Surtur - Descendant of Time (EP 2015)

Gua diberi copy band dari Dhaka, Bangladesh namun bernaung di bawah label tempatan dari utara tanahair iaitu Faithcraft Productions. Sebagai introduksi Surtur telah dilahirkan kembali pada 2012 dengan Shadman Omee (guitarist) sebagai mastermind sebelum Rifat Rafi (drums) membuatkan kombinasi ini lantas merekrut Riasat Azmi untuk posisi vocalist dan Masnun Efaz di posisi bass. 4 pemuda ini mula menghangatkan pentas2 gig dan terkini sebuah EP bertajuk Descendant of Time telah dikeluarkan lantas di lamar Faithcraft Productions dari Malaysia. Meletakkan Thrash Metal sebagai genre bawaan mereka gua merasakan ini bukan calang2 punya Thrash Metal kerana apa yg di hidangkan adalah sesuatu yg lebih dari apa yg selalu kita dengar dari lagu2 Thrash Metal dulu hingga sekarang.

 Surtur (line up 2015)

Artwork oleh Safwan Hossain

Tracklist :

1 - Prologue to Chaos (Intro)
2 - Descendant of Time
3 - Maggot Filled Brain
4 - Demolisher

Melalui laman facebook mereka, Descendant of Time (EP 2015) telah menjalani proses rakaman di Sonic Occult Productions bertempat di Dhaka, Bangladesh. Tidak dinyatakan sebarang info berkenaan rakaman di dalam pakej CD.

Di mulakan dengan intro Prologue to Chaos yg merupakan permainan gitar tanpa distortion di samping sedikit sound sample sebagai latar belum mampu membuatkan gua meneka apa yg menyebabkan Faithcraft Productions begitu beriya menambat Surtur untuk rilisan EP ini.

Descendant of Time merupakan track pertama yg dipertaruhkan Surtur. Arghhhhh gua dah dapat jawapan kenapa pemilik Faithcraft Prods sanggup meriliskan EP ini. Ya mungkin Thrash Metal adalah asas kepada music ciptaan Surtur namun apa yg didistortionkan adalah sesuatu yg sangat mengagumkan. Terkejut dan teruja dengan pemuzik Bangladesh ini dari apa yg dihasilkan. Permainan instrument yg padat, sendat dan kental. Gua agak teruja dengan guitarwork didalam track ini. Tidak salah jika gua kata ia boleh saja jika mahu menjadi Necrophagist.. haha.. namun groove dan hook track ini memang boleh bikin crowd tak senang duduk jika dibawa secara live. Dari segala segi nampak kesemua line up memberikan yg terbaek untuk track gila ini.

Maggot Filled Brain mungkin tidak seganas Descendant of Time. Bermula dengan broken chord sebelum riffing berlatar Thrash Metal dihidangkan. Flow untuk track ini mungkin agak mendatar namun gua teliti riffingnya bukan biasa2 juga. Vocalist masih memberi persembahan yg hebat dari segi penyampaiannya.

Demolisher yg merupakan track terakhir gua rasa paling menggila walaupun bermula dengan mood yg biasa sahaja. Ok itu intro sahaja.. masuk part verse memang ribut gila!!! Riffing, drum, vocal menyerang tanpa memberi ruang kosong. Ini bukan tipikal Thrash Metal. Permainan yg laju, solo berteknikal, drum fully attack dan lontaran vocal yg tidak pernah turun langsung tahap performance nya. Kesimpulan untuk track ini ia adalah ribut! Tamat tanpa sebarang tanda!

Ok, secara keseluruhan gua rasakan Surtur adalah band yg berbakat. 3 buah lagu (gua tolak intro instrumental yg awal) yg terkandung didalam EP ini membuktikan apa yg dihasilkan adalah terbaek dan berkualiti. Datang dari Bangladesh adalah satu faktor yg buat gua benar2 teruja dan terkejut dengan apa yg dihasilkan melalui CD ini. Mereka membawakan sesuatu yg lebih dari apa yg sepatutnya terkandung didalam definisi Thrash Metal am nya.

Kualiti production juga sesuatu yg membanggakan. Malaysia patut punya tenaga profesional dalam hal ehwal rakaman yg lebih bagus jika dilihat kemampuan kualiti rakaman EP ini. Ya pasti ada dan harapnya adalah juga hasil gila sebegini hendaknya.


Ok, Descendant of Time edisi terhad berformat pocket CD ini boleh diperolehi dengan harga RM16 melalui pembelian secara pos dengan menghubungi Faithcraft Productions. Kepada penggemar Thrash Metal yg inginkan aksi liar ini adalah jawapan kepada keboringan anda. Mungkin juga organizer KL Thrashed boleh berkira2 untuk membawa Surtur ke Malaysia jika tiada lagi usaha menjahanamkan temasya tahunan Thrash Metal tempatan seperti yg berlaku 2015.

Last word, untuk adrenalin yang lebih, sila fullblast tahap level volume player anda!!!!


Surtur
Email
Facebook

Faithcraft Productions
Email
Blog
Facebook

Nile - What Should Not Be Unearthed (2015)

Nile sebuah band Death Metal tegar dari Greenville, South Carolina ini rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pendengar2 irama keras. Menghasilkan album penuh ke lapan dengan tajuk What Should Not Be Unearthed dan masih dengan gaya cerita purba Mesir. Ketaksuban Karl Sander dalam penghasilan lirik sejarah agung Mesir ini membuatkan Nile antara band yang unik disamping tahap teknikal dan kelajuan cara permainan instrument setiap line up.

Karl Sanders - Guitars, Bass, Vocals, Keyboards, Bağlama, Saz, Bouzouki
Dallas Toler-Wade - Guitars, Bass, Vocals
George Kollias - Drums, Percussion
Brad Parris - Bass, Vocals

Artwork oleh Michal "Xaay" Loranc

Tracklist :

1 - Call to Destruction
2 - Negating the Abominable Coils of Apep
3 - Liber Stellae Rubeae
4 - In the Name of Amun
5 - What Should Not Be Unearthed
6 - Evil to Cast Out Evil
7 - Age of Famine
8 - Ushabti Reanimator (Instrumental)
9 - Rape of the Black Earth
10 - To Walk Forth from Flames Unscathed 

What Should Not Be Unearthed (2015) melalui proses rakaman di Serpent Headed Studio, USA kecuali track drum di Soundlab, Colombia oleh Bob Moore. Proses adunan dilakukan di OTB oleh Neil Kernon. What Should Not Be Unearthed dikeluarkan secara rasmi oleh Nuclear Blast.

Nile - Call to Destruction

Call to Destruction merupakan single pertama yang sedikit mengundang kontraversi sama seperti track pertama dari Those Whom The Gods Detest (2009) iaitu Kafir. Sebuah track yang cukup padu serba serbi dari segi permainan instrument, vocal juga lirik yang boleh di tafsir kepada beberapa persepsi. 3 tahun yang ditinggalkan setelah At The Gates of Sethu (2012) nampak gaya nya berbaloi walau dengan pendengaran untuk track pertama ini.

What Should Not Be Unearthed jika dilihat seakan sambungan kepada album ke 6 bertajuk Those Whom The Gods Detest yang dipasarkan pada 2009. Dengan sound produksi yang keras, berat, padat ianya seakan peningkatan dari apa yang dilakukan di dalam At The Gate Of Sethu (2012) yang mana sound produksinya agak sedikit ringan (terutama sound/tone gitar yang sedikit ringan) walaupun struktur lagu masih mencabar untuk dimainkan.

Dari segi skill permainan instrument, jelas sekali Nile berhempas pulas untuk menghasilkan yang terbaek untuk album ini. Dallas Toler-Wade mungkin paling "pedih" untuk tugasan sebagai vocalist/gitarist kerana riffing2 yang laju pasti memerlukan latihan yang padat (ada 1 video live gua tengok Nile main lagu Call of Destruction, Evil to Cast Out Evil dan In the Name of Amun, memang guitarwork sangat menggila untuk gitarist yang turut memegang posisi tukang pekik). Karl Sanders masih menyumbangkan suara walaupun hanya sekali sekala manakala Brad Parris selaku bassist terbaru (tidak pasti posisi tetap atau session) turut menyumbangkan vocal latar dalam persembahan live. George Kollias sudah ternyata bagaikan mesin. Untuk pengetahuan umum George Kollias yang juga antara komposer utama bersama Karl Sander untuk album ini turut melahirkan album solo bertajuk Invictus beberapa bulan sebelum What Should Not Be Unearthed dipasarkan. Season of Mist menjadi label yang mengeluarkan album solo George Kollias. Nak dengar bagaimana pemain drum Nile ini mendominasi keseluruhan album sebagai komposer, vocalist, gitarist, bassist dan drummer, sila dapatkan Invictus. Gua cuba untuk review album solo ini jika ada kesempatan.

Lagu pilihan Call to Destruction, Liber Stellae Rubeae dan Rape of the Black Earth. Gua akui sukar untuk menilai satu persatu track yang terkandung. Hahaha.. ini kerana kesemua track cukup padat, pantas, berat, teknikal dan kental.

Nile - Evil to Cast Out Evil (Live)

Nile - What Should Not Be Unearthed (2015) boleh diperolehi dalam beberapa format seperti CD dan vinyl. Hubungi Nuclear Blast untuk pembelian atau melalui distro2 atau toko2 music besar tempatan. kaki ebay, no problem..

Official Website
Facebook
Twitter
Nuclear Blast Records

Ben's Bitches - Pakatan Maut (2015)

Sesi temubual bersama Ben's Bitches telah kami publish pada awal Oktober. Boleh baca DISINI. Ok, kali ni kami akan review album terbaru iaitu Pakatan Maut pula. Band yang penuh kontraversi dan kecoh ini berpusat di Kuala Lumpur. Pada awalnya Ben's Bitches jelas punya pengaruh Punk Rock yang kuat terutama dari 2 album terdahulu namun untuk Pakatan Maut, gua boleh katakan ini sebuah album yang agak berlainan dari apa yang telah dihasilkan terdahulu. Ok, jom gua cerita lebih detail pasal album ni.

 Kahock (drums), Ben (vocal/gitar), Khang (vocal/bass), Azmyl (vocal/tamborin,harmonica), Jason (gitar/perkusi)

Artwork oleh KhanVas

Tracklist :

 1 - Kecoh
2 - Dunia Neraka
3 - Separuh Hit'z
4 - Kenang
5 - Sendiri Mau Ingat
6 - Sehari Dalam Kehidupan
7 - Ini Gitar Mak Aku
8 - SS (Syiok Sendiri)
9 - I Dun Like U! Ke Na POW!
10 - Masalah Dengan Cicak Kobain
11 - Tergelakku Sendiri
12 - Burung Tanpa Sayap

Pakatan Maut melalui proses rakaman di beberapa buah studio seperti Kerbau Studio (rakaman drum diselenggara oleh Bullet dan Joe Kidd), Ark Studio (juga rakaman drum oleh Keith Yong), King's Studio (rakaman vocal dan perkusi oleh Kahock) dan Studio SS14 (rakaman gitar dan bass oleh Jason).

Sepanjang gua menghayati album ini, gua beranggapan Pakatan Maut adalah sebuah album yang agak punya kepelbagaian genre didalam nya. Jika melalui 2 album terdahulu intipati music nya lebih cenderung kepada Punk Rock, tetapi Pakatan Maut lebih bervariasi. Tidak sekadar Punk Rock, genre seperti Country, Rock, Blues, Cha Cha turut diselitkan melalui lagu2 yang terkandung didalam album ini.

Dari segi sound produksi, Pakatan Maut masih mengekalkan tahap rakaman profesional dimana keseimbangan kesemua instrument ternyata bagus. Sound overall mungkin agak sedikit ringan jika dibandingkan dengan 2 album terdahulu. Ini mungkin (mengikut anggapan gua lah..) kerana untuk menyesuaikan kepelbagaian lagu mengikut genre yang pelbagai yang pasti tidak terlalu tepu Punk Rock nya seperti album2 terdahulu.

Menariknya, Pakatan Maut punya lebih gitar solo dan ternyata Jason adalah gitarist yang berwibawa. Nyanyian pula kedengaran kurang sekali penggunaan bahasa baku seperti apa yang boleh didengar dari album2 terdahulu. Kepelbagaian nada suara dalam lagu2 juga kerana kali ini Ben's Bitches tampil dengan line up yang berkemampuan menyanyi seperti Azmyl (juga punya band bernama Azmyl Yunor & Orkes Padu) serta Khang yang juga berkemampuan selain menggalas tugasan sebagai pemain bass. Selain bab instrument, Pakatan Maut juga boleh disimpulkan sebagai sebuah album yang punya lirik yang agak "makan dalam".. hahaha.. lirik yang masih mengenai realiti kehidupan dan tahap kelucahan juga sudah dikurangkan. Hahahaha

Ben's Bitches pada gua adalah band yang mampu menghasilkan lagu2 yang boleh dijual atau dimainkan radio mainstream namun mereka lebih memilih untuk menjadikan ianya bukan pilihan radio arus perdana dengan lirik2 keras dan sedikit lucah dan geli2. Untuk jenama music bawaan Ben's Bitches, sebenarnya Pakatan Maut dan album2 terdahulu memang menampakkan kemampuan dari segi olahan lagu. Anda nak Green Day? ada saja lagu2 seperti Green Day, anda nak Blink 182?? Ada saja.. Santana? hahh ada jugak.. untuk lagu2 akan datang gua pun xtau apa lagi bakal mereka bikin.



Feberet songs dari gua Kenang, Syiok Sendiri, Tergelakku Sendiri dan Burung Tanpa Sayap.

Ok, dapatkan Pakatan Maut dalam format pocket CD beserta helaian lirik panjang lebar dengan harga RM20 by hand atau RM30 by postage. Hubungi Ben's Bitches melalui laman facebook mereka dibawah ini. Ini band memang kecoh!!!

Ben's Bitches - Live at Merdekarya

Facebook
Reverbnation