kawan sekolah rendah saya tapi bertemu kembali di kolej. Beliau kurang bercakap jadi, kalau saya bercakap untuk dia, sebab dia bercakap melalui guitar, saya akan kata influences dia banyak dari Frank Zappa dan minat beliau terhadap Jepun yang amat mendalam. Semasa kat kolej kite ada perform lagu Zappa untuk kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Dari dulu sampai sekarang orang tak faham pebenda kite buat. Tak payah faham la, sebab korang sendiri tak faham apa yang korang buat sendiri, kan? Kan?

14 - 3 album yang dah buat ni ada jual oversea ka? Kot ada label luar tolong distro sana..
Takde. Tolong kite carikan distro boleh tak, bro? Paling jauh kite jual pun kat Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak - semua melalui Facebook PM-order pastu ku pos sendiri. Kat LA pun ade (Lebuh Ampang).

15 - Kalau band punk oversea main kat Malaysia, apa band yang lu orang harap lu orang bleh jadi opening band untuk band tu?
Ini impian memang dah terjadi. Bulan lepas, kite buka untuk Jeffrey Lewis. Last lagu kite cover lagu dia, ‘Cult Boyfriend’. (https://www.facebook.com/mereubu/videos/10207334674388876/) Tengok-tengok, beliau pun mula set dia dgn cover balik lagu kite, ‘Separuh Hitz’.

16 - Ada offer main oversea x? Indonesia ke, Thailand ke, Jepun ke?
Takde la bro. Kite concentrate kat Malaysia. Untuk RAKYAT MALAYSIA!!! Cina nyanyi Melayu, Melayu nyanyi Cina, India menari bersame! Tapi kalau kat luar… tolong lah panggil band kami perform… Kite pun berangan-angan jadi artis tour macam Jeffrey Lewis.

17 - Ok soalan maut sikit.. apa lu orang punya pandangan pasal fahaman2 tertentu dalam music terutama punk sampai ada yang x bleh share stage, kang gaduh bagai.. fahaman2 ni pernah buat Ben's Bitches tak boleh join satu2 gig tak?
Sebenarnya, semua sama aje. Manusia ada tulang belakang. Boleh cari makan. Apasal tak leh share? Tapi kalau sesetengah masyarakat tu yang ditindas, tak kira mane di dunia, maka itu lah jadi missi kite sebagai band paling KECOH di dunia, untuk mengencing kat atas penindas tu. Jangan gaduh-gaduh! Semua same aje. Art is for sharing, not for fighting.



18 - Selain Ben's Bitches, aku ada la tau 1 band nama Wreckär. (TAPI KITE TAK TAHU! - Ben) Boleh tahan jugak kurang ajar band ni. Ada band lain tak yang lu orang rasa boleh menandingi tahap kurang ajaq lu orang di Malaysia ni?
Setakat scene lokal, mungkin ada yang ganas, tau yang ada member gile (cam kawan kite yg main dlm band DengDengEtc – band Mandarin-hardcore); tapi semua sama aje lah. You rase kite kurang aje ke? Mane ade? Eh kite sekolah tinggi la, suda ajar la. Ade banyak sudah kena ajar dah. Tapi, kite jugak nak ada rockstar moment sekarang dan bagi shoutout kepada band-band yang kite menganggap sebagai alternatif kepada yang boring punya – band-band yang cun seperti Shh… Diam!, Azmyl Yunor & Orkes Padu, ROARM, The Panda Head Curry?, Kuning Pening dan Sudarshan, BossChan… tapi kite tak tahu la, semua same aje. Ben’s Bitches yang bes. Sekarang rase kurang ajar, tak? Sendiri mau ingat… Siapa berani mencabar?

19 - Ok serius sikit, boleh crita sikit instrument2 dan gear yang lu orang guna untuk main live?
Selalu patah, bang. Tak tahu ah. Gua pakai Fender dari mamat Jepun ni yang dulu gila pasal lumba kereta. Dia jual murah pada saya sebab dia nak beli E kot. Nampak cam kaki fengtau. Pastu, pedal mane-mane yang orang boleh pinjamkan, dan amp dari venue (untuk dipecahkan). Jason pun pakai Fender Strat. Khang main Yamaha bass, entah ape modal sebab dah patah. Kahock … aku tak perasaan jenama apa tapi bunyi kuat. Azmyl main tambourin dan harmonica, dan selalu tergolek so dia perlukan ruang saje.

20 - Ok, aku pun takde idea nak tanya soalan apa dah. Lu orang ada nak tinggal pesan apa2 tak pada yang baca intebiu ni? announcement pasal tour eropah ke, suruh beli cd ke, beli baju ke, ajak lu orang dating ke???
Sebenarnya, korang faham tak design album cover kite? Lagu kite? Lirik kite ada makna tau? Kalau tak faham, BELI! Nanti kite akan ceritakan satu-persatu di gig mane-mane sebab kami tiada tour Eropah ke, dating ke, tapi kami tetap tinggal di sini dan berjuang bersama anda di Malaysia. Telinga anda telinga saya. Muzik anda muzik saya.

Thank you Ben's Bitches sebab sudi jawap soalan2 dari kami Dissecting the Euphony.
Sama-sama. CD (baru dan lama) dan baju boleh didapatkan di Facebook kami. PM aje.

*************************************************************************


Ok setakat tu saja intebiu kami dengan Ben's Bitches.. pada gua Contramen, Ben's Bitches perlu wujud dalam industri kecil tanahair kita.. Kita perlu band yang berani sebut sahaja apa yang berlaku disekeliling..  Dan jangan lupa dapatkan  CD Pakatan Maut (2015), juga cd2 lama National Disservice (2004) dan Mamak Conspiracy (2007) disamping merchandise2 seperti tee Ben's Bitches.. sila ke laman facebook mereka untuk sebarang pembelian.. Go!!!

Facebook
Reverbnation

* Kredit :
- imej dari Facebook Ben's Bitches
- video juga dari Facebook dan Youtube
- audio dari Reverbnation Ben's Bitches

0 feedbacks: