Asphalt Graves - The New Primitive (2016)

Asphalt Graves adalah unit yang terdiri dari beberapa individu yang pernah menganggotai beberapa band yang agak punya nama dalam arena music keras dunia. Ditubuhkan sekitar 2015, tanpa berlengah mereka menghasilkan sebuah debut album bertajuk The New Primitive dimana ianya bertunjang kepada genre Death Metal dan Grindcore. Berada di pasaran pada July 2016, debut album berdurasi sekitar 25 minit ini dikeluarkan oleh sebuah label dari Los Angeles iaitu Vitriol Records.

 Jason Netherton - Vocals (Misery Index, ex-Dying Fetus)
Shannon Lucas - Drums (ex-The Black Dahlia Murder)
Brett Purgason - Bass (GWAR)
Adam Faris - Guitars (War Torn)


Tracklist :

1 - Vulgar Theology
2 - Megalomaniacs
3 - Who Do You Serve?
4 - No Feast (Without Cruelty)
5 - Scapegoat
6 - Negative Future
7 - Mass Graves (Disrupt Cover)
8 - Angst and Praise
9 - Stop Resisting
10 - The New Primitive
11 - Time to Act (Nasum Cover)
12 - Let It Burn
13 - Exit From Reality

Sepanjang mentelaah album ini, gua beranggapan Grindcore adalah terma paling tepat untuk music ciptaan Asphalt Graves. Death Metal mungkin sedikit terkesan didalam beberapa track sahaja. Mungkin tidak jauh lari dari apa yang boleh didengar dari band2 Grindcore lain namun pengaruh Misery Index masih jelas dalam beberapa tracks.

Riffing dari Adam Faris masih berada dalam katogeri Death Metal dalam beberapa tracks manakala riffing berbentuk Grindcore dari beliau ternyata kejam dan membunuh. Juga stroke drum dari bekas drummer The Black Dahlia Murder iaitu Shannon Lucas (kini bersama band mega star Serpentine Dominion) ternyata lari dari apa yang pernah beliau mainkan dalam band terdahulu. Melulu membabi buta, keras dan bertenaga! Jason Netherton yang merupakan vocalist Misery Index dan pernah menganggotai Dying Fetus memberikan penyampaian terbaek untuk setiap tracks yang terhidang. Brett Purgason kali ini tanpa custom raksasa sekadar memberi penangan yang secukupnya sebagai latar yang dinamik disebalik ketukan drum Shannon Lucas.

Sebelum terlupa 2 buah cover songs dari Disrupt berjudul Mass Graves yang dipetik dari album Unrest (1994)  turut dirakam beserta sebuah cover dari Nasum berjudul Time to Act diambil dari album Inhale/Exhale (1998).


Recommended tracks  : Megalomaniacs, Who Do You Serve?, Scapegoat, Mass Graves, Angst and Praise, Time to Act, Let It Burn.

Kepada penggemar music pantas dan ketukan drum menggila babi, gua sarankan Asphalt Graves sebagai pernecah baru dalam santapan Grindcore anda semua. Kenali mereka melalui link2 yang disediakan juga untuk sebarang pembelian boleh melalui label Vitriol Records. Juga kami sediakan link dibawah ini.

Asphalt Graves
Facebook
Bandcamp

Vitriol Records
Official Website
Facebook
Bandcamp
Myspace

Dark Messiah - Dark Messiah (EP2016)

Dark Messiah merupakan antara nama baru dari Winnipeg Canada. Ditubuhkan sekitar 2015, Dark Messiah tidak menunggu lama untuk tampil dengan material rasmi yang juga bertajuk Dark Messiah. EP mengandungi 5 buah lagu ini berteraskan genre Groove/Thrash Metal. Dengan pengaruh music seperti Metallica, Slayer, Pantera, Megadeth dan Anthrax, Dark Messiah nampak begitu bersungguh dalam misi mereka setelah Dark Messiah (EP2016) mula dikeluarkan pada 2 December 2016 dalam format digital manakala fizikal copy akan menyusul pada 20 January 2017.

 Lagg Walker (Bass), Robert Schau (Drums), Lawrence Reimer (Guitars - rhythm), Jonathan Hayward (Guitars), Stephen Chubaty (Vocals)


Tracklist :

1 - Dark Messiah
2 - No Soul to Sell
3 - Eliminate the Enemy
4 - Death from Above
5 - Your Final Breath

Dark Messiah (EP2016) melalui proses rakaman di Atomic Twenty-Nine Productions. Matt Cooper bertindak selaku penerbit dan juru adun manakala Jake Sacher bertindak dalam proses mastering.

Setelah meneliti EP ini, dapat gua simpulkan sound produksi nya sepatutnya masih boleh dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih "meletup". Sound gitar yang kedengaran agak mengimbau zaman klasik Metal dimana ianya kedengaran sedikit kering. Bercakap mengenai permainan instrument oleh line up, riffing2 Thrash Metal jelas kedengaran terutama ketika track ke2 iaitu No Soul to Sell yang kedengaran agak kuat pengaruh Pantera sepanjang lagu. Ini paling menyerlah jika dibbandingkan dengan track2 lain yang rata2 punya bau riffing seakan Metallica dan Anthrax.

Gua juga andaikan kemungkinan Dark Messiah ingin menghasilkan sesuatu yang old school seakan menyatakan mereka sepatutnya lahir ketika era permulaan Thrash dan Heavy Metal dahulu. Ok, 5 lagu dari EP ini ada kami sertakan dibawah. Sila dengar dan amati sentuhan dan sound old skool dari thrasher Canada ini.


Track pilihan : No Soul to Sell, Your Final Breath

Kenali Dark Messiah melalui laman sesawang yang kami sertakan di bawah. Untuk sebarang pembelian sila lawati laman bandpage mereka.

Official Website
Facebook
Twitter
Youtube
Bandcamp

Witchmaster / Voidhanger - Razing the Shrines of Optimism (Split 2017)

Razing the Shrines of Optimism merupakan tajuk sebuah split album yang diterbitkan oleh Third Eye Temple, sebuah label dari Poland dimana split ini melibatkan 2 buah band iaitu Witchmaster yang memperjuangkan irama Black/Thrash Metal manakala Voidhanger kelihatan lebuih terarah kepada Thrash/Death Metal yang kental dengan elemen old skoolnya. Split album ini akan berada dipasaran pada 20 January 2017.

Cover artwork oleh Robert A. von Ritter
Illustrasi original oleh Mentalporn
Kaligrafi oleh Ihasan Art

Tracklist :

Witchmaster
1 - Permafrost
2 - Tanz Debil (Einstürzende Neubauten Cover)
3 - Tormentor Infernal (Live)
4 - Morbid Death (Live)
5 - Satanic Metal Attack (Live)

Voidhanger
1 - Burnout Hearts Exhibition
2 - Dyskretny Urok Upadku
3 - Through The Holocaust of Optimism

Bastis - (Vocals), Reyash (Bass/Vocals), Inferno (Drums), Kali (Guitars/Vocals)

Secara mukadimahnya Witchmaster wujud sekitar 1996. Menghasilkan beberapa demo pada awal penubuhan disamping beberapa EP dan juga telah menghasilkan 5 buah album sebelum muncul bersama Voidhanger untuk split ini. Black/Thrash Metal ciptaan Witchmaster masih berada dalam radar genre yang mereka perjuangkan. Permainan instruments yang pantas dan laju mampu mengajak pendengar mudah menghadam music mereka. Sebuah track baru bertajuk Permafrost disumbangkan didalam split ini disamping 4 buah track yang dirakam secara live dimana salah satu nya adalah lagu saduran dari Einstürzende Neubauten.

Witchmaster - Satanic Metal Attack (Live Lisbon)

Seperkara yang menarik, jika diperhatikan pada line up Witchmaster, drummer mereka iaitu Inferno adalah antara nama yang juga terlibat dalam band tersohor Behemoth. Selain Behemoth, ada juga antara line up Witchmaster menganggotai band2 lain seperti Profanum, Azarath, Supreme Lord dan Christ Agony.

 Zyklon (Strings), Warcrimer (Vocals), Priest (Drums)

Voidhanger bermula sekitar 2010, namun telah menghasilkan 2 buah album penuh serta sebuah EP. Mereka merupakan band yang boleh gua katakan agak ganas dan kasar. Music yang agresif dan mampu menyajak crowd bersama headbang sepanjang lagu2 mereka dimainkan. 3 buah track yang dihidangkan sebenarnya menunjukkan mereka berada dalam radar old skool Thrash/Death Metal. Rakaman yang tidak terlalu bersih namun kena dengan konsep. Mungkin sound yang dihasilkan dari Zyklon selaku pemain gitar kedengaran agak kotor namun ianya bersesuaian sekali dengan gaya pembawaan music mereka. Kepada penggemar Death Metal, gua sarankan Voidhanger sebagai antara nama yang perlu masuk dalam list band2 yang perlu anda beri perhatian selepas ini!!!!

Voidhanger - Burnout Hearts Exibition (Official Video)

Sila hubungi Third Eye Temple untuk mendapatkan copy anda atau untuk kenali Witchmaster dan Voidhanger, sila lawati laman sesawang yang kami sediakan dibawah.

Third Eye Temple
Email
Official Website
Facebook
Youtube
Bandcamp
Soundcloud

Witchmaster
Email
Facebook

Voidhanger
Email
Facebook

Bloody Anatomies - Parasick (2016)

Bloody Anatomies merupakan sebuah band dari Kuala Lumpur yang membawa music Brutal Death Metal. Bermula sekitar 2008. Mengalami beberapa perubahan line up sepanjang kewujudan dan menghasilkan sebuah demo, promo dan terkini di bawah label Endless Torture Records (Indonesia), sebuah album penuh berjudul Parasick telah dihasilkan dan mula berada di pasaran pada 16 September 2016.

 Dhomfarysa (Guitar), Faixal (Drums), Syafeg (Vocals) , Syharma (Bass)

 Artwork oleh Rudi Gorgingsuicide

Tracklist :

1 - Parasick
2 - Amputated Maggots
3 - Virus Mutated
4 - Chaos DNA
5 - Mutilated To Beast
6 - Humanoid Stabwound Therapy
7 - Fragment Of Death
8 - Controlled Bleeding
9 - AnalTomies (Outro)
10 - Fragment Of Torture (Remastered Demo 2009)
11 - Electro Convulsion Therapy (Remastered Demo 2009)

Parasick boleh di katogerikan antara produk berstatus ngeri dari scene tempatan amnya walaupun secara teknikalnya ianya di rilis oleh label Indonesia. 9 track baru beserta 2 bonus track yang melalui proses mastering semula yang diambil dari Promo 2009 berkisar tema "ngeri dan darah-darah" pasti boleh bikin penggemar music anti melodi tersenyum apabila mendengarnya.

Sepanjang menghadam Parasick, boleh gua klasifikasikan music Bloody Anatomies lebih menjurus kepada Brutal Death Metal/ Gore Metal. Riffing yang agak straight forward, drum superblasting dan gaya pembawaan vocal dari Syafeq yang lebih menjurus kepada gaya pembawaan band goregrind yang sukar difahami sebutan liriknya. Sound produksi boleh dibanggakan namun seperkara yang gua perasan adalah tone snare yang seakan sama dengan produk2 tempatan lain contohnya dari band Bunuhdiri dan Sick Society. Mungkin ini yang dikehendaki oleh band, sound engineer yang sama atau mumgkin sebab2 yang lain.

Selain itu produk bergenre sebegini boleh gua katakan masih punya perkembangannya tersendiri di Malaysia dan beberapa band lain turut berkongsi halatuju music seperti Sick Society, Bunuhdiri, Butcher Bastard, Chelation Intoxication, Akaren. Namun Bloody Anatomies agak bertuah bernaung di bawah Endless Torture Records memandangkan pasaran music sebegini di Indonesia memang menggalakkan dan band2 pelapis tidak pernah putus dengan kelahiran2 baru.

Hubungi Bloody Anatomies melalui email dan laman sesawang yang kami sediakan dibawah untuk sebarang urusan pembelian. Kepada pembaca dari luar Malaysia, sila hubungi Endless Torture Records untuk mendapatkan copy anda. Khusus kepada penggemar2 music ala2 Disgorge (US), Krisiun, Decrepit Birth dan Vital Remains.

Bloody Anatomies - Amputated Maggots 2016

Bloody Anatomies
Facebook
Myspace

Endless Torture Records
Email
Official Website
Facebook

Balance Interruption - Door 218 (2016)

Balance Interruption adalah sebuah band yang pada asasnya beraliran Black Metal namun punya pengaruh pelbagai yang agak menampakkan kelainan pada music mereka. Balance Interruption berasal dari Kyyiv, Ukrine. Ditubuhkan sekitar 2005. Menghasilkan beberapa EP dan 2 buah album penuh dan terkini di bawah label Satanath Records mereka tampil dengan album ketiga bertajuk Door 218 yang dikeluarkan pada 28 September 2016. Rilis ini turut disertai oleh sebuah lagi label iaitu Abstruse Eerie Radiance dari Belgium.

 Lucifer (Bass), NK-47 (Vocals/Guitars), Dmitry Kim (Drums)

Tracklist :

1 - Last Sunset Without Sun
2 - Door 218
3 - Not Survived to the Sentencing
4 - DUST
5 - Suicidealer
6 - Incubatum Conveyor
7 - Morbid Soul Shelter
8 - Hypnotik Eye Kvlt Terror

Door 218 mendapat review yang agak positif sebagai antara produk terbaek untuk 2016 dari pelbagai webzine serata dunia. Ini membuatkan gua rasa cuba explore apa yang menarik berkenaan album ini. Dan gua mengambil masa kira2 dua minggu untuk menghadam apa yang terkandung didalam album ini.

Setelah mendalami Door 218, gua dapat simpulkan ini merupakan sebuah album yang masih termaktub di bawah kategori Black Metal namun idea penulisan dan elemen2 didalam music mereka menampakkan kelainan. Istilah original tidak berani plak untuk gua sebut (mungkin ada band yang terdahulu menghasilkan music sebegini yang gua terlepas pandang) tetapi teras Black Metal menjadi tunjang music disamping bunyian electronica dan pengaruh jazz noir yang diterapkan dalam Door 218 ternyata membuatkan ianya kedengaran lari dari terma tipikal yang selalu kita dengar dari music Black Metal. Adakala album ini kedengaran seperti berada dalam kategori EBM tetapi tidak keterlaluan sehingga menjadi konsep keseluruhan album. Ia mungkin sesuai di sebut Black Metal yang berada dalam alaf baru dan tidak salah jika gua katakan ini adalah Modern Black Metal yang kontranya akan dibenci oleh pendokong Black Metal orthodox! Untuk telinga gua yang memahami erti "music" dan evolusi, gua berpendapat idea Balance Interruption untuk Door 218 adalah satu percubaan gila dan berani mati.

Bayangkan Black Metal ala Emperor + Electronic ala Rob Zombie dan Pain ciptaan Peter Tagtren + Jazz lucah + Technical playing (tidak keterlaluan) + sedikit odd signature di blend bersama menjadi satu ramuan. Itulah Door 218 ciptaan Balance Interruption. Satu resepi berani mati dan anda boleh preview melalui link yang kami sertakan dibawah ini.

Hubungi dan kenali Balance Interruption melalui link yang kami sediakan dibawah. Dan sila rembat CD Door 218 juga melalui link yang turut kami sediakan. Akhir kata, kepada pendengar Black Metal yang cuba lari dari apa yang selalu anda dengar, boleh kiranya mendapatkan album ini secara fizikal atau digital.


Balance Interruption
Email
Facebook
Myspace

Satanath Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Fetid Zombie - Epicedia (2016)

Jika anda perasan semenjak kami pihak DtE membuat beberapa review band dari label Transcending Obscurity Records, nama Mark Riddick kerap ditulis selaku pereka artwork beberapa keluaran label tersebut. Fetid Zombie merupakan projek one men band Mark Riddick. Fetid Zombie secara mukadimahnya ditubuhkan sekitar 2007 di Ashburn, Virgina USA. Membawa konsep Death Metal dan Epicedia merupakan album penuh ke 6 setelah beberapa split dan EP dihasilkan. Untuk album Epicedia, ianya berada dibawah naungan Transcending Obscurity Records dan telah dilancarkan pada 25 November 2016.

Mark Riddick - Voice, Guitar, Bass, Drum Programming, Synth

Pemuzik undangan :
Ralf Hauber (Revel In Flesh) - Vocals (III, IV)
Yusef Wallace (Rude) - Vocals (I)
Dawn Desiree (ex-Rain Fell Within) - Vocals (I, II, III, IV)
Nunsslutgoat (Goat Holocaust) - Vocals (III)
Jamie Whyte (Beyond Mortal Dreams) - Guitar Solos (III, IV)
Josh Fleischer (Svierg) - Acoustic + Rhythm Guitar (I, III, IV)
Toby Knapp (Where Evil Follows) - Guitar Solos (I, II, III, IV)
Nick Walker (Bane of Bedlam) - Bass Solo (III)
 
Artwork oleh Mark Riddick

Tracklist :

1 - Lowered Beneath
2 - Devour the Virtuous
3 - Devour the Innocent
4 - If the Dead Could Speak


Secara teknikalnya music Fetid Zombie pada asasnya adalah riffing old school berteraskan Death Metal 90an yang dipengaruhi band-band seperti The Chasm, Nocturnus, Grave, Deceased, Master dan Sepultura (old) dan pemilihan pemuzik undangan serata dunia terutama pada bahagian solo gitar adalah sesuatu yang paling membuatkan Epicedia menarik.


4 buah track yang dihidangkan merupakan track-track yang berdurasi panjang iaitu sekitar 8 minit keatas. Lowered Beneath ternyata menyaksikan Toby Knapp dari band Where Evil Follows mendominasi segenap pelusuk dengan solo2 gitar yang mengasyikkan. Tidak sekadar punya kelajuan namun ianya kedengaran penuh berjiwa.

Devour the Virtuous dilihat agak old skool penghasilan riffing dan struktur komposisi lagunya. Adakala mengingatkan penggunaan suara latar yang seram seperti dilakukan Cradle of Filth untuk beberapa bahagian. Ok, sekali lagi solo gitar dari Toby Knapp menambahkan track ini menjadi lebih hidup. Satu nama yang perlu diberi perhatian... Toby Knapp!!!!

Gua anggarkan Devour the Innocent antara track paling meriah dengan gabungan beberapa vocalist seperti Ralf Hauber (Revel In Flesh), Dawn Desiree (ex-Rain Fell Within) dan Nunsslutgoat (Goat Holocaust). Selain Toby Knapp yang menyumbangkan solo gitar untuk kesemua track, Jamie Whyte (Beyond Mortal Dreams) turut menyumbangkan solo gitarnya untuk track ini. Paling menarik adalah solo bass oleh Nick Walker (Bane of Bedlam). Ya bass solo!!!

If the Dead Could Speak selaku track penutup kedengaran seperti cuba menyaingi track ketiga. Vocal yang agak sedikit kedepan jika dibandingkan dengan 3 track awal dimana teknik growl dan scream masing2 termaktub sebagai cara penyampaian vocal untuk track ini. Toby Knapp dan Jamie Whyte masing2 masih menunjukkan kehebatan masing2 dalam solo gitar masing2.

Sepanjang menghayati Epicedia, boleh gua simpulkan Mark Riddick adalah antara penghasil riffing heavy/thrash kuno dan punya kepelbagaian idea dalam komposisi lagu2 nya. Adakala seakan mendengar Riot apabila tiba dipart2 yang berentak Heavy metal, adakala tempo menjadi laju dan sememangnya untuk setiap track dihasilkan Mark Riddick banyak memainkan flow2 agar komposisi lagu2 nya ada turun naik nada nya.

Kenali Fetid Zombie melalui laman sesawang dibawah atau untuk mendapatkan Epicedia, sila hubungi Transcending Obscurity.

Fetid Zombie
Facebook
Bandcamp
Mark Riddick (Facebook)

Transcending Obscurity

Official Website
Facebook

Soothsayer - At This Great Depth (EP2016)

Soothsayer merupakan sebuah band dari Cork, Ireland yang membawa konsep Atmospheric Doom Metal. Ditubuhkan sekitar 2013, terlebih dahulu Soothsayer telah menghasilkan sebuah EP bertajuk The Soothsayer pada 2015. Apabila bercakap mengenai band yang membawa konsep Atmospheric Doom Metal, perkara pertama yang pasti akan terbayang adalah lagu2 yang mempunyai durasi yang panjang. The Soothsayer (EP2015) terdiri dari 3 buah lagu yang mana durasi secara totalnya adalah 36 minit 43 saat. Manakala At This Great Depth (EP2016) terdiri dari 2 buah lagu dengan jumlah durasi 24 minit 12 saat. At This Great Depth (EP2016) dikeluarkan dibawah label Transcending Obscurity Records.

Líam Hughes (Vocals/Noise), Con Doyle - (Guitar/Vocals), Marc O'Grady (Guitar), Pavol Rosa (Bass), Will Fahey (Drums)


Tracklist :

1 - Umpire
2 - Of Locust and Moths

At This Great Depth (EP2016) melalui proses rakaman, mix dan mastering di Eamonn Coleman Recording iaitu berlokasi di Cork, Ireland.

Umpire merupakan sebuah track panjang yang berdurasi 16 minit. Punya ekspresi pelbagai. Sukar untuk mengenalpasti pengaruh music Soothsayer memandangkan kepelbagaian gaya dan mood dimainkan dari Doom, Sludge sehingga ke arah Depressive Black Metal.

Of Locust and Morts yang berdurasi 8 minit 12 saat walaupun berada dalam mood Doom Metal namun ianya sangat beremosi, depressive dan penuh tekanan. Mengamati track ini lebih mudah jika dibandingkan dengan track pertama. Of Locust and Morts mungkin boleh diterjemah sebagai sebuah track yang tergolong dalam terma Depressive Black Metal. Sebuah track yang punya pengaruh Black Metal yang kuat beserta kekuatan sebanr adalah pada riffing gitar yang seakan membuai pendengaran anda kepada situasi dan emosi apa yang ingin disampaikan Soothsayer melalui media iaitu music.

Mengamati music garapan Soothsayer seakan berada dalam satu dunia khayalan. Emosi, kegelapan, tekanan dan negatif adalah asas utama sepanjang menghayati kedua2 track dari EP ini. Gua jarang layan genre sebegini namun apabila sahaja mendengar EP ini, terasa seakan sedikit "high" dan melayang dengan mood atmospheric ciptaan mereka.

Gua pasti ada sahaja penggemar music seperti bawaan Soothsayer dimerata alam. Jika ingin memiliki CD berformat digipak ini, anda boleh menghubungi label atau membuat pembelian di SINI dan sebelum menutup review ini, kami sertakan sebuah track bertajuk Umpire sebagai preview kepada anda.


klik SINI untuk pembelian secara package

Soothsayer
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

Restraint - Rise Above Hate (2016)

Penantian sekian lama akhirnya menemui jalan kesinambungannya. Itu yang dapat gua gambarkan apabila Restraint bersama Persistence Records melahirkan album terbaru berjudul Rise Above Hate pada 29/10/2016. Thrash Metal digabungkan bersama New School Hardcore adalah intipati album kedua mereka.

 Ijam (vocals), Mizan (Guitars), Afwan (Guitars), Zam (Bass), Apeq (Drums)

Artwork, layout & design oleh Uze Osbourne of PixelDixel Art
Logo rasmi "Eagle" oleh Quairul Whai (Allahyarham) of Q.Graphix

Tracklist :

1 - Never Regret
2 - The Final Hope
3 - Rise Above Hate
4 - Strength From Within
5 - Still Believe
6 - For Better Days
7 - Bring It Back ( The Glorious Days)
8 - We're Still Alive

Rise Above Hate (2016) melalui proses rakaman di MC16 Studio oleh Sendart dan NuBreax Studio oleh Ardy Hamdan. Proses mix dan mastering di lakukan oleh Sendart di MC16 Studio, Seri Kembangan Selangor. Terdapat 3 gitarist undangan menyumbangkan solo gitar masing2 iaitu Godoy (Massacre Conspiracy) untuk track Never Regret, Andre Tiranda (Siksa Kubur) untuk track Rise Above Hate dan Iskandar Tajuden (Artefacts) untuk track For Better Day.

Never Regret bermula dengan sedikit intro sound sample radio sebelum music sebenar menggegarkan. Sesuai sekali Never Regret dijadikan track pemanas kerana energy yang dihambur dari track ini ternyata mampu membakar adrenalin pendengar. Godoy dari Massacre Conspiracy turut menyumbangkan solo gitar yang laju seiring dan kena dengan mood lagu ini. Ini merupakan track yang agak kencang dan bertempo rancak! The Final Hope ada dinyatakan sebelum ini merupakan track pertama dihasilkan Restraint yang mana ianya tidak dimasukkan didalam album pertama namun dimasukkan didalam album terbaru ini. Sebuah track yang punya pengaruh Hardcore yang kental. Rise Above Hate yang merupakan self-title album ini agak menonjol pengaruh Thrash Metal ala Slayer dan Kreator melalui riffing gitar. Boleh gua katakan solid riffing Thrash Metal di blend bersama pengaruh Hatebreed, Throwdown, untuk sound direction yang semakin keras dari apa yang Restraint lakukan sebelum ini. Solo gitar dari Andre Tiranda (Siksa Kubur) dipenghujung track menambah rencah huru hara pada lagu ini. Strength From Within seakan sambungan track terdahulu jika diteliti pada mood music nya namun kekentalan lebih kearah hardcore. Still Believe keras dengan elemen hardcore dari awal jika dilihat pada riffing dan stroke drum. Paling menarik pada track ini apabila perubahan riffing dari Hardcore ke Thrash Metal. Acuan yang berjaya dari Restraint.

Restraint - For Better Days (Official Lyric Video)
featuring Iskandar Tajuden of Artefacts

For Better Days merupakan track yang diberi preview awal sebelum album ini dilancarkan. Video lirik rasmi ini menemui telinga2 pendengar pada September iaitu lebih kurang sebulan lebih sebelum album ini dipasarkan. Track ini sesuai benar di jadikan promosi awal memandangkan ianya seakan memberitahu akan music direction terbaru Restraint yang lebih berani menggabungkan elemen Thrash Metal kedalam acuan Hardcore dari Restraint. Iskandar Tajuden dari Artefacts sebagai guest gitarist juga pada gua menghasilkan solo gitar yang berkualiti untuk track ini. Bring It Back (The Glorious Days) merupakan track terpanjang, paling beremosi dari segi lirik, kepelbagaian rentak dan mood dan chorus yang catchy yang mana tidak pernah dihasilkan dalam mana2 rilis Restraint sebelum ini. We're Still Alive merupakan track paling gua tak puas hati hahaha kerana feel dan vibe track ini benar2 mampu melonjak semangat namun ianya sekadar berdurasi pendek. Ok, gua rasa ada sambungannya lagi selepas ini.

Keseluruhan album ini boleh gua katakan antara produk tempatan tahun ini yang kaya dengan sound produksi yang jitu. Berada dalam kelas tersendiri juga jauh kehadapan dari segi konsepnya jika dibandingkan dengan Pure From Blood (2007). Formula berani dengan menggabungkan Thrash Metal dan New Skool Hardcore yang pada gua boleh menarik lebih ramai peminat tidak kira muda atau yang pernah melalui era old skool hardcore dan metal. Rise Above Hate juga merupakan album yang sangat beremosi (emosi nya tak dapat dirasai tanpa membelek cover sleeve disamping membaca liriknya) dari segi penyampaian liriknya. Ok, setakat itu sahaja rasanya review kali ini.

Rise Above Hate boleh didapati dengan pembelian RM25 byhand dan RM30 by postage. Sila hubungi Restraint atau Persistence Records melalui link2 yang kami sediakan dibawah untuk copy anda. Kata2 akhir, bayangkan Slayer bertembung Hatebreed dan Kreator bertembung Sick Of It All. Ok, dapatkan copy anda sekarang!

Restraint
Email
Email (Booking)
Facebook
Twitter
Instagram

Persistence Records
Facebook

Purge The Arbitrator - Martyrdom (2016)

Purge the Arbitrator (selepas ini akan disebut PTA) ketika ini dikira antara kuasa baru music berat untuk wilayah Pulau Pinang. Mereka antara band2 masakini yang menghidupkan gerakan music berat di utara amnya selain nama2 seperti Dissectomy, Mandatory, Mistik dan lain2. Setelah menghasilkan sebuah EP pada 2011, terkini mereka telah menghasilkan sebuah album penuh bertajuk Martyrdom yang mana ianya dipasarkan oleh label paling aktif setakat ini iaitu Grundar Productions.

Mr. H (Vocals ), Blackbeard (Strings), Edream (Bass), Arbit (Drums)

Band photo, cover dan isikandungan oleh malaih Art
Seni konsep oleh PTA
Layout oleh Ahfad Design Solution

Tracklist :

1 - Act Of Suffer
2 - Beyond Imaginative Self Theory
3 - Defied
4 - Disengaged Thy Fear
5 - Haanaq (Instrumental)
6 - Martyrdom
7 - Need : The Revival
8 - Vile Decision

Martyrdom melalui proses rakaman, mix dan mastering di Dusthall Studio Seberang Jaya, Pulau Pinang. PTA dan Grundar Productions merupakan penerbit bersama untuk album ini.

Bercakap mengenai album ini, ia merupakan sebuah album yang menggabung beberapa elemen seperti technical, grind dan brutal khususnya dalam acuan Death Metal. Tempias dari Psyrosix (2 dari line up PTA pernah menganggotai Psyrosix) mungkin ada sedikit tetapi dilihat pada keseluruhan album ternyata PTA punya acuan tersendiri, juga music direction yang punya struktur yang tetap dalam komposisi lagu2 mereka.

Purge The Arbitrator - Beyond Imaginative Self Theory (Lyric Video)

Sound produksi jika diteliti menampakkan kelainan dari apa yg di hasilkan ketika EP 2011 dahulu. Sound dan tone gitar misalnya kedengaran seakan sedikit kurang gain dan lebih bass. Bass pula (PTA sudah punya pemain bass tetap selepas rakaman album ini) dalam keadaan terkawal dan untuk persembahan live gua lihat pemain bass ini menggunakan teknik fingering. Drum tetap menggila tahap permainannya seperti apa dilakukan dalam EP terdahulu. Vocalist juga harus diberi perhatian untuk tahap konsistensinya.

Gua andaikan beberapa nama besar seperti Cryptopsy, Kataklysm, Origin sebagai penjana idea dan pengaruh music PTA. Kepada penggemar Death Metal tempatan jangan terlepas mendapatkan Martyrdom.

Martyrdom boleh diperolehi dengan harga RM20 by hand. Hubungi band atau Grundar Production untuk mendapatkan copy anda melalui link yang kami sediakan dibawah video ini.

Purge The Arbitrator - Defied (Live at Southern Legion 2016 - Thailand)

Purge The Arbitrator
Facebook
Twitter
Youtube
Reverbnation

Grundar Productions
Email
Official Website
Facebook
Youtube
Twitter

Grausig - Di Belakang Garis Musuh (2016)

Grausig merupakan antara band lama dari Jakarta Indonesia yang masih aktif menghangatkan pentas2 gig. Sebagai mukadimah, Grausig bermula pada 1989 dan menghasilkan sebuah EP dan 2 buah album sebelum berada dalam mode hibernate. Jangkamasa penghasilan album kedua Tiga Dimensi dan In the Name of All Who Suffered and Died (EP) adalah 10 tahun. 2013 menyaksikan Grausig kembali dan setahun kemudian menghasilkan sebuah single dan juga EP seterusnya sebelum Di Belakang Garis Musuh yang merupakan album ketiga mereka muncul berada dipasaran pada 9 march 2016 dalam format CD. Majemuk Records merupakan label yang mengeluarkan album ini ianya disusuli dengan pengeluaran format kaset oleh Rumah Tanah Production pada 19 September 2016. Terkini Di Belakang Garis Musuh akan dikeluarkan kembali oleh label dari USA iaitu Obscure Musick dan dijadualkan akan berada di pasaran global pada 9 December 2016.

Denny (Drums), Mame (Guitar/Backing Vocals), Phuput - Vocals, Ewin (Bass/Backing Vocals), Ipay (Guitar)

Artwork oleh Timbul Cahyono
Layout oleh Bimo D.Samyayogi

Tracklist :

1 - Di Belakang Garis Musuh
2 - Teokrasi Biru
3 - Pralaya Hipokrit  
4 - Doktrinasi Cacat Temporer  
5 - Sampah Moralitas Dimensi 
6 - Infeksi Kanibal Utopia 
7 - God's Replicated
8 - Prelude One
9 - Doomsday

Di Belakang Garis Musuh boleh diklasifikasikan sebuah album yang jauh kedepan jika anda menghayati isi kandungan CD ini. Pada gua Di Belakang Garis Musuh lebih kearah Death Metal yang punya kombinasi teknikal dan brutal. Walaupun irama sebegini menjadi kebiasaan di Indonesia (irama sebegini memang didominasi dalam scene music Indonesia) namun Grausig berada dalam trademark nya tersendiri. Pengaruh paling kuat apabila gua menghadam album ini berkali2 mungkin Suffocation adalah ikutan utama mereka. 

Dari segi sound produksi, produk sebegini memang sudah diketahui Indonesia sudah punya resepi tersendiri dalam penghasilan kualiti bunyi nya. Jasad, Dajjal, Siksa Kubur antara band seangkatan juga punya sound produksi terbaik sama seperti apa yang dihasilkan Grausig kali ini. Masakan label dari USA mahu merilis kembali album ini jika bukan kerana kemampuan permainan yang tight juga sound produksi yang bagus.

Grausig - God's Replicated (Official Video)

Kepada pendengar2 yang mengagumi kehebatan band2 seperti Jasad, Disgorge, Cattle Decapitation, Aborted, Gorgasm, Suffocation, Di Belakang Garis Musuh seharusnya berada dalam simpanan anda. Music yang mantap, kental dan brutal dari Grausig! Ok, kenali Grausig melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah, juga sila hubungi Obscure Musick untuk mendapatkan copy anda!

Grausig
Email
Official Website
Facebook

Obscure Musick
Email
Official Website
Big cartel (for order)
Facebook

* Ok selepas ini kami akan kembali dengan band yang punya music sebegini dari Malaysia pula. nantikan... 

Shark Infested Daughters - These Tides, Our Tombs (2016)



Band yang berasal dari Alberta, Canada ini bakal melancarkan album full length mereka pada 11 Nov tahun ini berjudul "These Tides, Our Tombs" lengkap dengan 11 track lagu, termasuk 1 lagu acoustic.

Gabungan 6 anak muda yang mempersembahkan komposisi muzik metalcore yang tidak bosan berlatar belakang kan alunan keyboard, menimbulkan pengalaman yang berbeza berbanding band band metalcore masa kini yang lain.


Namun tidak lah terlalu lari dari asas genre "metalcore" itu sendiri memandangkan sedia maklum kita tahu genre ini adalah genre fusion dari pelbagai element metal dan hardcore.

Kali pertama memainkan playlist mereka dari album ini, apa yang terbayang di ruang memory ialah Eye Set To Kill. Mungkin penggunaan vocal wanita yang agak mirip dengan ESTK.


"These Tides, Our Tombs" is a project that has been in the works for the last two years. Our entire goal was to create an album that challenged all of us musically plus would break down the genre walls placed upon us by our previous releases. On a lyrical standpoint, the album is an emotional roller coaster touching on subjects such as loss, suicide and depression. "These Tides" symbolizes the negativity that surrounds us; "Our Tombs" symbolizes how we choose to deal with them. It's either sink or swim. We hope the fans will feel the same raw emotion we put into writing this record." - komen dari Shark Infested Daughters tentang hala tuju di sebalik pembikinan album terbaru mereka.

Dari segi bunyi album keseluruhan, produksi yang agak baik, cuma kami agak kurang menggemari bunyi drum yang dihasilkan. Kedengaran seperti over-produce dan tidak organik.


Bagi penggemar muzik metalcore seperti Eye Set To Kill, I Killed The Prom Queen atau Asking Alexandria boleh lah cuba mengenali band yang bernama Shark Infested Daughters ini.

Facebook
Twitter
Youtube
Bandcamp
Instagram

Shambles - Realm of Darkness Shrine (2016)

Shambles merupakan antara band meningkat naik dari Thailand untuk ketika ini. Ditubuhkan sekitar 2007, Shambles telah melalui beberapa fasa perubahan dari haluan asal Brutal Death Metal/Grindcore kepada Black Metal dan berakhir dengan Death Metal. Untuk terma Death Metal bawaan Shambles ianya lebih menjurus kepada pembawaan tempo perlahan yang adakala seakan Doom dan Sludge namun bersifat straight forward dan old school. Sebagai pengenalan, sepanjang penubuhan Shambles telah menghasilkan beberapa demo dan split sebelum kelahiran EP pertama pada April 2016 dan pada September 2016 album penuh pertama bertajuk Realm of Darkness Shrine telah menemui pasaran. Album ini dikeluarkan secara independent oleh Shambles untuk 500 copies CD manakala Nero One Records dari USA akan mengeluarkan untuk format vinyl.

Chainarong Meeprasert (Vocals), Thinnarat Poungmanee (Drums), Issara Panyang (Guitars), Thotsaphon Ayusuk (Bass)

 Artwork oleh Brian Vdp

Tracklist :

1 - Rosarium   
2 - Call from the Further Tomb    
3 - Breath of the Deathprayer   
4 - Onward into Chasms    
5 - Haxanwomb    
6 - Realm of Darkness Shrine   
7 - Bitter Abysmal Depths

Realm of Darkness Shrine boleh didefinisikan antara album Death Metal berdurasi panjang walaupun hanya terdiri dari 7 buah track. 45 minit dengan paling pendek berdurasi menghampiri 4 minit dan terpanjang 9 minit lebih dan rata2 track dalam lingkungan menghampiri 6 minit ke 7 minit lebih.

Bercakap berkenaan teknikal album ini boleh gua katakan konsep music bawaan Shambles mungkin agak jarang ditemui di Asia Tenggara ini (Malaysia gua sendiri tak pasti). Shambles berpegang teguh dengan konsep sebegini untuk kesemua track. Terma "Dark Death Metal" mungkin tepat memandangkan atmosfera yang dirasai agak gelap dan suram. Adakala seakan Doom Metal namun tiada major chord dalam komposisi lagu. Ianya penuh kesuraman, kegelapan dan tekanan.

Sound produksi album ini boleh dikira bagus dan gua pasti apa yang diingini Shambles adalah sound yang mampu memberi kesan dengan arah music dan konsep bawaan mereka. Sound gitar yang tebal, bass secukup rasa, drum yang adakala berada dalam tempo perlahan dan gaya bawaan vocal dari Chainarong Meeprasert ternyata menggerunkan.


Di atas adalah preview penuh Realm of Darkness Shrine (2016). Anda boleh kenali Shambles juga bagaimana music ciptaan mereka dengan melayari laman sesawang facebook mereka. Juga email kami sertakan jika ada organizer yang mahu memanggil mereka ke sini (mereka pernah beraksi di Pulau Pinang pada 2014). Kepada penggemar2 band seperti Incantation, Grave Miasma, Goatlord, Blood Incantation, Morbid Angel, Ruin mungkin akan meminati Shambles.

Email
Facebook

VotW - Science of Sleep - Fed to Pigs (featuring Nico Webers of War from a Harlots Mouth)

Kumpulan Deathcore dari Jerman, Science of Sleep bakal menerbitkan album kedua berjudul Hellmouth penghujung November ini melalui Bastardized Recordings. Album yang merupakan susulan kepada debut mereka Exhaust menjanjikan sound Deathcore yang berat tak boleh angkat dengan brutality yang cukup perisa. Sebelum Hellmouth menemui pasaran, ada baiknya kita layan promo video Fed to Pigs diambil dari Hellmouth. Enjoy!

Darkrypt - Delirious Excursion (2016)

Darkrypt merupakan sebuah band beraliran Death Metal dari Mumbai India. Ya nampak gaya India sedang "membangun" dengan baka2 music keras yang semakin menampakkan kesungguhan dari segi kualiti band, penghasilan lagu juga sound produksi yang bagus. Sebagai introduksi Darkrypt ditubuhkan sekitar 2013. Delirious Excursion merupakan album penuh pertama Darkrypt dan ianya dikeluarkan oleh Transcending Obscurity India pada 15 Oktober 2016.

  Amey Bhole - Vocals/Bass Guitar
Aumkar lele - Drums
Rishabh Ravi - Guitar
Mihir Gaikwad - Guitar

 Artwork oleh Turkka G. Rantanen

Tracklist :

1 - The Becoming Alteration
2 - Dark Crypt
3 - Chasm of Death
4 - Abstract Submission
5 - Cryptic Illusions
6 - Folie à Deux
7 - Limbic Dichotomy
8 - The Inducer
9 - The Acceptor

Delirious Excursion (2016) mendapat sentuhan mixing oleh Greg Chandler di Priory Recording Studios manakala proses mastering dilakukan oleh Dan Swano di Unisound Studios. Terdapat undangan vocalist iaitu Rogga Johansson (Paganizer, The Grotesquery, etc.) untuk track ke enam bertajuk Cryptic Illusions dan Nitin Rajan dari band Death Metal bernama Primitiv untuk track ke lapan iaitu The Inducer.

Menghadam album Delirious Excursion (2016) ini seakan mendengar material dari band2 Eropah. Gua beranggapan fans Old School Death Metal pasti menganggap album ini antara hasil terbaek sepanjang 2016. Music mereka adalah Death Metal yang tidak mengejar kelajuan semata2. Adakala boleh dikatakan seakan mid tempo. Darkrypt punya resepi tersendiri dalam penghasilan lagu2 mereka. Konsep dan music direction yang jelas boleh di dengar dari keseluruhan album.

Demilich, Adramelech, Demigod, (early) Amorphis, Funebre dan Nihilist merupakan antara nama yang diberi penghormatan sebagai antara pengaruh music Darkrypt.



Dark Crypt merupakan track bervocal pertama setelah The Becoming Alteration sebagai intro tamat. Track ini berada dalam tahap agresif namun terkawal dalam konteks Death Metal itu sendiri. Ini track yang boleh membuka selera pendengar untuk mengetahui "isi" lain yang terkandung didalam album ini. Selain dark Crypt, track ketujuh Limbic Dichotomy boleh gua katakan antara track yang sedikit laju tempo nya berbanding track2 lain. Riffing yang catchy dan bersahaja menambahkan ianya kedengaran menarik dan sedikit tidak jemu.


Track ke lima iaitu Cryptic Illusion sebagai antara salah satu track yang gua ulang beberapa kali setelah menghadam keseluruhan album ini. Menampilkan Rogga Johansson dari Paganizer (yang dilihat agak sibuk dengan beberapa projek band) di posisi vocal menambah lagi kekuatan terutama di bahagian vocal. Track ini punya flow turun naek yang baek. Cukup kuat pengaruh Old School Death Metal nya juga solo gitar yang menarik.


Satu lagi kalobrasi dimana Nitin Rajan dari band Primitiv menyumbangkan vocalnya. Sebuah track bertajuk The Inducer yang juga sedikit agresif dan penuh hentaman pedal drum serta percambahan idea untuk riffing gitar. Menarik apabila kedua2 vocalist undangan antara antara vocalist yang punya kemampuan teknik growl yang bagus.

Ok, dari segi sound produksi, Delirious Excursion (2016) ternyata adalah produk dengan hasil akhir yang bagus dan profesional. Kredit kepada Greg Chandler (juruadun) serta Dan Swano untuk proses akhir mastering. Mungkin ini boleh dijadikan antara kemestian kepada penggemar irama Death Metal amnya.

Difahamkan Delirious Excursion (2016) didatangkan dalam kuantiti agak limited iaitu 300 unit dengan harga USD10 manakala untuk format digital dengan harga USD6.99. Juga limited t-shirt Darkrypt boleh diperolehi dengan harga USD12. Klik di SINI untuk untuk pembelian secara online. Hubungi dan kenali Darkrypt melalui laman sesawang yang kami sertakan dibawah.

Darkrypt
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Ade - Carthago Delenda Est (2016)

Ade pada gua antara band yang  perlu diberi perhatian untuk 2016. Berasal dari Italy, band yang memperjuangkan irama Death Metal dengan pengaruh Folk ini secara asasnya ditubuhkan pada 2007. Menghasilkan 2 buah EP dan 2 buah album dan terkini album ketiga bertajuk Carthago Delenda Est membuktikan Ade bukan calang2 band. Dengan tema peperangan di era Rome dan Greece, penghasilan album ketiga ini ternyata boleh membuatkan pendengar dan pendukung irama Death Metal sedikit terlopong dengan komposisi lagu2 yang mantap dari Ade.

Traianvs (Vocals), Fabivs (Guitars), Caligvla (Bass), Nero (Guitars), Commodvs (Drums)

Artwork oleh Luca Tarlazzi
Graphic design oleh Lumiè Pictures
Track list:

1. Carthago Delenda Est
2. Across the Wolf's Blood
3. Annibalem
4. With Tooth and Nail
5. Dark Days of Rome
6. Scipio Indomitus Victor
7. Mare Nostrum
8. Zama: Where Tusks are Buried
9. Excidium
10. Sowing Salt

Carthago Delenda Est (2016) melalui proses rakaman di Overload Music Production bertempat di Rome, Italy oleh Riccardo Studer dan Alessio Soup. Secara amnya lirik untuk album ini berkisarkan Punic War untuk memegang pemerintahan di Mediterranean yang melibatkan Rome dan Carthage sekitar 264 sehingga 146 sebelum Masihi.

Carthago Delenda Est mungkin boleh dipilih sebagai antara release terbaek 2016. Music yang padat, idea yang hampir2 punya originality tersendiri (konsep dan music direction) namun sudah punya trademark tersendiri, permainan instruments yang kemas, sound yang berat dan untuk part2 yang laju ternyata Ade bermatian mengejar kelajuan. Gua andaikan music Ade boleh dibayangkan jika anda mendengar Behemoth, Rudra dan 2 band yang punya pengaruh arabic iaitu Nile dan Scarab.

Sound produksi untuk album ini sangat bombastik! Mixing yang cantek dan hebat walaupun rata2 mengejar kelajuan pada tempo tinggi terutama riffing dan drumming yang menggila babi.

Jika ditanya track pilihan, gua boleh kata hampir kesemuanya tetapi 4 track terawal paling melekat dengan telinga gua.


Terima kasih kepada Transcending Obscurity (webzine, record label and PR company) yang memperkenalkan kepada kami band ini dan juga label rasmi mereka iaitu Xtreem Music. Kepada penggemar Nile, Scarab dan band2 Death Metal dengan music yang padat, Carthago Delenda Est (2016) adalah satu kemestian. Ini antara produk kental dan padat untuk 2016!

Kenali Ade melalui laman sesawang yang disediakan dibawah dan untuk urusan pembelian sila berhubung dengan Transcending Obscurity Records juga melalui link yang kami sediakan dibawah.
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Official Website
Facebook

Azooma - The Act of Eye (2016)

Azooma merupakan sebuah band beraliran Progressive/Technical Death Metal dari Mashdad, Iran. Ditubuhkan sekitar 2004 namun hanya menghasilkan material pertama bertajuk A Hymn of the Vicious Monster (EP) pada 2014. Terkira masih dibawah label yang sama iaitu Xtreem Music, Azooma telah menghasilkan sebuah album penuh bertajuk The Act of Eye yang mula dipasarkan pada 10 Oktober 2016.

 Shahin Vaqfipour (Vocals), Ahmad Tokallou (Guitar),  Farid Shariat (Bass), Saeed Shariat (Drums)

 Artwork by Shahriyar Shervin

Tracklist :

1 - Act 1 - Plague of Predator
2 - Act 2 - Umbra of Mirth
3 - Act 3 - The Ocular Dominance
4 - Act 4 - Erosion of Shadows
5 - Act 5 - Non-Entity of Visions
6 - Act 6 - Flare of Flames
7 - Act 7 - Objectivity of Oblivion
8 - Act 8 - The Eyes: A Tale of Sight and Shadows

Proses mix dan mastering The Act of Eye (2016) dilakukan oleh Mathieu Pascal iaitu gitarist kepada band Progressive/technical Death Metal dari Perancis iaitu Gorod. Mathieu Pascal juga turut menyumbangkan solo gitar untuk track ke 6 bertajuk Act 6 - Flare of Flames.

Selain Mathieu Pascal yang bertindak dalam hal ehwal mix dan mastering, satu nama lagi yang dijemput dalam rakaman album ini ialah Dave Rotten dari Avulse. Dave Rotten merupakan vocalist undangan yang dijemput untuk rakaman track pertama iaitu Act 1 - Plague of Predator. 

The Act of Eye merupakan album berkonsep, sama seperti apa yang mereka lakukan untuk A Hymn of the Vicious Monster (EP2014) dahulu. Bercakap mengenai album berkonsep ini, setiap track rata2 berdurasi 6 ke atas kecuali track terakhir Act 8 - The Eyes: A Tale of Sight and Shadows yang berdurasi 3 minit lebih manakala Act 3 - The Ocular Dominance merupakan track terpanjang berdurasi menghampiri 12 minit.


Pada gua, Azooma adalah entiti2 yang terdiri dari pemuzik hebat. Music mereka ternyata penuh teknikal, elemen odd signature yang bersepah di setiap ceruk lagu, riffing kejam Death Metal dan kadangkala kedengaran seperti Dream Theater versi Death Metal. Bukan sekadar permainan gitar berteknikal dari Ahmad Tokallou, solo gitar beliau juga rasanya bukanlah kosong dan sekadar melepas batuk ditangga. Tone Bass dari Farid Shariat memang cukup lemak dan power. Cuma beliau tak buat solo bass sahaja. Permainan drum dari Saeed Shariat memang superb dan anda boleh lihat sendiri permainan beliau melalui video yang kami sertakan dibawah. Tugasan Shahin Vaqfipour selaku tukang pekik bersesuaian dengan konsep Azooma. Untuk track pertama, gua sudah seperti tidak dapat mengenalpasti yang mana suara Shahin Vaqfipour dan Dave Rotten.

Untuk memilih track terbaek gua rasa tidak adil kerana kesemua track ternyata bagus dan setiap track juga punya keistimewaan tersendiri. Sebagai klue, music Azooma boleh di imaginasi seperti campuran antara Nile + Dream Theater + Gorgut + Necrophagist dan seangkatan..

Hubungi Xtreem Music untuk pembelian The Act of Eye (2016) dan produk2 mereka dan kenali Azooma melalui link2 yang kami sertakan di penghujung entry.

Azooma - Encapsulated Delusion (Live at Persian Rock & Metal Fest 2013)

Echelon - The Brimstone Aggrandizement (2016)

Echelon merupakan sebuah band yang menggabungkan juga beberapa star dari kelompok band2 Death Metal dunia. Setelah menghasilkan album pertama Indulgence over Abstinence Behind the Obsidian Veil pada October 2015 dibawah Metal Inquisition Records, Echelon kini bakal tampil dengan album terbaru berjudul The Brimstone Aggrandizement pada 22 December 2016. Album kedua ini menyaksikan Echelon bernaung dibawah Transcending Obscurity Records.


Dave Ingram - Vocals
(Hail of Bullets, Down Among the Dead Men, Ex-Bolt Thrower, Ex-Benediction)
Rogga Johansson - Guitars
(Paganizer, Demiurg, Putrevore, Megascavenger, Down Among the Dead Men)
Johan Berglund - Bass
(Ribspreader, Demiurg, the Grotesquery)
Kjetil Lynghaug - Lead guitars
(Johansson, Speckmann, Paganizer)
Travis Ruvo - Drums
(Akatharta, Cropsy Maniac)

 Artwork oleh Propraetor

1 - Plague of the Altruistic
2 - The Forbidden Industry
3 - Lex Talionis
4 - Of Warlocks and Wolves
5 - The Brimstone Aggrandizement
6 - Vital Existence
7 - The Feared Religion
8 - Monsters in the Gene Pool / Sonic Vortex

Apabila bercakap mengenai "supergroup" pasti kita akan terbayang betapa power dan persoalan bagaimana hasil akhir band tersebut. Beberapa line up dari band seperti Mastodon, Soulfly, Dillinger Escape Plan seperti yang kita sedia maklum antara yang pernah menghasilkan beberapa supergroup. Juga review kami terdahulu mengenai band Stench Price yang berakhir dengan hasil Grindcore yang berada di tahap eksperiment yang sukar diduga. Hahaha..

Bercakap mengenai Echelon, mereka merupakan band yang tidak terlalu dikenali seperti band2 yang meniti nama dibibir pendengar music berat seperti Killer Be Killed, Bloodbath, Down, Lockup dan sebagainya. Namun kesemua line up (terutama Dave Ingram dan Rogga Johansson) merupakan antara pemuzik band2 Death Metal yang berjaya dan berada dalam lingkupan Death Metal yang sebenar.

Sound produksi The Brimstone Aggrandizement menyaksikan penghasilan sound Death Metal yang klasik! Pun begitu tone gitar dari Rogga Johansson dan Kjetil Lynghaug tidaklah terlalu kering seperti apa yang dihasilkan pada awal zaman 90an manakala drum masih mengekalkan stroke2 Old Skool Death Metal. Bassline adakala kedengaran agak galak dengan progression chord dan gaya pembawaan vocal oleh Dave Ingram dirasakan antara penyumbang utama kepada gaya klasik death Metal bawaan Echelon. Pun begitu riffing2 gitar juga antara penyumbang kepada gaya konsep Echelon. Seperkara yang mengukuhkan lagi terma "klasik" Death Metal bawaan Echelon, tidak ada clean vocal, tiada breakdown riff dan tiada blastbeat menggila. Format komposisi 4X4 mengukuhkan lagi apa yang dihasilkan Echelon.

Echelon (International) - Plague of the Altruistic

Kepada penggemar Death Metal yang mengharapkan sound klasik awal 90an, Echelon adalah jawapannya. Rindukan Bolt Thrower (kita tunggu pulak nanti Memoriam), Benediction? Echelon adalah jawapan untuk Death Metal klasik masa kini. Hubungi Transcending Obscurity Records untuk mendapatkan copy anda. Echelon untuk pendengar Death Metal veteren dan sesuai untuk telinga2 yang boring dan membenci Modern Metal!!!

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook

Echelon
Facebook
Bandcamp

Grayson - Greeting From The False Regime (EP 2016)

Grayson pada awalnya dikenali sebagai Prognosis : Death. Kami di DtE pernah membuat review keatas We’re Still Swinging (EP 2010) dan Dead and Dried Up (EP 2015). Beberapa perubahan line up telah membawa kepada perubahan nama band dan dengan menggunakan nama baru iaitu Grayson, pada awal 2016 mereka telah menghasilkan single bertajuk Vile & Loathsome yang mana mengandungi 2 buah track iaitu Defiled dan Vile & Loathsome. Terkini Grayson tampil dengan material terbaru bertajuk Greeting From The False Regime (EP 2016) yang baru sahaja dikeluarkan dan seperti keluaran2 terdahulu, segala kerja2 penghasilan dan penjualan dilakukan sendiri oleh Grayson.

 Azron (guitars), Hadi (Guitars), Izar (Drums), Hanif (Vocals), Adzer (Bassist)

Grayson - Greeting From The False Regime (EP 2016)

Tracklist :

1 - The Cleansing
2 - Burn the Flag
3 - Our Dear Leader
4 - Darth Seditious
5 - Rekt in Peace
6 - High Noon

Greeting From The False Regime (EP 2016) melalui proses rakaman di beberapa studio antaranya Nu Breax Studio digunakan untuk rakaman vocal, Kamar Seni untuk rakaman drums manakala kesemua track gitar dirakam di home studio milik Grayson sendiri. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Shahfeeq Jibin.

Grayson - Our Dear Leader

Setelah mentelaah EP ini beberapa kali, gua mendapati terma Southern Rock Hardcore Metal adalah sangat bertepatan dengan apa yang dihasilkan Grayson. Perbandingan dengan apa yang dilakukan ketika menggunakan nama Prognosis : Death tidak terlalu ketara cuma untuk Greeting From The False Regime (EP 2016), elemen Southern Rock, Harcore dan metal itu paling jelas untuk ditangkap dari setiap lagu yang terkandung. Lagu2 yang berdurasi rata-rata 2 minit lebih dan sedikit mencecah 3 minit untuk Darth Seditious (sila abaikan durasi track terakhir High Noon kerana track itu dinyatakan sebagai bonus track) kadangkala membuatkan rasa tidak puas untuk layan hasil penulisan Grayson kali ini.

Bercakap berkenaan sound produksi, gua sebenarnya menyukai sound organik drum untuk rakaman kali ini. Agak akustik dan sememangnya organik tone yang dihasilkan. Sound gitar yang seakan sengaja dihasilkan untuk menyesuaikan dengan tone drum memang matching! Juga bass yang menjadi latar setiap lagu sudah cukup untuk menghasilkan sound keseluruhan yang masih lagi nak sebut "organik". Hanif yang masih kekal sebagai line up asal dan pernah menganggotai Dicktracy dan Incarnation masih mendominasi setiap lagu dengan nyanyian dan jeritan yang pelbagai. Ok beliau menyanyi dengan untuk track terakhir High Noon. Ok, High Noon tu gua kira kalau dejay2 radio tempatan tidak double standard, confirm dah boleh dengar lagu tu dicorong-corong radio.

Ok, Greeting From The False Regime (EP 2016) boleh diperolehi dengan harga pembelian RM10 by hand dan RM15 melalui postage. Hubungi Grayson melalui laman sesawang yang kami sedikan dibawah video live mereka dibawah ini.

Grayson - Rekt in Peace (Live)

Email
Facebook
Twitter
Bandcamp (Grayson)
Bandcamp (Prognosis : Death)

Humiliation - Honourable Discharge (2016)

Humiliation pada amnya tidak perlu lagi diperkenalkan jika anda pendengar dan pentaksub irama Death Metal tempatan. Produktif dalam penghasilan album setiap tahun juga tour2 Eropah membuktikan Humiliation bukan sekadar band biasa2 atau main2. Jelas mereka ada misi dan target dalam hala tuju band. Album ke 7 bertajuk Honourable Discharge mula dipasarkan 30 September 2016 iaitu sempena Bullet Over Germany Tour 2016.

Asraf (Guitars), Bear Bee (Vocals), Amir (Guitars)
Aima (Bass) Mudon (Drums)

Layout design oleh Randy Askardia

Tracklist :

1 - Storm from the North
2 - Pearl of the Orient
3 - Battle of Slim River
4 - Parit Sulong Bloodbath
5 - 13th Battery
6 - A Single Ship Action
7 - The Forces of the Central Powers
8 - Atrocities
9 - Forgotten Soul
10 - Named in Honour

Hotsound Studio sudah seakan menjadi studio rasmi rakaman album2 Humiliation. Rakaman dilakukan sekitar 3 January sehingga 6 February 2016. Manakala proses mixing dilakukan sekitar 24 February sehingga 30 March 2016. Seperti biasa Ahmad Zahid bertanggungjawap dalam proses mixing sama seperti sebelum2 ini. Proses mastering dilakukan oleh Ferli Thielmann sekitar April 2016 di Fat-Knob-Recordings, Lahntal Germany. Untuk album ketujuh ini Humiliation masih bernaung dibawah label dari Germany iaitu Brutal Art Records.

Humiliation - A Single Ship Action

Sepanjang menghayati album ke 7 ini, apa yang boleh gua katakan Honourable Discharge masih berada dalam lingkungan album2 terdahulu kecuali Turbulence from the Deep (2013). Permainan konsisten dari line up terbaru kecuali Bear Bee, Asraf dan Mudon. Nampak gaya Amir (guitars) dan Aima (Bass) dapat memenuhi jiwa apa yang perlu ada dalam music direction Humiliation. Selain itu, solo gitar juga dilihat sudah banyak diterapkan didalam lagu2 terbaru ini. Perkara paling mengejutkan gua ialah untuk album ini, Humiliation memasukkan elemen offbeat (bukan formula 4X4) dalam sebuah track bertajuk The Forces of the Central Powers. Satu elemen yang tidak pernah dihasilkan sepanjang penghasilan lagu2 Humiliation. 

Sound produksi kali ini gua rasa agak sedikit keras dari album2 terdahulu. Kemungkinan pengaruh mastering dari Ferli Thielmann yang pertama kali terlibat dalam proses akhir album ini.


Honourable Discharge (2016) didatangkan dalam 2 format iaitu cakera padat dan vinyl 12'. Sila hubungi band atau Brutal Art Records untuk copy anda.

Humiliation - Live in Germany 2016

Humiliation
Email
Offcial Website
Facebook

Brutal Art
Facebook
Youtube