Koffinkanser - Virus (EP 2015)

Virus merupakan kelahiran terbaru dari Koffinkanser. Ini merupakan juga buah tangan bagi peminat yang menanti sebarang rilisan rasmi dari kem Aru. Berbekalkan 5 buah lagu dan 3 daripadanya merupakan track yang tidak pernah dikeluarkan dalam format audio secara rasmi nya. Namun dari pengamatan gua, 2 daripada track terkandung dari EP ini pernah dibawakan secara live sebelum ini. Ok, gua xmau panjang lebar, just go and read apa gua bebelkan..

 Aru (Vox/Guitars), Atan (Guitars), Zach (Bass), Bakri (Drums)

 Inlay & Grafik oleh Amad

Tracklist :

1 - Virus
2 - Breed
3 - Traumatize
4 - Zionis
5 - Korupsi

Virus (EP 2015) melalui proses rakaman dan adunan di BMW Studio. Proses mastering dilakukan oleh Jack di Betarecs. Executive producer untuk EP ini ialah Orangutan manakala Ahmad Abdullah dan Jack Jafni Basil bertindak sebagai penerbit. Virus (EP 2015) dikeluarkan oleh Orangutan Productions.

Jika tidak salah gua, track pertama berjudul Virus ini pernah dimainkan sekitar 2011 di sebuah persembahan live (maaf gua dah x ingat gig apa..hahaha..) namun untuk rilisan rasmi track berjudul Virus ini tidak pernah termasuk didalam mana2 EP, album mahupun sebarang album kompilasi. Juga kalau gua tak silap, track ini ada dimainkan ketika Rockaway 2012. Ok, berbalik pada track ini, gua boleh katakan pengaruh Soulfly jelas dapat dikesan melalui riffing gitar serta stroke drum yang dimainkan. Tiada sebarang solo gitar melainkan bunyian2 pelik dibeberapa bahagian lagu.

Breed yang terkandung didalam Breed : New Agenda (EP 1998) serta rakaman kedua untuk album penuh pertama Soul New Agenda (1999) telah mengalami proses gubahan dalam bentuk baru. Hilang sikit feel susunan lama dahulu namun yang terbaru ini masih lagi kick ass!!!

Traumatize track yang terkandung dalam kompilasi Panggilan Pulau Puaka II dimainkan semula dalam feel live. Mutu rakaman yang baek jika ianya benar2 diambil dari rakaman sebenar. Ok gua teringat kompilasi Dark Live Collections 1993 dahulu.

Koffinkanser - Zionis (Live at Rock The World 8)

Zionis mungkin telah didengari atau ditonton umum apabila track ini dirakam secara live ketika persembahan Rock The World 8. Untuk rakaman studio, ia nya dimuatkan didalam versi EP ini. Riffing yang mengingatkan gua pada track bertajuk So Fast yang menampilkan Rudy (Project AK) yang melakukan rapping bertalu2 ketika album Soul New Agenda dahulu. Untuk pengetahuan anda, track ini merupakan demo yang dirakam pada 2006 dahulu.

Korupsi adalah satu lagi track demo yang dirakam sekitar 2006 dahulu. Kalau tak silap gua, Korupsi ada dimainkan ketika KoffinKanser menjadi opening act untuk Napalm Death yang turun kali ke2 dulu. Agak agresif track ini dan paling menarik, ianya berakhir dengan irama reggae. hahaha..

Secara keseluruhan gua beranggapan Virus (EP2015) ini adalah sesuatu yang bagus dikeluarkan memandangkan sudah terlalu lama kem Aru tidak menghasilkan sebarang material berbentuk fizikal copy. Walaupun rata2 lagu yang terkandung telah lama dihasilkan, namun ianya adalah baru bagi pendengar yang meneliti karya2 koffinkanser dari format audio. Zionis dan Korupsi walaupun diambil dari demo sekitar 2006 namun ianya satu rakaman yang bagus (ini mungkin proses pra-produksi barangkali) dan boleh dicerna oleh telinga2 yang cerewet. Ok, gua harap Koffinkanser bakal tampil dengan album penuh dalam masa terdekat. Pasti Aru sudah punya cukup material setelah sekian lama bertapa dari memasuki studio rakaman.

Virus (EP2015) boleh di beli dengan harga RM20. Gua membelinya melalui wakil2 penjual melalui laman facebook dan mungkin anda boleh menghubungi Orangutan Productions untuk bertanyakan untuk copy anda.

Email
Orangutan Productions
Phone/Whataps : +601127236792 (Dr Primus)