Editors' Pick: 2015 Best Releases & Music Videos


Loading...
Loading...
Loading...
Loading...


Sememangnya bebelan gua untuk The Best of 2015 ini gua nak mulakan dengan maaf sebab 2015 nafsu mendengar gua agak tidak rakus seperti tahun2 sebelum ini. hahaha.. Pun begitu, sikit tak sikit jugak lah isi2 dari bank hanyut kepada label2, distro dan wakil2 penjual fizikal2 copies yang gua tangkap secara by hand atau pun melalui sokongan dari posmen yang sudah seakan akrab dengan gua sebab selalu hantar CD, kaset bagai ke rumah gua. Untuk dapatkan 5 rilisan terbaek pada gua untuk 2015 adalah satu penyeksaan sebenarnya bila menjelang penghujung tahun. Ok, ini gua bagi 5 album yang kalau ikut  cerewet gua adalah album2 yang betul2 buat gua teruja, buat gua berfikir, buat gua tabik, buat gua rasa lain betul dari apa yang diorang buat sebelum ni dan buat gua kata apa yang gua dengar tu diluar kemampuan manusia biasa2. Akhir sekali ia nya makan masa yang lama untuk buat gua boring. Err buat masa ni gua belum boring lagi dengan 5 album pilihan gua ini. Ok, bawah ni dah start, pilihan terbaek gua Contramen untuk 2015.

 Mgła - Exercises in Futility

Sememangnya gua antara pendengar baru band dari Poland bernama Mgła ini. Exercise in Futility merupakan album penuh ketiga mereka. Mgła boleh dikatakan antara band yang sedang meningkat naek dan menjadi sebutan pendukung muzik gelap serata dunia. Mereka boleh gua katakan bukan nama2 popular atau sell-out, mereka adalah band yang membawa muzik yang penuh emosi, tekanan, kemurungan dan punya style tersendiri.
Mgła tidak bergantung kepada Black Metal yang bermelodic, mungkin serpihan2 sahaja, tidak terlalu doom, tidak terlalu mengejar kelajuan. Gua katakan Exercise in Futility mempunyai "soul" tersendiri. Dalam komposisi lagu, Mgła bijak dalam mengolah riffing2 mudah namun punya sentuhan tersendiri sehingga mampu membuatkan pendengar berasa seperti di alam tertentu. Satu lagi gua katakan ini antara produk yang sedap didengar dan lambat benar nak datang rasa jemu walaupun berpuluh2 kali gua layan album ni. Sound produksi cantik, tone gitar yang tidak tajam dan gua cukup berminat dengan permainan drum mereka. Muzik mudah namun berjaya di pelbagaikan dan tidak menunjuk-nunjuk seperti Dream Theater. Hahaha jangan marah ya..
- 8/10 -

 Nile - What Should Not Be Unearthed

What Should Not Be Unearthed pada awal nya dikeluarkan sebuah single bertajuk Call for Destruction. Awal2 lagi sudah mengundang kontraversi berkenaan liriknya. Karl Sanders seorang manusia gilakan peradaban Arab mungkin juga lebih lebih pengetahuan nya dari anda Melayu2 imperial yang membaca tulisan gua ini. Ok, sudah..kang jadi lebih kontraversi. Album ini pada gua antara hasil 2015 paling angkuh dengan kemantapan, teknikal dan kemampuan kuasa manusia separa robot. Kesedihan gua pada album terdahulu berjaya diubat dengan album ini. Ianya seakan sambungan dari apa yang dilakukan ketika Those Whom The Gods Detest (2009). Sound produksi yang betul2 meletup, tone gitar yang kembali lemak berkrim dan komposisi lagu yang cukup tight. Nak cari ruang kosong pun payah. manusia2 gila seperti Karl Sanders dan pembanting drum hybrid separa robot George Kollias antara penulis utama lagu2 Nile kali ini. Dapatkan CD atau vinyl What Should Not Be Unearthed jika anda rasa anda bukan mat Death Metal yang poser!
- 8.5/10 -

 Lamb Of God - VII Sturm Und Drang

Terus terang gua adalah pendengar Ashes of the Wake (2004) dan Sacrament (2006) dan gua agak malas nak dengar Lamb of God untuk 2 album seterusnya. Dengar pun acah2 jek. Tapi 2015, setelah Chris Adler (drum) dilamar Megadeth dan Randy Blythe begitu kerap sekali dijemput untuk album2 projek seperti Teenage Time Killers, Metal Allegiance juga gig tribute Suicide Silence, gua beranggapan Lamb of God yang sedang terperap di studio rakaman bakal menghasilkan sesuatu yang mungkin agak lain dari apa yg dilakukan sebelum ini. Ya, album ketujuh bertajuk VII :Sturm Und Drang ini boleh dianggap antara album terbaek Lamb of God setakat ini. Antara album yang terlaris dipasaran US dan UK. Groove Metal yang mana gua simpulkan berada dalam kelasnya tersendiri dan kredit terkuat mungkin harus diberi kepada Chris Adler yang dah lama gua perasan triplet2 pelik yang dihasilkan untuk lagu2 Lamb of God. Juga growl Randy Blyde yang sudah mula dicampur gaya bernyanyi (gua perasan sangat cara Phil Anselmo dari pantera nyanyi) sejak album Sacrament. Track paling berhantu tak lain tak bukan ialah 512.
- 7/10 -

Cradle Of Filth - Hammer Of The Witches (2015)
Nuclear Blast Records

Mesti ada yang kata "elehhh Cradle of Filth...tipikalnya pilihan terbaek engkau!!!". Ok ni gua cite sikit... Gua adalah pendengar tetap Cradle of Filth dari album The Principle of Evil Made Flesh (1994) sehingga Midian (2000). Mungkin gua suka stroke drum Nicholas Barker barangkali kalau merujuk pada tahun gua taksub dengan Cradle of Filth ini. Hahaha.. Keluaran2 selepas Midian gua rasa kurang umphhh sehingga terus terang gua hanya dengar album2 yang rilis dengan acuh tak acuh sahaja. Sehingga single pertama Right Wing of Garden Tryptich diperdengarkan gua masih jual mahal untuk layan Cradle of Filth. Apabila Hammer Of The Witches dikeluarkan, gua cuba2 dengar dan... ahhh lain macam kali ini. Gua rasa lagu2 album ni "kaya" dari segi idea riffing2 serta solo2 gitar yang benar2 mencengkam dan rock! Ini boleh gua anggap sebagai kembalinya Cradle of Filth ke landasan yang betul dan music yang dihasilkan jauh maju dari album2 sebelum ini walaupun mereka masih mengekalkan konsep dari awal dahulu. Gua cuba kaji apa sebab kelainan ini. Mungkin juga kemasukkan 2 gitarist baru iaitu Marek "Ashok" Smerda dan Richard Shaw memberi dimensi baru dalam penulisan lagu2 di dalam Hammer of the Witches. Ini album yang wajib kepada follower Cradle of Filth yang rasa boring dengan album2 sebelum ini.
- 7.5/10 -

Anathema - A Sort Of Homecoming (2015)
Kscope Music

Ini antara terapi kurang berat yang kerap jadi teman gua bila rehat2. Ia nya adalah sebuah live album yang turut divisualkan dalam bentuk DVD. Rakaman yang solid, santai dan mutu bunyi rakaman yang paling jelas dan memuaskan hati dan gegendang telinga gua untuk 2015. Sangat2 profesional dari segala segi untuk album ini. Lagu2 yang mententeramkan jiwa dan boleh saja didengari oleh semua peringkat umur. Antara pilihan jika anda rasa anda rock yang malu mengaku anda dengar pop. Hahahaha... Progres band yang berasal dari Doom/Death yang beransur2 perlahan sehingga sekarang menjadi Progressive Rock. Jika anda punya DVD live ini, lihatlah sendiri betapa indahnya stage, lokasi, sistem lampuan untuk persembahan live ini. Sekali lagi gua cakap, ini sebuah album yang solid, santai dan profesional.
- 9/10 -

Behemoth - Messe Noire

Untuk music video terbaek, lagi sekali gua memilih kerja gila Nergal dan Behemoth serta crew2 penerbitan music video bertajuk Messe Noire. Music video ini dikeluarkan sekitar April 2015, satu tempoh masa panjang dalam pembikinan music video ini kerana Messe Noire adalah track yang terkandung didalam album The Satanist (2014). Mungkin gua agak cerewet dalam melayan music2 video yang betul2 boleh buat gua teruja dan hadap dengan penuh teliti. hahaha.. Setakat ini Behemoth dan Tool antara band2 gila yang boleh bikin gua benar2 hargai kerja seni mereka terutama dari segi seni visual sebegini.

********************************************
Entry The Best of 2015 kali ini mungkin nampak macam bias dari gua sebab tak nampak pun local band yang gua selit. Bukan tak bagus tapi 5 diatas tu adalah top 5 pilihan gua. Beberapa rilisan tempatan yang buat gua terkejut, bermutu dan boleh jual luar negara pada pendengaran gua seperti Dissectomy - New Tyranny Unsurpassed, Suffer Remain - Impaled Humanity, Tools Of The Trade - Proclamation, Humiliation - Under the Siege of Invasion. Maaf sekali lagi jika anda rasa anda punya album yang bagus tapi tak masuk dalam list gua sebab.. 1-mungkin CD/kaset/LP anda gua tak dengar atau tak sempat dengar dan nombor 2-tak boleh lawan senarai yg gua list diatas.. hahaha..

Harapan gua untuk 2016 dari rilis tempatan kalau boleh masih sama macam 2014 dulu... Hahahaha.. 2 band lama yang gua tunggu2.. Brain Dead dan Infectious Maggots. Faktor usia gua harap akan mereka ketepikan sebentar mungkin untuk kepuasan pendengar, peminat dan pembeli material2 mereka. Juga gua nantikan buah tangan terbaru dari band2 seperti Bannbodo yang kembali semula dalam suku terakhir 2015, kem Aru bersama Koffin Kanser yang lama tanpa album penuh dan gua tak puas dengan Virus (EP 2014). Herriot juga dijangka akan mengeluarkan album baru pada suku pertama 2016 dengan album bertajuk The Flame of Discontent. Kepada yang baca apa yang gua tulis ni, sila support karya2 mereka ini. Ini usaha mereka yang cuba jauhkan dari "kelemauan" tipikal label2 cari makan dengan mengitar semula album2 lama. Gua boring tapi itu yang terpaksa syarikat rakaman lakukan dan lu orang terpaksa hadap dan telan lagu2 basi ini kerana lu orang jugak yang kuat download. Cehhhh!!!

Untuk keluaran luar negara, banyak jugak yang gua tunggu2. antaranya Abbath bersama band baru yang menggunakan namanya dan Immortal dengan kudrat Demonaz pertama kali tanpa Abbath. Juga Rotting Christ yang bakal tampil dengan album baru bertajuk The Ritual. Dimmu Borgir pasti muncul dengan rakaman terbaru, Meshuggah jaguh matematik dunia juga sudah menyatakan akan bertapa distudio setelah tamat tour eropah. 


Tentang Penulis

Contramen adalah pengendali bersama Dissecting the Euphony dan bercita2 nak jadi Max Cavalera.














0 feedbacks: