Batushka - Litourgiya (2015)

Gua agak tertinggal pasal band misteri dari Poland ini. Satu lagi band beraliran gelap yang telah membuka mata gua sekali lagi setelah diperkenalkan oleh seorang rakan media sosial berkenaan Mgła. Band bernama Batushka ini difahamkan terdiri dari beberapa individu yang punya nama besar dalam dunia Black Metal sejagat. Sehingga saat gua menulis ini, masih menjadi tanda tanya siapakah line up Batushka. Litourgiya merupakan album sulung mereka. Lapan buah lagu berjudul Yektiniya hanya diberi angka2 dari satu sehingga 8. Formasi yang sama seperti Mgła.


Tracklist:

1 -  Yektiniya 1
2 - Yektiniya 2
3 - Yektiniya 3
4 - Yektiniya 4
5 - Yektiniya 5
6 - Yektiniya 6
7 - Yektiniya 7
8 - Yektiniya 8

Maaf tiada sebarang informasi dari cover sleeve CD atau LP berkenaan rakaman dan siapa bertanggungjawap dalam proses rakaman, mixing dan mastering. Apa yang boleh dikatakan berkenaan sound produksi (dari penelitian telinga gua lah..) ianya satu rakaman yang profesional. Punya balancing yang baek untuk setiap stereo side dan memang meletup.

Litourgiya sepatutnya berada dalam list terbaek 2015 tapi gua terlepas pasal rilis ini sebab gua dengar betul2 awal tengah malam awal tahun. Hahaha.. Ok, Batushka boleh dikatakan sebuah band yang membawa aliran Black Metal yang unik. Mencampurkan elemen2 chant seperti Slavonic, Galician (serius gua kena google cari apa maksud benda2 jenis chant ni.. hahaha..) dalam komposisi lagu dan melodi vocal ternyata membuatkan ianya sedikit berlainan dari olahan2 lagu2 Black Metal yang tipikal kita dengar. Dan ia tidak seperti Gregorian yang berlatar belakangkan music berdistortion.

Selain itu, musicwise Black Metal yang di blend bersama Doom Metal menjadi ramuan dalam music Litourgiya walaupun tidak secara menyeluruh. Ada juga track2 yang laju tempo nya yang memerlukan hentakkan padu dari drummer. Tidak juga terlalu melodic dan yang menarik pengaruh folks tetap diterapkan dalam penyampaian vocal yang berpelbagai. Screaming dari vocalist memang mengerikan.

Ok, pada pendengar2 irama gelap Black Metal gua sarankan agar cuba2 lah mendengar Batushka - Litourgiya (2015). Ia adalah sesuatu yang agak segar dalam arus Black Metal modern walaupun music mereka bukanlah modern atau sellout. CD digipak Litourgiya masih boleh didapati dari label atau cuba email mereka sendiri manakala limited edition LP wooded box sudah habis terjual.

Cubalah hayati seni music ciptaan individu2 misteri yang menamakan band mereka sebagai Batushka ini.


Batushka
Email
Official Website
Facebook (community)

Witching Hour Productions
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

2 feedbacks:

PC kOKak™ said...

huiss.. best gak

Contramen said...

Gua dok tunggu ni sapa line up batushka ni..