Jugra - Jugra (2015)

Patriotik Metal adalah apa yang diperjuangkan oleh band berasal dari Selangor ini. Jugra yang terlebih dahulu menghasilkan beberapa rilisan dalam format split, demo dan EP. Terkini sebuah album penuh telah dihasilkan dibawah label Winter Solace Productions dari USA yang turut menggunakan nama Jugra. Band ini diwujudkan sekitar 2012 dan terkini dianggotai oleh Daeng Andika (Guitar / vokal), Daeng Kepalang (Bass / vokal), Daeng Lumania (Dram) dan Daeng Hitam (Gitar). Bercakap mengenai music bawaan mereka, ianya ternyata bukan pilihan umum terutama bagi penggiat muzik yang tidak menghadkan sebarang sempadan kerana apa yang dibawa oleh Jugra lebih mementingkan isu2 perkauman, asal usul Nusantara, kemelayuan dan semangat kebangsaan. Terlebih dahulu ingin gua nyatakan gua bukan pakar dalam muzik bawaan sebegini. Maaf jika band terasa dengan cara dan apa yang gua tulis. Hahaha

Logo oleh Exterminator
Artwork oleh Daeng Lissa

Tracklist :

1 - Daulat Jugra
2 - Darah dan Maruah
3 - Kebangkitan Bangsa
4 - Bangkit Malaya
5 - ... Dan Rampas Kembali Kedaulatan Kita
6 - Patriotik Metal
7 - Sumpah Anak Watan
8 - K.M.M

Jugra (2015) melalui rakaman di Mayhem Studio, Kampung Melayu Subang antara Mac hingga Jun 2013 (lama jugak rakaman ini terperap). Track 4 sehingga 7 melalui proses mix dan mastering oleh Daeng Andika manakala track 1,2,3 dan 8 dilakukan oleh Wil Alastor iaitu frontman kepada band Sauts Alastor.

Album ini memperkenalkan dua cara nyanyian iaitu clean dan scream oleh dua vocalist berasingan. Muzik yang dibawa mungkin pelbagai. Ada seakan skinhead Oi!, Black Metal dan Rock. Genre2 itu bukan digabungkan sebaliknya dikelaskan mengikut lagu2 yang terkandung didalam album ini.

Dari segi sound produksi mungkin ada kelainan dari segi mutu bunyian mengikut track2 yang telah melalui proses adunan dan mastering oleh 2 individu berbeza. Pada pengamatan gua, track2 yang diadun dan melalui proses mastering oleh Wil Alastor (track 1,2,3 & 8) lebih menyerlah jika dibandingkan dengan apa yang dilakukan daeng Andika untuk track 4,5,6 & 7. Mungkin penggunaan kelengkapan memberi impak kepada kualiti dan mutu bunyi yang dihasilkan.

Bercakap berkenaan technical pulak, mungkin untuk produk2 akan datang Jugra perlu melebihkan peruntukkan untuk kos rakaman. Gua tidak pakar dalam hal2 konsep sebegini, namun dari apa yang gua hadam, sound keseluruhan kedengaran agak mentah dari segi tone instruments dan permainan gitar yang kedengaran amatur sekali. Maaf jika gua katakan permainan gitar yang tidak tight dan memerlukan latihan yang cukup sebelum memasuki studio rakaman. Juga pasti sound keseluruhan akan lebih bagus jika gitar menggunakan beberapa layer lagi dan tidak mengharap hanya 1 track sahaja seperti apa yang terkandung dalam album ini (kecuali track terakhir). Kekuatan album ini mungkin pada vocal scream persis Black Metal yang sememangnya sangat mengerikan. Gua tidak pasti adakah muzik atau falsafah yang menjadi perjuangan utama Jugra. Gua rasa falsafah melebihi dari muzik barangkali.

Ok, difahamkan album pertama ini sudah habis dijual (100 copies CD dan kaset) untuk pasaran Malaysia. Mungkin jika anda mahu membeli bolehlah menghubungi Jugra sendiri atau terus berurusan dengan Winter Solace Productions melalui laman sesawang yang disediakan dibawah.

Prequel album sulung Jugra

Jugra
Email
Official Website
Facebook 

Winter Solace Productions

Official Website
Facebook

0 feedbacks: